Saturday, February 9, 2013

Berhimpun bantah PAS Kedah

Oleh mohd. shariza abdullah dan safina ramli
utusankedah@utusan.com.my
Sebahagian daripada hampir 10,000 anak muda Kedah yang hadir pada perhimpunan Selamatkan Bumi Kedah di Charok Batang Padi di Tasik Pedu untuk melihat sendiri kemusnahan alam sekitar akibat aktiviti pembalakan berleluasa oleh Kerajaan Pas Kedah di Pedu, Padang Terap, semalam. - mingguan/Kamal Basir 

PADANG TERAP 9 Feb. - Rakyat negeri ini terus bangkit dan bersatu hati membantah aktiviti pembalakan berleluasa di kawasan tadahan air apabila kira-kira 10,000 orang muda berhimpun secara aman di Charok Batang Padi, Pedu dekat sini hari ini sebagai memprotes tindakan kerajaan Pas Kedah itu.

Peserta perhimpunan yang memakai baju merah sebagai simbolik kebangkitan gelombang merah di Kedah menaiki lebih 2,000 buah motosikal, 675 kereta dan 58 buah bas dari seluruh negeri ini berhimpun selama lebih tiga jam di kawasan berkenaan bermula pukul 10 pagi.( Utusan online-berita utama).Posted  by abnmulya at 10.28 am on February 10,2013

No comments: