Timbalan
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata langkah Pakatan Rakyat
mengumumkan belanjawan alternatif hanyalah bertujuan untuk meraih
keuntungan politik.
Sedangkan Pakatan Rakyat tidak mempunyai locus standi untuk membentangkan belanjawan bertemakan "Ekonomi Rakyat, Negara Berkat" itu, katanya.
"Dia tak ada lokus standi. Tawar untuk menang pilihan raya untuk dapat keuntungan politik.
"Tetapi kerajaan memberi penekanan kepada semua perkara mengikut prinsip perbelanjaan... (Mengikut) perkara yang dikehendaki oleh rakyat jelata.
Katanya lagi, Pakatan boleh "janjikan bulan dan matahari", namun belanjawan sebenar adalah yang dibentangkan kerajaan.

"Mereka bukan kerajaan... Banyak komen daripada pakar ekonomi (yang mendakwa) bahawa bajet (mereka) tidak realistik," katanya.Beliau
berkata demikian kepada pemberita selepas menutup program Festival
Bahasa dan Sastera di Dewan Bahasa dan Pustaka hari ini.
Tambahnya, kandungan belanjawan Pakatan itu juga bukan satu perkara baru kerana tawaran memberi kenaikan imbuhan dan gaji telahpun disentuh dalam manifesto Buku Jingga.
Beliau turut memfokuskan rancangan Pakatan untuk menghapuskan bayaran tol dan Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang menurutnya memberikan implikasi dan melibatkan jumlah wang besar.
"Sebab itu kerajaan wujudkan dan peruntukannya lebih RM42 billion, yang mendapatkan faedahnya lebih daripada sejuta pelajar.
"Jadi mungkin mereka yang dapat pinjaman mendengar tawaran yang dibuat (Pakatan) itu amat menarik, tetapi kalau itu berlaku, apa akan jadi kepada pelajar yang akan datang.
"Sumbangan yang hendak disediakan jumlahnya agak besar. Kalau (pinjaman) ini hendak dihapuskan, tak payah bayar balik, jadi di mana sumber baru yang kita hendak cari," soalnya.
Beliau menyimpulkan bahawa cadangan berkenaan "nampak menarik" namun menjadi bebanan kepada kerajaan dan rakyat.
"Mungkin kenyataan saya bersifat politik, tetapi yang mustahak apa analisis yang boleh dibuat oleh pakar-pakar ekonomi, yang berwibawa, apakah belanjawan mereka itu realistik, asas yang dikemukakakan itu asas yang lestari, atau satu gimik atau tawaran dalam pilihan raya," katanya.
Selain rancangan untuk menghapuskan PTPTN, kandungan belanjawan alternatif yang diumumkan Pakatan Rakyat semalam antara lainnya memperincikan tindakan afirmatif yang tidak berasaskan kaum dan juga sasaran untuk membatalkan 1Malaysian Development Berhad (1MDB).(Malaysiakini).Posted by abnmulya at 12.23 pm ON sEPT.,28,2012.

No comments:
Post a Comment