Saturday, April 6, 2013

Ketika Pilihanraya Umum ke:13 berada di ambang pintu pengundian : Mendekati rakyat akar umbi lebih diutamakan

Tan Seri Zaleha Ismail penasihat Gabungan Ngo-Ngo Gombak,di barisan depan (berbaju merah). Datuk Dr.Rahman Ismail, Presiden Gabungan Ngo-Ngo Gombak (di belakang)sedang ketawa dan di sebelahnya (bermisai lebat) Datuk S.Krisnan Moorty, Ketua Cawangan MIC Taman Laksamana Jaya, diminta oleh AJK wanita MIC Taman Laksamana Jaya,bergambar beramai-ramai untuk di jadikan kenangan indah,di Majlis Perasmian Projek Penempatan Setinggan MIC di Kg.Laksamana Jaya,pada malam tanggal 6 hb.April 2013.


Ahad,April 07,2013 at  4.02am.

Kawasan perumahan di Taman Laksamana ini terletak dalam kawasan DUN Batu Caves dan sekaligus ia termasuk di dalam kawasan Parlimen Gombak. Penduduk-penduduk di kawasan tersebut majoritinya adalah kaum India.

Gabungan Ngo-Ngo Gombak,di bawah pimpinan Datuk Dr.Rahman Ismail dan MIC Cawangan Taman Laksamana Jaya,di bawah pimpinan Datuk S.Krisnan Moorty yang sangat aktif dalam arena politik dan juga di dalam badan-badan Ngo-Ngo di Daerah Gombak.

Dalam Gabungan Ngo-Ngo Gombak itu sendiri? Datuk S.Krisnan Moorty ialah sebagai Timbalan Presiden II yang mewakili kaum-kaum India.

Sebahagian daripada wanita-wanita yang menjadi penduduk-penduduk di Taman Laksamana Jaya yang telah hadir di Majlis Perasmian pada malam tersebut.Majlis dirasmikan oleh Tan Seri Zaleha Ismail.
Majlis perasmian projek penempatan setinggan MIC di Taman Laksamana ini,dianjurkan oleh parti MIC Cawangan Taman Laksamana dengan kerja sama oleh Gabungan Ngo-Ngo Gombak, pimpinan Datuk Dr.Rahman Ismail, mantan Ahli Parlimen Umno Gombak,bagi penggal 2004-2008.
Tan Seri Zaleha dikalongkan bunga malai.

Adakah Datuk Dr.Rahman Ismail akan diangkat bertanding sebagai Ahli Parlimen Umno di Parlimen Gombak pada PRU ke:13 ini?

Setakat tulisan ini di buat penulis tidak ada sebarang maklumat tentang itu?

Marilah sama-sama kita tunggu apakah kesudahannya.Biasanya benih yang baik itu jika jatuh ke dalam laut ia akan menjadi pulau.

Andainya Datuk Dr.Rahman Ismail akan diangkat jadi calon Umno-BN di Partlimen Gombak pada PRU ke:13 ini?

Azmin Ali selaku penyandang dari parti Pakatan Keadilan Rakyat yang menewasakan calon Umno-BN Datuk Said Anwar pada PRU ke:12 pada 8 hb.Mac 2008 dulu itu?

PRU:13 yang akan berlangsung dalam jangka masa hanya bebeapa minggu sahaja itu?

Penulis difahamkan bahawa Azmin Ali sudah pasti akan mempertahankan kerusinya di Parlimen Gombak yang telah dimenanginya  pada PRU ke:12 dulu.

Bila mengetahui bahawa Datuk Dr.Rahman Ismail akan mencabarnya? Azmin Ali pasti akan rasa gelabah. Tokoh yang akan mencabarnya itu bukanlah tokoh politik sebarangan.Tokoh politik yang bertaraf  heavy-weight. Pertarungannya pasti sengit.

Azmin Ali dan regimnya di Gombak,tidak sewenang-wenangnya boleh berkata," Ah! lawan kita kacang aje....," seperti apa yang pernah mereka katakan ketika beliau melawan Said Anwar,di Parlimen Gombak, pada PRU ke:12 pada 8 hb.March 2008 dulu itu.

Kali ini? Barulah Azmin akan bertemu buku dengan ruasnya di arena politik di kawasan Parlimen Gombak yang punya 3 kawasan Dewan Undangan Negeri Selangor. dan satu kerusi Parlimen Gombak. Pada pertanding Datuk Dr.Rahman Ismail,pada PRU:11 iaitu pada tahun 2004 dulu itu?

Datuk Dr. Rahman Ismail berjaya menewaskan lawannya dari PAS Dr. Hatta Ramli dengan majoriti undi hampir 13 ribu banyaknya.Satu-satunya majoriti yang sangat besar jumlahnya.
Datuk Dr.Rahman Ismail dikalongkan dengan selendang dan bunga malai sebagai tanda mnemberi penghormatan tinggi mengikut adat istiadat orang-orang India.

Datuk Dr.Rahman merupakan mantan Ahli Parlimen Gombak pada penggal 2004 hingga 2008.Beliau adalah seorang dokter parkar. Dari segi kelulusan akedamik bolehlah dikatakan bahaw Datuk Dr.Rahman Ismail, punya kelulusan lebih atas dari kelulusan yang Azmin miliki.

Dari segi ekonomi pula? Datuk Dr.Rahman Ismail merupakan salah seorang di antara begitu ramai ahli-ahli koprat di Malaysia yang telah berjaya dan bertaraf jutawan. Beliau baru berusia 50an sahaja.Tidak begitu muda dan tidak pula begitu tua usianya.

Masih muda, masih perkasa,masih punya tenaga yang segar bugar untuk turun ke padang pada bila-bila masa sahaja untuk menemui rakyat dan sekaligus berkhidmat kepada rakyat di akar umbi yang memang sedang menanti-nanti kepulangan beliau menceburkan dirinya semula,di arena politik tanah air yang semakin mencabar sifatnya dari masa ke masa.

ACARA PERASMIAN PROJEK PENEMPATAN SETINGGAN

Sebagaimana telah ditetapkan oleh AJK di kedua-dua belah pihak, maka pada malam Sabtu, tanggal  6 hb.April 2013 berlangsunglah majlis perasmiannya mengikut seperti mana yang telah dijadualkan oleh mereka.

Para tetamu VIP yang hadir pada malam tersebut ialah Tan Seri Zaleha Ismail,mantan Ahli Parlimen Umno Gombak beberapa penggal. Tan Seri Zaleha Ismail ini,sebelum bersara beliau telah memegang jawatan Menteri Kebajikan Masyarakat Malaysia.

Walau pun Tan Seri Zaleha kini telah berusia 77 tahun.Namun beliau dilihat masih sihat walafiat,aktif dan cergas berjuang memberi khidmat baktinya pada masyarakat akar umbi,di dalam badan-badan Ngo-Ngo pula.

Kini Tan Seri Zaleha Ismail diangkat selaku penasihat kepada Gabungan Ngo-Ngo Gombak.Banyak buah fikiran dan pengalamannya selaku pemimpin politik dan masyarakat telah diterjemhkan oleh Gabungan Ngo-Ngo Gombak dalam melakukan aktiviti-aktivitinya dalam masa tiga tahun kebelakangan ini.
.
Turut hadir pada majlis itu ialah  pamaju perumahan di Taman tersebut  Encik Lee Eng Hock. Dan beberapa orang AJK dari parti MIC pusat dan pulohan orang ahli-ahli Gabungan Ngo-Ngo Gombak,lelaki dan perempuan telah turut hadir dalam konteks turut sama meraikan majlis perasmian yang gilang gemilang itu.

En.Lee telah dikalongkan bunga malai
Datuk Dr.Rahman Ismail ketika berucapa di dalam majlis tersebut beliau telah menyatakan kegembiraan hatinya berada bersama-sama dengan kaum-kaum India yang menjadi penghuni tetap di Taman Laksamana Jaya.

Beliau berkata,sebenarnya  pada malam ini, saya mahu menghadiri Majlis Pelancaran Manifesto Barisan Nasional,di Stadium Putra Bukit Jalil, oleh Perdana Menteri,Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Tetapi disebabkan pilihanraya umum ke:13 berada di ambang pintu pemilihan,maka pada anda lebih kami utamakan? Tanpa anda siapalah kami...?

" Maka saya  dan Tan Seri Datin Zaleha, memilih untuk hadir di majlis ini adalah agenda yang lebih utama, agar kami dapat bersama-sama bergembira meraikan majlis perasmian projek penempatan setinggan MIC di Taman Laksamana ini," katanya.

"Saya mengucapakan setinggi tahniah kepada Encik S.Krisnan Moorty yang telah bekerja kuat mengubah tempat kediamana anda semua dari setinggan kepada rumah kediaman yang lebih selesa dan lebih baik lagi tarafnya.

"Andainya pada PRU ke:13 ini Umno-BN dapat merampas semula Selangor dari parti pembankang? Saya berjanji akan  berusaha lebih kuat lagi untuk membantu penduduk-penduduk India di Taman Laksamana Jaya ini,agar dapat hidup dalam keadaan lebih selesa lagi;"sambungnya lagi.

Para tetamu sedang beratur untuk  meneriam juadah-juadah yang lazat-lazat belaka.
"Justeru itu saya merayu pada penduduk-penduduk di Taman Laksamana Jaya, apabila tiba hari mengundi nanti? Pastikan anda yang jadi pengundi di Taman Laksaman Jaya ini,akan mengundi Umno-BN.Kita mahu kuasa politik di Selangor berada semula di tangan Umno-BN. Apa yang kita janji-janjikan pada anda! Kita akan tepati," tegas beliau bagi mengakhiri ucapannya itu.

Tan seri Zaleha Ismail pun turut berucapa sebelum beliau mersamikan majlis teersebut. Dalam ucapan yang rengkas sahaja itu beliau telah menerangkan bahawa  beliau telah banyak membuat lawatan di seluruh negara di dunia ini.

Penyanyi manis di atas sedang menyanyi
Hanya di Kutub Utara dan di Khutuib Selatan sahaja yang beliau tidak pergi melawat dan membuat tinjauan tentang peranan yang telah dilakukan oleh tiap-tiap kerajaan di negara-negara tersebut.

Menurut beliau,tidak ada satu negara pun di dunia ini yang telah memberi bantuan pada rakyat mereka sepertimana yang telah diberi oleh kerajaan Umno-BN kepada rakyat Malaysia di bawah pimpinan YAB Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak yang telah membantu dan memberi berbagai-bagai subsidi pada rakyat.

Justeru itu saya menyeru kerpada para penduduk Taman Laksamana Jaya ini, hendaklah mengundi Umno- BN pada Pilihanraya ke:13 yang akan tiba hanya beberapa hari dan  minggu sahaja.

"Jika Umno-BN dapat rampas semula Selangor dan 3 negeri lagi yang dikuasai oleh pembangkang itu? Dan di dalam Parlimen Malaysia  Umno-BN dapat memenangi kerusi-kerusi di dalam Parlimen Malaysia lebih dari suara (dua per tiga?)

"Maka kerajaan Umno-BN pimpinan Datuk Seri Najib akan memberi bantuan dan berbagai-bagai kemudahan dan berbagai-bagai lagi subsidi yang boleh meringgankan beban pada rakyat Malaysia tidak kira apa kaum pun," katanya semacam membuat janji.

Para tetamu pada malam tersebut telah dijamu dengan makanan malam dengan juadah yang enak-enak belaka dan juga telah dihiburkan dengan berbagai-bagai nyanyian oleh penyanyi yang merdu suaranya.(Posted by abnmulya at 4.02 am on April 07,2013).


No comments: