KOTA KINABALU, 6 Okt — Pungutan suara dan kaji selidik mempunyai kelebihan pada tahap tertentu tetapi sekiranya tidak dijalankan dengan betul maka ia boleh menjadi cacat dan tidak menghormati pihak-pihak tertentu, kata Timbalan Ketua Umno Sabah, Datuk Seri Salleh Said Keruak.
![]() | |
Tim. Ketua Menteri Sabah:Datuk Seri Salleh Said Keruak |
"Malah kata-kata soalan (dalam kaji selidik) boleh mencetuskan respons tertentu dan membangkitkan seseorang daripada menyatakan perkara yang dia sendiri tidak berniat untuk menyatakan terlebih dahulu," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Salleh mengulas laporan online yang mendakwa tahap kepuasan pengundi Sabah terhadap Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman, yang memimpin pentadbiran kerajaan negeri hampir 10 tahun, telah merosot di bawah paras 50 peratus.
No comments:
Post a Comment