KUCHING 4 Feb. - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak perlu bersusah payah berulang-alik ke Sarawak kononnya untuk melakukan perubahan kerana boleh berbuat demikian di Permatang Pauh terlebih dahulu.
Tan Sri Abdul Taib Mahmud |
Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud berkata, kawasan Parlimen tersebut yang diwakili Anwar sejak beliau bergelar pemimpin nombor dua negara sehingga kini bukan sahaja tidak banyak berubah malah semakin terabai.
Selain itu katanya, pelbagai janji manis pembangkang di negeri-negeri yang dikuasai mereka sejak Pilihan Raya Umum Ke-12 turut gagal ditepati walaupun penggal ini akan berakhir tidak lama lagi.
Pembangkang sebenarnya tidak ada komitmen terhadap apa yang mereka janjikan atau dengan kata lain, memang tak ikhlas pun untuk lakukan perubahan.
Jadi, buat apa rakyat mahu percaya kata-kata mereka yang kononnya mahu membawa perubahan ke negeri ini sedangkan kita tidak nampak pun kesungguhan itu," katanya.(Utusan online-politik).Posted by abnmulya at 12.44pm on February 05,2013.
No comments:
Post a Comment