pengarang@utusan.com.my
KUALA LUMPUR 7 Feb. - Polis hari ini menahan tiga individu termasuk seorang wanita yang dipercayai terlibat merekrut rakyat tempatan dalam kegiatan militan sebelum dihantar ke luar negara bagi menjalankan misi keganasan.
Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, mereka kini ditahan untuk membantu siasatan polis.
"Ketiga-tiga mereka yang berusia lingkungan 30 hingga 50 tahun itu disyaki menjadi dalang utama dalam merekrut beberapa rakyat Malaysia bagi tujuan aktiviti keganasan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Sementara itu, Ismail yang ditemui dalam satu majlis di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini petang ini, memberitahu, ketiga-tiga tahanan tersebut akan dibawa ke Mahkamah Ampang, pagi esok.
Dalam pada itu, menurut sumber, salah seorang yang ditahan ialah Yazid Sufaat, bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pernah ditahan pada Disember 2001 sebelum dibebaskan tujuh tahun kemudian.(Utusan online-Jenayah).Posted by abnmulya at 1451 hrs on February 08,2013.
No comments:
Post a Comment