Oleh MOHD. HAZLI HASSAN dan
MD. AZRIN ROSLY
KENDERAAN yang membawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meninggalkan perkarangan Istana Negara selepas beliau menghadap Yang di-Pertuan Agong, di Kuala Lumpur hari ini. - UTUSAN
KUALA LUMPUR 3 April - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di Istana Negara, Jalan Duta di sini tepat pada pukul 8.25 pagi.
Kehadiran Perdana Menteri untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah menguatkan lagi desas-desus berhubung pembubaran Parlimen bagi diadakan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).
Najib menghabiskan masa selama kira-kira satu jam menghadap Tuanku Abdul Halim dan keluar dari istana pada pukul 9.12 pagi.
Selepas ini, Najib dijadualkan akan ke pejabatnya di Putrajaya untuk mempengerusikan mesyuarat Kabinet mingguan dipercayai yang terakhir penggal ini.
Beliau dilaporkan akan mengadakan ucapan secara langsung dari pejabatnya di Putrajaya pada pukul 11.30 pagi. - UTUSAN ONLINE-Dalam Negeri).Posted by abnmulya at 11.19 am on April 03,2013.
No comments:
Post a Comment