Wednesday, March 20, 2013

Berhijrah kawasan bukan kerana berani,tapi takut rakyat tolak ke...??



Khamis,March 21,2013 at 3.33 am

Pilihanraya umum ke:13 pada bila-bila masa sahaja akan diadakan jika Perdana Menteri Datuk Seri Tun Razak telah mendapat ilham dan semua pemimpin-pemimpin parti yang berada di dalam Malaysia ini, semuanya dah maklum semuanya hanya berada di tangan Datuk Seri Najib Tun Razak.
Datuk Seri Anwar Ibrahim penasihat parti (PKR).

Justeru itu, di dalam satu dua hari ini,dilihat media tempatan menyiarkan berita-berita bahawa ketu-ketua parti itu dan ini akan berhijrah untuk bertanding selaku Ahli Parlimen (MP) ke kawasan lain,di lain negeri pula.

Maka,penulis-penulis blog yang telah disahkan adalah merupakan penyokong  kuat kepada tokoh-tokoh politik itu akan dan telah pun menulis bahawa niat untuk berhijrah bertanding di lain kawasan dan di lain negeri itu sangat dialu-alukan kerana ia merupakan satu keberanian yang terouji.

Tindakan itu merupakan satu tindakan yang bijaksana dan punya keberanian yang luar biasa dan sekaligus telah melontarkan berbagai-bagai pujian setinggi langit sifatnya.Kalau tidak berada-ada masihkan tempuan bersarang rendah.

Lim Kit Siang (DAP)
Tokoh politik yang dikhabarkan lebih awal akan berhijrah bertanding sebagai ahli parlimen di lain temapat dan di lain negeri ialah, Lim Kit Siang,dari DAP akan beradu nasib di kawasan Parlimen "Gelang Patah" di Johor.

Kemudiannya dikhabarkan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim pun akan berhijrah juga iaitu, di Perak.Tetapi tidak disebutkan di kawasan Parlimen mana?

Bagi Lim Kit Siang berita tentang beliau mahu berhijrah bertanding selaku calon Parlimen di Gelang Patah,Johor itu, tidak mengejutkan bagi para pemerhati politik tanahair kerana beliau telah kerap kali berpindah randah bertanding bila piliharaya umum baru di adakan.

Beliau (Lim Kit Siang) dan Karpal Sing pernah kecundang dalam pilihanraya umum kalau tidak silap penulis iaitu pada pilihanraya umum pada tahun 1999. Ertiinya.soal pindah randah ke kawasan baru tidak menjadi pelik lagi.Boleh dikatakan bahawa hobinya memang suka berpindah randah mengikut selera dan kata hatinya.

Selaku ahli parlimen pembangkang? Memang Lim Kit Siang boleh dikatakan tidak ada melakukan apa-apa bentuk pembangunan di kawasan yang diwakilinya itu.Keputusannya untuk berhijrah itu adakah disebabkan mereka merasa bahawa ada kemungkinan bahawa  pengundi-pengundi yang diwakilinya sekarang ini,semacam akan menolak beliau jika terus bertanding di tempat itu?

Tetapi yang menjadi agak sedikit terasa terkejut oleh pemerhati politik tanah air ialah dengan sikap mengejut oleh Anwar Ibrahim penasihat umum PKR itu sendiri?

Tan Sri abdul Taib Mahmod,Ketua Menteri Swk.
Semua orang tahu iaitu sejak dia menceburkan dirinya dalam dunia politik dan menyertai Umno dalam  tahun 1982 dulu berregu dengan Tun Dr.Mahathir Mohamad.

Beliau bertanding sebagai ahli parlimen (MP) di kawasan Parlimen Permatang Pauh tempat dia dan keluarganya bermastautin.

Anwar dilihat begitu yakin bahawa dunia politik beliau mulai subur dan akan terus subur jika dia berjuang di temapt kelahirannya di Permatang Pauh.

Datin Dr.Wan Azizah terpaksa letak jawatan sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh untuk memberi laluan kepada suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding sebaik sahaja telah keluar bebas dari penjara Sungai Buloh.

Yang menjadi tanda tanya pada banyak para pemerhati politik tanah air? Kenapa Anwar mahu berhijrah dan apakah sebabnya?

Adakah disebabkan Anwar Ibrahim takut rakayat Permatang Pauh akan menolak beliau kali ini?Kerana selaku MP pembangkang prestasi beliau tidak begitu baik dan sekaligus tidak dapat memberi khidmat yang luasa lagi semporna pada rakayat Permatang Pauh itu sendiri.

Hal ini terjadi disebabkan beliau begitu sibuk ke sana kemari di serata negeri dalam Malaysia dalam usaha untuk menerangkan kepada pengikut-pengikut parti PKR dan parti-parti lain dalam Pakatan Rakyat.betapa pentingnya Pakatan Rakyat mesti berada di Putrajaya ?

Atau pun Anwar hendak menunjukkan kepada rakyat Malaysia  bahawa dia akan tetap menang baik dimana sahja beliau bertanding sebagai Ahli Parlimen?Disebabkan beliau adalah merupakan tokohj politik terunggul dan sebagainya.

Jika kita mengikut komen -komen yang telah dibuat oleh Ketua Menteri Sarawak beberapa kali di media arus perdana Malaysia bahawa beliau ada menegur dan memberi nasihat kepada Datuk seri Anwar Ibrahim dengan kataa-kata nasihatnya yang berbunyi,:

"Tidak perlulah Tan Sri Anwar Ibrahim bersusah payah hendak melakukan perubahan di Sarawak. Jaga saja kawasan Permatang Pauh yang diwakilinya itu baik-baik terlebih dahulu,sebelum mahu bersusah payah berulang alik ke Sarawak kerana hendak jaga lain-lain negeri seperti Sarawak dan sebagainya,"katanya.

Dengan sanggupnya Taib Mahmud berkata demikian? datang menemui beliau. Kemungkinan besar banyak orang-orang dari Permatang Pauh itu sendiri yang telah menyampaikan komplin padanya berhubung dengan prestasi, kecuaian Anwar memberi perhatian dan berkidmat kepada pengundi-pengundinya di Permatang Pauh itu sendiri?

Yang jadi isu sekarang ialah adakah Anwar berhijarah itu disebabakan takut rakaya Permatang Pauh menolaknya atau mahu menunjukan pada rakyat Malaysia bahawa beliau dapat di terima di mana-mana  sahaja di bertanding? (Posted by abnmulya at 3.33 am on March 21,2013.


No comments: