![]() |
Datuk Seri Najib Tun Razak |
"Malaysian Way berbeza dengan negara lain, antaranya dalam memupuk perpaduan di mana kepimpinan terdahulu berjaya mengekalkan budaya, agama dan pendidikan semua kaum," katanya ketika berucap pada majlis makan malam sempena ulang tahun ke-27 dan upacara angkat sumpah Gabungan Persatuan Cina Pahang (GPPC) malam tadi.
Turut hadir Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob, Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Presiden GPPC Tan Sri Pheng Yin Huah. Beliau berkata, rakyat Malaysia tidak perlu mengamalkan dasar asimilasi atau menukar jati diri kerana boleh memupuk perpaduan serta mewujudkan integrasi nasional berdasarkan toleransi yang terdapat sejak dahulu lagi.
"Saya akan meneruskan apa sahaja yang mampu (dasar itu) kerana kita ingin lihat negara ini maju menjelang 2020," katanya. Najib berkata, menerusi dasar ini, Malaysia berjaya mencapai pelbagai kejayaan dan pembangunan pesat tanpa meminggirkan mana-mana pihak, termasuk kaum bminoriti.
Beliau berkata, dalam pendidikan misalnya, selain China, Malaysia merupakan satu-satunya negara di dunia yang membenarkan pengajian di sekolah dijalankan dalam bahasa Cina. Najib turut menempelak Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tidakpernah melakukan apa-apa pembelaan untuk pendidikan kaum Cina di negara ini ketika menjadi Menteri Pelajaran. - Bernama( Sinar Harian).Posted by abnmulya at 12.40 noon on Oktober 08,2012.
No comments:
Post a Comment