Friday, August 23, 2013

Kekalahan di Selangor.Tempoh kecewa sudah berlalu.

Agenda Daily
SABTU, 24 OGOS 2013 07:57
LUKMAN ABDULLAH 

Kalah tidak semestinya rebah.Itu mesej Datuk Seri Najib Tun Razak kepada UMNO Selangor tidak mahu ia terus merintih tewas di negeri itu pada pilihanraya umum ke 13 dan tinggal 12 kerusi Dewan Undangan negeri dan lima parlimen.

Perdana Menteri sebaliknya mahu mereka buat satu 'post-mortem' yang kritikal serta jujur mengenai kekalahan itu untuk dijadikan sempadan bangun semula.

Katanya post-mortem itu mesti sanggup mengupas, membelek dan mendalami setiap yang berlaku, peristiwa, keputusan dan tindakan yang telah dilakukan menjurus kepada PRU13.

"Kita mesti buat satu post mortem yang begitu kritikal dan jujur, kita mesti sanggup mengupas, membelek dan mendalami setiap yang telah berlaku, sama-samalah kita berkongsi pendapat kita," katanya.

"Kita mesti tanya pada diri kita di mana letaknya kekuatan kita dan di mana pastinya telah berlaku kekhilafan, kelemahan ataupun tindakan serta keputusan yang tidak kena pada tempatnya ataupun yang tersasar yang telah menyebabkan UMNO dan BN tidak mencapai apa-apa yang kita harapkan yakni cita-cita kita itu tidak menjadi kenyataan sebaliknya kita hanya dapat 12 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan lima di peringkat parlimen," tegas beliau.

Najib mentyatakan demikiian semasa berucap pada majlis rumah terbuka Aidilfitri Perdana Menteri bersama rakyat Selangor di Institut Kraf Negara di Rawang, Jumaat malam anjuran Badan Perhubungan UMNO Selangor.

Beliau menyifatkan tempoh kekecewaan setelah gagal meraih mandat rakyat pada PRU13 di Selangor khususnya telah berlalu.

"Sudah cukup tempoh masa untuk kita rasa kecewa, sudah cukup tempoh masa untuk kita merenung akan nasib kita, mulai pada hari ini pada tarikh ini kita hanya ada satu sahaja jangan lihat kebelakang, lihat ke hadapan, lihat pada perjuangan kita di hari muka. Hanya kalau kita sanggup bangun dengan semangat orang gigh dalam perjuangan baru kita akan mencapai kejayaan.

"Saya berharap tempoh masa untuk kita merasa sedih dan bertanya-tanya, merenung ataupun sukar tidur di waktu malam, terkenang-kenang peristiwa PRU13, setelah 100 hari berlalu kita jadikan ini sebagai sempadan,".katanya Perdana Menteri mahu anggota UMNO mengakui kesilapan dan kekhilafan yang telah dilakukan pada pilihan raya lalu dan menjadikannya iktibar agar ia tidak berulang pada PRU ke-14 nanti. 

Najib berpendapat prestasi sepatutnya lebih baik namun, katanya, "kita mesti akui bahawa sudah tentu ada beberapa keputusan yang kita buat telah menyebabkan sokongan yang kita harapkan itu tidak diterjemahkan dalam bentuk undi dalam PRU13."

 "Saya sendiri tahu, tuan-tuan dan puan-puan pun barangkali tahu, sama-samalah kita kongsi pendapat kita, bukanlah kita hendak menghukum, bukan kita hendak menuding jari, " jelas beliau.

Najib seterusnya berkata, "lebih daripada itu kita tidak mahu mengulangi kekhilafan kita kerana kita mahu lihat pada masa depan bahawa berbekalkan dengan keberanian untuk melakukan proses muhasabah, membetulkan segala kelemahan, merapatkan semula barisan agar dalam PRU14 akan datang impian kita akan menjadi kenyataan dan realiti."

Beliau mengingatkan titik tolak kepada pemulihan UMNO Selangor dan kejayaan pada hari muka semestinya perpaduan, permuafakatan dan juga kesetiaan kepada parti.

"Kesetiaan kepada parti, permuafakatan dan perpaduan mesti kita jaga sepanjang masa," tambahnya. Melihat pada kehadiran ramai di majlis itu Najib beranggapan penyokong-penyokong masih setia dengan UMNO dan BN.

Beliau mengucap terima kasih kepada pimpinan 22 UMNO Bahagian di negeri Selangor kerana telah memberi kerjasama yang amat baik sewaktu beliau menjadi Pengerusi Badan Perhubungan UMNO dan BN negeri Selangor sehingga selesai PRU13.

Kata Najib, "kerjasama seperti ini saya harap dapat dipanjangkan kepada pimpinan baru perhubungan UMNO negeri di mana saya telah amanahkan kepada Datuk Seri Noh Omar sebagai Pengerusi Perbubungan UMNO negeri Selangor yang baru serta penyandang-penyandang lain merupakan barisan kepimpinan baru yang kita amanahkan untuk memimpin UMNO Selangor sama-sama dengan rakan-rakan BN kita yang lain."

Najib berpesan, "kita tidak boleh rasa putus asa ataupun kecewa, sebagai orang yang berjuang tidak ada dalam kamus perkataan putus asa atau kekecewaan."

"Kita lihat orang lain, perjuangannya penuh dengan pahit getir sebelum mereka mencapai kejayaan. "Saya pernah berjumpa dengan Presiden Mandela yang telah dihukum dan dipenjarakan selama 27 tahun, 14 tahun di sebuah pulau dengan melakukan kerja-kerja berat namun dalam masa 27 tahun itu beliau tidak pernah putus asa.

"Inikan kita tidak dipenjara, kita bebas, kita masih ada kerajaan pusat di bawah UMNO dan BN yang mana kita boleh bergantung harap cuma yang kita hendak ialah api perjuangan kita, jangan api itu tidak terus membara, kita mahu api perjuangan kita itu menjadi punca kekuatan untuk kita berjuang habis-habisan bagi mencapai kejayaan pada masa akan datang, maknanya, otang yang berbakal semangat yang kukuh lagi jitu akan berjaya, " kata Najib.

Menyentuh soal pemilihan calon PRU13, Najib berkata, "mungkin adakala kita rasa kenapa kita tidak dipilih sebagai calon, mungkin kita rasakan kenapa orang lain menjadi calon, kadang kita pulak bila dah jadi calon kenapa pula kita kalah, bermacam-macam perkara berlegar dalam kepala kita."

Majlis itu turut dihadiri Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Selangor Datuk Seri Noh Omar yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor dan Timbalannya Abdul Shukor Idrus yang juga ADUN Kuang merangkap Ketua UMNO Bahagian Selayang.

Najib berkata, walaupun tidak lagi menjadi Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor, beliau akan tetap membantu kepimpinan UMNO di negeri itu bagi mengembalikan Selangor ke pangkuan UMNO dan BN.

"Saya ingin memohon maaf di atas kesilapan yang saya lakukan sepanjang menjadi pengerusi, harap kerjasama pada saya akan diteruskan. Buatlah kerja bersungguh-sungguh, tunjukkan sikap yang serius, jangan tidak hadir sidang Dewan, dampingi rakyat, sekiranya kita mengamalkan sikap rendah diri dan mesra rakyat, peluang untuk kembali berkuasa tentu lebih baik," katanya.

Najib, yang juga Presiden UMNO, turut berharap agar anggota UMNO membuat keputusan yang tepat pada pemilihan parti itu di peringkat Selangor.

"Jangan buat angkara yang boleh melemahkan parti, pilihlah pemimpin sebaiknya, kita perlukan adunan yang lama dan baharu, bakat-bakat kepimpinan yang boleh kita asuh untuk kepimpinan parti," ujarnya.- 24/8/2013-OLEH LUKMAN ABDULLAH(Dari Agenda Daily).Posted by abnmulya / Bakar Ninggal.blogspot.com., at 12.29 am on Ogos 24,2013.

Jangan layan Dong Zong,teruskan PPPM

KUALA LUMPUR 23 Ogos - Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) menggesa kerajaan tidak melayan kerenah dan tuntutan Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) berhubung pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM).

Setiausaha Agungnya, Syed Hassan Syed Ali berkata, PPPM perlu diteruskan mengikut jadual ditetapkan bagi mencapai sistem pembelajaran berkesan.

Dalam masa sama, menurut beliau, sudah tiba masanya kerajaan menumpukan usaha memperkasa sekolah kebangsaan dan menghentikan peruntukan dana baharu kepada sekolah vernakular.

"Kita juga minta kerajaan mewajibkan beberapa mata pelajaran sebagaimana yang diajar di sekolah kebangsaan seperti Sejarah kepada pelajar di sekolah jenis kebangsaan.

"Jika mereka menolak, kerajaan perlu menarik balik bantuan dana yang diperuntukkan memandangkan kerajaan perlu mengutamakan agenda pendidikan demi masa depan negara," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mempersoal niat sebenar Dong Zong menentang pelaksanaan PPPM yang akan dilancar bulan depan walaupun mereka turut terlibat dalam penggubalannya sebelum ini.

Beliau yang juga Menteri Pendidikan berkata, dakwaan Dong Zong kononnya pelaksanaan PPPM akan menghapuskan bahasa Mandarin dan sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) sama sekali tidak benar serta tidak disebut langsung dalam pelan berkenaan.

Tambah Syed Hassan, kerajaan juga tidak perlu melayan tuntutan Dong Zong yang mahu Peperiksaan Gabungan Sekolah Menengah Cina (UEC) diiktiraf kerana langkah itu akan menghalang usaha perpaduan nasional.

Dalam masa sama, beliau turut meminta kerajaan melaksanakan usaha memperkasa sekolah agama berteraskan Islam di seluruh negara.

"Sekolah agama di seluruh negara perlu diseragamkan dengan sistem pendidikan menerusi langkah mewajibkan semua pelajar Islam mengikuti pembelajaran di sekolah agama selepas atau sebelum waktu sekolah kebangsaan.

"Pembinaan bangunan yang mencukupi untuk sekolah agama juga perlu dilaksanakan bagi penempatan pelajar Islam," katanya.

Sementara itu, Pemimpin Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) Kedah, Zamil Ibrahim turut mempersoal sikap Dong Zong yang sering menolak segala usaha baik kerajaan untuk meningkatkan sistem pendidikan negara.

"Mereka perlu faham PPPM bukanlah usaha pendidikan yang hanya memberi kebaikan kepada anak Melayu sahaja tetapi meliputi keseluruhan lapisan masyarakat berbilang kaum," katanya.

Menurut beliau, sikap Dong Zong itu lebih mencerminkan kecenderungan pertubuhan tersebut kepada pembangkang yang sering menentang usaha baik kerajaan.(Utusan online-Dalam Negeri).Posted by abnmulya / Bakar Ninggal.blogspot.com., at 11.55 am on Ogos 24,2013.

PAS didesak nyatakan pendirian berhubung isu kaliamah Allah

NASARUDDIN Mat Isa (tengah) berbual bersama bekas Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohd. Hashim (kiri) dan Naib Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Zulkifli Noordin ketika hadir dalam Majlis Sambutan Aidilfitri Kumpulan Utusan di Ibu Pejabat Utusan Melayu (M) Bhd., Kuala Lumpur, semalam. 

KUALA LUMPUR 23 Ogos - Pucuk pimpinan Pas diminta menyatakan pendirian berhubung keputusan Mahkamah Rayuan menolak permohonan Gereja Roman Katolik membatalkan rayuan kerajaan Malaysia berhubung isu melibatkan pengunaan kalimah Allah dalam majalah mingguan Herald.

Datuk Dr.Hasan Ali
Presiden Jalur Tiga Malaysia (Jati), Datuk Dr. Hasan Ali berkata, rakyat mahu melihat pendirian Pas dalam memperjuangkan isu kritikal seperti kalimah Allah atau pemimpin parti itu hanya sekadar bersuara demi kepentingan politik masing-masing.

Menurut beliau, desakan itu bagi memastikan parti tersebut masih lagi relevan dalam perjuangan Islam serta idak tersasar daripada landasan sebenar.

Tambahnya, sebagai sebuah parti berteraskan Islam, pucuk pimpinan Pas sepatutnya hadir menyatakan sokongan semasa
perbicaraan berhubung kes penggunaan kalimah Allah di Putrajaya semalam.

"Ketiadaan seorang pun ahli Pas semalam menimbulkan persoalan. Ahli-ahli Pas perlu bertanya kembali sama ada mereka perlu mempertahankan sebuah parti yang secara terang-terangan enggan memperjuangkan penggunaan kalimah Allah.

"Mereka perlukan kepastian sama ada parti itu akan bersama-sama menolak penggunaan kalimah Allah oleh penganut agama Kristian atau sebaliknya," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia semasa Majlis Sambutan Aidilfitri Kumpulan Utusan di sini hari ini.

Nasharudin Mat Isam,bekas Tim.Presiden PAS.
Beliau mengulas kegagalan pucuk pimpinan Pas hadir ketika Mahkamah Rayuan menolak permohonan Gereja Roman Katolik untuk membatalkan rayuan kerajaan dan majlis agama Islam berhubung kebenaran penggunaan Kalimah Allah dalam majalah mingguan Herald.

Sementara itu, bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa berkata, umat Islam di negara ini perlu bersatu mempertahankan kalimah Allah seperti mana sokongan yang ditunjukkan masyarakat Islam yang hadir ke mahkamah semalam.

"Saya harapkan 10 September ini akan lebih ramai umat Islam hadir menyatakan sokongan terhadap usaha mempertahan kalimah Allah yang turut mempunyai kaitan dengan isu akidah serta agama Islam sebagai agama Persekutuan.

"Perkara ini perlu dipertahan semua pihak sama ada kerajaan mahupun rakyat. Saya harap momentum hadir di mahkamah ini tetap dikekalkan sehingga keputusan diterima," katanya.(Utusan online-Politik).Posted by abnmulya / Bakar Ninggal.blogspot.com., at 11.32 am on Ogos 24,2013.

Azilah, Sirul Azhar bebas

Oleh NORLIZAH ABAS 
pengarang@utusan.com.my 
Sebahagian ahli keluarga Koperal Sirul Azhar Umar yang turut berada di pekarangan mahkamah ketika menunggu keputusan rayuan oleh Azilah Hadri dan Sirul Azhar di Mahkamah Rayuan di Putrajaya, semalam. - utusan/MOHD.NOOR MAT AMIN 

PUTRAJAYA 23 Ogos - Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar terlepas hukuman mati selepas Mahkamah Rayuan hari ini melepas dan membebaskan mereka daripada sabitan dan hukuman gantung kerana membunuh model sambilan dari Mongolia, Altantuya Shaariibuu, tujuh tahun lalu.

Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Seri Mohamed Apandi Ali yang bersidang bersama Datuk Linton Albert dan Datuk Tengku Maimun Tuan Mat memutuskan demikian secara sebulat suara selepas membenarkan rayuan kedua-dua bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK) itu.

Kuorum berkenaan melepas dan membebaskan kedua-duanya selepas berpuas hati bahawa tidak selamat untuk mengekalkan sabitan dan hukuman gantung yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi pada 9 April 2009.

Dalam reaksi segera, Peguam Cara Negara II, Datuk Tun Abdul Majid Tun Hamzah yang mengetuai pasukan pendakwaan memberitahu pemberita, pihaknya akan memfailkan rayuan terhadap keputusan tersebut.

Sejurus selepas keputusan diumumkan, Sirul Azhar sempat mengucapkan ‘Terima Kasih Yang Arif’ kepada panel bersidang manakala Azilah kelihatan terpaku sebelum kedua-duanya dibawa beredar oleh polis bertugas menuju ke lokap selepas mahkamah selesai bersidang.

Keputusan itu turut disambut dengan ucapan ‘Alhamdulillah’ dalam kalangan ahli keluarga terdekat yang hadir pada prosiding tersebut manakala ada di antara mereka saling berpelukan. Azilah, 37, selaku perayu pertama dan Sirul Azhar, 42, perayu kedua dituduh membunuh wanita kelahiran Ulan Bator berusia 28 tahun itu di antara pukul 10 malam, 19 Oktober dan 1 pagi, 20 Oktober 2006 di antara Lot 12843 dan Lot 16735, Mukim Bukit Raja, Klang dekat sini.

Hakim Tengku Maimun ketika membacakan penghakiman ringkas menyatakan, mahkamah membenarkan rayuan mereka selepas berpuas hati bahawa hakim bicara tersilap arah dalam mencapai keputusannya berdasarkan kepada keterangan kes secara keseluruhan.

Beliau menyatakan, hakim bicara tersilap arah kerana gagal memberi pertimbangan terhadap pembelaan alibi berhubung catatan dalam diari polis yang menyatakan Azilah tidak berada di tempat kejadian.

Ujarnya, pada hemat panel tersebut, beliau gagal menimbang atau membuat dapatan bahawa diari polis itu boleh menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan kerana catatan di situ menunjukkan Azilah berada di Bukit Aman ketika pembunuhan berlaku.

Hakim Tengku Maimun selanjutnya menyatakan, hakim bicara tersalah arah kerana tidak memastikan dahulu maklumat yang membawa kepada pendedahan Sirul Azhar dan Azilah mengenai tempat berlakunya kejadian pembunuhan dan letupan.

\Menurut beliau, hakim berkenaan gagal menilai sama ada wujud percanggahan nyata berhubung keterangan saksi-saksi pendakwaan mengenai maklumat tersebut sebelum beliau menerima masuk keterangan mengikut Seksyen 27 Akta Keterangan 1950.

Hakim Tengku Maimun turut berpendirian hakim bicara gagal membuat dapatan menyeluruh berhubung isu bahan letupan C4 dan kawalan terhadapnya bagi mengaitkan bahan itu dengan kedua-dua perayu.

Beliau menyatakan, kegagalan mengaitkan perayu-perayu dengan pemilikan bahan letupan tersebut yang dikatakan digunakan untuk membunuh mangsa menjadikan rantaian keterangan tercicir.

Panel itu turut berpuas hati bahawa kegagalan memanggil seorang pegawai polis, Deputi Supritendan (DSP) Musa Safri sebagai saksi sedangkan ia penting bagi menjelaskan kaitannya dengan bekas penganalisis politik, Abdul Razak Baginda, mewujudkan inferens yang bertentangan terhadap kes pendakwaan.

Pihak pembelaan membangkitkan isu Musa kerana pegawai berkenaan pernah berbalas mesej dengan Abdul Razak bagi mendapatkan bantuan polis untuk menghalang model berkenaan daripada mengganggu beliau dan keluarga.(Utusan online-Mahkamah).Postee by abnmulya / Bakar Ninggal.blogspot.com.,at 11.17 am on Ogos 24,2013.

ROS lulus 20 permohonan parti politik baharu

NILAI 23 Ogos - Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) meluluskan permohonan 20 pertubuhan politik baharu daripada 33 yang diterimanya sejak 2008.

Ketua Pengarahnya Datuk Abdul Rahman Othman berkata pihaknya akan menyenaraikan semua yang diluluskan pada Khamis depan.

"Pada masa ini ada 20 pertubuhan politik atau parti politik baharu yang telah lengkap diteliti dan dinilai oleh PDRM (Polis Diraja Malaysia) dan ianya lengkap," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Aidilfitri ROS di sini hari ini.

Menurut Abdul Rahman pihaknya menolak permohonan 13 lagi kerana pelbagai faktor termasuk tidak memenuhi syarat dan tidak mempunyai kriteria sebagai pertubuhan politik.

Sementara itu, ketika diminta mengulas mengenai pemilihan semula jawatankuasa eksekutif pusat (CEC) DAP, beliau berkata ROS masih menunggu perincian daripada DAP.

"Saya tidak boleh cakap lagi kerana saya tidak dapat details lagi daripada mereka dan saya akan jawab semua perkara itu selepas mendapat maklumat lengkap mengenai pemilihan semula itu dari mereka," katanya. - BERNAMA(Utusan online-politik).Posted  by abnmulya /Bakar Ninggal.blogspot.com.,at 2238 hrs on Ogos 23,2013.

Gerakan besar-besaran buru pekerja asing tiada permit

BAGAN DATOH 23 Ogos - Gerakan besar-besaran akan dilakukan mulai 1 Sept ini bagi menangkap pekerja asing tanpa permit kerja, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata gerakan itu membabitkan Jabatan Imigresen, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan agensi-agensi penguatkuasaan yang berkaitan.

"Kita tidak mahu pihak majikan menggaji pekerja asing yang tidak ada permit di tempat kerja masing-masing. Pada waktu yang sama kita mahu lihat pihak majikan memberikan kemudahan perumahan, perubatan dan juga menjaga kebajikan mereka.

"Ini bagi memastikan Malaysia dianggap sebagai sebuah negara yang memerlukan pekerja asing tetapi menjaga kebajikan mereka," katanya kepada pemberita selepas Majlis Jalinan Kasih Aidilfitri Parlimen Bagan Datoh di sini hari ini.

Katanya gerakan itu juga bagi memastikan kesemua pekerja asing yang berkerja di Malaysia mematuhi peraturan dan undang-undang di negara ini.

Sementara itu, Ahmad Zahid berkata PDRM sentiasa berada dalam keadaan bersiap siaga jika ada pihak yang mengugut untuk melancarkan perang terhadap polis berikutan tidak berpuas hati dengan tindakan pasukan keselamatan itu menembak mati lima penjenayah di Pulau Pinang, Isnin lepas.

Beliau mengulas khabar angin menyatakan beberapa kumpulan kongsi gelap akan melancarkan perang terhadap pasukan itu berikutan tindakan polis memerangi jenayah berat, khususnya yang melibatkan senjata api.

"Walaupun saya tidak campur tangan dalam urusan polis kerana saya telah memberikan kuasa sepenuhya (kepada Polis Diaraja Malaysia) untuk melancarkan gerakan besar-besaran namun saya ingatkan supaya polis lebih berhati-hati.

"Pada waktu yang sama kita minta orang ramai supaya berhati-hati kerana penjenayah adalah buta warna. Mereka tidak kenal siapakah mangsa," katanya. - BERNAMA(Utusan online-Jenyayah).Posted by abnmulya / Bakar Ninggal.blogspot.com., at 2227 hrs on Ogos 23,2013.

Wanita UMNO Selangor sokong Shahrizar pertahan jawatan

Raja Ropiaah Raja Abdullah (duduk empat dari kanan) bersama kepimpinan dan ahli Wanita UMNO Selangor semasa sidang akhbar di Shah Alam, semalam. 

SHAH ALAM 22 Ogos - Pergerakan Wanita UMNO Selangor menyatakan pendirian menyokong Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil untuk mengekalkan jawatannya sebagai ketua sayap parti itu.

Ketuanya, Datuk Raja Ropiaah Raja Abdullah berkata, keputusan itu mendapat persetujuan daripada majoriti ketua pergerakan wanita di peringkat bahagian di negeri ini.

Beliau berkata, sejak memegang jawatan Ketua Pergerakan Wanita UMNO bermula 2009, Shahrizat melaksanakan janji membawa pembaharuan dan perubahan dalam pergerakan itu selain berjaya merapatkan hubungan antara parti dengan rakyat.

"Pendekatan yang beliau gunakan sepanjang menerajui Pergerakan Wanita UMNO sejak lima tahun lalu berjaya menambat hati rakyat antaranya menerusi penubuhan Skuad Sayang untuk membantu rakyat sama ada yang berhadapan dengan bencana alam sehingga kepada golongan memerlukan.

"Begitu juga konsep Jalinan Rakyat yang diusahakan beliau telah membuka lembaran baharu hubungan rakyat rakyat dan parti," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Raja Ropiaah berkata, kepimpinan yang diterajui Shahrizat juga menyaksikan lebih ramai calon wanita ditampilkan dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 dengan kira-kira 80 peratus daripada mereka berjaya membawa kemenangan kepada Barisan Nasional (BN).(Utusan online-politik).Posted by abnmulya /Bakar Ninggal.blogspot.com.,at 1926 hrs on Ogois 23,2013.