mohdasron.mustapha@utusan.com.my
NAJIB Tun Razak bersalaman dengan para perwakilan semasa hadir dalam Persidangan Perwakilan Kongres India Muslim Malaysia Ke-36 di Dewan Merdeka, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, semalam. - MINGGUAN/HAFIZ JOHARI
KUALA LUMPUR 13 Okt. - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, golongan yang memburuk-burukkan Malaysia, menanam bibit kebencian, menyemai budaya ganas serta menawar janji melangit tetapi gagal menunaikannya tidak layak diberi peluang memimpin negara.
![]() |
Datuk Seri Najib Tun Razak. |
Katanya, berbeza dengan golongan terbabit, kerajaan BN bukan sahaja telah mempersiap asas yang kukuh kepada negara tetapi bakal menjayakan agenda indah iaitu meletakkan Malaysia muncul negara maju berpendapatan tinggi dalam tempoh tujuh tahun akan datang.
"Kita mesti taat dan sanggup mempertahankan Malaysia, bukan macam sesetengah pihak yang memburuk-burukkan nama Malaysia, menanam bibit-bibit kebencian, menggalakkan budaya ganas di jalanan serta menawarkan janji melangit tetapi kemudian tidak menunaikannya.

Yang turut hadir ialah Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Presiden Kimma, Datuk Syed Ibrahim Kader.
Menurut Najib, agenda indah untuk menjadikan Malaysia negara maju pada tahun 2020 bukan satu impian yang tidak berpaksi di bumi nyata, sebaliknya bersandarkan realiti kerana segala lakaran kemajuan yang dinikmati seluruh rakyat pada hari ini adalah bukti keupayaan BN.

"Mungkin ada kelemahan dalam sistem penyampaian dan pelaksanaan kerajaan tapi sama-samalah kita lakukan penambahbaikan kerana janji kerajaan pada rakyat, kita akan lakukan transformasi besar-besaran dalam tempoh tujuh tahun akan datang," katanya.( Utusan- dalm negeri ).Posted by abnmulya at 12.47 noon on October 14,2012.
No comments:
Post a Comment