Oktober 03,2012.
KUALA LUMPUR:PAS memberikan ingatan kepada rakan-rakannya dalam Pakatan Rakyat agar
jangan membuat kenyataan peribadi yang boleh dianggap pendirian bersama
Pakatan.
Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali (gambar kiri) berkata, kenyataan bersifat
pribadi perlu dielakkan supaya tidak menimbulkan kekeliruan di kalangan
rakyat.
Beliau merujuk kepada dua kenyataan pemimpin PKR sebelum
ini yang bagi beliau tidak pernah dibincangkan di kalangan pimpinan
tertinggi Pakatan.
"Kenyataan pertama yang dibuat oleh Ketua
Penerangan PKR Selangor sebelum ini, Shuhaimi Shafiei yang berkata, 20
pemimpin PKR akan menyertai Kabinet.
"Yang kedua hari ini,
Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dilaporkan media sebagai berkata,
seolah-olah Selangor akan mendapat MB baru.
"Ini juga tidak pernah kita bincangkan dan bakal memberikan implikasi negatif," kata Mustafa.
Mustafa berkata demikian kepada Harakahdaily hari ini.
Beliau
yang kelihatan kesal dengan kenyataan seumpama itu kerana ia bakal
memberikan implikasi negatif kepada rakan-rakan dalam Pakatan kerana
semua keputusan sebegini perlu dibuat bersama.
Sinar Harian hari ini melaporkan berita bertajuk 'MB Selangor baru jika PR tawan Putrajaya'.
Menurut
Sinar, Selangor mungkin kehilangan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid
Ibrahim sekiranya Pakatan Rakyat (PR) berjaya menawan Putrajaya dalam
Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Keputusan berkenaan, lapornya,
kemungkinan besar dibuat oleh gabungan DAP, Pas dan PKR atas kewibawaan
dan kepakaran yang ditunjukkan Abdul Khalid menjadi ketua pentadbir
negeri selama sepenggal ini.
Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali
berkata, keupayaan dan kejayaan beliau memimpin Selangor sehingga
menyumbang 23 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) juga antara
faktor yang menjadi pertimbangan mereka.
Namun kenyataan Azmin ini dilihat dari perspektif yang berlainan berdasarkan hubungan beliau dengan Tan Sri Khalid (Dari Harakah Daily).Posted by abnmulya at 11.57 am onOktober 03,2012.
No comments:
Post a Comment