Thursday, September 20, 2012

DAP : MELAYU JANGAN PERCAYA


KUALA LUMPUR 20 Sept. - Orang Melayu diingatkan supaya tidak terpedaya dengan DAP yang sama sekali tidak berminat memperjuangkan isu-isu sensitif berkaitan Islam yang terbukti dengan tindak-tanduk Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham, baru-baru ini.

Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim(GAMBAR) mendedahkan bagaimana dalam mesyuarat dan ceramah DAP, ketika isu Islam dibangkitkan mereka hanya mendiamkan diri.

"Saya ingat lagi bagaimana dalam mesyuarat dan ceramah, andai isu Islam dibangkitkan, mereka akan cuba mengelak daripada berbincang. Kecuali sesekali mereka akan bercakap tentang hudud dan Pas.

"Perbuatan Koo Ham yang tidak sensitif dengan perasaan masyarakat Melayu Islam tidak menghairankan saya malah sikap itulah pendirian sebenar DAP. Mereka hanya berminat untuk mendapatkan undi orang Melayu bukan perjuangan Islam.(Utusan online-politik)Posted by abnmulya at 1341hrs on September 21,2012.

No comments: