
April,23,2013 at 11.20 pm.
Pada pagi 18 hb.April 2013 parti Umno-BN Selangor telah menyerahkan watikah-watikah kepada tokoh-tokoh politik Umno Bahagian Gombak yang telah dipilih secara muktamd oleh pucuk pimpinan pusat Umno- BN untuk diberi peluang bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU ke:13) pada 05 hb.Mei 2013 yang akan tiba hanya beberapa hari sahaja lagi.
Watikah-watikah itu telah di sampaikan serentak bagi calon-calon Parlimen dan juga pada calon-calon Dewan Undangan Selangor (DUN),oleh Predana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak,di Ibu Pejabat Umno,di Tingkat 9 ,di Shah Alam,Selangor dengan lancar dan dalam suasana riang gembira.
Datuk Dr.Rahman menunjukkan watikah yang baru diterimanya dari PM |
Sementara di DUN Gombak Setia, Datuk Said Anwar bin Ahmad.Di DUN Hulu Kelang, Hj.Abdul Rahaim bin Pandak Kamarudin.Sementara di DUN di Batu Caves pula telah di beri kepada parti MIC pada Encik Rawisandaranan A/L Narayanan.
Pada malam 19/04/2013 Umno-BN Bahgian Gombak telah mengadakan majlis mengenalkan calon-calon yang telah dipilih itu di depan Ibu Pejabat Umno Bahagian Gombak,di Batu Caves,Selangor.
Pada majlis mengenalkan calon-calon itu,ditaksirkan seramai lebih kurang enam ratus para penyokong Umno-BN telah hadir di majlis tersebut untuk melihat siapakah gerangannya wajah calon-calon mereka yang diharapkan oleh pucuk pimpinan Umno-BN pusat dan rakyat di Daerah Gombak itu sendiri khasnya,akan dapat menebus semula keaiban yang telah dipalitkan oleh parti pembangkang ka atas Umno-BN, di Bahagian Gombak itu sendiri,dengan cara mengalahkan Umno-BN Gombak dengan kiraan 4-0 pada PRU-12 dulu.
Pucuk pimpinan pusat Umno-BN dilihat mengharapkan setinggi gunung agar tokoh-tokoh politik Gombak yang dipertarukannya itu,seboleh-bolehnya akan berjaya dapat merampas semula,satu kerusi Parlimen dan tiga kerusi DUN yang telah hilang lenyap,dari tangan parti Umno-BN, pada Pilihan Raya Umum (PRU-12) yang telah mempamirkan keputusan yang sangat mengejutkan orang-orang Umno-BN pada PRU ke:12, pada 08 hb.March 2008 dulu.
CALON-CALON PRU-13 DI PARLIMEN GOMBAK.
Calon Ahli Parlimen Gombak Datuk Dr.Rahman Ismail seorang doktor pakar dan ahli koprat yang telah berjaya dalam dunia perniagaannya,dah lama dah,di bidang memproduk dan membekalkan ubat- ubat penyakit kanser di seluruh dunia.
Uabt kanser ini, adalah jensi ubat yang mahal harganya.Ada di antaranya menurut Datuk Dr.Rahman Ismail,ada ubat itu (tablet) yang bersize kecil sahaja,tapi harganya RM10,000-00 sebiji.
Sebenarnya Datuk DR.Rahman Ismail, hendak mengadakan majlis SOLAT HAJAT dalam menghadapai pertempuran pada PRU-13 ini, pada malam,tanggal 19/04/2013 iaitu pada malam Juma'at yang penuh dengan barkah itu.
Tetapi disebabkan pada malam itu,Ibu Pejabat Umno Gombak,mahu mengadakan majlis untuk mengenalkan calon-calon Parlimen Gombak PRU-13 di malam itu juga?
Justeru itu,maka terpaksalah majlis acara membaca Yasin,tahlil dan SOLAT HAJA itu, ditunda dan di adakan pada malam 20/04/2013 di rumah mewahnya di Rawang Country Home.
Lebih dua ratus lebih tetamu lelaki dan perempuan telah hadir di majlis solat hajat itu.Membaca Yasin dan doa tahli dan solat hajat.
Acara baca Yasin dan tahlil dan solat hajat telah dilakukan sebaik sahaja telah selesai solat waktu Isya'. Sebaik sahaja selesai acara membaca yasin,doa tahlil dan solat hajat itu,maka semua para tetamu telah dijamu dengan jamuan makan malam secara berselerak,di taman yang lapang,di depan rumah mewah itu.
CERAMAH KELOMPOK UMNO KINI DAPAT SAMABUTAN
Disebakan begitu tinggi semangat Umno-BN mahu menumbangkan parti pembangkang pada PRU-13 ini? Maka sebaik sahaja telah memangil beberapa pemimpin PDM datang bermesyuarat di PDM Umno di Taman Selayang,di mana Datuk Dr.Rahaman jadi ketua PDM di situ.
Sebahgian daripada para penyokong Datruk DRr.Rahman Ismail kelihatan sedang duduk beramai-ramai di anjung rumah mewah itu menjamah juadah makan malam sesudah acara solat hajat selesai. |
Datuk Dr.Rahman tiba di tempat tersebut kira-kira 10.30 malam dan di dapati Datuk Said Anwar Ahmad,calon DUN Gombak Setia, sedang memeberi ceramahnya.
Walaupun majlis itu berupa majlis ceramah kelompok sahaja? Tetapi ramai para penyokong Umno yang hadir pada malam itu untuk mendengarr calon-calon mereka memberi penerangan politik, di Daerah Gombak yang telah kalah teruk 4-0 pada PRU-12 di tangan parti pembangkang.
Kedatangan yang ditunjukkan oleh para penyokong Umno di cawangan Simpag 3 Gombak itu,sangat memerangsangkan hati nurani Datuk Dr.Rahman Imail,yang jadi calon Parlimen Gombak,ianya menunjukkan angin transfaormasi tajaan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak itu telah menjelmakan jadi Gelombang Biru yang telah menghempas pantai disetiap ceramah-ceramah diadakan oleh Umno-BN walau pun hanya ceramah kelompok.
Dalam ucapan sulongnya pada penyokong Umno di Simpang tiga itu,beliau telah menyentuh tentang kedududkan Gombak itu sendiri.Menurutnya dalam Parlimen Gombak orang-orang Melayu masih boleh berbangga kerana dari jumlah besar seluruh pengundi yang berjumlah 125,000 orang,pada PRU-13 ini?
"Adakah anda masih mahu jumlah penduduk Melayu yang berjumlah 74 % itu tetap kekal seterusnya?" tanya beliau.
Secara serentak dan secara sepontan para hadirin telah memberi jawapan," Sudah tentu kami mahu ia tetap kekal,malah mahu bertambah lagi dari masa ke masa," mereka menjawab soalan Datuk Dr.Rahman Ismail, calon Parlimen Gombak mereka bagi PRU-13 itu.
Sebahagian wanita-wanit yang telah hadir di majlis cewramah kelompok itu di cawangan Umno di Simpang 3,lembah dalam. |
"Jika anda mahu kekal atau bertambah lagi? Anda mesti pilih calon dari Umno-BN dan kamu mesti tolak parti pembangkang dari arena politik Gombak. Setujukah kamu dan bersediakah kamu berbuat demikian?" tanya lagi Datuk Dr.Rahman Ismail dengan suara yang meninggi.
Sekali lagi para hadirin itu secara sepontan telah menjawab,"Kami mahu dan kami bersetuju menolak parti pembangkang. Mereka tidak peduli pada kami ketika mereka berkuasa dan tidak berbuat apa-apa dalam masa parti pembangkang memerintah Selangor selama 5 tahun,janji-janji mereka tidak ditepatinya," jawab mereka.
Justeru sebaik saja mendengar sikap tegas yang telah dilafaskan oleh sebahagian para penduduk yang jadi anggota Umno di simpang 3 itu? Maka Datuk Dr.Rahman telah memberi pengakuan.
"Jika sekiranya anda dan para penduduk di sekitar simpang ini, mahu bersatu padu,mengundi saya sebagai Ahli Parlimen dan Datuk Said Anwar sebagai ADUN Gombak Setia yang mewakili Umno-BN pada PRU -13 ini dan jika kami berdua menang?
Penegasan yang telah dibuat oleh Datuk Dr,Rahman Ismail,calon Umno Prlimen Gombak itu teah mendapat tepukan yang hebat dari para hadirin semua.Majlis di akhiri dengan juadah makan nasi lemak dan minum teh Ooo panas yang disediakan oleh pak Haji Latif Salim,ketua PDM di situ.
Insya Allah!!! Akan penulis sambung tulisan berkenaan dengan ceramah-ceramah politik Datuk Dr.Rahman Ismail,calon Parlimen Umno,di Parlimen Gombak, di setiap ceramah yang beliau lakukan semasa kempen-kemp[en politik,Pilihan Raya Umum ke-13 ini,jika penulis ada ikut serta di majlis-majlis itu.( Posted by abnmulya at 2320 hrs on April 2,2013).
No comments:
Post a Comment