Najib
PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengucapkan tahniah kepada Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said (tiga kanan) dan Ahli Parlimen Besut, Datuk Seri Idris Jusoh (dua kanan) atas kejayaan BN mempertahankan kerusi DUN Kuala Besut pada pilihan raya kecil baru-baru ini, selepas mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di PWTC, Kuala Lumpur hari ini. - UTUSAN
KUALA LUMPUR 26 Julai - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan pemilihan jawatan Majlis Tertinggi (MT) UMNO akan diadakan serentak dengan mesyuarat perwakilan bahagian pada 5 Oktober ini.
Najib, yang juga Presiden UMNO berkata, pemilihan jawatan tertinggi sayap Wanita, Pemuda dan Puteri Umno akan diadakan secara berasingan pada 28 September ini.
Beliau turut mengumumkan Perhimpunan Agung UMNO akan diadakan pada 2 hingga 7 Disember ini.
Mereka yang berminat bertanding jawatan MT, bahagian dan sayap pergerakan parti boleh mendaftar sebagai calon di badan Perhubungan UMNO Negeri pada 7 September ini, katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat MT itu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.
Lebih 150,000 perwakilan UMNO daripada 191 bahagian di seluruh negara akan membuat pemilihan pucuk pemimpinan parti tahun ini selaras dengan pindaan perlembagaan baharu parti itu.
Najib berharap dengan pemilihan berdasarkan perlembagaan baharu itu, anggota UMNO akan memilih pemimpin yang boleh meletakkan parti itu pada asas yang lebih kukuh.
"Kita harap pemimpin yang dipilih nanti boleh diterima parti dan rakyat...kita tidak mahu pemimpin yang berjaya dalam parti tetapi juga dalam pilihan raya.
"Kita harap UMNO boleh diterima sebagai parti pilihan rakyat, sebab itu kita kena ketengahkan barisan pemimpin yang diterima rakyat dan mampu mencerminkan imej yang positif," katanya.
Dalam pada itu, Najib turut memaklumkan jumlah keseluruhan anggota UMNO setakat ini adalah kira-kira 3.4 juta orang.
Ini termasuk pertambahan anggota baharu setakat 22 Julai lepas berjumlah 113,959 yang terbahagi kepada ahli biasa (9,043), Pergerakan Wanita (17, 841) Pergerakan Pemuda (48,867) dan Pergerakan Puteri (38,208). - BERNAMA ( Utusan online-politik).Posted by abnmulya / Bakar Ninggal. blogspot.com. at 2309 hrs on July 26,2013.
Friday, July 26, 2013
6 Negeri dapat Ketua Perhubungan UMNO baharu
KUALA LUMPUR 26 Julai - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan pelantikan Ketua Perhubungan UMNO yang baharu bagi enam negeri.
Keenam-enam negeri itu ialah Perlis, Kedah, Selangor, Wilayah Persekutuan, Melaka dan Johor. Berikut senarai Ketua Perhubungan UMNO dan Timbalan Ketua Perhubungan UMNO yang diputuskan pada mesyuarat Majlis Tertinggi parti hari ini:
Perlis:
Pengerusi - Datuk Seri Shahidan Kassim
Timbalan - Wan Azlan Man
Kedah:
Pengerusi - Datuk Mukhriz Mahathir
Timbalan - Datuk Ahmad Bashah Hanipah
Kelantan:
Pengerusi - Datuk Mustapa Mohamed
Timbalan - Datuk Dr. Awang Adek Hussain
Terengganu:
Pengerusi - Datuk Ahmad Said
Timbalan - Datuk Seri Idris Jusoh
Pulau Pinang:
Pengerusi - Datuk Zainal Abidin Othman
Timbalan - Datuk Dr. Hilmi Yahaya
Perak:
Pengerusi - Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir
Timbalan - Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah
Pahang:
Pengerusi - Datuk Seri Adnan Yaakob
Timbalan - Datuk Mohd Sharkar Shamsuddin
Selangor:
Pengerusi - Datuk Seri Noh Omar
Timbalan - Datuk Abdul Shukor Idrus
Wilayah Persekutuan:
Pengerusi - Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor
Timbalan - Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin
Negeri Sembilan:
Pengerusi - Datuk Seri Mohamad Hassan
Timbalan - Datuk Seri Shaziman Mansor
Melaka:
Pengerusi - Datuk Idris Haron
Timbalan - Datuk Ahmad Hamzah
Johor:
Pengerusi - Datuk Seri Mohamad Khaled Nordin
Timbalan - Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad
Sabah:
Pengerusi - Datuk Seri Musa Aman
Timbalan - Datuk Salleh Tun Said Keruak -
(UTUSAN ONLINE-POLITIK).Posted by abnmulya / Bakar Ninggal.blogspot.com. at 2300 hrs.on July 26,2013.

Sudah jumpa bakal suami
Oleh MOHD. KHAIRUL MOHD. ALI
Gambar ABDUL RAZAK LATIF
Fiza umum sudah temui pengganti dan bakal mendirikan rumah tangga penghujung tahun ini.
BARU-BARU ini, kami di Hits telah menyiarkan cerita tentang penyanyi dan pelakon, Siti Zaidatul Fiza Abd. Halim atau lebih dikenali sebagai Fiza Elite tentang perkahwinan tidak menjadinya pada Jun lalu.
Sepatutnya kata Fiza, sekarang ini dia sudah menjadi isteri orang, tetapi sebab tak ada jodoh, dia masih lagi solo dan selesa dengan gelaran sebagai ibu tunggal. Tetapi itu cerita dua minggu lepas. Hari Selasa lalu, kami bertemu Fiza lagi dan ada kisah menarik yang dikongsikan.
Tidak mahu mengingati kisah duka tersebut, Fiza yang kini berusia 32 tahun memberitahu dia sudah bertemu dengan bakal suami baharu.
Menariknya, mereka kini sedang merancang untuk mendirikan rumah tangga dalam masa beberapa bulan selepas ini.
"Tidak dinafikan perancangan untuk kembali berumah tangga itu sentiasa ada. Insya-Allah, calonnya juga sudah ada sekarang ini. Sekiranya semuanya berjalan lancar, kami bakal melangsungkan perkahwinan pada penghujung tahun ini," katanya yang tidak mahu mendedahkan siapakah lelaki yang berjaya menambat hatinya itu.
Namun begitu menurut Fiza, usia perkenalan antara dirinya dengan jejaka misteri tersebut masih baru kerana hubungan mereka menjadi rapat dalam kedatangan bulan Ramadan tahun ini.
"Kami berkenalan sudah lama juga, tetapi hubungan antara saya dan dirinya menjadi lebih rapat dalam bulan puasa ini.
"Saya yakin semua perkara yang berlaku dalam hidup ini mempunyai hikmah yang tersendiri dan saya berharap masyarakat diluar sentiasa mendoakan yang terbaik buat diri saya," katanya yang memiliki dua orang anak melalui perkahwinan terdahulu.
Fiza ditemui sewaktu majlis Pratonton Rancangan TV AlHijrah, Syawal Satu Kemenangan yang diadakan, baru-baru ini.
ambah Fiza yang merancang untuk membawa kedua orang tuanya untuk menyambut perayaan bersama-sama di ibu kota tahun ini, individu terbabit merupakan seseorang yang juga berada dalam industri. Hmm, tuah orang cantik.
Putus cinta hari ini, esok sudah ketemu yang baru. Fiza memang mantap! Bercakap tentang imej barunya, menurut Fiza, setiap individu pasti mempunyai pengalaman tersendir untuk menjadi seorang insan yang lebih sempurna, apatah lagi dengan kedatangan bulan puasa ini.
"Walaupun saya masih baru sahaja mengenakan hijab iaitu pada 6 Jun lalu, tetapi saya bersyukur kerana semua perkara kelihatan tenang dan mudah berbanding waktu-waktu sebelum ini.
"Walaupun beberapa tawaran berlakon terpaksa dibatalkan pada saat akhir dan kurang tawaran baru, saya masih terus mendapat peluang bekerja bagi menggantikan projek yang lalu.
"Apatah lagi dengan kedatangan Ramadan tahun ini, saya berasa lebih tenang dalam meraikannya tidak seperti tahun-tahun sebelum ini," kata Fiza lebih lanjut.
Tambah Fiza lagi, setelah berhijab, dia berasa kekok sekiranya perlu mengenakan sebarang pakaian yang agak ketat dan disebabkan itu, pakaian pilihannya kini adalah baju kurung selain berjubah.
"Memang saya baru sahaja bertudung, tetapi saya nekad tidak mahu mengenakan sebarang pakaian yang menampakkan bentuk tubuh badan lagi selepas ini. Lagipun sekiranya berpakaian sedemikian, perasaan kekok dan tidak selesa itu akan timbul dengan sendirinya," tambah Fiza yang telah mengurangkan aktiviti seni dalam bulan Ramadan ini untuk meningkatkan amalan ibadah.(Utusan onl;ine-Hiburan).Posted by abnmulya / Bakar Ninggal.blogspot.com.at 1910 hrs on July 26,2013.
ANTARA KERJAYA,KEKASIH,ANAK
Oleh GARRET DAWUM
garret.dawum
@utusan.com.my Gambar WAHIDAH ZAINAL &
ASREY NOORKUZAIREY SALIM
ANGGAP gosip yang mendakwa dia mengongkong Zain sebagai perkara remeh. MANIS dan ayu sungguh pelakon cantik Rozita Che Wan bertudung di bulan Ramadan ini. Mana tidak cair si kekasih hati, Zain Saidin.
Katanya, bertudung memang menjadi imej dan penampilan sebagai tanda hormat setiap kali menjelang bulan puasa. Hai, bulan puasa je? Bulan lain?
"Saya belum bersedia lagi untuk berhijab. Mungkin suatu hari nanti. Dah terbuka hati. Siapa tahu kan," jawapan yang sangat jujur dan ikhlas diberikan kepada Hits ketika ditanya mengenai niat untuk memakai tudung.
Tidak mahu cerita panjang lebar, Hits terus mengajukan soalan tentang persiapan perkahwinannya.
Walaupun di bulan Ramadan, soalan itu tetap utama. Yelah, mesti ramai peminat yang ingin tahu apa yang mereka sudah lakukan untuk majlis yang bakal diadakan pada penghujung tahun ini.
Tidak sabar rasanya melihat Rozita atau lebih mesra dipanggil Che Ta berada di atas pelamin bersama kekasih hati yang muda, Zain Saidin, 29.
Dikhabarkan baru-baru ini Che Ta, 42, menjelaskan bahawa sudah ada beberapa penaja yang sudi membantu majlis pernikahannya yang merangkumi tajaan pakaian, lokasi, makanan dan sebagainya.
Kali ini lain pula cerita yang timbul. Rupa-rupanya, menurut Che Ta, pakej bulan madu mereka juga sudah siap disediakan. Wah, memang gembiralah empunya badan.
Mana tidaknya, tarikh belum ditetapkan lagi, sudah banyak pula tajaan yang Che Ta dapat.
"Memang sudah ada pakej bulan madu itu. Cuma tidak tentukan tempat lagi. Lokasi itu nanti akan saya tentukan bersama dengan Zain. Biar ia bersesuaian dengan citarasa kami berdua.
"Saya memang cukup bersyukur dan berterima kasih kepada pihak yang ingin memberi tajaan dalam majlis pernikahan saya nanti.
"Tidak sangka dan rasa sangat bertuah dengan tajaan tersebut tetapi saya juga tidak akan bergantung semata-mata kepada tajaan itu. Saya dan Zain sama-sama membuat persiapan.
"Kalau di belah saya, saya sediakan untuk majlis sebelah saya. Begitu juga dia (Zain). Kami sama-sama sudah bersedia.
"Saya sebenarnya tidak kisah jika majlis kami tidak dibuat secara besar-besaran, asalkan majlis berlangsung dengan penuh meriah dan berjalan dengan lancar," kata Che Ta yang tidak merahsiakan persiapan majlis perkahwinan kedua buat dirinya.
Akui Che Ta, dia tidak memilih untuk mengikat tali pertunangan dengan kekasihnya kerana sudah lama kenal antara satu sama lain.
"Bagi saya, bertunang adalah satu tempoh atau proses untuk mengenali pasangan kita dengan lebih dekat. Kami dah kenal lama, jadi saya rasa kami tak perlu bertunang.
"Saya bakal berkahwin dengan lelaki bujang dan ini merupakan perkahwinan pertama buat Zain. "Jadi, mungkin kami akan adakan sebuah majlis yang istimewa untuk dijadikan memori indah buat kami berdua," ujar Che Ta dengan ukiran senyuman manis.
Ditanya mengenai sifat Zain terhadap anak-anak, Che Ta juga mengaku Zain sangat rapat dengan dua orang anak terunanya, Ammar Effendy, 17, dan Aniq Ezzra, 15.
"Tidak saya nafikan, Zain memang sangat rapat dengan Ammar dan Aniq. Mereka juga saya lihat sudah seperti kawan baik. Sebab itu mereka sangat mesra. SENTIASA melihat perkembangan pembelajaran anak-anak dan pantau jadual belajar mereka.
"Sifat yang saya suka apabila dia (Zain) bersama anak-anak ialah dia menjadi pendengar yang setia. Setiap masalah yang anak-anak saya luahkan, Zain dengar dan cuba selesaikan. Zain sangat memahami," katanya yang turut mengaku Zain bukan lelaki yang panas baran.
Walaupun Zain tidak panas baran, tapi dengarnya baru-baru ini Che Ta dikatakan telah merajuk dengan buah hatinya itu gara-gara jadual Zain yang semakin sibuk.
Ini menyebabkan mereka jarang bertemu. Adoi, satu hal pula yang berlaku. Merajuk Che Ta itu membuatkan dia dilabel sebagi queen control.
Tidak kawal Zain Tidak mahu banyak lagi perkara negatif berlaku, Che Ta menepis dakwaan itu kononnya dia mengawal pergerakan Zain dengan mengganggu ketika aktor itu berada di lokasi penggambaran.
Antara gangguan Che Ta terhadap Zain ialah sering membuat panggilan telefon dan menghantar SMS.
Katanya, perkara itu adalah fitnah semata-mata dan menyifatkannya sebagai karut kerana dia dan Zain tidak pernah mencampur-adukkan soal peribadi dan kerjaya dalam hubungan cinta mereka.
"Mengarut sahaja cerita yang dikeluarkan itu dan tiada asas langsung. Kami sangat profesional dengan kerjaya kami.
"Tidak wujud istilah saya mengongkong atau mengganggu ketika dia sedang bekerja," ujarnya ringkas dengan nada tidak berpuas hati. Di mana entah timbul dan tersebarnya gosip itu pun Che Ta tidak ketahui, malah dia secara terus-terang mengakui tidak akan melayan perkara remeh seperti gosip tersebut.
"Saya dan Zain sibuk dengan pelbagai perkara. Buat apa hendak layan. Saya tidak pasti, sama ada cerita ini sengaja disebarkan dengan tujuan memburukkan saya. Atau mungkin ada pihak yang cemburu melihat hubungan kami?
"Apa-apa pun, kami percaya sesama sendiri. Buat apalah hendak call atau SMS dia selalu. Saya faham kerja dia. Dia pun faham kerja saya.
"Itu hanya salah faham kerana saya sebenarnya sangat mengambil berat tentang Zain. Penyebar fitnah atau sumber itu sepatutnya sebar sesuatu biar ada kesahihan. Jangan bertindak melulu," katanya yang juga sedang sibuk dengan produk terbaru Safi setelah tiga tahun menjadi duta.
Menjadi duta produk bagi Che Ta memang bukan sesuatu tugas yang mudah dan ringan untuk dipikul.
"Banyak tanggungjawab yang perlu kita galas. Ikut promosi itu inilah. Sebab itu, saya kena bijak mengurus jadual antara berlakon, duta produk dan lain-lain," katanya yang mempunyai kulit wajah yang sangat lembut dan kelihatan jauh lebih muda, walaupun sudah berusia.(UTUSAN ONLINE-HIBURAN).Posted by abnmulya / Bakar Ninggal.blogspot.com. at 1858 hrs on July 26,2013

Penjara not bad,kata Alvin Tan
KUALA LUMPUR 26 Julai - Alvin Tan yang dipenjara selama lapan hari kerana tidak dibenarkan jaminan atas tuduhan mempersendakan umat Islam dan Ramadan, hanya menyatakan not bad (boleh tahan) bagi menggambarkan pengalamannya di dalam penjara.
Dia berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas selesai urusan jaminan manakala pasangannya Vivian Lee, yang sentiasa menundukkan kepala enggan memberi komen. Pada 10 pagi, Alvin dan Vivian, yang masing-masing masih bergari diiringi beberapa anggota polis ke Kaunter Pendaftaran Mahkamah Sesyen/Majistret (Jenayah) bagi urusan jaminan dan kakitangan mahkamah membacakan syarat jaminan.
Kedua-duanya dilihat menandatangani dokumen jaminan sebelum beredar dari kaunter itu kira-kira 20 minit kemudian dan bergegas menaiki dua buah kereta yang menunggu di perkarangan Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini.
Semalam, pasangan itu diikat jamin oleh ibu Alvin dan rakan perempuan mereka sebanyak RM30,000 setiap seorang. Sementara itu, peguam Chong Joo Tian ketika ditemui pemberita sejurus anak guamnya beredar berkata:
"Mereka gembira dapat keluar dari penjara. Mereka perlukan masa untuk berehat". Pada 18 Julai lepas, Alvin dan Vivian masing-masing ditahan di Penjara Sungai Buloh dan Penjara Kajang selepas Hakim Mahkamah Sesyen Murtazadi Amran tidak membenarkan mereka diikat jamin.
Namun, semalam, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohd. Azman Husin membenarkan mereka masing-masing dijamin RM30,000 bersama empat syarat.
Empat syarat itu ialah pasangan itu perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah, melapor diri di balai polis pada minggu pertama setiap bulan, dilarang memuat naik artikel, komen, gambar lucah serta apa-apa bentuk penulisan yang boleh menyentuh sensitiviti agama dan perkauman serta dihalang menggunakan peranti komunikasi berangkaian bagi mengakses Internet.
Alvin atau nama penuhnya Tan Jye Yee, 25, dan Vivian atau Lee May Ling, 24, didakwa bersama-sama menerbitkan satu penerbitan menghasut di laman Facebook Alvin and Vivian - Alvivi di pautan https://www.facebook.com/alvivi.swingers iaitu kandungan gambar dan komen yang bertajuk Selamat Berbuka Puasa (dengan Bak Kut Teh..wangi, enak, menyelerakan !!!" yang mengandungi logo Halal.
Mereka juga didakwa mempamerkan gambar-gambar lucah di http://alviviswingers.tumblr.com/ di tempat sama, antara 6 Julai dan 7 Julai lepas, antara 9 malam dan 2 pagi.
Pasangan itu juga didakwa memuat naik di laman Facebook mereka satu kandungan gambar dan komen yang sama, berkemungkinan menyebabkan perasaan permusuhan atas alasan agama di kalangan penganut agama berlainan.
Kesemua kesalahan itu mengikut Akta Hasutan 1948, Akta Penapisan Filem 2002 dan Kanun Keseksaan. - BERNAMA(Utusan online-dalam negeri).Posted by abnmulya / Bakar Ninggal.blogspot.com.at 1611 hrs on July 26,2013.

Peniaga,pemborong ingkar harga kawalan boleh dipenjara
![]() |
| Datuk Hasan Malek |
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hasan Malek berkata, tindakan tegas terhadap peniaga dan pemborong itu adalah mengikut Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.
"Kementerian tidak lagi akan berkompromi terhadap peniaga dan pemborong yang masih berdegil mematuhi peraturan.
"Kita tidak pilih bulu...peniaga dan pemborong yang ingkar dengan menjual barangan kawalan lebih tinggi daripada harga siling yang ditetapkan kerajaan bakal dikenakan denda dan penjara," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat dan melancarkan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan di Pasar Besar Jalan Meru, Klang, di sini hari ini. Hasan berkata, skim kawalan harga yang dikuatkuasa bermula hari ini sehingga 11 Ogos itu bertujuan mengekang berlaku penyelewengan harga sepanjang musim perayaan Aidilfitri.
"Dalam skim ini, sebanyak 20 jenis barang telah dikategori sebagai barang kawalan termasuk ayam, daging lembu, ikan kembung, cili merah, bawang, kubis, telur, tomato, ubi kentang, kacang tanah dan kelapa.
"Barang-barang ini kita tidak letakkan harga siling mengikut suka-suka hati tetapi mengikut pada situasi semasa dan ia dilihat fleksibel...penetapan harga-harga (siling) ini juga masih memberi keuntungan kepada pembeli dan penjual," katanya.
Hasan berkata, pihak penguat kuasa kementerian akan menjalankan pemantauan lebih kerap di lokasi yang menjadi tumpuan orang ramai membeli-belah seperti pasar awam, pasar pagi dan pasar tani.
"Seramai 1,845 pegawai penguatkuasa dan 1,071 pegawai pemantau harga telah diarah untuk melakukan pemantuan harga di seluruh negara.
"Pengguna juga digalak untuk membuat aduan kepada kami sekiranya terdapat peniaga yang sewenang-wenangnya menaikkan harga barangan kawalan terutama menjelang Hari Raya," katanya.
Hasan turut menasihatkan peniaga supaya mempamerkan tanda harga jelas untuk setiap barangan termasuk tanda harga khas berwarna merah jambu bagi barang kawalan untuk memudahkan pengguna membuat pilihan. - BERNAMA( Utusan online-dalam negeri).Posted by abnmulya / Bakar Ninggal.blogspot.com.,at 1540 hrs on July 26,2013.
Thursday, July 25, 2013
Maqasid Syariah jadi junjungan
Oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA
mohdasron.mustapha@utusan.com.my
KUALA LUMPUR 25 Julai - Kerajaan akan sentiasa memastikan segala pelaksanaan dalam pentadbiran negara menjunjung Maqasid Syariah sebagaimana terkandung di dalam al-Quran untuk memandu Malaysia ke arah kejayaan, kemajuan dan kemakmuran.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, ini kerana kemajuan yang didorong al-Quran adalah seimbang, holistik serta adil kepada semua tanpa mengira kaum, bahasa dan agama kerana kitab suci itu merupakan pedoman yang cahayanya tidak akan padam.
Beliau yang turut memetik firman Allah mengenai keagungan kitab suci itu menerusi surah al-Israa', ayat sembilan, menyeru kepada semua umat Islam di negara ini agar dapat mengambil al-Quran sebagai landasan kepada islah diri, ummah dan negara.
"Marilah kita berusaha dengan sebaik mungkin dalam menterjemahkan pedoman al- Quran kepada program-program transformasi yang akan melonjakkan martabat ummah di persada dunia," katanya dalam perutusan Nuzul al-Quran di blog 1malaysia.com. my, hari ini.
Mengenai Nuzul al-Quran, Perdana Menteri berkata, seluruh umat Islam sangat bertuah kerana sekali lagi dapat bertemu bulan Ramadan yang penuh dengan kerahmatan dan keberkatan di mana di bulan mulai itulah diturunkan al-Quran untuk menjadi panduan umat.
Katanya, peristiwa Nuzul al-Quran merupakan rahmat abadi yang dikurniakan buat umat kerana kitab suci tersebut tersebut sentiasa menjadi pembimbing yang tidak pernah jemu-jemu membawa umat manusia menuju kehidupan mulia di dunia mahupun di akhirat.
"Saya berdoa dengan keberkatan Nuzul al-Quran di bulan Ramadan yang mulia ini, Allah sentiasa menyatukan hati kita semua dengan suntikan semangat motivasi untuk menjaga agama serta negara dan mudah-mudahan segala amalan kita diterima oleh Allah," katanya. (UTUSAN ONLINE-DALAM NEGERI).Posted by abnmulya / Bakar Ninggal.blogspot.com.at 12.10 am on JUly 26,2013.
mohdasron.mustapha@utusan.com.my
![]() |
| Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Tun Razak |

Subscribe to:
Posts (Atom)
.jpg)
.jpg)
.jpg)