Tuesday, February 5, 2013

Kalau Hadi Awang pandai sangat memerintah? Kenapa PAS hilang kuasa politik di Trengganu pada PRU ke:11(2004) dan PRU ke:12 (2008)???



February 06,2013 
at 6.10 pm.

Menerusi (blog Sinar Harian on line-politik) yang bertarikh pada 01 hb.February 2013 saya berpeluang membaca satu kenyataan politik Presiden PAS Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan tajuk berita yang bebunyi : 

(Hadi: PAS, Umno tidak boleh berkerjasama).Kenyataan itu dibuat oleh Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang semasa beliau berada di Alir Star,Kedah. Berita itu ditulis sendiri oleh Wartawan Sinar Harian.
Datuk Seri Abdul Hadi Awang

Di bawah ini,ada penulis pindahkan keseluruhan berita itu secara lengkap dan tidak tertinggal walaupun sepatah kata dari seluruh kata-kata yang telah diucapakan oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu untuk dijadi bahan tatapan pembaca yang berminat mengikuti perkembangan tokoh-tokoh politik Malaysia dari masa ke masa.

ALOR SETAR:  PAS tidak boleh bekerjasama dengan Umno dan Barisan Nasional (BN) dalam berkongsi kuasa di negara ini kerana ia tidak tahu memerintah.

Presaidennya,Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata,Umno tidak tahu membina sebuah negara yang berteraskan kepada agama Islam.

"Bukan kita tidak boleh bekerjasama dengan Umno,boleh bekerjasama.Tapi tidak perintah negeri,Umno tidak tahu memerintah negeri.Tidak boleh bekerjasama sebab mereka tidak tahu memerintah.

"Contoh di Kedah,Pakatan Rakyat (PR) di bawah PAS baru 4 tahun perintah. Masalah air dan jalan atau masalah 50 tahun dulu sebelum kita perintah,dia  (Umno) kata kita lah punya kerja," katanya.

Beliau berkata,begitulah keadaan Melayu yang mudah lupa kerana menyalahkan PR menjadi punca masalah air walupun ia baru memerintah empat tahun di Kedah,Pulau Pianang dan Selangor.

DATUK SERI ABDUL HADI AWANG BERHAK CAKAP APA SAHAJA

Di dalam negeri seperti Malaysia ini sejak telah merdeka adalah merupakan sebuah negara yang mengamalkan undang-undang demokrasi?

Harus diingat! Bukan saja Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang,selaku Presiden parti PAS bebas boleh bercakap dan berkata apa-apa sahaja yang beliau suka,bahkan rakyat biasa yang tidak punya apa-apa jawatan dalam sesuatu parti poliitk pun boleh bercakap,boleh berkata tentang apa yang mereka suka?

Mengikut undang-undang demokrasi yang telah dikanunkan di Malaysia ini? Semua orang memang dibolehkan untuk bercakap,untuk berkata-kata apa sahaja yang mereka suka.Tuan Guru Haji Hadi Awang selaku Presiden parti politik PAS memang bebas hendak kata apa sahaja tentang Umno-BN.

Tetapi selaku tokoh politik yang memegang jawatan tertiunggi  dalam PAS seelok-eloknya walaupun merasa marah macam mana pun? Hendaklah sentiasa bersabar dan menggunakan perkataan-perkatan yang sopan dan berhemah tinggi dan tidak emosi dan tidak bersifat semacam membodoh-bodohkan dan merendah-rendahkan orang lain.

Semua rakyat Malaysia tahu bahawa parti Umno-BN kini sedang berkuasa di Kerajaan Pusat. Ia  memang sudah lama dianggap oleh pihak pembangkang merupakan musuh politik nombor satu bagi PAS dan juga musuh politik nombor satu juga bagi lain-lain parti dalam Pakatan Rakyat itu sendiri.

Memang sudah lumrah alam, bahawa tidak ada seorang pun di dalam dunia ini akan memuji musuhnya? Apatah lagi parti Umno-BN yang dianggap oleh parti-parti pembangkang sebagai musuh politik nombor satu bagi Pakatan Rakyat.

Rakyat Malaysia dah lama tahu dah.... bahawa Pakatan Rakyat sedang menguasai 4 negeri di dalam malaysia ini, bermula PRU ke:12 iaitu bermula pada tahun 2008 dan sekaligus sedang memasang angan-angan untuk berada di Putrajaya.

Itu tidak salah kerana setiap parti politik yang di sahkan oleh kerajaan di dalam Malaysia ini dan sedang berjuang di tengah-tengah rakyat dengan acuan konsep politik masing-masing, memang boleh memasang angan-angan mereka itu setingi langit pun.

Umno-BN adalah merupakan komponan parti yang sanagt besar,gah dan telah lama berkuasa menguasai kerajaan Persekutuan. Bagi parti-parti pembangkang iaitu Pakatan Rakyat? Bahawa UMNO-BN itu dianggapnya sebagai satu kuasa politik yang menjadi rintangan yang utama terhadap cita-cita dan harapan Pakatan Rakyat untuk menggulingkannya sekaligus merampas takhta kuasa yang berpusat di Putrajaya.

Untuk itu di dalam peperangan politik yang tidak habis-habisnya iaitu dari tarikh 8 hb.Mac,2008 hingga kini?Paktan Rakyat dilihat sentiasa berpolitik tanpa nokhta.Tidak semacam di Jepun,di Amerika,di negera Barat yang lain hanya berpolitik dalam dua atau tiga bulan sahaja iaitu ketika menjelang pilihanraya.

Di Malaysia tidak begitu? Parti-parti politik terus bepolitik sejak mula kempen pilihanraya dan kemudiannya di sambung hingga 5 tahun yang akan datang iaitu, ketika tiba lagi pilihanraya umum yang baru. Itu lah yang paling anihnya orang-orang politik di Malaysia ini.

Sedangkan setelah selesai pilihanraya,maka tugas Pakatan Rakyat ialah untuk mengisi dan memperbaiki taraf hidup rakyat di negri-negeri yang sedang mereka kuasai itu bersesuaian dengan manispesto yang telah mereka rangka dan janji-janjikan  ketika kempen pilihanraya itu di mulakan? Tanggung jawab itu ternyata langsung tidak dipedulikannya.Mereka asyik berpolitik sahaja.

Mandat yang rakyat telah berikan pada Pakatan Rakyat itu telah mereka nodai.Janji-janji mereka tidak ditepati dan tidak di kotakannya? Sehingga rakyat terpkasa membawa kes dan isu-isu yang rakyat pertikaikan itu berlarutan ke mahakamah.

Ini bererti, bahawa  para pemimpin di dalam Paktan Rakyat itu dilihat terang-terangan semacam tidak berwibawa langsung.Untuk melindungi kelemahan-kelemahan mereka itu? Maka pihak lain pula menjadi target serangan mereka iaitu Umno-BN.

Umno-BN sering jadi target pembangkang melontarkan kemarahan mereka sewwenang-wenangnya dengan berbagai-bagai persepsi-[ersepsi yang negatif sifatnya.Diantaranya? Parti pembangkang dilihat  menggunakan persepsi-persepsi kotor lagi bohong,sekaligus kadang-kadang menggunakan perkataan-perkatan yang kasar,riak,sombong dan bongkak oleh tokoh-tokoh pembangkang itu melepaskan geramnya yang tidak berasas itu.

KONONNYA UMNO-BN TIDAK TAHU MEMERINTAH?

Kadang-kadang ketika membuat kenyataan politik di Mass Media? Sama ada disedari ataupun tidak disedari oleh mereka ? Dilihat macam disengaajakan?

Maka terpacul dari mulut tokoh-tokoh politik pembangkang itu perkataan yang sangat kasar
 bahasanya dan dilihat tidak wajar keluar dari mulut tokoh besar yang bertaraf (Tuan guru agama) dari sesuatu parti yang berkonsepkan daulah Islam.

Contohnya? Dalam kenyataan Datuk Seri Abdul Hadi Awang baru-baru ini kepada pemberita di Alor Star,Kedah, ketika menolak kerjasama dengan Umno yang diajukan oleh pemberita kepadanya? Dengan bongkak beliau telah menyatakan bahawa PAS tidak dapat berkerjasama dengan UMNO-BN disebabkan kononnya Umno-BN tidak tahu memerintah.

Para pembaca boleh teliti kenyataan Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu di atas tulisan ini, bermula dari Paragraph 4 hingga paragraph 6 berita di atas itu.

Kata-katanya itu disifatkan penuh dan sarat dengan emosi,takbur dan riak. Beliau menganggap tokoh politik yang berada di dalam Umno-BN itu? Bermula dari Perdana Menteri hingga ke bawahnya di dalam kabinet Datuk Seri Najib Tun Razak itu kononnya lekeh-lekeh belaka,

Tidak perlu dihormati.tidak perlu menjaga budi bahasa ketika mengkritik para pemimpin tertinggi Umno-BN,kononnya hanya beliau dan regimnya di dalam Paktan Rakyat itu semacam cukup sempurna dalam segi politik dan pantadbiran kerajaan.

Tidak terfikir di benak hati nuraninya bahawa jika kita tidak tahu hormatkan orang lain? Sudah pasti orang lain pun tidak akan hormat pada anda? Mereka semacam tidak sedar bahawa selaku hamba Allah ternyata tidak ada seseorang pun yang cukup sempurna kecuali Nabi Muhammad SAW yang jadi pilihan Allah SWT.

KENAPA TEWAS DAN PAS HILANG KUASA POLITIK DI TRENGGANU PADA PRU ke:11 dan ke: 12?

Datuk Seri Abdul Hadi Awang harus ingat dan renungkan dalam-dalam dan jangan mudah lupa tentang kehilagan kuasa politik beliau yang begitu mudah pada PRU ke:11 pada tahun (2004) dan PRU ke:12 pada tahun (2008) di Trengganu,di negeri dia sendiri?

Seluruh rakyat Malaysia dah tahu dah...bahawa dalam Pilihanraya Umum ke:10 yang telah berlangsung pada tahun 1999 dulu itu. Tuhan telah menganugerahkan kemenangan gemilang pada parti PAS berkuasa di Trengganu, di mana Datuk Seri Abdul Hadi Awang,selaku Presiden PAS telah dilantik sebagai Menteri Besar Trengganu.

Lazimnya? Dengan adanya kuasa politik di tangan PAS diT rengganu ketika itu? Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan PAS seharusnya memelihara anugerah dari Allah Swt itu dengan baik agar jangan hilang dan lantas melakukan program-program perubahan untuk rakyat Trengganu sebanyak yang boleh.

Kerana dengan adanya kuasa politik di tangan sesebuah pari itu? Maka parti politik tersebut sudah tentu mampu mewarna-warnikan wajah negeri yang diperintahnya itu iaitu di Trengganu dengan apa cara pun.

Tetapi malangnya? Pada pilihanraya ke:11 yang berlangsung pada tahun 2004.Tsunami politik telah mnelanda Datuk Abdul Hadi Awang dan regimnya di Trengganu. PAS kalah dalam pilihanraya itu dan hilang kuasa politik PAS di dalam piliharaya tersebut di Trengganu dan sekaligus jadi parti pembangkang pula.

Bukan setakat itu sahaja? Malahan pada pilihanraya umum 2008 pun parti PAS sekali lagi kecundang
di Trengganu,di tangan Umno-BN dengan teruknya

Ertinya? PAS telah mengalami 2 kali kalah teruk berturut-turut dalam 2 pilihanrya umum di Trengganu itu? Iaitu (di negeri tempat tumpah darah) Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu sendiri?

Dengan kekalahan 2 kali berturut-turut itu? Ia bererti Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah dilabelkan selaku tokoh politik yang tidak cekap dan tidak pandai berpolitik dan juga selaku ketua pentadbir dan gagal menambat hati nurani rakyat Trengganu itu sendiri.

 Nik Aziz Nik Mat,Murshiddul Am PAS.
Adakah Datuk Seri Abdul Hadi Awang sedar dan masih ingat dengan trajedi itu? Jika dah sedar? Maka  haruslah mengakuinya bahawa beliau bukan sahaja tidak cekap dan pandai berpolitik?

Malah beliau juga tidak pandai sebagai ketua pentadbir negeri Trengganu? Maka itulah sebabnya rakyat Trengganu MENOLAK Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan PAS di Trengganu dalam PRU ke:11 dan juga pada PRU ke:12.

Bertitik tolak dari kekalahan itu dan bila kajian politik dibuat? Ternyata Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan regimnya ketika berkuas di Trengganu,dilihat semacam tidak ada melakukan program-program,baik program pada jangka pendek mahupun program pada jangka panjang yang boleh memberi besar manfaatnya kepada rakyat Trengganu itu sendiri yang telah memberi mandat politik pada PAS untuk berkuasa di Trengganu pada PRU tahun 1999.

Akibat dari BEGITU lemah prestasi kerjaan PAS di bawah pimpinan Haji Hadi Awang dan regimnya itu? Maka rakyat Trengganu dengan teliti telah mengorak langkah dan membuat perkiraan bahawa prerstasi Haji Hadi Awang dan PAS dalam masa 5 tahun beliau jadi Menteri Besar Trengganu? Tetapi hasilnya tidak ada apa yang boleh dibangga-banggakan?

Rakyat Trengganu melihat bahawa prestasi Haji Hadi Awang dan regimnya terlalu lemah. Tidak ada sama sekali perubahan yang hebat yang mampu dilakukan oleh PAS dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Apakah Datuk Seri Abdul Hadi Awang dah lupa atupun Melayu mudah lupa tentang kegagalan politik dan pentadbirannya tatkala beliau jadi Menteri Besar di Trengganu selama lebih kurang 5 tahun,iaitu dari 1999 hingga 2004 telah gagal akibat tidak begitu cekap dan pandai memerintah Trengganu?

Bila seseorang itu jika didapati telah gagal melaksanakan tugas dan tanggung jawabnya di dalam sesuatu hal? Ertinya dia juga bolehlah dilabelkan tidak cekap dan tidak pandai.

Justeru itu wajar dijadika pelajaraan untuk mengenal diri dan jangan mudah pula menempelak orang lain pun kononnya tidak pandai.Umno-BN telah berkuasa jadi kerajaan pusat lebih 50 tahun dan telah berjaya melakukan berbagai-bagai transformasi terhadap mutu kehidupan rakyat di berbagai-bagai aspek kehidupan rakyat.

Ini merupakan satu hakikat yang tidak boleh dinafikan oleh Tuan Guru Hadi Awang?.Banyak bukti-buktinya yang Datuk Seri Abdul Hadi boleh lihat di depan ,di belakang, di kiri dan di kanan Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Telah berlaku begitu sarat dengan pembanguna yang begitu pesat dan ia ternyata dilihat semacam tidak mampu dibuat dan dilakuan oleh Pakatan Rakyat di 4 buah negeri yang telah mereka kluasai sejak 8 hb.Mac 2008 dulu itu?

Kejayaan besar yang tekah ditempa oleh Pakatan Rakyat sejak 2008 hingga kini dilihat hanya melakuakn Demonstrasi Jalanan yang tidask menghasilkan apa-apa manfaat untuk rakyat jelata.

Mungkin pada tahun 2020 Malaysia di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak, satu-satunya Perdana
Menteri Malysia yang bijaksana akan jadi nergra yang berpendapat tinggi pula.Apa yang telah dilakukan oleh Pakatan Rakay di 4 negeri yang merka kuasai melalui PRU ke:12 dulu itu? Tidak ada perubahan apa-apa pun.Kosong melopong belaka.

JIKA NIK AZIZ KATA DIA  PANDAI ? ITU BETUL...

Kalau Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat mengatakan dia pandai berpolitik dan pandai mentadbir negeri Kelantan atau pun pandai itu dan ini? Itu betul..


Kita boleh terima kerana ada buktinya. Disebabkan Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat telah berjaya terus mengkekalkan jawatan Menteri Besari-nya lebih 22 tahun lamanya dan sekaligus beliau telah dapat mempertahnakan "kuasa politik" PAS di Kelantan selama 22 tahun lebih juga.

Ertinya dia berjaya menyekat Umno-BN kembali berkuasa di Kelantan hingga ke hari ini. Esok lusa atau pun pada PRU ke:13 ini tidak tahulah kita.Mari sama -sama kita lihat...

DALAM ISU MINTA DIBENARKAN GUNA PERKATAAN "ALLAH"DALAM BIBLE VERSI BAHASA MELAYU OLEH AGAMA LAIN?

Sesungguhnya Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Nik Aziz Nik Mat telah melakukan kesilapan besar kerana terlebih dahulu membuat kenyataan umum yang mengatakan nama Allahboleh diguna dan boleh dicetak di dalam Bible versi bahasa Melayu untuk agama lain selain Islam.?

Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Nik Aziz Nik Mat harus memanggil mesyuarat Majlis Syura PAS terlebih dahulu sebelum membuat kenyataan rasmi parti.

Rakyat Malaysia yang beragam Islam tahu bahawa Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Nik Aziz Nik Mat adalah merupakan pemimpin tertinggi PAS. Pun begitu?

Ia tidak bermakna Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Nik Aziz Nik Mat boleh berbuat sesuka hati tanpa merujuk kepada ahli-ahli PAS yang dikatakan berjumlah 1 juta orang ramainya dan mesti dibawa bermusyarat dengan anggota Majlis Syura yang terdiri dari para ulama' yang berwibawa juga dalam isu agama Islam.

PAS mempunya majlis Presiden dan juga Majlis Syura.Tanpa keputusan Majlis Syura? Presiden parti ataupun Mursyiddul Am PAS tidak punya kuasa membuat keputusan? Nik Aziz Nik Mat selepas keputusan Majlis Syura telah diputuskan menentang kenyataan yang telah dibuat oleh Hadi Awang dan Nik Aziz Nik Mat sendiri? Maka barulah Nik Aziz Nik Mat buat ( U turn) dan membetulkan kenyatan awalnya itu.

Tetapi Datuk Seri Abdul Hadi Awang? Beliau sendiri tidak mahu membetulkan kenyatannya? Hanya menerusi setiausaha politiknya dan sebagianya sahaja. Inilah yang amat mendukacitakan penyokong-penyokong PAS itu sendiri dan juga umat Islam yang di atas pagar yang berminat untuk menyokong perjuangan PAS yang berkonsepkan Islam.

Isu Allah,adalah isu Kalimah Tauhid yang paling asas bagi seluruh umat Islam di seluruh Malaysia dan seantero dunia. Jika berlaku sebarang kesilapan?Harus segera dibetulkan .Kalau tidak diperbetulkan segera, maka rosaklah Akidah Tauhid mkita?Dan ditakuti penyokong PAS itu sendri dan penyokong yang berada di atas pagar akan meninggalkan PAS.

Dari segi politik PAS yang rugi.Yang untung dari segi politik ialah DAP yang telah mengorbitkan isu tersebut seluas-luasnya dan disokongan oleh pengikut-pewngikut agama Kristian. PAS terperangkap masuk jerat DAP.

Lazimnya? Pemimpin yang berilmu dan pandai biasanya tidak malu mengaku kesilapan sendiri dan jika dah berbuat silap atau pun telah melakuakn perbuatan mungkar? Maka segeralah bertaubat kepada Allah SWT. Allah itu Maha Penyanyang dan Maha Pengampun.(Posted by abnmulya at 1810 hrs on Februarty 06,2013).

No comments: