Oleh Hj.Abu Bakar Ninggal
Oktober 10,2012 at 2.05pm
Menerusi akhbar Sinar Harian keluaran 8 hb Oktober 2012 telah diberitakan bahawa Pengarah Pilihanraya PKR Selangor,Borhan Aman Shah mendesak Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor,Faekah Husin meletak jawatan kerana didakwa mengeluarkan kenyataan boleh mencetuskan kekeliruan dan salah faham dalam Pakatan Rakyat (PR).
![]() |
Faekah Husin Setiausaha pilitik Menteri Besar Selangor Darul Ehsan. |
Borhan berkata,desakan itu dibuat kerana Faekah didakwa mengkeritik Timbalan Presiden PKR,Azmin Ali secara terbuka menerusi sebuah portal berita baru-baru ini.
Menurutnya,beliau berharap Menteri Besar.Tan Sri Khalid Ibrahim dapat mengambil tindakan terhadap isu tersebut.
"Kami selaku pemimpinp-pemimpin PKR Selangor mendesak agar pemimpin pusat mengambil tindakan keras terhadap Faekah.
"Faekah perlu meletakkan jawatannya dengan serta merta dan kami faham kuasa penuh ada di tangan Menteri Besar untuk membuat sebarang keputusan mengenainya,"katanya pada sidang media di pejabat PKR Selangor baru-baru ini.
Sebelum itu akhbar Sinar Harian ada merlaporkan bahawa Azmin Ali ada mengeluarkan kenyataan bahawa Menteri Besar Selangor,Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan dilantik sebagai menteri pusat serkiranya PR berjaya merampas Putrajaya.
![]() |
Tan Sri Khalid Ibrahim MB Selangor |
Tindakan Faekah itu menyebabkan beliau ditegur oleh Timbalan Pengerusi PKR Selangor Zuraidah Kamaruddin dan Ketua Penerangan PKR Selangor,Suhaimi Shafiei.
Sekaligus Faekah diingatkan supaya tidak membuat kenyataan membuta tuli kononnya boleh mengeruhkan lagi hubungan antara parti.
Borhan berkata,beliau mempersoalkan tindakan Faekah mengkritik Azmin secara terbuka kerana dia tidak mempunyai sebarang jawatan di dalam parti.
Katanya,Faekah perlu ingat bahawa Azmin mengeluarkan kenyataan berdasarkan kapasiti selaku timbalan presiden,pengerusi majlis pimpinan negeri merangkap pengarah pilihanraya.
Perkara ini dah berlaku berulang kali dan kita harap Faekah lebih teliti pada masa akan datang sebelum membuat sebarang kenyataan.Sebarang komen perlu dirujuk terlebih dahulu kerana kita khuatir perkara seumpama ini boleh menimbulkan pertelingkahan,"katanya.
KERITIKAN YANG MENJADI BAHAN KETAWA SAHAJA.
SEMUA orang tahu bahawa kemelut politik antara kem Khalid Ibrahim dengan kem Azmin Ali,dalam PKR Selangor, boleh dikatakan dah berlarutan begitu lama dan ia semacam tidak ada titik noktanya. Dan orang yang menjadi target utama dari kem Azmin Ali terhadap kem Khalid Ibrahim ialah,Cik Faekah Husin setiausaha politik Menteri Besar Selangor.
Pendek kata,apa sahaja yang dibuat dan dicakapkan oleh Faekah kononnya semua tidak betul dan salah belaka oleh orang-orang dari kem Azmin Ali, terutama oleh individu-individu yang hobinya semacam begitu seronok untuk membodek-bodek Azmin.
Orang-orang yang hobinya suka membodek-bodek Azmin ini,tanpa pertimbanagan yang bijaksana, lantas menghentam Faekah semahu-mahunya dan kadang-kadang keritik-keritik yang mereka tujukan terhadap Faekah itu, tidak punya asas dan nilai kelogikannya. Hinggakan keritik-keritik mereka itu jadi begitu hambar,lucu sifatnya dan menjadi bahan ketawa oleh oranag ramai yang membaca dan mengikutinya.
Mereka ini dilihat semacam tidak sedar bahawa segala komen-komen yang dibuat oleh Faekah itu, adalah merupakan tugasnya selaku setiausaha politik Menteri Besar Selangor yang mesti menjaga nama baik dan kewibawaan bosnya dengan apa cara sahaja, terutama sesuatu yang bersangkut paut dan berkait rapat dengan soal-soal politik pentadbiran negeri Selangor. Ianya,sama semacam Azmin akan menghentam orang-orang yang telah mengkritik Anwar Ibrahim,bossnya.
Maka sangat wajar,sangat molek dan sangat munasabah, jika Faekah membela maruah dan nama baik bosnya secara terbuka jika ada orang-orang yang cuba merosak dan merendah-rendahkan kewibawaan bosnya secara terbuka juga.
Macam mana gendang,maka begitulah tariannya. Dan itulah gunanya seseorang tokoh politik itu punya setiausaha politik dan fungsinya ialah untuk menjaga nama baik dan kepentingan kedudukan politik bossnya.Itu tidak salah dan ia berlaku dibanyak negara yang mengamalkan demokrasi.
Justeru itu,desakan agar Faekah mesti meletakasn jawatan selaku setiausaha politik Menteri Besar secara serta merta itu? Ia merupakan satu desakan yang melampau yang datangnya dari orang-orang yang sangat jahil dan tidak arifbillah apakah tugas setiausaha politik terhadap bossnya.
![]() |
Azmin Ali MP (PKR) di Gombak |
Sedangkan Malaysia telah termaktub di dalam perlembagaan dan diketahui oleh seantero dunia,merupakan satu-satunya di antara negara di dunia sejagat yang mengamalkan undang-undang dan cara hidup yang bercirikan demokrasi.
Mana boleh? Hanya sedikit mengkeritik dan mempersoalkan apa niat sebenar Azmin Ali aje? Kok! Diminta, didesak Cik Faekah yang comel loteh itu agar segera letak jawatan selaku setiausaha politik Menteri Besar Selangor.
Desakan sedemikian itu? Bukan penulis sahaja yang tidak bersetuju. Malah seantero dunia yang faham apa itu demokrasi pun tidak bersetuju juga.
Hanya orang-orang yang tidak siuman dan gila-gilaan sahaja mungkin bersetuju.Itu pun belum pasti. Kerana di dunia ini gila-gilaan itu banyak jenisnya.
Siapa itu Azmin ? Besar sangatkah kuasa politinya di Selangor ini? Lagi pun jawatan yang sedang disandang oleh Cik Faekah itu bukan dilantik oleh Azmin.Ia dilantik oleh Khalid Ibrahim.Maka terpulanglah pada budi bicara Khalid Ibrahim yang menentukannya.
Tidak ada sebab Khalid Ibrahim hendak pecat Faekah Husin. Apa salah yang telah dilakukan oleh Cik Faekah? Mungkin kenyataan yang dibuat oleh Faekah itu atas arahan Khalid Ibrahim sendiri? Penulis difahamkan Faekah sejak dulu hingga kini telah menjalankan kerja-kerjanya dengan baik dan telah banyak menyumbangkan ilmu,buah fikiran dan tenaganya pada kemajuan PKR yang tidak ternilai.
Walaupun dalam PKR Faekah kini dikatakan oleh pengkeritiknya kononnya tidak memegang sebarang jawatan yang penting? Pun begitu,tetapi telah diketahui oleh rakyat Selangor,bahawa beliau adalah merupakan seorang cerdik pandai,seorang ilmuan (seorang peguam) yang terlibat jadi pengasas pada kelahiran PKR sejak tahun 1999.
Sedang yang sering-sering keritik Faekah itu? Penulis lihat, merupakan adalah golongan junior dalam PKR. Saat akhir ini sahaja sibuk-sibuk hendak memperkenalkan diri konon jagoh yang perjuangan PKR setelah 2008.Sebelum itu?Penulis selaku pengasas parti keADILan Gombak bersama Azmin tidak lihat muka hidung depa itu.
Kenyataan-kenytaan yang dibuat oleh Faekah di mass media secara terbuka itu ,merupakan kapasitinya dan tugasnya selaku setiausaha politik Menteri Besar yang jadi bossnya telah diperkecil-kecilkan ketokohan dan kewibawaannya.
Kenyataan Faekah itu pula,semata-mata,untuk menjalankan tugasnya, mahu membela kewibawaan bossnya yang cuba dirosakkan oleh orang-orang tertentu yang punya niat tertentu telah sekian lama.Ibarat api dalam sekam.Ibarat musuh dalam selimut.Musang berbulu ayam.
Jadi Zuraidah Kamaruddin,Suhaimi Shafiei dan Borahan serta kawan-kawannya di Selangor yang lain, janganlah senang-senang buat desakan jika anda tidak begitu arif dengan undang-undang amalan demokrasi.
Desakan anda itu memalukan diri anda sendiri lantaran ceteknya sains politik anda.
Janganlah anda berhemat!Bahawa kapasiti Azmin selaku Timbalan Presiden PKR itu? Tidaklah bermakna beliau boleh jadikan sebagai tiket yang membenarkan Azmin boleh cakap dan buat apa sahaja dalam parti PKR apatah lagi didalam parti-parti Pakatan Rakyat.
Beliau juga masih tertakluk pada undang-undang dan disiplin parti PKR dan sekaligus dengan disiplin Pakatan Rakyat.
Maka komen-komen dan perbuatannya tanpa izin oleh mesyuarat majlis tertinggi parti? Ia merupakan kenyataan yang tidak sah dan tidak halal.Salah dan tidak manis ia dilakukan.Pun begitu? Dilihat kenapa ramai orang-orang yang mentafsirkan? Selaku Timbalan Presiden PKR Azmin dianggapnya begitu kebal dan tidak tertakluk dengan disiplin dan undang-undang dan perlembagaan parti PKR.Sungguh kesian pada orang-orang ini.
Sebagai contoh,apabila Tan Sri Khalid Ibrahim kata kenyataan Azmin merupakan kenyataan pribadi,bukan merupakan keputusan mesyuarat pimpinan tertinggi PKR.
Maka Azmin cepat-cepat menafikan kononnya beliau tidak ada membuat kenyataan bahawa Khalid Ibrahim akan dilantik selaku menteri ke pusat,jika dalam PRU :13 Pakatan Rakyat berjaya ke Putrajaya. Media pula disalahkannya konon salah tafsir dengan apa yang telah dikatakannya itu.
Kalau benar media yang salah siar? Kenapa Azmin tidak saman media yang mula-mula menyiarkan kenyatan beliau itu? Penafian yang serupa itu dilihat sering-sering kali telah dilakukan oleh Azmin. Suka membuat onar ,tetapi tidak mahu bertanggung jawab.
Mutakhir ini pemberita-pemberita media ketika membuat sebarang pertanyaan terhadap seseorang tokoh politik? Boleh dikatakan mereka menggunakan recorder suara. Ertinya? Semua pertanyaan dan jawapan di antara mereka dan tokoh-tokoh politik yang mereka temuduga itu semuanya direkordkan belaka.
Ertinya? Walaupun Azmin Ali itu,kini Timbalan Presiden PKR,tapi beliau tidak boleh sewenang-wenangnya boleh mengeluarkan kenyataan bahawa Khalid Ibrahim dan tokoh-tokoh politik lain dalam PKR akan dilantik ke pusat ataupun di hantar ke syurga atau ke neraka atau kemana sekalipun?
Jika ianya belum diputuskan oleh mesyuarat Majlis Tertinggi Parti dan mesyuarat MT memberi mandat si polan dan si anu dibenarkan membuat kenyataan secara terbuka kepada umum.Maka tidak seorang pun yang boleh dan layak mengeluarkan kenyataan berhububng dengan PKR kecuali kenyataan yang bersifat peribadi Azmin itu sendiri dan Azmin pula harus bersedia bertanggung jawab ke atas kenyataannya itu.
Hatta Presiden parti pun seperti Datin Dr Wan Azizah Ismail, tidak dibolehkan mendahulu keputusan parti.Kenyataan yang mengatakan Khalid Ibrahim akan ke Putrajaya walaupun PRU ke :13 belum pun berlaku? Ia merupakan kenyataan Mat Jenin dan ja menjadi bahan ketawa oleh orang ramai.
ELOK TUNGGULAH KEPUTUSAN (PRU ke:13) BOLEHLAH BUAT KENYATAAN .
Akibat longkang yang tak teratur kawasan tersebut maka cepatlah kawasan Kg.Kerdas 2 itu dilanda oleh banjir |
Tanyalah diri anda apakah anda dah jelaskan semua hutang-hutang janji anda pada rakyat yang anda tabur di dalam kempen PRU ke:12 dulu itu iaitu di tahun 2008 dulu itu?
Iaitu seperti janji-janji membaiki jalan-jalan yang berlopak-lopak dan membaiki parit- parit dan longkang-longkang bagi penduduk yang menduduki Kg.Kerdas 1 hingga Kg.Kerdas 4 itu.Kg.Kerdas 1 hingga Kg.Kerdas 4 dalam PRU ke:12 merupakan kawasan yang termasuk di dalam kawasan DUN "Gombak Setia" di menangi oleh Hasan Ali dari PAS. Dan ahli Parlimennya (MP) ialah Azmin Ali dari PKR.
UMNO-BN MESTI AMBIL PELUANG INI.
Jika Umno-BN mahu merampas semula kawasan yang termasuk di dalam DUN "Gombak Setia" ini dan juga kawasan Parlimemn Gombak? Pada hemat penulis Umno-BN mesti tumpukan pembangunan membaiki jalan-jalan kecil yang sempit-sempit itu dan juga membaiki semua longkang-logkang di kawasan Kg.Kerdas 1 hingga Kg.Kerdas 4 dan termasuk Kg.Lembah dalam Simpang 3 secara serius.
Di kawasan tersebut di atas itu punya pulohan ribu para pengundi Melayu yang boleh menentukkan menang atau kalah sesebuah parti yang akan bertanding untuk merebut kerusi Parliman mahupun kerus-kerusi DUN kelak.
Bekas air banjir yang tinggi masih meninggalkan kesan. |
Umno-BN menerusi JKKP dengan bantuan Kementerian Luar Bandar dan para pemimipin Umno-BN Bahagian Gombak,terutama kepada bakal-bakal calon MP dan DUN yang berangan-angan mahu bertanding dalam PRU ke:13 yang akan tiba bila-bila masa sahaja?
Jadi, janganlah berkempenlah setakat pada para jawatankuasa Umno di Cawanga-cawangan di Gombak sahaja. Asyik-asyik muka itu juga. Yang perlu ditemui ialah para penduduk,para pengundi setempat yang akan jadi pengundi. Tanyalah apa masalah mereka.Kemudian dibantu dengan sewajarnya.
Bukan berkempen dan asyik-asyik berkempen (penulis lihat) kepada beberapa muka para pemimpin cawangan-cawangan yang itu-itu juga.Mereka ini,penulis lihat telah jadi semacam begitu lesu. Carilah penyokong baru dan pengundai baru.
Insya Allah!Mereka ini,pasti akan boleh bersama-sama membantu melakukan kerja-kerja itu dengan serius dan penulis yakin para penduduk yang berpuloh-puloh ribu dari kampung-kampung tersebut di atas itu,pasti akan menyokong semula Umno-BN disamping mencari penyokong baru yhang masih fresh dan bersemangat kuat untuk bekerja kuat.
Tapi jangan datang hanya membawa air liur sahaja.Kalau hendak memungut huntung di masa muka? Maka anda hendaklah melabur modal terlebih dahulu.Masa kini dah berubaha.Jadi anda datang menemui rakyat pun mesti berubah iaitu, cara-cara dan dan tektiknya pun mesti berubah.
Jika Umno-BN bersedia melakukan mengikut kehendak semasa dan berubah-ubah mengikut masa yang berubah dan ianya terus berubah.Insya Allah! Jika padi ditanam hari ini? Maka buah padilah yang akan dituai di masa muka.
Tidak mustahil ! Umno-BN akan berjaya menumpaskan Pakatan Rakyat dengan kiraan 4-0 di Parliman Gombak dengan bergaya. Maka cita-cita dan harapan Umno-BN untuk merampas semula Selangor dan 4 kerusi di dalam Parlimen Gombak itu akan jadi kenyataan.?
Peluangnya menang semmula pasti akan jadi cerah. Jika kerja kuat pasti akan dapat gaji yang lumayan. Kalau malas kerja dan kedekut pula pada membantu rakyat? Akan kepunanlah anda. Tidak usahlah berharap untuk duduk semula di tahkta kemenangan yang punya kuasa.
Masalah ini harus diletakkan di setiap hati calon-calon Umno-BN ditempat yang paling atas sekali dalam usaha Umno-BN di dalam hati nurani rakyat Gombak khasnya, jika anda benar-benar mahu mengembalikan semula maruah yang telah ternoda itu? Jika Umno-BN telah berjaya menebus kembali maruah yang telah ternoda di Gombak? di tahun 2008 pada PRU ke:12 dulu.
Insya Allah! Kejayan GEMILANG akan menanti Umno-BN bukan sahaja di Parliman Gombak,hatta di tempat-tempat yang lain juga.Kerana nama Gombak itu merupakan satu nama besar dan kejayaan Umno-BN di Gombak? Ia merupkan satu signal kejayaan Umno-BN merubah landskape politik Selangor pada keseluruhannya.
Dari rekod-rekod yang penulis pungut dari tinjau yang penulis buat di kawasan-kawasan yang penulis sebutkan di atas itu yang berada di dalam kawasan Parliman Gombak? Jelas sekali "Pakatan Rakyat" yang berkuasa di Selangor dalam PRU ke: 12 dulu itu (2008) dilihat semacam hampir ditolak dalam PRU ke:13 ini.
Ia, disebabkan mereka setelah menang dan di uji oleh Allah SWTdengan kemenangan itu pada PRU ke:12 dulu?Akan tetapi mereka pun dilihat tidak mengambil peduli tentang masalah-masalah yang penulis sebutkan di atas itu.Segala janji-janji mereka hanya tinggal janji. Masih banyak lagi masalah penderitaan rakyat tidak dipedulikannya.
Justeru itu,didalam kekosongan inilah Umno-BN harus mengambil kesempatan untuk mengisinya dengan cepat agar masalah jalan,parit dan longkang-longkang yang menjadi soal yang menjadi asas keselesaan hidup mereka, baik di musim hujan mahunpun di waktu panas kemarau selesai di atasi oleh Umno-BN sebelum tiba pilihanraya umun ke :13.
Harus diingat bahawa para pengun di Kg.Kerdas 1 hingga Kg.Kerdas 4 merupakan pengundi tradisional. merupakan semacam pengundi-pengundi (kampung) yang keadaan rumah-rumah mereka kebanyakannya sangat daif.dan rumah-rumah kediaman mereka sangat padat dan tidak tersusun jalan-jalannya,parit-parit dan longkang-longkang pun tidak tersusun juga.
Di Kg.Kerdas 1 hingga Kg. Kerdas 4 ini, umumnya bila hujan turun lebat setakt 15 minit sahaja,maka kebanyakkan rumah-rumah para pengundi tradinasional itu pasti akan di masuki air ke dalam rumah hingga tingginya setakat 2 & 3 kaki.tingginya.
Ibu tunggal ini menunjukan pada penulis betapa tinggi air banjir melanda rumahnya ketika hujan turun lebat.. |
Sebahagian besar mereka sentiasa berdoa agar musim panas akan terus berlanjutan dan kemarau panjang. Jika kemarau berpanjangan mereka boleh pergi melancung ke sana kemari melawat sanak saudara mereka yang berada berselerak di seluruh Malaysia.
Jika hujan turun lebat dan tuan rumah tidak ada di dalam rumah,maka sudah pasti semua peralatan yang ada di dalam rumah meereka itu pasti akan musnah belaka jadi mangsa,akibat dimusnahkan oleh air banjir yang tidak punya hati dan perut mengkorbankan harta benda mangsanya dengan rakus.
Maka sesebuah parti politik yang mahu bertanding? Kalau anda masih banyak berhutang janji-janji pada rakyat di kawasan tersebut?Tidak usah mimpi yang rakyat akan mengundi dan mengangkat anda dan parti anda skali lagi ke takhta kekuasaan.
Mana boleh air akan cepat mengalir ke sungai Gombak dengan longkangnya yang begitu berserabut itu di Kg.Kerdas 2 yang penulis lawati baru-baru ini lebih kurang 2 minggu yang lalu. |
Justeru itu,mereka boleh dikatakan telah mengambil keputusan hanya sepnggal saja diberi peluang pada PR sudah cukup. Mengankat anda sekali lagi sebagai wakil rakyat di tempat tersebut itu? Bererti rakyat di kawasan tersebut mengundang sangsara dan mengkaya rayakan wakil rakyat sahaja.
Sedangkan rakyat di kawasan tersebut makin sengsara dan tetap miskin kedana.Akan tetapi wakil-wakil rakyat dilihat semakin kaya dan semakin bergaya. Justeru itu,mereka akan berkata,"Cukuplah hingga di sini sahaja..selamat jalanlah anda...."
Kalau kita ikuti kenyataan politik Paktan Rakyat? Mereka dengan selamba muka kononnya akan dapat mempertahankan kerusinya yang telah dimenangi pada PRU ke:12 dulu.Mereka begitu optimis.Sedangkan kemenangannya belum tentu lagi
Janji-janji mereka pada rakyat dalam PRU ke:12 dulu itu, masih banyak lagi belum ditepati dan ditunaikan. Entah-entah dalam PRU ke :13 ini Umno-BN akan berjaya merampas semula Selangor dari tangan Pakatan Rakyat.
HARIMAU GARANG SEDANG TIDUR LENA DIKEJUTKAN
Pilihanraya Umum ke12 dalam tahun 2008 dulu itu tidaklah boleh parti pembangkang mengharapkan senarionya akan berulang lagi seperti didalam PRU ke :13 ini nanti.
Kemungkinan besar Azmin Ali akan kalah di Parlimen Gombak dan juga di Dewan Undangan (DUN) Antara Bnagsa?Itu pun kalau beliau kekal bertanding di kedua-dua tempat itu?
|
Panglima Perangnya Datuk Seri Najib Tun Razak. |
KERANA kemenangan PAS/PKR/DAP dalam PRU ke :12 (tahun 2008) dulu itu, disebabkan pihak Umno-BN sedang tidur lena akibat kemenangan besar oleh Pak Lah dalam (PRU ke:11) tahun 2004.
Akan tetapi, di kali ini iaitu, di dalam PRU ke:13 ini, senario politiknya dah jadi berlainan sekali.Sudah bertukar secara drastik.
Dah bertukar secara drastik sekali akibat kebijaksanaan kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak itu sendiri.
Harimau garang yang sedang tidur lena telah dikejutkan oleh pembangkang pada PRU ke:12 itu. Kini harimau garang itu dilihat telah bangun dalam keadaan sangat terperanjat dan terpingga-pingga. Justeru itu mereka akan membaham apa sahaja yang berada di depan,di belakang,di kiri dan di kanannya dengan rakusnya tanpa belas kasihan.
Membujur lalu melintang patah.Perjuangan untuk menebus semula keaiban yang telah ditimpakan oleh pembangkang pada 2008 itu, akan ditebus semula.Mereka kini (Umno-BN) sedang giat dan cergas mengembeling seluruh tenaga gempur anggota mereka, di seluruh ceruk rantau Malaysia, di ketuai oleh Panglima Perangnya,yang gagah perkasa, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Guna untuk mengempur roboh barisan Pakatan Rakyat yang ternyata kini sudah menjadi lemah,akibat tidak dapat menepati segala janji dan mengkotakan apa-apa yang telah dikatakan,yang merupakan janji-janji PR dalam PRU ke :12 yang telah berlangsung pada 8 hb.Mac,2008 dulu itu.(Posted by abnmulya at 1405 hrs on October 10,2012.).
No comments:
Post a Comment