Sabtu, 17 November 2012 06:59
ROSLAN BIAN
Jika Nurul Izzah Anwar fikir pertemuannya dengan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Jumaat minggu lalu berhubung isu kebebasan agama adalah yang terakhir, lupakan saja kerana pertemuan itu, hanyalah yang permulaan.
Ini kerana JAIS akan memanggil ahli parlimen Lembah Pantai itu serta saksi-saksi lain termasuk portal yang melaporkan kenyataan berhubung kebebasan beragama yang dibuat Nurul Izzah pada sebuah forum di SubangJaya baru-baru ini, untuk siasatan lebih lanjut.
Jumaat lalu, Naib Presiden PKR itu bertemu Pengarah JAIS, Datuk Marzuki Hussin membuat aduan mengenai laporan akhbar Utusan Malaysia yang didakwa beliau memfitnahnya berhubung apa dikatakan ketika forum tersebut.
Terdahulu Malaysiakini pada 3 Nov lalu memetik Nurul Izzah sebagai berkata: “Rakyat tidak seharusnya dipaksa menganut agama tertentu dan perkara ini juga patut terpakai kepada orang Melayu.
"Apabila anda bertanya saya, tiada paksaan dalam beragama...bagaimana seseorang itu boleh berkata, maaflah, ini (kebebasan beragama) hanya terpakai kepada orang bukan Melayu, ia sepatutnya diguna pakai secara sama rata," katanya pada forum bertajuk "Negara Islam: Versi Mana; Tanggungjawab Siapa?".
Sumber memberitahu Agendadaily, JAIS sudah membentangkan laporan awal isu Nurul Izzah kepada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) pagi Jumaat (semalam).
Laporan itu katanya turut mengandungi aduan Nurul Izzah pada Jumat lalu.
Ditanya sama ada, JAIS dan MAIS berpuashati dengan laporan berkenaan, sumber itu menjelaskan, itu hanya laporan awal dan siasatan sebenar berhubung apa dikatakan Nurul Izzah akan bermula berdasarkan bukti-bukti yang dikumpulkan jabatan tersebut.
Katanya, saksi-saksi terbabit termasuk pihak yang menyiarkan berita forum akan dipanggil.
Menurut sumber lagi, Nurul Izzah juga akan dipanggil bagi melengkapkan siasatan sebelum memutuskan tindakan selanjutnya.
Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Ketua Pembangkang sebelum ini menuduh JAIS sebagai bersekongkol dengan UMNO untuk mengaibkan anaknya dengan mendakwa jabatan agama itu menerima panggilan telefon parti itu bagi menyiasat anaknya .
Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim selaku Exco Agama, menolak dakwaan Anwar itu dan berkata tindakan Jais mendapatkan penjelasan daripada Nurul harus disokong.
Kenyataan Nurul Izzah turut mengundang rasa terkejut Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dan mahu perkara itu disiasat.
Pihak-pihak lain turut mengeluarkan pelbagai komen berhubung kenyataan Nurul Izzah termasuk Dewan Ulama PAS apabila ketuanya Datuk Harun Taib menyifatkan anak Anwar itu kebudak-budakkan.
“Kalau dia rasa bersalah, dia kena tarik balik kenyataannya itu. Tapi kalau dia rasa tidak bersalah, itu hak dia kalau dia tidak mahu tarik balik,” katanya.
Beliau berpendapat Nurul Izzah kurang arif menggunakan ayat Surah Al-Baqarah ayat 256 itu.
“Mungkin ketika dia bercakap, dia kurang ilmu dalam perkara itu. Ayat itu hanya terpakai kepada orang bukan Islam, bukan untuk orang Islam,” katanya.
Pendirian badan tertinggi dalam PAS itu yang enggan menyatakan pendapat ilmiahnya, memeranjatkan Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali apatah lagi kenyataan tersebut dikeluarkan Dewan Ualama.
"Apakah kenyataan Harun melambangkan dia dan partinya sudah mengamalkan Islam liberal?," kata ahli parlimen Pasir Mas itu kepada Agendadaily.
Menurut Ibrahim, Dewan Ulama sepatutnya menyatakan pendirian terhadap isu dibangkitkan Nurul Izzah.
"Mereka patut menasihati Nurul Izzah, suruh tarik balik dan bertaubat kalau Dewan Ulama mendapati apa dikatakannya salah," ujar beliau.
Ibrahim berpendapat, itu adalah kenyataan untuk menyelamatkan diri Harun serta Dewan Ulama selepas Nik Aziz 'tak kisah' isu berkenaan.
Beliau menyatakan kecewa kerana Dewan Ulama PAS tidak berperanan sebagai tulang belakang ulama sebagai tempat merujuk kebenaran serta membimbing umat sesat ke jalan benar.-16/11/2012- OLEH ROSLAN BIAN( Agenda Daily).Posted by abnmulya at 9.53 am on Nov 17,2012.
Friday, November 16, 2012
Wednesday, November 14, 2012
BN MAMPU CAPAI KEMENANGAN DALAM PRU-13- TENGKU RAZALEIGH
![]() |
| Tengku Razaleigh Hamzah |
Katanya, ini kerana rakyat menerima banyak pembaharuan yang dilaksanakan oleh kerajaan BN bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi transformasi yang diperkenalkan.
"BN tidak menghadapi masalah untuk mencapai kemenangan dalam PRU-13 berikutan rakyat berada dalam keadaan selesa selepas banyak pelaksanaan kemajuan yang dicurahkan kerajaan sebelum ini.
"Memang sebelum ini sebilangan kecil mereka yang tidak menerima transformasi yang diperkenalkan Perdana Menteri itu, tetapi sejak kebelakangan ini mereka telah memahami perkara sebenar mengenai perkara itu," katanya kepada pemberita selepas penyampaian bantuan Titik Sentuhan kepada masyarakat Orang Asli di Pos Hendrop, di sini, hari ini.
Hadir sama Anggota Dewan Undangan Negeri Galas, Ab Aziz Yusof, Pegawai Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Gua Musang, Azman Ngadiron dan Pegawai Jabatan pembangunan Persekutuan Kelantan Daerah Gua Musang, Muhammad Shukri Abdul Aziz.
Ditanya mengenai banyak tanah di kawasan penempatan Orang Asli diambil balik oleh kerajaan negeri untuk pembangunan ladang, Tengku Razaleigh berkata, perkara itu perlu diadakan rundingan bagi menyelesaikannya.
Beliau berkata, JAKOA bersama Orang Asli perlu berbincang secara telus mengenai masalah yang dihadapi kaum berkenaan kerana jika tidak berbuat demikian akan menimbulkan banyak masalah untuk masa depan mereka.
"Kita (pemimpin) tempatan juga boleh campur tangan bagi menyelesaikan perkara itu, tetapi kita mahu melihat sejauh mana perbincangan jabatan terbabit dengan kerajaan negeri.
"Memanglah Kelantan lain daripada Negeri Pahang, Perak dan Selangor yang menyediakan tanah rizab kepada masyarakat Orang Asli, tetapi (di) Kelantan perlu berunding bagi mencari jalan penyelesaiannya," katanya. - BERNAMA.(UTUSAN ONLINE-POLITIK).Posted by abnmulya at 10.51am on Nov 15,2012.
Wajib bertaubat,tarik balik kenyataan-Harussani
![]() |
| Mufti Perak,Tan Seri Harussani Zakaria |
Beliau juga mengulangi nasihat itu untuk seluruh pengikut pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) terbabit yang menyokong serta bersetuju dengan kenyataan yang dikeluarkan itu kerana ia adalah berdosa besar.
"Dia (Nurul Izzah) terlampau mudah buat kenyataan seperti itu. Dia perlu bertaubat, bertaubatlah dan tarik balik kenyataan dalam ucapannya itu. Minta maaflah kepada semua. Manusia ini tidak lari daripada melakukan kesilapan, kita mudah melakukan kesilapan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini. Katanya, pengikut pemimpin pembangkang itu juga bersubahat dalam tindakan atau perbuatan yang tidak dibenarkan oleh agama Islam dan berdosa besar.
"Orang ini (pengikut) ini bersubahat dan berdosa besar, mereka wajib bertaubat...perlu menggunakan akal yang waras. Jangan permain-mainkan agama," katanya.
Katanya, kenyataan seperti yang diungkapkan oleh Nurul Izzah itu akan memudahkan perbuatan atau tindakan yang dilarang oleh agama Islam.
Beliau berkata, sekiranya Nurul Izzah tahu, sedar dan faham yang diucapkannya, maka akidah pemimpin parti pembangkang itu telah rosak dan telah keluar daripada pegangan akidah sebagai seorang Islam.
"Islam terima kewarasan akal, jika dia tahu, sedar, faham serta ada pengetahuan dan keyakinan (tentang apa yang diucapkannya) maka dia wajib bertaubat," katanya. - Bernama.
Laporan portal berita pro- pembangkang pada 3 November lepas memetik Nurul Izzah sebagai berkata:
"Rakyat tidak seharusnya dipaksa menganut agama tertentu dan perkara ini juga patut terpakai kepada orang Melayu. "Apabila anda bertanya saya, tiada paksaan dalam beragama...bagaimana seseorang itu boleh berkata, maaflah, ini (kebebasan beragama) hanya terpakai kepada orang bukan Melayu, ia sepatutnya diguna pakai secara sama rata," kata Nurul Izzah.
Hijrah menuju kecemerlangan
NAJIB Tun Razak diapit Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom (kiri), bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi bersama Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal (kanan) dan hadirin membaca surah Yassin sempena sambutan Maal Hijrah 1434 di Masjid Negara, Kuala Lumpur, malam tadi. - UTUSAN/MOHD. NAIM AZIZ
KUALA
LUMPUR 14 Nov. - Pendekatan Hijrah telah diterjemahkan dalam melaksanakan transformasi negara demi membawa Malaysia ke suatu keadaan yang lebih baik.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, berpegang dengan definisi hijrah yang memberi maksud perpindahan atau perubahan, Malaysia telah melakukan perubahan sehingga berjaya mendapat pengiktirafan antarabangsa.
Hasilnya, Malaysia kini menjadi antara negara yang sering mendapat pengiktirafan dan pujian negara luar sebagai sebuah negara Islam yang dinamik dan progresif," kata Najib dalam perutusan Maal Hijrah beliau melalui blog www.1Malaysia.com.my, di sini hari ini.
Melafazkan rasa syukur kerana Malaysia masih dapat menyambut Maal Hijrah 1434H tahun ini melalui kesederhanaan dan kesejahteraan rakyat, Najib berkata, ia bertepatan dengan tema Maal Hijrah pada kali ini iaitu Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah.
Berhijrah kata Najib, adalah sebahagian daripada melaksanakan misi ketakwaan dan ia adalah satu perintah yang perlu dilakukan sepanjang masa.
Kita mestilah sentiasa berhijrah setiap masa bagi mengharapkan kehidupan lebih baik di dunia dan akhirat...mesti sentiasa berusaha melakukan yang lebih baik dan mengharap rahmat Allah," katanya, merujuk ayat 218 Surah Al-Baqarah yang menyentuh konsep hubungan hijrah dan kejayaan mendapat rahmat Allah SWT Najib berkata, syariat Islam secara fitrahnya jika diamalkan akan menyatukan ummah dilihat daripada kesatuan dan kepimpinan yang mampu menghilangkan sempadan kaum, bahasa dan warna kulit.
Katanya, Malaysia telah menjana satu fikrah berkenaan tonggak kesatuan dan perpaduan melalui pendekatan wasatiyyah yang telah digarapkan dalam segenap perkara dalam pelaksanaan pembangunan spiritual dan fizikal secara seimbang di negara ini.
Sesungguhnya melalui pendekatan wasatiyyah, keutuhan perpaduan dan persaudaraan sesama kaum dan agama dapat ditingkatkan," kata Najib yang menambah bahawa konsep itu juga dapat mempertingkatkan nilai kualiti kebersamaan dalam kemajmukan yang menjadi pemangkin kepada perpaduan ummah secara keseluruhannya.
Najib berkata, konsep kesederhanaan itu telah diketengahkan oleh Malaysia dalam menyelesaikan sesuatu konflik dalam dan luar negara. Antaranya baru-baru ini ketika Kerajaan Malaysia bertindak sebagai pengantara melalui pendekatan kesederhanaan sehingga berjaya menyelesaikan krisis 40 tahun antara Barisan Pembebasan Islam Moro dan Kerajaan Filipina.
Kita juga telah mengambil pendekatan serupa dalam isu keganasan etnik dan agama di negeri Rakhine, Barat Myanmar dengan menekankan soal kemanusiaan dengan memberi bantuan kepada mangsa keganasan di Rakhine tanpa mengira latar belakang dan agama mereka," katanya.
Selain itu Najib berkata, baru-baru ini ulama terkemuka dunia Dr. Yusuf Al-Qaradawi juga telah memberi pengiktirafan dan pujian kepada Malaysia di atas komitmen jitu negara dalam membantu dan menyokong rakyat Palestin yang ditindas oleh rejim Zionis di bumi Gaza.
Mengakhiri perutusannya, Najib dan keluarga turut mengucapkan selamat menyambut Maal Hijrah 1434 kepada semua umat Islam Malaysia dan berharap sambutan itu diraikan bersama rakan-rakan daripada pelbagai bangsa demi menjayakan Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah. - BERNAMA (Utusan online)Posted by abnmulya at 10.17 am on Nov 15,2012.
LUMPUR 14 Nov. - Pendekatan Hijrah telah diterjemahkan dalam melaksanakan transformasi negara demi membawa Malaysia ke suatu keadaan yang lebih baik.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, berpegang dengan definisi hijrah yang memberi maksud perpindahan atau perubahan, Malaysia telah melakukan perubahan sehingga berjaya mendapat pengiktirafan antarabangsa.
Hasilnya, Malaysia kini menjadi antara negara yang sering mendapat pengiktirafan dan pujian negara luar sebagai sebuah negara Islam yang dinamik dan progresif," kata Najib dalam perutusan Maal Hijrah beliau melalui blog www.1Malaysia.com.my, di sini hari ini.
Melafazkan rasa syukur kerana Malaysia masih dapat menyambut Maal Hijrah 1434H tahun ini melalui kesederhanaan dan kesejahteraan rakyat, Najib berkata, ia bertepatan dengan tema Maal Hijrah pada kali ini iaitu Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah.
Berhijrah kata Najib, adalah sebahagian daripada melaksanakan misi ketakwaan dan ia adalah satu perintah yang perlu dilakukan sepanjang masa.
Kita mestilah sentiasa berhijrah setiap masa bagi mengharapkan kehidupan lebih baik di dunia dan akhirat...mesti sentiasa berusaha melakukan yang lebih baik dan mengharap rahmat Allah," katanya, merujuk ayat 218 Surah Al-Baqarah yang menyentuh konsep hubungan hijrah dan kejayaan mendapat rahmat Allah SWT Najib berkata, syariat Islam secara fitrahnya jika diamalkan akan menyatukan ummah dilihat daripada kesatuan dan kepimpinan yang mampu menghilangkan sempadan kaum, bahasa dan warna kulit.
Katanya, Malaysia telah menjana satu fikrah berkenaan tonggak kesatuan dan perpaduan melalui pendekatan wasatiyyah yang telah digarapkan dalam segenap perkara dalam pelaksanaan pembangunan spiritual dan fizikal secara seimbang di negara ini.
Sesungguhnya melalui pendekatan wasatiyyah, keutuhan perpaduan dan persaudaraan sesama kaum dan agama dapat ditingkatkan," kata Najib yang menambah bahawa konsep itu juga dapat mempertingkatkan nilai kualiti kebersamaan dalam kemajmukan yang menjadi pemangkin kepada perpaduan ummah secara keseluruhannya.
Najib berkata, konsep kesederhanaan itu telah diketengahkan oleh Malaysia dalam menyelesaikan sesuatu konflik dalam dan luar negara. Antaranya baru-baru ini ketika Kerajaan Malaysia bertindak sebagai pengantara melalui pendekatan kesederhanaan sehingga berjaya menyelesaikan krisis 40 tahun antara Barisan Pembebasan Islam Moro dan Kerajaan Filipina.
Kita juga telah mengambil pendekatan serupa dalam isu keganasan etnik dan agama di negeri Rakhine, Barat Myanmar dengan menekankan soal kemanusiaan dengan memberi bantuan kepada mangsa keganasan di Rakhine tanpa mengira latar belakang dan agama mereka," katanya.
Selain itu Najib berkata, baru-baru ini ulama terkemuka dunia Dr. Yusuf Al-Qaradawi juga telah memberi pengiktirafan dan pujian kepada Malaysia di atas komitmen jitu negara dalam membantu dan menyokong rakyat Palestin yang ditindas oleh rejim Zionis di bumi Gaza.
Mengakhiri perutusannya, Najib dan keluarga turut mengucapkan selamat menyambut Maal Hijrah 1434 kepada semua umat Islam Malaysia dan berharap sambutan itu diraikan bersama rakan-rakan daripada pelbagai bangsa demi menjayakan Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah. - BERNAMA (Utusan online)Posted by abnmulya at 10.17 am on Nov 15,2012.
Nurul usah nafi kenyataan
![]() |
| Siti Zabedah Kasim |
Demikian reaksi ahli Majlis Peguam, Siti Zabedah Kasim berhubung kenyataan bahawa hak kebebasan beragama perlu diguna pakai sama rata, termasuk orang Melayu seperti yang disebut oleh Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah dalam sebuah forum baru-baru ini
Menurut Siti Zabedah, kenyataan Nurul Izzah bagi menjawab soalannya dalam forum itu sangat jelas dan difahami maksudnya oleh para hadirin forum berkenaan.
Penegasan terbaru Siti Zabedah itu ekoran pendirian Nurul Izzah mahu menyaman media arus perdana dan media alternatif yang didakwa memutar belit kenyataannya serta mengelak mengulas berhubung kenyataannya berhubung isu tersebut sebelum ini.(utusan online-berita utama)Posted by abnmulya at 9.59am on Nov 15,2012.
Tuesday, November 13, 2012
Datuk Seri Najib : Jika BN Berkuasa Di Selangor? Projek Kondo 29 Tingkat Di Batalkan.

November 13,2012
at 8.50 pm.
Datuk Seri Najib Tun Razak telah memberi jaminan bahawa Barisan Nasional akan membatalkan projek membangunkan sebuah Kondominium 29 tingkat yang yang terletak kira- kira 100 meter sahaja dari Kuil Sri Subramaniar Swamy,di kompleks Batu Caves itu,jika Barisan Nasional berjaya mengambil alih kerajaan negeri Selangor pada PRU ke :13 nanti.
Gambar di atas: Sebahagian daripada para tetamu yang berbilang kaum yang telah membanjiri majlis rumah terbuka perayaan Depavali MIC di dalam salah satu khemah besar yang telah didirikan.Majlis ini merupakan kali yang kedua diadakan oleh MIC di kompleks kuil Batu Caves itu.
Datuk Seri Najib berkata,kerajaan sedar kepentingan Kuil Batu Caves kepada penganut agama hindu itu sendiri. Khabar pembangunan projek perumahan mewah berdekatan mendorong beliau untuk membuat jaminan berikut.
"Saya nak menyatakan ini,BN akan pertahankan kompleks Batu Caves ini seandainya BN berjaya ambil alih kerajaaan negeri Selangor. Projek kondominium 29 tingkat itu akan dibatalkan,kita tidak mahu pembangunan di kawasan ini boleh mengancam kompleks Batu Caves.
Datuk Seri Najib seterusnya berkata bahawa Kabinet telah bersetuju untuk menjadikan kawsan Kuil ,di kumpleks Batu Caves, untuk dijadikan sebagai tapak warisan dunia dan Kabinet juga telah membincangkan bahawa Kuil Hindu di kompleks Batu Caves ini dijadikan Tapak Warisan Dunia Unesco.
| Dari kiri Datuk Dr Rahman Ismail dan Dato' Sri Liow Tiong Lai,Menteri Kesihatan bersama isterinya. |
Di samping itu Datuk Seri Najib juga telah mengumumkan bahawa akan menjadikan cuti perayaaan Depavali akan turut dilaksanakan di Labuan.
![]() |
| Di antara meja yang dipenuhi oleh sebahagian AJK dan ahli-ahli Gabungan Ngo-Ngo Gombak pagi tadi di di bawah kanopi besar diperkarangan Kuil di kompleks di Batu Caves. |
Mengakhiri ucapan beliau,Datuk Seri Najib menyeru kepada masyarakat India untuk bersama-sama kerajaan pimpinannya agar terus mendapat pembelaan sewajarnya daripada kerajaan Barisan Nasional.
"Yang hak menmgatasi yang batil.Yang benar tetap menjadi kenyataan.Justeru marilah kita terus bekerjasama lebih erat lagi.Orang India akan mendapat pembelaan daripada kerajaan Barisan Nasional," katanya dengan tegas.
| Sebahagian daripada tetamu kaum Tiong Hua yang telah hadir di majlis Perayaan Deepavali di perkarangan Kuil di kompleks Batu Cave pagi ini. |
BEBERAPA ORANG MENTERI LAIN HADIR.
Di majlis Majlis Terbuka Perayaan Deepavali anjuran MIC itu boleh dikatakan mendapat sambutan dari rakyat berbilang kaum begitu meriah sekali.Ada beberapa orang menteri-menteri yang hadir untuk sama-sama meraikan majlis terbuka perayaan Deepavali anjuran parti MIC itu pagi tadi.
Diantaranya ialah YB Datuk Seri Hj.Noh Omar, Menteri Pertanian dan Asas Tani. Dato Sri Liow Tiong Lai, Menteri Kesihatan. YB Senator Dato'Raja Nong Chik,Menteri Wilayah Persekuituan.Dato' Seri Utama Dr Rais Yatim,Menteri Penerangan.
Sunday, November 11, 2012
Nasharudin Mat Isa : Tarik Balik Kenyataan
MUKADIMAH
Nurul Izzah perlu tarik balik kenyataannya. Itulah perkataan pertama yang terpancul dari mulut bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa apabila diminta mengulas kenyataan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu berhubung orang Melayu perlu diberi kebebasan memilih agama.
Dalam wawancara dengan wartawan Mingguan Malaysia, ZULKIFLEE BAKAR dan SAIFULIZAM MOHAMAD, beliau menjelaskan secara terperinci di mana silapnya kenyataan Nurul Izzah yang dianggap beliau boleh menimbulkan kekeliruan yang cukup besar dalam masyarakat Islam.
Nasharudin juga turut mengupas tentang Muktamar Tahunan Pas Ke-58 yang akan berlangsung di Kota Bharu, Kelantan minggu depan.
MINGGUAN: Apa pandangan Yang Berhormat (YB) tentang kenyataan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar bahawa orang Melayu bebas memilih agama mereka dalam satu forum di sebuah gereja di Subang Jaya, Sabtu lalu?
NASHARUDIN: Isu ini pada saya, sangat fundamental dan menyentuh umat Islam di Malaysia terutamanya malah Islam secara amnya, ditinjau daripada segi tasawwur dan epistemologi Islam. Isu ini sangat serius kerana melibatkan perkara asas Islam itu sendiri.
Oleh itu ia mesti dijelaskan secara ilmiah tetapi mudah difahami oleh semua umat Islam dan juga rakyat di Malaysia. Pertamanya, kita sedia maklum latar belakang setting isu ini timbul, yakni dalam suatu forum, di sebuah gereja dan dianjurkan oleh pihak gereja.
Keduanya, berlaku cubaan untuk menjawab balik oleh Ahli Parlimen berkenaan dengan menyalahkan pihak-pihak tertentu, menyalahkan Utusan Malaysia contohnya kononnya disalahtafsir atau disalahpetik.
Ketiganya, ramai di kalangan kita termasuklah saya sendiri, mula mendapat tahu isu tersebut dalam portal media internet. Dan keempatnya, kini seluruh rakyat Malaysia boleh lihat dan dengar hampir setiap hari di dalam berita televisyen kenyataan asal Nurul Izzah dalam bentuk verbatim - amat terang dan jelas maksud setiap perkataan yang beliau ucapkan itu.
Itu adalah empat perkara penting yang menggarisi ulasan saya seterusnya. Di dalam Fiqh Islami, terdapat satu kaedah penting yang diterimapakai oleh pakar-pakar dan sarjana Islam, bermaksud (nahkum bizawahir wallah yatawwala bi alsaraair) yakni, kita meletakkan hukum dengan perkara yang zahir; perkara tidak zahir (yakni tidak nampak) kita serah kepada Allah SWT".
Ini kaedah Islam yang digunapakai sehingga kini oleh para ulama. Dalam konteks kenyataan Nurul Izzah sec
ara zahirnya dan berdasarkan pengamatan yang kita semua dapat lihat dan dengar, beliau menyebut dengan jelas dan bermaksud untuk memberikan kebebasan kepada orang Melayu memilih agama atas prinsip kebebasan manusia untuk membuat pilihan.
Dalam hal ini beliau mentafsirkan ayat ke-256 surah al-Baqarah yang bermaksud 'Tiada paksaan dalam agama' untuk ke arah sebagaimana yang telah beliau ucapkan, iaitu dengan maksud untuk memberikan kebebasan kepada orang Melayu memilih agama atas prinsip kebebasan manusia untuk membuat pilihan beragama.
Itu adalah maksud yang amat jelas daripada ucapan beliau yang dilafazkan secara zahir lagi terang. Begitulah yang boleh difahami dan setakat saya bertanya beberapa kali dengan ramai kalangan yang turut sama mendengar ucapan beliau tersebut.
Itulah perkara zahir yang diucapkan oleh Nurul Izzah yang dirakam secara verbatim tanpa edit oleh media elektronik. Disebabkan itu, maka Nurul Izzah harus memberi penjelasan - umpamanya apa sebenar maksud beliau jika menafikan berkata begitu?
Apa hujah beliau berkata demikian? Jika beliau akui berkata demikian, beliau harus menariknya semula kerana kata-kata itu bertentangan dengan epistemologi dan tasawwur Islam. Mudahnya, ia menyalahi hukum Islam, bercanggah dengan al-Quran dan hadis malah bertentangan dengan akidah Islamiah yang suci murni itu.
Kenyataan beliau juga menyalahi pemahaman dan tafsiran yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia. Sebagai seorang Ahli Parlimen, adalah dianggap beliau memahami tafsiran Melayu-Islam dalam konteks Perlembagaan Negara.
Kalau tidak pun menarik balik kenyataan tersebut kerana ini ada berkaitan dengan akidah. Ayat 'Tiada paksaan dalam agama' itu hanya terpakai kepada orang bukan Islam. Tafsiran ini disepakati oleh seluruh Mufassirin (Ahli Tafsir) Islam tanpa khilaf.
Tafsiran itu bermaksud selagi mana seseorang itu bukan Islam, kita sebagai Muslim, tidak ada hak sedikit pun untuk memaksa dia memeluk Islam.
Namun, apabila orang bukan Islam itu sudah menjadi seorang Muslim, maka ayat ke-36 daripada surah al-Ahzah yang bermaksud 'Tidak boleh bagi orang yang beriman lelaki dan perempuan apabila telah ditentukan oleh Allah dan Rasul-Nya tentang satu urusan mereka tidak hak untuk memilih......' terpakai ke atasnya sebagai Muslim.
Ini adalah tafsiran tanpa khilaf di kalangan ulama sejak dulu hingga kini. Orang Islam tertakluk dengan ayat ini. Apabila Allah telah tentukan dalam urusan berkaitan dengan akidah, syariah dan akhlak kita tidak ada hak untuk memilih.
Hak kita hanya (Sami' na wa ata'na) yakni "kami dengar, dan kami taat" sebagaimana yang dinyatakan dengan jelas dalam al-Quran. Oleh itulah, istidlal (pendalilan) yang digunakan oleh Nurul Izzah kepada ayat "Tiada paksaan dalam agama" itu untuk digunapakai kepada orang Melayu mempunyai beberapa implikasi serius.
Pertama, ia bercanggah dengan prinsip asas "Akidah dan Syariah Islam. Kedua, ia juga bercanggah dengan pemahaman dan tafsiran peruntukan yang terdapat di dalam Perlembagaan Persekutuan. Seperti yang saya sebut terdahulu, kenyataan Nurul Izzah itu sebenarnya adalah kenyataan yang cukup besar dan membawa implikasi yang amat dalam kepada umat Islam di Malaysia .
Saya juga sudah membaca sebuah laporan di dalam Utusan Malaysia yang menyiarkan berita mengenai individu yang bertanya soalan itu kepada Nurul Izzah.
Orang yang bertanya itu pula secara kebetulan seorang peguam berdaftar, menyatakan bahawa dia sendiri amat memahami apa yang dijawab oleh Nurul Izzah sebagai mengiyakan supaya orang Melayu boleh dan berhak memilih agama - dengan maksud "tidak semestinya orang Melayu itu menjadi Muslim secara natural, jika orang Melayu itu tidak mahu memilih Islam sebagai agamanya".
Itulah konteks ucapan beliau, sebab itulah saya kata isu ini merupakan satu isu yang besar dan Nurul Izzah harus bertanggungjawab dengan kenyataan tersebut. Dalam hal ini, saya menyarankan supaya Nurul Izzah menarik balik kenyataan itu.
Dalam Islam, apabila kita melakukan kesalahan, dan apabila kita sedar kita tersilap, kita boleh membetulkannya, bertaubat di atas kesalahan kita dan Allah SWT pasti menerima pengampunan kita kerana Allah SWT itu Maha Pengampun Lagi Mengasihani.
Yang paling penting di sini, kita sedar kita silap dan memohon maaf kepada siapa yang telah lakukan kesalahan berkenaan, dan selepas itu bertaubat kepada Allah SWT. Inilah kelebihan Islam di mana Allah SWT memahami kelemahan insan.
Dalam kes ini, Nurul Izzah telah mentafsirkan ayat tidak kena pada tempatnya dan tafsiran yang dibuat itu adalah tafsiran yang salah. Sebab itulah saya merasakan isu ini boleh menimbulkan kekeliruan yang cukup besar dalam masyarakat kita. Sebagai komponen Pakatan Rakyat, Pas khasnya, kepimpinan Pas yang terdiri daripada kalangan ulama harus memandang serius kenyataan ini.
Sebelum ini, isu hudud telah menimbulkan satu polemik besar dalam masyarakat dan ia tidak terjawab sehingga hari ini. Saya telah menyatakan pendirian secara terbuka tentang isu hudud ini, bagi saya, ia merupakan satu tamparan yang cukup kuat kepada Pas dalam usaha kita hendak meneruskan agenda memperkenalkan Islam itu kepada masyarakat.
Sekarang isu terbaru ini pula yang berbangkit dan bagi saya, kenyataan zahir yang dibuat oleh Nurul Izzah bercanggah dengan Islam dan dengan apa yang sepatutnya difahami daripada ayat yang beliau bacakan itu. Ada pemimpin kanan Pas yang menganggap isu yang dikaitkan dengan Nurul Izzah ini isu remeh?
NASHARUDIN: Bagi saya, ini isu besar kerana ia melibatkan akidah dan salah tafsir terhadap Islam. Menjadi hebat lagi isu ini kerana semua orang boleh akses di dalam YouTube, tiap-tiap malam orang tengok berita di dalam media dan kini menjadi perdebatan, ini bukan satu isu yang remeh. I
Ia berlaku kerana dibangkitkan oleh orang yang bukan ahli dalam bidang Islam tetapi membuat tafsiran yang silap terhadap Islam. Dalam hal ini, Rasulullah SAW telah memberi amaran yang bermaksud "Apabila diletakkan amanah itu kepada orang yang bukan ahlinya, kamu tunggulah saat kehancurannya".
Mentafsirkan Islam daripada seorang yang bukan ahlinya dan tafsiran itu pula salah melibatkan akidah, ini cukup bahaya. Tetapi masalahnya ada beberapa pemimpin kanan Pas mempertahankan kenyataan Nurul Izzah?
NASHARUDIN: Saya lihat orang yang mempertahankannya itu bukan berlatar belakangkan pengajian Islam secara akademiknya apatah lagi dari kalangan ulamak. Dalam hal-hal tentang pentafsiran ayat-ayat al-Quran biarlah ahlinya sahaja yang bercakap.
Janganlah kerana (mungkin) hendak dikaitkan dengan politik, tuduhan dan sebagainya ada orang yang bukan berlatar belakang asas pengajian Islam pun hendak bercakap mengenai hukum hakam agama Islam. Ini yang akan terus menerus menimbulkan polemik. Ada pihak yang mengaitkan kenyataan Nurul Izzah itu dengan agenda fahaman pluralisme?
NASHARUDIN: Kita berhukum pada perkara yang zahir. Kenyataan itu bagi saya bukan sahaja mengiyakan gerakan fahaman pluralisme agama juga termasuk dalam kategori mengiyakan fahaman liberalisme iaitu 'meliberalkan' fahaman agama Islam dan 'mempluralkan' fahaman agama Islam.
Meletakkan agama Islam itu sama taraf dengan agama-agama lain. Ini bercanggah dengan Islam, bercanggah dengan akidah Islam. Betul, ada ayat al-Quran yang menyatakan tiada paksaan dalam agama dan Allah sendiri menyebutnya dalam al-Quran dalam surah al-Kafirun ayat 6, yakni lakum dinukum wa liyadin bermaksud "Bagi kamu agama kamu, bagiku agamaku." .
Maksudnya di sini, dalam konteks masyarakat majmuk di Malaysia, kita menghormati orang beragama Kristian, orang yang memilih Hindu sebagai agamanya, kita menghormati orang memilih Buddha sebagai fahamannya.
Daripada segi hormat-menghormati, ya kita dituntut menghormatinya. Saya juga selalu menyebut Islam mengajar kita untuk menghormati orang sesama Islam sebagai saudara kita seiman dan orang bukan Islam sebagai saudara kita seinsan. Paksa tidak boleh. Tetapi barang diingat, berdakwah, sama ada kepada Muslim atau non-Muslim, adalah wajib dan berterusan sehingga hari kiamat.
Demikilah Islam yang mesti kita baca dan faham dalam konteks the bigger picture of Islam. Dan memberi kebebasan beragama kepada orang Melayu "untuk memilih agamanya sendiri" adalah satu saranan yang cukup bercanggah dengan ajaran Islam dan peruntukan Perlembagaan kita.
Ada penyokong-penyokong Pas merasa tidak selesa dengan isu Nurul Izzah ini, sejauh mana YB yakin Pas ada keberanian bersuara dalam isu ini.
NASHARUDIN: Apa yang saudara katakan itu betul yang mana ramai yang menghubungi saya tentang isu ini. Mereka tunggu kenyataan kepimpinan tertinggi dan sampai sekarang tidak keluar-keluar lagi. Ramai yang menghubungi saya untuk mendapatkan pandangan.
Saya katakan saya bukan kepimpinan tertinggi. Namun atas nama seorang Muslim saya berpandangan Pas harus berani menyatakan pendiriannya sebagaimana orang Pas diajar dalam skema tarbiah Pas itu sendiri. Saya amat yakin Pas berani untuk menyatakan pendiriannya sebab aliran pluralisme agama, aliran liberalisme merupakan dua aliran yang ditentang hebat oleh Pas.
Dakwah yang dibawa oleh Pas sejak mula ditubuhkan sehingga sekarang ialah mengajak kepada Islam yang syumul. Kita selalu dididik dalam Pas untuk menghayati ayat 208 surah al-Baqarah yang bermaksud "Wahai orang yang beriman masuklah kamu ke dalam agama Islam keseluruhannya".
Itulah yang dididik oleh Pas kepada kami. Betul, kita boleh berkawan dengan pihak lain sehingga ke peringkat bertahalluf daripada segi siasahnya tetapi seperti yang saya katakan dahulu at-tahalluf as-siyasi ada syarat dan batasnya juga. Kita berkawan dengan orang (parti lain) ada syarat-syaratnya.
Dalam konteks ini saya pasti mungkin dalam tempoh terdekat ini ada pimpinan terkanan Pas akan membuat kenyataan dan saya juga dapat merasakan ini akan menjadi topik yang akan ketengahkan oleh para perwakilan dalam Muktamar Tahun Pas Ke-58 minggu depan.
Mengapa tidak - bukankah ini isu yang sangat fundamental dalam arus perdana dasar perjuangan Pas yakni, al-amru bil makruf, wan-nahyu 'anil munkar - menyeru kepada yang baik dan mencegah daripada kejahatan. Dalam isu Nurul Izzah ini kita mesti menjaga dan membela kredibiliti Pas dalam memperjuangkan Islam yang mana akidah tidak sepatutnya dipolitikkan.
Pemikiran dan amalan pluralisme dan liberalisme bercanggah dengan perjuangan Pas sejak parti ini ditubuhkan. Selain sebagai seorang Muslim, saya juga bercakap sebagai aktivis Pas dan Ahli Majlis Syura Pas. Saya sudah menjalankan tugas mengeluarkan kenyataan ini - mendahulukan asas Islam daripada perimbangan dan perkiraan poltik kepartaian.
Kredibiliti Pas harus diangkat kerana kita telah diterjah dengan beberapa isu yang Pas tidak respons dengan cara yang dikehendaki oleh Islam dan juga oleh ahli serta para penyokong Pas. Jadi, dalam isu ini diharap ia dapat diselesaikan secepat mungkin supaya persiapan Pas untuk menghadapi PRU-13 dengan imej Islamnya tidak akan terganggu sehingga mengakibatkan nanti boleh hilang kepercayaan pengundi-pengundi teras Pas iaitu orang Melayu Islam.
Majlis Syura dan Dewan Ulama Pas harus proaktif dan berani memastikan haluan parti berada di atas landasan syarak yang jelas.Wajib bersuara di mana perlu kerana tanggungjawab dan amanah disaksikan Allah SWT.
Apakah kesannya dalam isu ini jika Pas tidak membuat pendirian yang jelas? NASHARUDIN: Saya melihat ada kesannya. Mahu tidak mahu kita terpaksa akur bahawa Pas akan bertanding dalam kawasan pilihan raya yang mempunyai majoriti pengundi di kalangan orang Melayu Islam.
Seperkara lagi, bukankah kita selalu menyebut bahawa politik adalah hal berkaitan dengan persepsi rakyat dan masyarakat. Jadi persepsi yang sebegini, apabila Pas tidak dilihat mendepani atau berada di saf hadapan mempertahankan hal yang berkaitan dengan akidah atau menjelaskan hal berkaitan dengan 'akidah mungkin orang akan letakkan Pas ini sama tarafnya dengan parti-parti politik yang lain.
Adakah benar timbul persepsi meluas bahawa keengganan Pas membuat teguran dalam isu ini kerana tidak mahu menyinggung hati rakan-rakan dalam pakatan pembangkang?
NASHARUDIN: Beginilah, tegasnya saya lebih bersedia dan jauh lebih baik jika saya singgung rakan dalam pakatan daripada menyinggung Islam itu sendiri ataupun menyinggung dalam konteks politiknya harapan dan kepercayaan orang yang hendak melihat Pas ini memperjuangkan Islam.(utusan online-berita utama).Posted by abnmulya at 2356hrs on Nov 11,2012.
Subscribe to:
Posts (Atom)








