Friday, September 21, 2012


Filem anti-Islam ditayangkan di Universiti Filipina

MANILA 22 Sept. - Filem anti-Islam, Innocence of Muslims yang dihasilkan di Amerika Syarikat (AS) ditayangkan di sebuah universiti terkemuka Filipina semalam, mengetepikan larangan oleh pegawai universiti itu yang tidak mahu menyiarkannya atas faktor keselamatan.

Harry Roque, seorang peguam hak asasi terkemuka dan yang juga pensyarah Universiti Filipina di Manila berkata, beliau menyiarkan filem itu sebagai demonstrasi kebebasan bersuara.

``Sebagai seorang ahli akademik dan seorang peguam, saya tidak boleh membenarkan hak asasi untuk dilanggar. Saya juga menjalankan dengan sempurna tugas saya sebagai pensyarah undang-undang dan saya bersedia untuk menanggung akibatnya,’’ katanya kepada pemberita. - AFP(Utusan online-luar negara)Posted by abnmulya at 12.30 noon on September,22,2012.

No comments: