Thursday, June 20, 2013

Kenyataan Husam menyesatkan

KOTA BHARU 20 Jun - Kenyataan Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa bahawa peserta yang terkorban ketika menyertai perhimpunan haram Sabtu ini sebagai mati syahid merupakan 'fatwa sesat' dan bercanggah dengan pegangan Ahli Sunah Wal Jamaah.

Bekas Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama Pas Pusat, Prof Madya Mohd. Nor Deris berkata, pihak berwajib sepatutnya menyiasat dan mengambil tindakan tegas terhadap individu terbabit kerana kenyataan tersebut boleh menyesatkan orang ramai.

"Siapa dia (Husam) untuk mengeluarkan fatwa yang begitu besar. Apa kuasa dia? Ini hanya satu kenyataan terdesak beliau. Retorik agama seperti ini tidak boleh dibiarkan berlarutan kerana ia amat berbahaya dalam masyarakat hari ini," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Husam seperti dilaporkan dalam Harakahdaily Ahad lalu berkata, peserta yang terkorban ketika menyertai perhimpunan haram terakhir di Padang Merbok di sini dianggap sebagai mati syahid.

Bagaimanapun kenyataannya itu bertentangan dengan pandangan Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din yang mahu ahli parti mematuhi pendirian serta nasihat Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa tiada paksaan untuk menyertai perhimpunan tersebut.

Mohd. Nor yang juga bekas Pensyarah Fakulti Syariah, Akademi Islam Universiti Malaya, Nilam Puri berkata, majlis agama mempunyai kuasa mengikut undang-undang untuk bertindak dan mengingatkan orang ramai agar tidak terpengaruh dengan fatwa sesat tersebut.

Ahli Jawatankuasa Minda Pondok Kelantan, Mohd. Syamsul Mohd. Yusoff turut mempersoalkan kredibiliti Husam untuk mengeluarkan kenyataan seperti itu dan mengingatkan umat Islam supaya hanya menerima fatwa dikeluarkan pihak berkuasa.

"Kita ada saluran atau bidang dan pakar masing-masing maka, hormatilah prosedur itu. Kalau tidak, natijah akhirnya akan kucar-kacir, huru-hara. Takkan kalau sakit mata kita hendak rujuk kepada pakar kencing manis," katanya.

Mohd. Syamsul berkata, Islam menetapkan mati syahid adalah apabila seseorang itu bertempur dalam mempertahankan kedaulatan agama dari dikhianati musuh.

"Dalam konteks ini ia berbeza dengan kehendak perhimpunan tersebut di mana untuk memprotes keputusan pilihan raya yang kononnya didakwa tidak telus dan adil.

"Sedangkan keputusan tersebut (pilihan raya) telah ditentukan oleh rakyat dan majoriti menerimanya tanpa sebarang syak dan ragu-ragu," jelasnya.

 Beliau turut menyarankan pihak berkuasa mengambil tindakan tegas agar perbuatan seumpama itu tidak menjadi permainan pihak tertentu pada masa akan datang.( Utusan online-politik).Posted by abnmulya at 8.50 am on June 21,2013.

Wednesday, June 19, 2013

Anwar tidak tetap pendirian

Oleh HUSSAINI AMRAN 
pengarang@utusan.com.my 


Datuk Seri Anwar  Ibrahim
KUALA LUMPUR 19 Jun - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi mendedahkan tembelangnya sebagai seorang ahli politik yang tidak berpegang pada pendirian dan selalu membohongi rakyat.

Ahli Dewan Negara, Senator Datuk S. Nallakaruppan berkata, sifat Anwar yang seperti 'sesumpah politik' itu semakin menonjol apabila beliau hari ini mengesahkan kesemua 89 Ahli Parlimen daripada pakatan pembangkang akan mengangkat sumpah pada hari pertama sidang Dewan Rakyat, 24 Jun ini.

Beliau yang juga Presiden Parti India Bersatu Malaysia (MUIP) mempersoalkan kenyataan terbaharu Anwar itu kerana bercanggah dengan ura-ura mempertimbangkan untuk memboikot majlis angkat sumpah di Dewan Rakyat kerana mendakwa kononnya wujud penipuan dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13). 

"Mungkin Anwar sebelum ini tidak berani mengangkat sumpah di Dewan Rakyat sebab menyedari dirinya banyak membohongi rakyat.

"Namun, akhirnya beliau mengubah pendirian apabila tidak mendapat sokongan DAP dan Pas. Malah, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali juga tidak berhasrat memboikot majlis angkat sumpah itu," katanya kepada Utusan Malaysia di Pejabat MUIP, di sini hari ini.

Senator Datuk S.Nallakaruppan
Dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat PKR, Petaling Jaya dekat sini hari ini, Anwar berdolak-dalik kononnya terdapat salah faham kerana pakatan pembangkang hanya membuat keputusan untuk memboikot sesi taklimat perjalanan Dewan Rakyat minggu lalu.

Nallakaruppan menambah, Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh mungkin takut hilang kelayakan sebagai wakil rakyat sekiranya gagal mengangkat sumpah di Dewan Rakyat.

"Saya tidak hairan apabila Anwar tidak mahu mengangkat sumpah pada mulanya kerana sebelum ini, beliau tidak mahu melafazkan sumpah laknat bagi membersihkan namanya dalam kes liwat membabitkan bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan," katanya.

Beliau yang pernah bersahabat dengan Anwar selama 30 tahun menyuarakan kehairanannya dengan Pas yang sanggup bersekongkol dengan individu yang terpalit dengan tuduhan liwat.

Nallakaruppan berpandangan, Anwar bukan sahaja tidak layak menjadi Perdana Menteri, malah tidak sepatutnya dilantik sebagai Ketua Pembangkang.

"Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang lebih layak menjadi Ketua Pembangkang kerana beliau berpegang teguh kepada agama dan jauh lebih baik berbanding Anwar yang tidak berpegang pada prinsip," katanya.

Beliau turut menyelar tindakan Anwar memburuk-burukkan negara sendiri dengan menyebarkan pelbagai tuduhan palsu terhadap kerajaan dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sewaktu berada di Indonesia baru-baru ini.

Menurut Nallakaruppan, Anwar berbuat demikian mungkin kerana dengki dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang sekali lagi diberikan mandat oleh rakyat untuk mentadbir negara. "Anwar yang sebenarnya menipu.

Suruhanjaya Tinggi Bangladesh di Malaysia telah mengesahkan tiada rakyat negara tersebut yang mengundi dalam PRU-13 lalu.

 "Selain itu, mengapa buat sidang akhbar di Indonesia sedangkan bekas Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla mendakwa Anwar mengingkari perjanjian damai bagi menghormati keputusan PRU-13?" katanya. 

Beliau berkata, Anwar tidak sepatutnya mengheret penyokongnya melakukan demonstrasi jalanan kerana perbuatan itu bertentangan dengan budaya masyarakat di negara ini.

Nallakaruppan juga menasihatkan Anwar menerima hakikat beliau tidak ditakdirkan menjadi Perdana Menteri sambil mencontohi sikap terpuji calon Presiden Amerika Syarikat (AS) daripada Parti Republikan, Mitt Romney yang sedia bekerjasama dengan Barack Obama selepas pilihan raya berakhir.(Utusan online-politik).Posted by abnmulya at 9.27 am on June 20,2013.

Mulakan rundingan-Mukhriz

Oleh mohd. shariza abdullah 
utusankedah@utusan.com.my 

Menteri Besar,Datuk Mukhriz Mahathir
ALOR SETAR 19 Jun - Menteri Besar, Datuk Mukhriz Mahathir meminta Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng bersikap lebih budiman dan tidak mempolitikkan isu penjualan air tetapi perlu memulakan satu rundingan antara kedua-dua buah negeri.

Beliau berkata, Guan Eng tidak seharusnya menolak hasrat kerajaan Kedah untuk mengenakan caj bekalan air dari Sungai Muda ke atas kerajaan Pulau Pinang kerana mempunyai hujah kukuh berbuat demikian. 

"Walaupun kita dengar daripada pihak mereka tidak bersetuju tetapi sekurang-kurangnya satu rundingan perlu dimulakan. Belum runding sudah tidak setuju, tidak berapa 'gentleman'lah kan.

 "Kami mempunyai hujah yang rasional untuk digunakan dalam sebarang perbincangan," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini hari ini.

Mukhriz berkata, beliau kecewa dengan kenyataan Guan Eng bahawa antara sebab kerajaan Kedah membangkitkan isu tersebut adalah kerana Barisan Nasional (BN) gagal menawan Pulau Pinang pada pilihan raya umum lalu, sedangkan beliau tidak langsung terlintas untuk mempolitikkan perkara berkenaan.

Katanya, isu penjualan air antara kedua-dua buah negeri pernah dibangkitkan oleh kerajaan Pas Kedah sebelum ini yang telah diminitkan dalam mesyuarat Exco selain dibangkitkan dalam sesi pembentangan Belanjawan 2013 Kedah.

"Dakwaan bahawa kerajaan Kedah cuba melaksanakan perkara ini kerana kita 'berdendam' dengan Pulau Pinang adalah tidak berasas.

 "Saya ingin mengingatkan Ketua Menteri Pulau Pinang bahawa lebih baik kita tidak politikkan perkara ini kerana saya selaku Menteri Besar Kedah hendak mempolitikkannya, siapa yang akan terima padah? Tentu sekali bukan Kedah," ujarnya yang menjelaskan belum memutuskan jumlah bayaran yang ingin dituntut. 

Menurut beliau, kerajaan Kedah berbelanja untuk memastikan bekalan air sentiasa mencukupi dan berkualiti termasuk memelihara sumber seperti tidak membenarkan pembalakan 'cuci mangkuk' bagi tujuan membina ladang rakyat atau ladang buah-buahan.

Bagaimanapun, katanya, negeri jiran yang menyedut air dari Sungai Kedah kemudian menapisnya dan menjual kepada pihak swasta terutama industri pada kadar harga tinggi sehingga mengaut keuntungan besar. 

"Yang mengecewakan, kita sebagai sumber air itu tidak dapat satu sen pun," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Mukhriz berkata, pihaknya juga sedang menanti jawapan daripada Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air mengenai isu berkenaan dalam Dewan Rakyat.

Katanya lagi, berdasarkan kenyataan Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Mahdzir Khalid sebelum ini yang kelihatan seperti setuju dengan pendirian Kedah diharapkan dapat memperkukuhkan lagi kedudukan tuntutan berkenaan.

Tambah beliau, kerajaan negeri bagaimanapun tidak akan memasukkan caj air mentah ke dalam Belanjawan Kedah sebagaimana dilakukan oleh kerajaan Pas Kedah sebelum ini kerana belum ada sebarang persetujuan pembayaran dari Pulau Pinang.

Dalam pada itu, beliau memberitahu, kerajaan negeri akan mewujudkan satu jawatankuasa khas supaya lebih bersedia dan dapat mengambil tindakan pantas untuk membantu rakyat yang berdepan masalah akibat bencana alam ekoran cuaca tidak menentu pada masa ini.

Mengenai masalah Kolej Universiti Insaniah (Kuin), beliau membidas sikap pembangkang sebagai tidak bertanggungjawab apabila cuba memutarbelit isu itu sedangkan masalah kolej universiti tersebut berpunca daripada kerajaan negeri terdahulu.(Utusan online-politik).Posted by abnmulya at 9.19 am on June 20,2013.

Tuesday, June 18, 2013

Pelakon dakwa cedera ditolak

Oleh MARZITA ABDULLAH 
pengarang@utusan.com.my 

 Noniswara Baharuddin dan Amli Embong berbincang berhubung permohonan cerai taklik terhadap suaminya di Mahkamah Rendah Syariah, Kuala Lumpur, semalam. 

KUALA LUMPUR 18 Jun - Pelakon Noniswara Baharuddin memberitahu Mahkamah Rendah Syariah di sini hari ini, mendakwa dia pernah cedera sehingga berdarah setelah suaminya yang juga ahli korporat, Datuk Rosman Ridzwan menolaknya ke jalan raya.

Noniswara atau nama sebenarnya Monis Wara Baharudin, 44, berkata, insiden itu berlaku ketika dia cuba memujuk suaminya untuk pulang ke rumah namun suaminya enggan berbuat demikian.

Noniswara juga memberitahu, ekoran insiden tersebut, beliau telah membuat laporan polis bertujuan untuk melindungi dirinya. Beliau selaku plaintif berkata, suaminya meninggalkan rumah kelamin mereka sejak 5 September 2012 iaitu ketika Hari Raya Aidilfitri dan tidak memberi nafkah kepadanya sejak kejadian tersebut.

Justeru, katanya, tindakan Rosman, 56, adalah selaras lafaz taklik yang dibacanya semasa pernikahan mereka pada 31 Julai 2009.

Pelakon tersebut berkata demikian ketika disoal peguam syarie, Datuk Amli Embong di hadapan Hakim Syarie Umamuddin Yunus dalam perbicaraan permohonan cerai taklik yang difailkan terhadap suaminya itu. 

Noniswara memberi keterangan secara sebelah pihak selepas suaminya tidak memberi kerjasama terhadap permohonan cerai yang difailkannya pada Februari lalu.

Berikutan itu, beliau telah memfailkan permohonan cerai taklik mengikut Seksyen 50 Akta Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, pada 9 Mei lalu.

Dalam pada itu, pelakon tersebut berkata, beliau kini telah berpindah dari rumah kelaminnya iaitu sebuah penthouse di Jalan U-Thant di sini, setelah tidak mampu membayar sewa RM8,000 sebulan.

''Suami saya tidak lagi memberi wang untuk membayar sewa rumah sejak Februari lalu malah sebelum ini, wang untuk membayar sewa diberinya setelah saya berkali-kali menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepadanya,'' katanya.

Pelakon itu juga berkata, suaminya pernah pulang ke rumah kelamin mereka pada akhir September tahun lalu untuk mengambil pasport kerana ingin ke Jakarta, namun sejak itu dia tidak lagi pulang ke rumah mereka.

 ''Ketika dia pulang, saya ada bertanya sama ada dia akan kembali ke rumah namun dia hanya menjawab Insya-Allah, namun sehingga ke hari ini dia tidak pulang,'' katanya.


Pada prosiding hari ini, Noniswara turut mengemukakan tiga saksi iaitu seorang adik lelakinya, seorang pembantu peribadi dan bekas pembantu peribadi yang mengesahkan keterangannya berhubung tindakan suaminya itu.

Mahkamah menetapkan 18 Julai depan untuk keputusan permohonan cerai taklik berkenaan. Noniswara yang berasal dari Pasir Mas, Kelantan bernikah dengan Rosman pada 31 Julai 2009 dan majlis resepsi perkahwinan diadakan sehari selepas itu di Hotel Berjaya Times Square di sini.

 Rosman pernah didenda RM700 oleh Mahkamah Majistret di sini pada 28 September 2009 setelah mengaku bersalah memukul bekas isterinya, Azura Ibrahim pada 2005.(Utusan online-mahkamah).Posted by abnmulya  at 11.41 am on JUNE 19,2013.

Syor notis mesyuarat UMNO guna SMS,laman sosial.

AB. Rauf Yusoh (kiri) menyatakan sesuatu sambil disaksi Idris Haron (tiga dari kanan), Mohd. Ali Rustam (dua dari kanan) dan Mohd. Tajol Rosli pada sidang akhbar di Melaka, semalam. 

MELAKA 18 Jun - Notis mesyuarat UMNO peringkat cawangan dan bahagian di seluruh negara tahun ini bakal menggunakan khidmat pesanan ringkas (SMS) dan laman sosial, kata Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Abd. Rauf Yusoh.

Menurutnya, selain SMS, kaedah lain yang akan digunakan ialah melalui Facebook dan Twitter, di samping banting serta e-mel.

''Cadangan ini akan dibentangkan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO pada tempoh terdekat ini kerana kaedah baharu ini boleh diterima dan digunapakai ketika memaklumkan notis mesyuarat peringkat cawangan dan bahagian.

''Daripada maklum balas yang diterima di peringkat akar umbi, kaedah baharu ini diperkenalkan agar bersesuaian dengan suasana ketika ini.

''Mereka mahu kaedah penyebaran maklumat melalui SMS serta laman sosial seperti Facebook dan Twitter boleh digunapakai untuk pemberitahuan notis mesyuarat seperti mana penghantaran surat sejak 67 tahun lalu," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Majlis Taklimat Prosedur dan Kaedah Pemilihan UMNO 2013 di Dewan Tun Ali di sini hari ini.

Taklimat tertutup itu diadakan bagi memperjelaskan kepada ahli dan pemimpin UMNO di semua peringkat tentang kaedah baharu proses pemilihan parti tahun ini.

Yang turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO, Tan Sri Tajol Rosli Mohd. Ghazali; Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam; Ketua Menteri, Datuk Idris Haron dan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO negeri, Datuk Othman Mohamad.

Mesyuarat cawangan akan bermula dari 15 Julai hingga 31 Ogos ini. Abd. Rauf berkata, cadangan untuk menggunakan kaedah baharu itu sebagai notis mesyuarat cawangan dan bahagian dilihat bersesuaian dengan zaman siber.

Beliau menambah, ibu pejabat UMNO menerima banyak pandangan tentang kaedah tersebut termasuk enam program jelajah yang diadakan oleh Jawatankuasa Pemilihan UMNO setakat ini.

''Rata-rata pandangan yang diterima bersetuju agar kaedah baharu pemberitahuan notis mesyuarat tersebut digunakan seiring dengan penghantaran surat yang digunapakai sejak 67 tahun lalu," katanya.

Beliau berkata, notis melalui surat adalah kaedah wajib yang termaktub dalam Perlembagaan UMNO untuk terus digunakan dan disokong dengan kaedah baharu melalui SMS, laman sosial, banting dan e-mel.

Dalam pada itu, Abd. Rauf berkata, setakat ini seluruh ahli dan pemimpin UMNO di enam negeri memberikan sambutan menggalakkan tentang kaedah baharu proses pemilihan di peringkat cawangan, bahagian dan pucuk pimpinan tertinggi parti hujung tahun ini.

Setakat ini, jawatankuasa terbabit telah menjelajah ke Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Negeri Sembilan dan Melaka menjadi negeri keenam.( Utusan online-politik).Posted bny abnmulya at 11.29 am on June 19,2013.

Isu tudung boleh gugat perpaduan rakyat

Syed Ibrahim Syed Ahmad,Pengwerusi Jawatankuasa Dakwah Islamiah dan Tugas-Tugas Khas Negeri
 KUANTAN 18 Jun - Tindakan sebuah hospital di sini yang didakwa hanya bersetuju mengambil jururawat tidak bertudung dianggap serius kerana perkara itu membabitkan sensitiviti agama.

Pengerusi Jawatankuasa Dakwah Islamiah dan Tugas-tugas Khas negeri, Syed Ibrahim Syed Ahmad berkata, malah tindakan majikan seperti yang didedahkan seorang pembaca akhbar ini di ruangan Forum Utusan Malaysia hari ini, diakui boleh menggugat perpaduan rakyat di negeri ini.

"Tidak ada penganut agama yang suka hal berkaitan amalan mereka dijadikan isu oleh pihak lain, apatah lagi dalam konteks bertudung bukan fesyen, tetapi tuntutan dalam Islam.

"Jadi sensitiviti agama jangan diusik. Jika tidak, perpaduan kita sesama rakyat akan terjejas. Lagipun apa masalahnya dengan jururawat bertudung," katanya ketika ditemui pemberita di pejabatnya di sini hari ini. 

Pembaca tersebut, Mokteh Bekeng dari Kajang mengadu mengenai nasib yang menimpa anak saudaranya apabila salah sebuah hospital di Kuantan hanya bersedia menawarkan kerja sebagai jururawat jika sanggup membuka tudung.

Namun, Mokteh Bekeng memaklumkan demi menjaga pegangan agama, anak saudaranya terpaksa menolak tawaran kerja itu walaupun amat memerlukan pekerjaan tersebut selepas setahun menganggur.

Sementara itu, Syed Ibrahim berkata, dalam hal sensitiviti agama seperti kes tersebut, tidak wajar sama sekali isu berkenaan ditimbulkan demi menjaga nilai-nilai perpaduan yang amat dituntut dalam agama.

"Lebih baik majikan yang enggan mengambil pekerja bertudung tidak menjadikan perkara itu sebagai alasan. Tak payah beritahu orang saya tak nak ambil awak bekerja sebab awak pakai tudung.

 "Itu lebih baik daripada mempersoalkan amalan seseorang yang berkaitan tuntutan agama. Tetapi kalau majikan mahu melihat perniagaan mereka maju, percayalah, ambil pekerja bertudung lagi orang suka. Tengoklah di Pahang, siapa yang ramai," jelasnya.

 Dalam pada itu, beliau memuji anak saudara kepada penulis aduan itu untuk terus konsisten mengamalkan tuntutan bertudung kerana cara tersebut mampu menyedarkan pihak majikan berkenaan.(Utsan online-dalam negeri ).Posted by abnmulya at 11.15 am on June 19,2013.

Haram halang pakai tudung

Datuk Nooh Gadut,Penasihata (MAIJ)
KUALA LUMPUR 18 Jun - Tindakan sesetengah majikan tidak mengizinkan pekerja wanita memakai tudung sekali gus menghalang individu terbabit melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang Islam adalah haram di sisi agama.

Penasihat Majlis Agama Islam Johor (MAIJ), Datuk Nooh Gadot berkata, perkara tersebut secara tidak langsung melanggar Perlembagaan yang meletakkan kedudukan Islam sebagai agama negara.

"Pihak majikan sesebuah syarikat tidak boleh sewenang-wenangnya meletakkan syarat tersendiri kerana peruntukan kedudukan Islam dan agama lain sudah jelas.

"Dalam apa jua keadaan, Perlembagaan negara tidak boleh dipinda dan oleh itu semua pihak harus akur dan menerima hakikat seterusnya tidak menimbulkan isu seperti ini," katanya ketika dihubungi di sini.

Beliau mengulas aduan seorang pembaca dalam ruangan Forum Utusan Malaysia yang disiarkan hari ini bahawa anak saudaranya hanya akan diterima bekerja di salah sebuah hospital di Kuantan sekiranya bersetuju membuka tudung.

Sementara itu, Pengerusi Gabungan Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (Pembela), Dr. Yusri Mohamad berkata, menghalang seseorang daripada memakai tudung adalah tidak wajar kerana perkara tersebut merupakan kewajipan seseorang individu yang beragama Islam.

"Melakukan kerja di hospital terutamanya memerlukan mereka memakai tutup kepala sebagai langkah menjaga kesihatan, justeru pemakaian tudung tidak menjadi masalah.

 "Saya berharap pihak berkaitan memandang serius akan isu ini dan mengambil tindakan supaya tidak berlakunya diskriminasi terhadap wanita Islam bertudung di Malaysia," katanya.(Utusan online-dalam negeri).Posted  by abnmulya at 11.03 am on June 19,2013.