Haji Abu Bakar Ninggal
February 03,2013 at 11.40pm.
Berdasarkan pengiktirafan Kerajaan Umno-BN Pimpinan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak terhadap keberkesanan pelaksanaan aktiviti-aktiviti Badan Bukan Kerajaan (NGO) Selangor dalam usaha membantu Umno-BN memenangi 2/3 kerusi dalam Parliman Malaysia yang berjumlah 222 kerusi itu.
Sekaligus jika method yang telah digarapkan di dalam kertas kerja Datuk Dr.Rahman Ismail itu digunakan sebagai formula baru untuk mendekati rakyat di kawasan masing-masing dan diiringi dengan kempen-kempen politik yang bersungguh-sungguh di seluruh Selangor secara total ?
Dengan secara jujur dan ikhlas kita dekati rakyat.Kita mesti akui dan meminta maaf pada rakyat kita di kawasan masing-masing atas segala kelapaan,atas segala kesalahan atas segala tingkah laku kita yang sumbang pada pandangan mata rakyat di masa yang lalu yang telah kita lakukan.
Dari kiri: Datuk Dr.Rahman Ismail,Tan Seri Abu Hasan Omar,Datuk Shafie Asmawi ,Tan Seri Zaleha Ismnail dan Datuk Saloman Selamat. |
Para pemimpin Umno-BN dan juga para pemimpin Ngo-Ngo yang sedang membantu Umno-BN dalam perjalanan (on the road) menuju tibanya PRU ke:13 sekaligus anda adalah dianggap mewakili Umno-BN. Anda dari Ngo-Ngo perlu juga memohon maaf atas segala kesalahan yang telah di lakukan oleh Umno-BN itu? Kerana memohon maaf atas segala kealpaan,segala kesilapan kita itu?
Ia merupakan satu tindakkan yang paling mulia di sisi Allah dan diredhai dan disukai oleh Allah SWT. Mengakui kesalahan yang anda lakukan itu? Bererti anda telah melakuakan taubat. Allah SWT paling sayang,paling kasih terhadap hamba-hambaNya yang segera bartaubat sebaik sahaja telah melakukan perkara-perkara yang mungkar.
Ikutlah contoh tauladan yang telah ditunjukkan oleh Presiden Umno YAB Datuk Seri Najib Tun Razak.
Kita dapati telah beberapa kali secara terbuka di depan pulohan ribu rakyat-rakyat yang berbilang kaum di tempat-tempat yang beliau lawati,di beberapa negeri di dalam Malaysia.
Dari kiri: 3 perwakilan lelaki dan 3 perwakilan wanita di barisan depan ini ialah kesem uanya para perwakilan dari Gabungan Ngo-Ngo Gombak. |
Kalau Datuk Seri Najib selaku Perdana Menteri Malaysia? Selaku Presiden dan Pengerusi Umno-BN begitu TEGA bersedia mendambakan dirinya pada rakyat? Kenapa para pemimpin di bawahnya tidak sanggup? Tiada sebab kenapa dan mengapa anda tidak sanggup? Siapa anda? Adakah anda lebih istimewa dari Perdana Menteri Datuk Seri Najib tun Razak?
Kepada bakal calon-calon pula? Baik calon-calon Parliman atau pun calon-calon Dewan Undangan Negeri.Ada di anataranya yang telah dimaklumkan secara gossip kononnya akan diangkat jadi calon-calon itu dan ini. Ada diantara mereka ini diliaht telah menukar sikap.Dulu mesra tapi kini dah tukar jadi tidak mesra lagi.Dah mula nak hipokrit dan lupa pada kawan-kawan.
Sikap yang demikian? Adalah salah dan tidak wajar sama sekali diulang-ulangi. Allah SWT Maha Melihat apa yang tersirat dihati dan di luar hati anda. Janganlah lakukan perbuatan yang menjadikan Allah SWT murka pada anda. Jika anda terus juga lakukan sikap sedemikian rupa?
Sebahagian daripada para perwakilan dari bahagian-bahagian lain di dalam Selangor.Ada 20 atau 30 orang perwakilan ngo dari kaum Cina juga hadir. |
Jika Umno-BN mahu menebus kembali maruah yang telah tercalar pada 8 hb.Mac 2008 dulu?Formulanya ialah,para pemimpin Umno-BN tidak kira yang besar atau pun yang sekecil-kecil jawatannya, harus segera berubah. Segera melakukan transformasi sikap lahir dan batin yang dapat diterima dan disukai oleh rakyat jelata.Bukan sikap hipokrit yang boleh merosakkan diri anda sendiri.Waspadahlah....
Dari sikap buruk, hodoh dan sikap bodoh sombong? Anda harus behijarah ke sikap mesra rakyat secara tulus ikhlas, bukan pura-pura. Terus mendekati rakyat dan cuba bantu apa yang mereka perlukan.Jika anda snggup berbuat demikan? Jika anda bersedia berbuat baik?
Insya Allah! Dengan izin Allah SWT Yang Maha Berkuasa, Umno-BN akan dapat merampas semula kuasa politik di Selangor dan sekaligus dapat menubuhkan Kerajaan Barisan Nasional di Selangor pada PRU ke:13 yang akan menjelang pada bila-bila masa sahaja dari sekarang yang merupakan sebagai "Ibu dari segala peperangan untuk memenangi Pilihanraya Umum ke:13 itu nanti."
Diantara perwakilan lelaki dan wanita yang telah hadir di pagi tersebut boleh dikatakan sama banyak bilanganya yang berazam mahu merampas semula kuas politik di Selangor paa PRU ke: 13 ini nanti. |
Bengkel Gerakkerja setengah hari itu di anjurkan oleh Majlis Bekas Wakil Rakyat ( MUBARAK) Cawangan Selangor.Darul Ehsan,di bawah pimpinan mantan Menteri Besar Selangor,Datuk Seri Abu Hasan Omar.
OBJEKTIF GERAKKERJA INI ADALAH:
(1).Untuk menyelaraskan gerakan NGO membantu Barisan Nasional di kawasan masing-masing.
(2).Menghidupkan jentera NGO diseluruh kawasan Dewan Undangan Negeri dan Parliman.
Tan Seri Datin Paduka Zaleha Ismail |
UCAPAN PENGERUSI PENGANJUR BENGKEL.
Akibat dari gegaran itu Umno-BN menderita kekalahan di 5 negeri,di dalam Malaysia,di tangan parti pembangkang.
Kita tidak mahu perkara ini berulang lagi dan kita berazam bahawa kita akan menebus kembali maruah yang telah ternoda pada PRU ke:13 yang akan kita hadapi tidak berapa lama lagi.
Seterusnya beliau berkata,kerana apa yang kita lihat mereka yang telah diberikan mandat oleh sebahagian besar pengundi-pengundi dalam beberapa negeri di negara kita ini,sehingga mereka menang dan berjaya menubuhkan kerajaan,tetapi hasilnya mendukacitakan.
Menurutnya,jadi,itulah yang kita tidak mahu perkara ini terus menerus berlaku terutamanya di negeri Selangor. Hari-hari kita lihat beberapa isu yang timbul dan rakyat menderita,tetapi seolah-olah penderitaan ini yang dilaungkan yang ditunjukkan mana cara jua pun,nampaknya tidak langsung menerap kepada hati nurani mereka yang berada di dalam kerajaan Selangor yang ada pada hari ini.
"Oleh kerana itu,kita hendak menentukan bahawa negara kita ini, pada masa akan datang adalah terjamin sebagai negara yang aman,tenteram,maju,berjaya dan mengamalkan sistem demokrasi.Jadi, apa yang kita akan laku pada pagi ini ialah,kita cuba menggembeling tenaga,fikiran dan juga segala undi dan kuasa mengundi yang ada dikalangan Ngo-Ngo.
"Kebelakangan ini,kita lihat bahawa berbagai-bagai pihak semua mengitiraf kuasa yang ada pada Ngo-Ngo, dan peranan yang boleh dimainkan oleh Ngo-Ngo.Saya ini terlibat dalam Ngo sejak saya bersekolah lagi
sehinga sampai hari ini.
"Saya merasakan sangat puas hati melaksanakan kerja-kerja dalam badan Ngo disebabkan kita memberikan khidmat kita,untuk mencari wang untuk menjayakan aktiviti-aktiviti program yang kita rancang atau apa sahaja,secara sukarela.
"Semata-mata beramal dan tidak memikirkan keuntungan,apa yang kita akan dapat.dari aktiviti-aktiviti yang telah kita lakukan itu dan dengan demikian, saya yakin kita dapat terus menyumbang kepada kejayaan, kemajuan dan kestabilan negara kita."tegas Tan Seri Zaleha Ismail dengan seriusnya.
Menurut Tan Seri Zaleha Ismail bahawa Ngo-Ngo ini, kadang-kadang ada di antara Ngo-Ngo yang kecil itu telah bergabung dan ada diantaranya Ngo-Ngo itu dilihat masih tidak bergabung. Jadi ternyata bahawa masa dan usaha kita itu tidak dapat digembeling cara tersusun dan cara yang teratur. Maka kuasanya pun tidak nampak besar dan tidak dapat digunakan dengan cara yang gah,perkasa.
Beliau berkata,saya harap kita dapat melakukannya kali ini. Kami telah melaksanakan satu gabungan di Gombak yang kami namakan Gabungan Ngo-Ngo Gombak yang mempunyai 150 buah badan-badan Ngo-Ngo yang kecil-kecil yang berada di dalam Daerah Parliman Gombak yang mempunya anggotanya sebanyak 150,000 orang.
Seteusnya beliau berkata,saya dapat maklumat bahawa di Selangor ini,ada sebanyak 8000 buah Ngo-Ngo telah didaftarkan. Jika dibandingkan di Gombak itu dari hanya 150 buah badan Ngo-Ngo mempunyai keahlian sebanyak 150,000 orang dan ahli-ahlinya yang layak mengundi dari jumlah tersebut sebanyak 30,671 orang yang teberdaftar dan sah boleh mengundi dalam PRU ke:13 ini?
Maka 8000 buah Ngo-Ngo dalam negeri Selangor ini? Agaknya berapa bilangan pengundi yang ada dikalangan kita? Bayangkanlah betapa besarnya kuasa mengundi yang ada pada Ngo-Ngo di seluruh negeri Serlangor?
Katanya lagi,Memang pergerakan badan-badan Ngo-Ngo sangat bermkana di arena politik Malaysia ini dan ia boleh merubah keadaan fenomina politik semasa. Yakinlah kita boleh melaksanakan perubahan keadaan itu.
Beliau menyeru kepada para pemimpin Ngo-Ngo yang hadir. Marilkah kita susun dengan teratur dan kita tentukan tiap-tiap seorang dari kita menentukan ahli-ahli pertubuhan kita sendiri yang berdaftar sebagai pengundi yanh sah adalah merupakan pengundi-pengundi yang benar-benar mahukan kerajaan yang bertanggung jawab yang berjiwa rakyat.
Marilah kita mobilisasai gerakkerja kita di Selangor ini bermula pada hari ini,mudah-mudah kita dapat rahmatnya pada pilihanraya yang akan datang yang memberi kejayan gemilang pada Umno dan Barisan Nasional.
Terima kasih kerana anda sudi datang ke majlis Gerakkerja anjuran (MUBARSK ) dalam usaha membantu kemenangan Barisan Nasional dalam PRU yang ke:13 nati.
TINDAK BALAS YANG BAIK.
Walaupun jemputan yang di edarkan dalam masa yang amat singkat,tetapi telah mendapat tindak balas yang baik,sehingga sebanyak 30 buah Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO) Selangor telah terlibat di dalam Bengkel Gerakkerja Ngo bagi menghadapi PRU ke :13 itu.
Lebih kurang 210 orang para perwakilan dari badan-badan Ngo tersebut turut merumuskan kertaskerja yang telah dibentangkan oleh dua tokoh pemimpin Umno dan Ngo Gombak.
Datuk Dr.Rahman Ismail |
YBhg Datuk Dr.Rahman Ismail,Presiden Gabungan Ngo-Ngo Gombak, merangkap Mantan Ahli Parliman (MP) Umno Bahagian Gombak,bagi penggal 2004-2008 telah membentangkan kertas kerjanya yang panjang lebar yang berjodol :
(1). Peranan NGO Dalam Membantu Barisan Nasional Mencapai Kemenangan Di Negeri Selangor dan Di Parliman.
Datuk Dr.Rahman Ismail,selaku seorang ahli politik yang berpengalamanan dan selaku seorang ahli koprat bertaraf antara bangsa yang telah berjaya terpaksa mengambil masa lebih kurang 45 minit untuk mengutarakan konsep kertas kerjanya kepada para perwakilan Ngo-Ngo di pagi tersebut.
Huraian yang dibentangkan oleh Datuk Dr.Rahman Ismail itu dilihat boleh dikatakan begitu detail dan disertai dengan contoh-contohnya sekali,agar senang difahami oleh para perwakilan badan-badan ngo lain di Selangor yang hadir di pagi tersebut.
Hasilnysa? Penulis lihat, ianya telah memberi manfaat yang tidak ternilai kesannya kepada para perwakilan badan-badan ngo yang menyertai di Bengkel tersebut dan kemudiannya bolehlah mereka jadikan asas bersabit dengan kertas kerja Datuk Dr.Rahman Ismail itu sebagai panduan dan boleh dijadikan "ilmu pengetahuan' yang baru menuju ke perjalanan hingga tiba di hari PRU ke:13 itu tiba.
Boleh dijadikan senjata perang urat saraf, ketika mana dan bila-bila masa sahaja kita berdepan dengan parti pembangkang dalam PRU keL:13 ini dan boleh digunakan selaku senjata serangan politik terhadap parti-parti pembangkang menjelang PRU ke:13 yang akan tiba dalam masa terdekat.
Bayak di antara para perwakilan yang telah memuji-memuji kertas kerja Datuk Dr.Rahman Ismail itu dan ada diantara para perwakilan yang menyatakan bahawa baru kali ini mereka berpeluang dapat mendengar konsep teknik politik yang sedemikian rupa.
Kertas kerja itu mampu menelurkan satu-satunya ilmu pengetahuan yang baru sifatnya yang amat berguna untuk dihebahkan,diberi taklimat pula kepada semua ahli-ahli ngo mereka di bahagian masing-masing.
Iaitu di ketika mereka sesdang membincangkan program gerak kerja mereka untuk melaksankan program-program mereka dengan cergas untuk membantu Barisan Nasional mencapai kemenangan dalam "Ibu segala peperangan politik UMNO-BN menentang perang politik Pakatan Rakyat dalam pertempuran Pilihanraya Umum yang ke:13 yang akan datang tidak berapa lama lagi itu.
Sementara YBhg Dato'Haji Saloman Selamat,Pegawai Penerangan (MUBARAK) dengan pembentangan kertas kerja.(2).Kertas Kerja Isu-Isu Semasa.
Dato'Haji Saloman selamat telah mengambil masa selam 30 minit bagi membolehkan beliau mengutarakan segala kepincangan-kepincangan pentadbiran keraja Pakatan Rakyat di Selangor selama hampir 5 tahun yang telah berlalu.
(Seluruh kertas kerja Datuk Dr.Rahman Ismail dan Dato Saloman Selamat akan penulis siar khas di dalam tulisan yang berasingan nanti di blog ini juga. Pengarang.).
Dato Haji Saloman Selamat |
Isu alaun Ibu tunggal.Isu kepincangan di PKNS.Isu kepincangan di Yayasan Selangor,Isu Talam dan berbagai-bagai isu lagi yang perlu Umno-BN orbitkan sebagai isu politik utama bersabit dengan segala kegagalan kerajaan PR dengan serius,mulai dari sekarang hingga tiba PRU ke:13.
Menurut Dato Saloman, hasil kajian yang telah dibuat oleh beliau dan teamnya, bahawa Umno-BN di Selangor itu sendiri setakat hari ini? Akan berjaya merampas semula DUN selangor dengan pencapain "simple majority".
Insya Allah! Mungkin kita akan dapat mencapai keputusan 2/3 majority di Selangor dengan syarat:
Jika kita melipat gandakan kerja-kerja kita seiringan sebahu diantara semua golongan jentera parti dan dibantu bersungguh-sungguh oleh badan-badan Ngo itu sendiri harus mempengaruhi "pengundi atas pagar" semaksima yang mungkin dan sekaligus pengundi Y yang pertama kali mengundi di dalam PRU ke:13 ini.
Beliau seterus berkata,dengan syarat, bahwa perpaduan jentera Umno-BN dan di bantu oleh badan-badan Ngo,dari hari ke hari,mulai dari sekarang hingga menjelang tiba piliharaya umum. Jika kita sudah semakin kuat, sudah semakin bersatu padu.
Kita benar-benar berazam mahu rampas semula Selangor dengan keputudsan kerusi 2/3 di DUN Selangor, sekaligus mendapat kerusi 2/3 di dalam Parliman Malaysia?
Datuk Shafie Asmawi Setpol Datuk Seri Noh Omar. |
"Sesungguhnya,dalam PRU ke:13 ini,kita tidak mampu bersengketa walau pun dalam jumlah 1%. Apa yang telah diputuskan oleh Pucuk Pimpinan parti yang diketuai oleh Datuk Seri Najib Tun Razak,Presiden parti Umno-BN harus kita hormati dengan setulus ikhlas dan dengan dada yang terbuka luas demi kemenangan Umno-BN." tegasnya.
"Sesungguhnya, Umno-BN dan badan-badan ngo yang pro kerajaan,tidak mampu bercakaran sesama sendiri.Kerana kita tidak mampu menerima kekalahan seperti yang berlaku di dalam PRU ke:12, pada 8 hb.Mac 2008 dulu itu.
"Pertarungan di dalam PRU ke:13 ini, merupakan hidup mati bangsa Melayu berjuang terus untuk mempunyai,memiliki kuasa politik seluruh Malaysia.Tanpa kuasa politik yang dipegang oleh Umno-BN bererti keranda bagi Bangsa Melayu itu sendiri di masa-masa hadapan," pesan belaiu mengakhiri ucapannya.
Acara penutup majlis bengkel gerakkerja anjuran MUBARAK Cawangan Selangor itu telah dilakukan oleh Datuk Shafie Asmawi,Setiausaha politik kepada Datuk Seri Noh Omar.
Menteri Pertanian dan Asas Tani yang tidak dapat hadir pada pagi itu disebabkan beliau selaku Timbalan Ketua Perhububgan Umno Selangor, harus mengiringi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang melakukan lawatan di Ampang,Selangor,di pagi dan di hari yang sama juga.Jadi,Datuk Seri Noh Omar telah menghantar Setiausaha Politiknya sebagai wakil pribadinya. (Posted by abnmulya at 2340 hrs on February 03,2013).
No comments:
Post a Comment