Tuesday, February 12, 2013

Mana ada sifat malu di dalam politik?

"Nik Aziz buat (U TURN) dalam isu Kalimah Allah setelah ditegur oleh Majlis Syura PAS...beliau dilihat tidak pun rasa semacam malu dan segan? Beliau tetap pegang jawatan Mursyiddul Am PAS...."   
Ribuan pengunjung membanjiri Kolej Han Chiang,di Jalan Air Itam, sempena Majlis Rumah Terbuka 1 Malaysia,Tahun Baru Cina,anjuran Barisn Nasional (BN) Negeri Pulau Pinang- photo Bernama

Haji Abu Bakar Ninggal                    
February 14,2013 at 5.26pm.

Ini merupakan satu petanda baik dan satu signal yang amat positif,bahawa parti Umno-BN semacam akan berkuasa semula di Pulau Pinang hasil dari keputusan Pilihanraya Umum yang ke:13yang akan tiba nanti.

Pihak Pakatan Rakyat yang sedang berkuasa di Pulau Mutiara itu,dinasihati eloklah membuat persediaan mengundur diri selaku pihak yang berkuasa dan sebaliknya bersiap sedia menjadi pihak pembangkang pula.

Signal yang amat ketara yang telah ditunjukkan oleh rakyat Pulau Pinang pada majlis lawatan Datuk Seri Najib Tun Razak,pada Majlis Terbuka 1 Malaysia,Tahun Baru Cina,anjuran Barisan Nasional (BN) negeri Pulau Pinang,pada 11 hb.Fewbruary 2013  harus digeruni oleh Pakatan Rakyat.

Kecekapan Barisan Nasional (BN)negeri Pulau Pinang mengadakan "window show politik"yang sangat hebat geloranya telah dizahirkan dan ditunjukan oleh rakyat Pulau Pinang itu sendiri,ketika menyambut kedatangan Perdana Menteri Malaysia yang ke: 6, Datuk Seri Najib Tun Razak, isteri dan keluarganya menjejakkan kaki mereka ke Pulau Mutiara.

Dilaporkan seramai 80,000 orang pengunjung telah membanjiri pekarangan Kolej Han Chiang,di Pulau Pinang,dalam konteks ingin turut sama meraikan kehadiran Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya,pada Majlis Rumah Terbuka 1 Malaysia, Tahun Baru Cina, anjuran  Barisan Nsional (BN) negeri di Pulau Pinang baru-baru ini.

Datuk Seri Najib Tun Razak telah melahirkan rasa gembira dan terima kasihnya kerana menerima sambutan yang begitu meriah dan melihat lautan manusia yang telah menyertai majlis tahun baru Cina itu dan Perdana Menteri juga merasa bertuah kerana buat kali pertama dapat meraikan perayaan tersebut dengan warga Pulau Mutiara.

"Saya rasa begitu bertuah dan amat gembira pada tahun ini kerana dapat melakukan sesuatu yang belum pernah saya lalui,iaitu menyambut Tahun Baru Cina dengan warga Pulau Pinang.

"Terima kasih kepada warga Pulau Pinang kerana telah menyambut kedatangan saya ,isteri dan keluarga dengan begitu meriah sekali.,"katanya ketika berucap pada majlis tyersebut.

GESAAN GUAN ENG GAGAL

Berdasarkan dengan senario sambutan yang begiu meriah lagi hebat yang telah ditunjukan oleh rakyat Pulau Pinang di majlis tersebut?

Jelas sekali bahawa gesaan Ketua Menteri,Lim Guan Eng supaya pengunjung ke Rumah Terbuka Tahun Baru Cina 1Malaysia, anjuran Barisan Nasional (BN) negeri Pulau Pinang, agar beramai-ramai memakai baju merah,kuning dan hijau pro-pembangkang ternyata tidak mendapat sambutan dan tidak dipedulikan langsung oleh rakyat jelata Pulau Pinang itu sendiri.
Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya Rosmah Mansor disambut oleh ribuan pengunjung setibanya pada majlis sambutan Tahun Baru Cina peringkat negeri Johor,di Pasarraya Econsive Senai,Kulaijaya semalam.phoyto Utusan-Raja Jaafar Ali.

BAK SETITIK AIR DITUANGKAN KE LAUTAN LUAS.

Berhubung dengan ada kumpulan kecil yang melaungkan perkataan "No" (tidak) ketika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bertanyakan kepada orang ramai "Are yuo ready for BN?" ( adakah kamu bersedia bersama BN?)

Pengerusi BN Pulau Pinang,Encik Teng ChaNg Yeow berkata, bahawa kumpulan kecil tersebut khas dihantar untuk merosakkan majlis dan memberikan persepsi kononnya BN di tolak oleh orang ramai.

"Bukan semua yang hadir melaungkan "tidak" kata Teng. Kita ada rakaman video yang menunjukan bahawa sebahagian besar pengunjung yang seramai 80,000 orang itu melaungkan perkataan "ya" apabila Perdana Menteri bertanyakan soal itu beberapa kali.

Dengan wujudnya senario politik yang demikian? Maka ada pihak yang membuat kesimpulan kononnya Datuk Seri Najib telah dimalukan dengan adanya golngan yang berani mengatakan "tidak".

Dalam "kamus politik" tidak ada perkataan malu dan selaku orang politik perasaan malu,segan dan silu tidak boleh berada di dalam hati nurani setiap tokoh-tokoh politik itu..

Misalnya? Nik Aziz dan Hadi Awang, pada mulanya bersetuju perkataan "Allah" kononnya boleh dibenarkan untuk digunakan oleh penganut agama lain,dicetak perkatan "Allah" di dalam bible versi bahasa Melayu.

TETAPI BILA MAJLIS SYRURA PAS MENGAMBIL KEPUTUSAN MENOLAK KENYATAAN HADI AWANG DAN NIK AZIZ NIK MAT ITU?

Maka cepat-cepat Nik Aziz Nik Mat buat kenyataan (U turn).Apakh itu tidak memalukan Nik Aziz dan Hadi Awang yang telah mengambil keputusan yang gopoh gapah terlebih awal tanpa merujuk kepada Majlis Syura PAS bersabit dengan kenyataan yang mereka buat pada rakyat Malaysia secara terbuka.Kenapa Aspan Alias membisu seribu bahasa?

Tapi sebaik sahaja diberitakan ada golngan terpencil menjawab"tidak" bila Datuk Seri Najib bertanya (are you ready for BN?).Maka cepat-cepat sepantas kilat, Aspan Alias tulis di dalam Harakah Daily online kononnya Datuk Seri Najib Tun Razak telah dimalukan di dalam majlis sambutan Tahun Baru Cina di Pulau Pinang itu.

Tulisan Aspan Alias yang panjang lebar dan berbelit-belit khutubahnya itu? Anda boleh dilihat dan baca pada Harkah Daily on line,bertarikh 12/02/2013.Tulisannya itu bertatuk  "Umno patut bersyukur jika jadi pembangkang".

Tidakkah Sdr.Aspan Alias sedar kesilpan yang telah dilakukan oleh Hadi Awang dan Nik Aziz itu bersangkut paut dengan Akidah Tauhid penganut agama ISLAM?  Bahawa nama "Allah" itu ianya tidak boleh dijual beli?

Kenapa Aspan Alias tidak ada mengatakan bahawa keputusan yang gopoh yang telah dibuat oleh Nik Aziz Nik Mat dan Hadi Awang dan beberapa orang lagi pemimpin politik PAS dan PKR itu,sesungguhnya amat memalukan Hadi Awang dan Nik Aziz sendiri,PAS dan sekaligus kepada seluruh uamat Islam di Malaysia khasnya?

Kumpulan kecil yang sengaja dihantar oleh pihak pembangkag (mungkin golongan upahan) pada majlis sambutan Tahun Baru Cina itu yang dihadiri oleh Daruk Seri Najib itu?

Tidakkah Aspan Alias sedar bahawa golongan kecil lagi terpencil itu sebenarnya tidak boleh menetukan bahawa DAP dan Pakatan Rakyat tetap akan bertahan menguasi Pulau Pinang selama-lamanya? Lazimnya golongan majoriti rakyat yang mampu mewarna-warnikan sesuatu keputusan politik di sesebuah negeri itu.

Aspan Alias harus ingat! Tiap-tiap yang baru itu? Lazimnya tidak akan kekal abadi ? Sileh berganti dengan ketentuan Allah SWT yang Maha Berkuasa ke atas sesuatu yang Dia kehendaki.Kejayaan Paktan Rakyat berjaya menguasai 4 negeri hasil dari keputusan PRU ke:12 itu?

Bukanlah ia bersifat hakiki.Bila-bila masa sahaja Allah SWT akan menarik semula jika di salah gunakan nikmatnya. Pihak pembangkang tidaklah boleh jadikan pencapaian pada PRU ke:12 itu kononnya akan memberi jaminan yang mutlak untuk pihak pembangkang mengulangi kemeangan yang seterusnya.

Lain hulu lain parangnya. Kejayana yang dulu-dulu itu tidak boleh dijadika kejayana sekarang? Rakyat dah kenal siapakah tokoh-tokoh politik parti pembangkang itu.Fasal cakap nombor satu,tiada taranya.  Akan tetapi jika hendak melakukan perubahan untuk rakyat boleh dikatakan langsung tak tahu..

Janji tidak ditepati.Kata-kata tidak dikotakan. Menghabiskan beras rakyat sahaja jika hendak beri kuasa kepada mereka sekali lagi? Rakyat dah kenalpasti dah...di tanah dan dibumi yang mana satu boleh ditanam ubi.Agar ubi yang ditanam itu tetap akan jadi subur dan menghasilkan ubi-ubi yang besar-besar belaka. Bukan ubi kemetot dari pembangkang.

Tak usahlah hendak jual koyok terus-terusan pada rakyat di zaman tahun 2013 ini.Perlu apa hendak tukar kerajaan baru? Sedanghkan Kerajaan Persekutuan Pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak ternyata mampu melakukan berbagai-bagai trasformasi.Ini tidak boleh dinafikan.

Ada BRIM 0.1.BRIM 0.2 dan BRIM O.3 akan diberi pada rakyat RM1,000-00 pula.Bukan itu sahaja bahkan anak-anak muda kini dapat RM250-00 tiap seseorang. Kini,jika sesebuah keluarga yang berpendapatan bawah tiga ribu ringgit.

Jika ada anak dua atau 3 orang? Maka di sebuah family itu dah dapat RM1250-00.Iaitu  RM500-00 untuk ibu atau bapa terima dari wang BRIM dan dicampur RM250-00 X 03 orang anak-anak muda yang layak menerima RM250-00 tiap seseorang. Tidakkah bermakna semuanya itu berjumlah RM1,250-00.

Mampukah parti-parti pembangkang memberinya? Jika tidak mampu? Tidak perlu berbicara fasal hendak ke Putrajaya. Tahukah anda untuk ke Putrajaya itu anda terpaksa tempuh banyak toolnya.Bukan dengan hanya jual koyok dengan gunakan air liur sahaja?

Pada para penuntut Universiti pula? Voucher beli buku ditambah lagi RM50-00.Kini mereka dapat RM250-00 tiap-tiap seorang. Alangkah gembira dan bahagianya mereka dengan pemberian-pemberian itu?

Kerajaan Umno-BN yang begitu bertanggung jawab dan pemurah? Dikatakan oleh pembangkang sebagai kerajaan yang zalim itu dan zalim ini..? Apakah perbuatan zalim yang kerajaan Umno-BN telah lakukan? Tolonglah parti-parti pembangkang terangkan (list out) satu persatu.

Jangan lah membuat tuduhan secara umum? Tuduhan yang tidak punya bukti? Ia merupakan satu fitanh? Jika anda tidak tahu apakah hukumnyha akibatnya jika anda melakukan fitnah? Anda boleh tanya pada Tuan Guru Hadi Awang dan Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat.

Mereka berdua ini tentu mampu beri huraian apakah hukumnya jika anda memfitnah seseorang itu tanpa bukti?

Tuduhan tanpa bukti? Itu pembohong namanya.Bohong itu merupakan perbuatan yang berdosa. Orang- orang gila pun tidak akan percaya segala pembohongan tanpa bukti itu? Apatah lagi pada rakyat Malaysia kini umumnya dah berpelajaran tinggi.Ada di antaranya punya ijazah lebih tinggi daripada tokoh-tokoh politik dari Pakatan Rakyat.

Mereka itu tahu yang mana satu kaca? Dan yang mana satu permata berlian. Mereka tidak boleh dikelentong lagi. Masa untuk anda kelentong-lentongan sudah berlalu dan dah tidak laku lagi ooi...wahai Encik abang dan Encik adikku....

GOLONGAN TERPENCIL YANG KECIL BILANGANNYA.

Bagi penulis perbuatan golongan kecil yang mengatakan "No" itu tidak usah diambil peduli.Mereka itu hanya merupakan golongn kecil dan terpencil yang ditimpa perasaan,"syok sendiri" dan anggaplah golongan itu merupakan sebagai kumpulan kecil yang terpencil yang cuba hendak menongkah arus.

Mereka pasti gagal. Perbuatan yang dilakukan oleh Umno-BN yanh hak,secara jujur dan ikhlas akan dapat mengalahkan perbuatan yang mungkar.

Kumpulan kecil lagi terpencil itu dilihat tidak lebih, dari orang-orang yang hendak menuangkan setitik air ke dalam lautan yang maha luas yang sedang bergelora menghempas pantai,kuat tenaga hempasanya itu semacam hempasan gelora tsunami melanda Bandar Acheh,di Indonesia beberapa tahun yang lalu".

Ternyata ? Ia tidak memberi kudis dan memberi kesan apa-apa pun pada air lautan yang sedang bergelora itu. Biarkanlah golongan yang terpencil itu membuat onarnya,semacam si kadok terjun dengan labu-labunya.

Sedangkan Umno-BN di bawah pimpinan Datuk Seri Datuk Seri Najib tetap gagah, perkasa untuk menghadpi pilihanraya umum yang ke:13 dengan penuh keyakinan untuk merampas semula negeri-negeri yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat dan sekaligus dengan izin Allah SWT akan berjaya mendapatkan jumlah kerusi 2/3  di dalam parliman Malaysia pada PRU ke:13 yang akan tiba pada bila-bila masa sahaja.

Umno-BN pimpinan Datuk Seri Najib di hari ini? Sesungguhnya tidak boleh parti pembangkang samakan dengan Umno-BN pimpinan Tun Abdullah Ahmad Badawi ketika berlangungnya PRU ke:12 pada tahun 2008 dulu itu..

Ketika itu, Umno-BN pimpinan Tun Abdulah Ahmad Badawi sedang tidur lena akibat kemenangan besar yang dimiliki oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi pada PRU ke:11 pada tahun 2004.

Umno-BN pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini? Ia merupakan seekor harimau garang yang sedang tidur lena terkejut dari tidurnya akibat kepalanya diketuk oleh musuhnya. Kini harimau garang yang telah dikejutkan, dengan cara diketuk kepalanya sedang respon. Jadi? Harimau garang ini amat marah dan garangnya semakin bertambah-tambah.

Kemarahannya tiada tara. Harimau garang itu akan membaham habis-habisan segala musuhnya dengan rakus sekali. Segala pintu yang menjadi lopehole pihak pembanghkang hendak masuk dan keluar itu telah ditutup rapat.

Tidak akan dapat sesiapa pun lari atau pun dimasuki oleh sesipapun, walaupun musuh yang sebesar jarum sizenya.Hakikat ini harus disedari oleh parti-parti pembangkang yang dilihat mutakhir ini? Sedang ditimpa penyakit yang amat teruk akibat serangan vairus hedak bertakhta di Putrajaya.(Posted by abnmulya at 1726 hrs on February 14,2013).

No comments: