Haji Abu Bakar Ninggal
Khamis, March 21,2013 at 8.45pm.
Di dalam sesebuah negara yang mengamalkan etika hidiup cara demokrasi termasuk juga di Malaysia.Setiap para pemimpin parti politik yang telah berdaftar di Malaysia,baik mereka yang terdiri dari parti Umno-BN mahupun dari pihak pembangkang iaitu dari PAS/PKR/DAP.
Kesemuanya memang punya hak yang mutlak dan tidak dilarang sama sekali membuat ramalan menjelang pilihanraya. Berapa banyakkah kerusi-kerusi Parlimen di akan dimenanginya sekaligus berapa banyakkah negeri-negeri yang akan jatuh pada tangan parti mereka bila mana telah selesai Pilihanraya Umum ke:13 itu.
![]() |
Dr.Hatta Ketua Pengarah Pilihanraya PAS Pusat. |
Itulah adalah hak kebebasan mereka yang mutlak dan tidak ditegah oleh undang-undang Malaysia.Mereka bebas bila-bila masa dan ketika mahu membuat ramalan-ramalan tersebut.
Ramalan-ramalan itu sama ada ramalan-ramalan yang besifat realiti atau pun ramalan-ramalan yang merupakan angan-angan Mat Jenin belaka?
Itu memang sudah jadi asam garam di dalam parti-parti politik tanah air kita Malaysia yang tercinta ini bilamana akan tiba pilihanraya yang baru.
Jika ramalan mereka itu dilihat berdasarkan dari sifat-sifat yang berjejak di atas bumi nyata iaitu mengikut perkiraan fakta yang teliliti?
Maka banyak pihak terutamanya dari para penyokong parti mereka sudah tentu merasa riang gembira dan kagum dengan ramalan itu. Ia di sebabkan peramal dari parti mereka itu kononnya punya kebolehan luar biasa untuk meramal mengikut perkiraannya.
Kebolehannya itu pula betul-betul semacam ahlil nujum Pak Belalang seperti yang telah dikisahkan oleh seniman agong P.Ramle melalui filem tersohornya yang bertajuk Nujum Pak Belalang.Segala jawapan yang diberi oleh nujum Pak Belalang itu? Sebenarnya bukan dari ilmu tenugannya?
Ia boleh dikartakan secara kebetulan sahaja disebabkan ketika itu nasibnya baik sekaligus telah mendapat pertolongan dari Allah SWT.
Jika ramalan seseorang itu dilihat semcam tidak mempunyai asas kebenaran dan lojiknya? Maka sudah tenntu peramal itu pasti akan jadi mangsa bahan gelak ketawa yang amat melucukan dari pihak musuhnya.
Bukan setakat itu sahaja,bahkan dia juga boleh digelar sedang berangan-angan sama seperti Mat Jenin sedang berangan-angan,syok sendirian sahaja mengikut khayalannya.
Pada tanggal 21/03/2013 iaitu pada hari ini (hari Khamis) sebaik sahaja selesai solat zohor,penulis membuka internet dirumah.Setelah selesai membaca beberapa tulisan diblog yang menjadi kesukaan penulis. Lantas penulis klik ke blog Harakah Daily online.
Di Harakah Daily online itu,penulis lihat ada memaparkan kisah yang paling (di atas) sekali. Penulis lihat ada kenyataan politik dari Ketua Pengarah Pilihanraya Pusat PAS,oleh Dr.Hatta Ramli,yang bertajuk 9 negeri akan jatuh ke tangan Pakatan Rakyat pada PRU;ke 13 ini nanti.
Penulis rasa ramalan Dr.Hatta ini kurang tepat? Justeru penulis rasa terpanggil untuk mengulasnya.
Sebelum penulis mengulas ramalannya itu,eloklah penulis ceritakan sedikit bubungan penulis dengan Dr.Hatta.Sebenarnya antara penulis dengan Dr.Hatta,adalah kawan lama yang sama-sama berjuang ketika penulis selaku pengasas dan sekaligus sebagai Timbalan Ketua keADILan Bahagian Gombak, pada tahun 1999 dulu.
KAMI sering bermesyuarat antara keADILan dengan PAS ketika menghadapi pilihanraya umum pada tahun 1999 iaitu di era roformasi berada di kemuncaknya.Kadang-kadang kami bermesyuarat di Pejabat Bahagian PAS di Taman Sri Gombak dan kadang-kadang di pejabat keADILan di Taman Melawati.
Dalam pilihanraya tersebut Dr.Hatta Ramli kecundang untuk merebut kerusi Parliman Gombak.Tapi Ustz Ismail Kamus menang di kawasan DUN Gombak Setia. Dan Azmin Ali menang di kawasa DUN Hulu Kelang.
Pada pilihanraya tahun 2004 keADIlan dan PAS kalah teruk hinggakan PAS hilang kuasa politik di Terengganu yang telah dimenanginya pada PRU tahun 1999. Parti keADILan hanya menang satu kerusi di Parliman Permatang Pauh yang ditandingi oleh Presiden keADILan Datin Dr.Wan Azizah Ismail.
Kini antara penulis dan Dr.Hatta Ramli telah berada di jalan yang berlainan.Dia memilih jalannya sendiri dan penulis pun telah memilih jalan sendiri. Dengan kata lain bahawa Penulis telah lama meninggalkan keADILan.Kini sedang berjuanga melalui badan-badan Ngo.
Pun begitu? Selaku badan Ngo yang pro-kerajaan. Penulis masih terus mengikuti perkembangan parti-parti politik di Malaysia ini terutama dengan tulisan di media tanah air yang bersangkut paut dengan PRU ke:13 yang akan tiba pada bila-bila masa sahaja.
Kenyataan politik yang dibuat oleh Dr.Hatta dari PAS di bawah ini semacam punya daya tarik yang amat kuat hingga penulis terpanggil untuk mengulasnya bersabit dengan tajuk itu.
Pada hemat penulis kenyatan Dr.Hatta yang menjangkakan 9 buah negeri akan jatuh di tangan Pakaatn Rakyat pada pRU ke:13 ini tidak tepat?
Ia sungguh tidak lojik dan sarat dengan anggan-angan kosong belaka. Tidak berpijak di bumi nyata. Ia dibuat tidak mengikut gakta yang nyata. Sebenarnya untuk mengaalahkan Umno-BN di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak? Tidak semudah semacam mana yang sedang difikir-fikirkan oleh pemabngkang.
Pada hakikatnya? Tidaklah begitu senanag pembangkan hendak menawan hingga 9 negeri pada PRU ke:13.
Kenyataan Dr.Hatta itu semata-mata bersifat untuk melakukan perang saikologi aje. Itu memang taktik pihak pembangkang ajaran dari Yahudi.
9 negeri akan jatuh kepada Pakatan Rakyat pada PRU:13.
Menurut Ketua Pengarah Pilihanraya PAS Pusat itu, Dr.Hatta Ramli 9 negeri akan jatuh kepada Pakatan Rakyat pada Pilihanraya Umum ke :13 (PRU:13) akan datang.Tapi beliau tidak menyatakan nama negeri-negeri yang akan jatuh keribaan Pakatan Rakyat?
Beliau berkata, keadaan inilah antara faktor yang menghalang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membubarkan parlimen yang kini sedang ditunggu-tunggu oleh rakyat.
Malah Hatta percaya rakyat negara ini memang tidak sabar hendak mengundi kerana mereka akan membuat perubahan yang besar dalam PRU itu nanti.
Membaca ramalan yang telah dibuat oleh Dr.Hatta itu? Penulis ketawa besar hingga terbahak-bahak,di sebabkan ramalan Ketua Pengarah Pilihanraya PAS Pusat itu,dilihat benar-benar semacam sedang berkhayalan semacam Mat Jenin sedang berangan-angan ketika dia sedang memanjat pokok kelapa.
Akhirnya, dia jatuh dari pokok kelapa itu, akibat dari angan-angannyaa yang begitu sarat dengan khayalan, semata-mata mahu menghiburkan hatinya dan sekaligus untuk menghiburkan hati ahli-ahli dan penyokong PAS dan Pakatan Rakyat agar jangan cepat berputus asa dalam perjuangn.
Seperti mana dimaklumkan melalui media tempatan. Di akhir-akhir ini parti PR telah diserang oleh Umno-BN dengan berbagai-bagai isu-isu yang anih yang telah ditimbulkan oleh PR itu sendiri.Dan serangan-seangan itu dilihat telah memberi kesan teruk dan membahayakan nama parti PAS dan nama parti-parti lain yang menjadi sekutu Pakatan Rakyat itu sendiri.
Contohnya seperti isu kalimah Allah walaupun Nik Aziz dah buat (U turn) tetapi parutnya masih terlekat di hati umat Islam dan banyak yang telah meninggalkan PAS disebabakan hilang kepercayaan dengan dasar-dasar PAS dilihat telah melencong dari prinsip dan dasar-dasarnya ketika PAS mula-mula ditubuhkan dulu.
Untuk mengalihkan pandanag rakyat pada Umno-BN. Berbagai-bagai program transformasi untuk rakyat telah dilakukan oleh kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak dengan begitu berani yang membuatkan pihak pembangkang jadi panik? Jadi tidak tentu arah tujuannya disebabkan takut kalah dalam perjuangan.
Sesungguhnya tendang terajang politik Datuk Seri Najib berusaha untuk melemahkan pembangkang boleh dikatakan sungguh ligat dan menarik sekali.Parti pembangkang dilihat semacam tidak berdaya untuk melakukan serangan balas terhadap tindakan-tindakan Daruk Najib yang mana telah banyak memeberi manfaat pada rakyat?
Untuk melepaskan geramnya? Maka tersasul dan keluarlah dari mulut tokoh-tokoh pembangkang dari Presidennya dan juga dari Mursyiddul am-nya, perkataan-perkataan yang bernada lepas geramnya semata-mata.
Dengan tidak disedarinya bahawa perkatan-perkataan itu boleh mengguris hati nurani rakyat? Rakyat pada umumnya terutama penyokong PAS sendiri semacam tidak dapat memaafkan perkataan-perkataan yang tersasul yang disebut oleh Haji Hadi Awang dan Mursyiddul Am Nik Aziz Nik Mat itu.
Akhirnya ia jadi senjata menikam diri pembangkang itu sendiri. Rakyat dilihat begitu terguruis hatinya akibat perkataan yang menganggap penerima BRIM 2-0 semacam haiwan dan sebagainya.Ini boleh mengurangkan pengaruh parti PAS dan PR dari rakyat. Kini?
KINI dilihat jelas sekalai bahawa pengundi atas pagar dan penyhokong-penyokong PAS sangat terguris hati nurani akibat kata-kata yang menyamakan mereka sebagai haiwan disebabkan menerima pemberian BRIM 2.0 dan subsidi-subsisi yang lain yang merupakakan bantuan-bantuan kasih sayang dari kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak.
Akibatnya? Dari tinjauan dan kajian yang dibuat oleh penulis di merata-rata tempat terutamanya di dalam Parlimen Gombak itu sendiri?
Kebanyakan penyokong-penyokong PAS dilihat telah berpaling tadah lantas tidak mahu lagi menyokong parti-parti yang berada di dalam Pakatan Rakyat yang menurut mereka punya mulut yang begitu celupar.Ketika bercakap mengikut sedap mulut sahaja dan tidak tahu hendak menjaga perasaan dan hati nurani orang lain.
JANJI POLITIK DALAM MANIFESTO PR
Ketika berbbicara mengenai manifesto PR pula? Boleh dikatakan Pakatan Rakyat terutamanya di Selangor Darul Ehsan ini,ternyata begitu banyak janji-janji yang tersirat di dalam manifesto tahun 2008 dulu itu? Yang tidak ditepati oleh kerajaan PR di Selangor dan akhirnya dibawa oleh rakyat ke Mahkamah?
Pendek kata terlalu banyak kelemahan-kelemahan dan kebohongan yang telah dilakukan oleh Pakatan Rakyat setelah rakyat memberi mandat pada (PR) pada PRU 2008 dulu itu.? Tetapi tidak ada hasilnya yang telah di balas oleh PR agar hati rakyat rasa gembira dan mendapat faedah dari sokongan yang rakyat telah korbankan untuk mereka selama ini.
Yang gembira?Hanya ahli-ahli parlimen dan ahli ADUN dari PR yang berubah nasib.Rakyat tetap ditakuk lama juga.Jadi rakyat telah bertekad akan menolak PR pada PRU ke :13 ini. Hari mengundi nanti rakyat adalah raja di hari tersebut. Di hari itulah masa dan ketikanya rakyat akan menolak parti-parti yang mereka tidak sukai.
Jadi di mana ada logiknya bahawa pengaruh politik (PR) akan bertabah kuat? Dari 4 negeri yang berada di tangan PR pada masa sekarang ini? Tiba-tiba akan bertambah 5 negeri lagi pada PRU ke:13 ini. Atas alasan apa Dr.Hatta begitu berani membuat ramalan begitu rupa?
![]() |
Terpakasa guna kereta kebal yang berantai di Lahad Datu |
Dr.Hatta harus sedar suasana politik pada hari ini iaitu,di hari-hari menjelang tibanya pilihanraya umum ke 13 ini, tidak boleh disamakan dengan suasana politik pada tahun 1999 dan 2008?
Ketika itu angin reformasi sedang bertiup begitu kencang. Segala janji-janji kosong dan segala fitnah-fitnah yang telah dilontarkan kepada Umno-BN dipercyai oleh rakyat.
Segala janji-janji, dan segala omong-omong kosong yang telah dilolong-lolongkan oleh para pemimpin Pakatan Rakyat dilihat senang dipercayai oleh rakyat,semata-mata berdasarkan pada cakap-cakap yang telah diutarakan oleh pemimpin-pemimpin PR pada rakyat, mudah dipercayai tanpa diteliti sama ada bohong atau benar?
Suasana semacam itu kini telah berlalu dengan cepat.Rakyat telah dapat membuat peniliainya. Sebabnya? Setelah rakyat beri mandat pada pilihanraya umum 2008 pada PR? Ternyata tokoh-tokoh dari Pakatan Rakyat itu rupa-rupanya hanya jadi jagoh (champion) ketika memebri ucapan politik pada rakyat di atas pentas politik?
Bila tiba masanya?Segala cakap-cakap itu perlu diterjemahkan kepada kerja-kerja untuk melakukan transformasi untuk rakyat? Maka terburailah rahsia yang sebenarnya?
Barulah rakyat kenal dan pasti bahawa orang-orang yang pandai bercakap berdegar-degar itu? Rupa- rupanya tidak ada ilmu untuk menterjemahkan segala kata-kata itu ke alam nyata.Rupa-rupanya tidak dapat melakukan kerja-kerja yang boleh memberi manfaat kepada rakyat yang telah mengundi mereka.
Ternyata tokoh-tokoh PR gagal dan terus gagal hingga habis 5 tahun berkuasa di Selanghor khasnya.Begitu juga jadinya di 3 negeri yang lain yang sedang mereka kuasai. Iaitu,dari tahun 2008 hingga 2013?
Sedangkan Umno-BN pula? Dilihat lebih banyak melakukan reformasi dan transformasi pada rakyat berbanding dengan Pakatan Rakyat.
Jadi,jika Pakatan Rakyat salah buat kira-kira? Tidak mustahil PR akan kecundang dengan teruk pada PRU ke:13 ini. Jumlah 9 negeri yang dijangka oleh Dr.Hatta Ramli kononnya akan jatuh kepangkuan Pakatan Rakyat?
Ditakuti ia akan terbalik kedudukannya?.Menikam diri Dr.Hatta dan parti PR pada keseluruhannya? Tidak mustahil...akan bertukar menjadi kosong melopong pula... jika di zinkan oleh Allah SWT?
Rakyat kini boleh dikatakan sudah begitu bijak menilai dan lebih pandai,lebih bijak lagi dari cara PR membuat penilaian. Justeru itu Dr.Hatta dan regimnya harus jangan salah membuat perkiraan,dengan menggunakan nama rakyat sepanjang masa demi kepentigan PR itu sendiri.
![]() |
Berpisah dengan anak isteri demi mempertahakan negara |
Mereka mahukan ringgit dan sen untuk membolehkan rakyat membeli barang-barang keperluan harian mereka dengan mudah di dapati dengan harga yang murah pula.
Sebenarnya rakyat tidak begitu kisah bilakah parlimen akan dibubarkan? Rakyat tidak begitu kisah bilakah pilihanraya akan di adakan?
Ynag rakyat kisahkan ialah,dengan berbagai-bagai transformasi untuk mereka seperti mana yang sedang dan telah dibuat oleh Umno-BN pada masa sekarang ini.Umno-BN kini kurang bercakap tetapi sedang sibuk dan sarat untuk melakaukan transformasi untuk rakyat.
Umno-BN dilihat sedang sibuk dan gigih melakukan transformasi memberi rakyat yang berpendapatan rendah dengan berbagai-bagai subsidi dari kerajaan pimpinan Datk Seri Najib Tun Razak untuk rakyat marhain.
Umno-BN sedar bahawa perut rakyat tidak boleh kenyang dengan ucapan politik yang berapi-api dan berdegar-degar terbang di udara. Membuag masa sahaja untuk rakyat mendengarnya.
Masa berpidato dan melemparkan fitnah yang karut marut sudah berlalu.Mengata dulang paku serpih.Mengata orang tapi tidak sedar dialah yang lebih-lebih suka cakap benda-benda yang mengarut.
Berhubung dengan pihak pembangkang dilihat begitu sibuk hendak tahu bilakah parlimen akan dibubarkan dan bilakah pilihanraya umum akan di adakan?
Rakyat dah lama tahu dah....orang-orang yang begitu ambil kisah tentang bilakah parlimen dibubarfkan? Ialah orang-orang politik seperti di dalam parti PR itu sendiri. Yang boleh dikatakan yang mereka itu tidak dapat melayan pertanyaan hati mereka sendiri.
Hati nurani yang tidak sabar-sabar akibat sedang asyik berangan-angan bilakah PR akan ke Putrajaya? Untuk itu? Penulis hendak ingatkan orang-orang di dalam PR ...jangan kira terlalu mudah hendak ke Putrajaya.Jananya bukan begitu senang.
![]() |
Angkatan bersenjata meredah semak amaun di Lahad Datu untuk memerangi saki baki pengganas Sulu dipercayai masih bersembunyi di dalam semak samun itu. Aapah ini sandiwara beb....? |
Kerana pertempuran yang berlaku di Lahad Datu itu bukanlah SANDIWARA? Ia adalah pertempuran yang benar-benar.Mengakibatkan 10 orang angkatan bersenjata Malaysia telah jadi korban.Isteri mereka dah jadi janda.
Anak-anak mereka dah jadi yatim.Ayah dan ibu mereka telah kehilangan anak-anak kesayangan mereka tidak boleh dibeli dengan wang ringgit.
Kalau ditanya pada rakyat tentang pilihanraya umum ke:13? Untuk pengetahuan Dr.Hatta dan regim-regimnya di dalam PR jika hendak tahukah apa yang rakyat akan jawab? Maka kebanyakan dari mereka akan menjawab,"Adakah aku kisah??"
Berhubung dengan kenapa Datuk Seri Najib hingga kini masih belum membubarkan parlimen itu? Kepada Dr.Hatta dan regim-regimnya dalam PR. Suka penulis tanyakan kenapa tokoh-tokoh politikus dalam PR itu kalut sangat tentang itu?
Walau pun lewat ? Tapi dari segi perlembagaan Malaysia, Datuk Seri Najib masih tidak melanggar isi kandungan Perlembagaan yang telah diperuntkkan dalam perlembagaan Malaysia? Masih ada grace period yanag diperuntukan pada beliau.
Jadi,PR sabar aje lah.Lagi lewat parlimen di bubarkan? Maka allowance bulanan bagi ahli-ahli parlimen masih berjalan dan setiap (MP) akan tetap dapat wang alauannya itu. Jadi kenapa jadi kalut-kalut sangat ini?Tidak akan lari gunung dikejar.....beb!
Yang penting itu ialah wang? Tanpa wang siapa pun tidak mahu jadi MP? No money no honey. (Posted by abnmulya at 2045 hrs on March 21,2013).
No comments:
Post a Comment