Thursday, April 11, 2013

PRU-13 :Menunggu-nunggu itu satu penyiksaan yang tiada taranya....



April 11,2013 at 9.34 pm

Dengan adanya pengumuman yang telah dibuat oleh Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz bin Mohd Yusof, pada sidang akhbarnya semalam pagi bertarikh ( 10 hb.pril 2013) berhubung dengan tarikh bilakah hari penamaan calon dan hari mengundi bagi Pilihan Raya Umum ke:13 (PRU:13) akan diadakan.
Pengerusi (SPR)Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof

Maka boleh dikatkan ribuan tokoh-tokoh politik Malaysia yang sedang berangan-angan hendak menjadi calon-calon pada PRU:13 telah sembuh dari penyakit demam kepialunya.

Menderita demam kepialu akibat tidak dapat menanggung  siksaan terpaksa menunggu-nunggu sekian lama bilakah tarikh hari penamaan calon-calon dan juga hari mengundi pada PRU ke:13 akan di umumkan oleh SPR.

Akibat terlalu teruk ditimpa penyakit menanggung siksaan menunggu-nunggu itu?

Maka begitu banyak sekali ahli-ahli politik tanah air yang telah hilang kesabarannya terutama pihak pembangkang,dilihat tidak henti-hentinya telah melontarkan bermacam-macam tomahan dan cacian telah ditimpakan ke atas Perdana Menteri,Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak disebabkan kononnya begitu lewat membubarkan Parlimen Malaysia ke:12.

Segala tohmahan dan cacian itu penulis lihat datangnya dari saudara-saudara kita seagama dan sebangsa dan banyak di antara mereka bertaraf Ustaz-ustaz pula yang sudah tentu merupakan tokoh-tokoh politik yang menganuti idelogi parti Islam yang mana dasar partinya kononnya hendak memertabatkan syariat Islam.

Ketua Pengarah  PRU Pas Dr.Hatta Ramli.
Pada tokoh-tokoh yang beragama Islam yang sanggup mencerca Datuk Seri Mohd Najib Tun Razai itu? Bolehlah dikatakan bahawa ketika mereka melontarkan tohmahan yang gila-gilaan itu?

IMANNYA semacm telah terbang ke angkasa raya akibat tidak dapat menahan sabar lagi.Mengikut hawa nafsu kemarahan yang ditiupkan oleh syaitan ke dalam nafsu amarahanya itu.

Justeru lantas mereka tidak dapat membuat kiraan bahawa segala tohmaan yang berupa fitnah yang telah mereka hamburkan itu, adalah haram dan berdosa hukumnya.

Sedangkan Datuk Seri Najib dilihat tidak melakukan sebarang kesalahan kerana tarikh matang Parlimen ke:12 itu masih lagi sah tarikhnya dan di benarkan oleh undang-undang pilihanraya.

Kalau rakyat biasa yang kurang ilmu agama dan ilmu akedamiknya ?Tidaklah menghairankan jika mereka dilihat bercakap,menulis secara semberono dan sekaligus telah melontarkan cacian dan tomahan itu masih boleh dapat dimaafkan.

Ia disebabkan mereka itu kurang arif dengan ilmu agama tentang apa yang diketogorikan berdosa dan melanggar tata susila sebagai insan-insan yang bertamadun?

Tapi orang-orang yang dilihat begitu tega melontarkan fitnah-fitah itu adalah, ustaz-ustaz dan juga para cendikiawan seperti doktor,enginnier,peguam dan sebgagainya.Lazimnya orang-orang yang berpendidikan tinggi seperti disebutkan diatas itu, selalunya tidak celupar sangat mulutnya.Bahasa itu adalah jiwa bangsanya.

Medan bagi mereka meluahkan kemarahan hati mereka dapat kita lihat melalui Harakah Daily. Sebagai contohnya, menerusi Harakah Daily,beberapa bulan yang lalu sahaja, Pengarah Pilihanraya PAS Pusat Dr.Hatta Ramli telah membuat (persepsi) andaian kenapa Datuk Seri Najib telah menangguh-naguhkan pembubaran Parlimen, kononnya disebakan takut perubahan yang akan dilakukan oleh rakyat Malaysia .

Kononnya rakyat Malaysia tidak sabar lagi hendak melakukan perubahan. Adakah benar anggapan yang begitu wahai Dr...? Marilah sama kita tunggu pada malam 5 hb.Mei 2013 nanti.Niat yang baik biasanya akan direstui oleh Allah,begitu juga sebaliknya.

Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat
Menurut hemat Dr.Hatta Ramli? Kalau pada PRU ke:12 yang berlangsung poada 8 hb.March 2008 dulu itu, parti pembangkang telah berjaya berkuasa di 5 negeri.

Tetapi pada PRU ke:13 ini nanti dengan begitu yakin beliau telah meramalkan parti-parti pembangkang akan berjaya merampas kuasa politik di 9 negeri pula.

Tetapi beliau tidak bernai menyebutkan nama negeri-negeri yang akan ditaklukinya itu? Takut senjata makan tuan agaknya?

Seharusnya Dr.Hatta Ramli,sebelum membuat andaian( persepsi)politiknya itu,selok-eloknya beliau harus berjumpa dengan Tuan Guru Nik Aziz  terlebih dahulu kerana Nik Aziz dapat membaca apa sahaja hal-hal yang gahib yang hanya Allah SWT sahaja Yang Maha MengetahuiNya.

Kalau Nik Aziz tidak mengetahahui akan hukuman yang akan ditimpakan oleh Allah SWT terhadap umatnya? Masakan Nik Aziz  bernai berkata bahawa:

"Sembahyang orang-orang Umno tidak dapat pahala kerana Umno menolak Islam dan mendirikan masjid oleh Umno tidak dapat pahala,kononnya Nik Aziz dapat baca hati nurani orang-orang Umno yang mendirikan masjid-masjid itu sebenarnya tidak ikhlas,cuma hendak dapatkan kontrak buat masjid-masjid itu sahaja,"

Penulis hendak tanya pada Nik Aziz dan orang PAS. Apakah hukumnya jika kaki tangan PBT Kelantan yang di bawak perintahan PAS Kelantan telah diarahkan men-SITA bangunan Asrama Sekolah Agama Pondok di TUMPAT yang sedang giat dikerjakan pembinaannya itu? Halalkah atau haram perbuatan SITA yang telah dilakukan itu?

Yang penulis belajar dan telah diajar oleh ustaz-ustaz yang tinggi ilmunya selama ini? Rata-rata semuanya telah mengajarkan bahawa mendirikan masjid-masjid dan sekolah-sekolah agama pondok memang disuruh oleh Allah SWT demi untuk memertabatkan syariat Islam pada penganut agama Islam dan ganjaran pahalanya sangat besar dari Allah SWT.

Tapi bagi PAS kini perbuatan itu dianggap salah pula? Kalau tidak salah kenapa diberhentikan kerja-kerja untuk mendirikan sekolah pondok di TUMPT itu agar segera selesai? Tidakkah perbuatan pihak PBT itu zalim namanya?

Allah melaknati segala perbuatan zalim yang dilakukan oleh sesiapa sahaja.Janganlah Pas hanya nampak perbuatan zalim oleh orang lain aje? Sedangkan tindakan zalim yang dilakukan oleh Pas kononnya tidak zalim malah adil pula kononnya?

Janganlah disebabkan bangunan baru yang sedang dibangunkan oleh penglola-penglola sekolah agama  pondak di TUMPAT itu menerima bantuan kewangan dari kerajaan pusat? Maka ia ditegah dan di sita?

Tindakan ini sama saja dengan sikap Kerajaan Selangor yang tidak membenarkan Kementerian Pengajian Tinggi,hendak mendirikan Universiti (UiTM) di Batang Kali,Serendah ,Selangor,dia atas tanah (YBK) Yayasan Basmi Kemiskinan.

Bukan di atas tanah kepunyaan kerajaan Selangor. Ongkos mendikrikan universiti U iTM ditanggung oleh Kerajaan Pusat.Hanya isu membenarkan sahaja yang diperlukan oleh kerajaan PR Selangor kerana kuasa tanah adalah dalam bidang kuasa kerajaan negeri.

Sedangkan Malaysia masih kekurangan Universiti  untuk menampung pertambahan setiap tahun bagi anak-anak Melayu untuk meneruskan pengajian mereka lebih tinggi lagi di Universiti.

Janganlah di campurkan politik dengan isu persekolahan anak-anak kita dan juga isu agama? Siksaan Allah SWT di hari perhitungan nanti amatlah berat.Dengan bersikap demikian?

Jelaslah, baik PKR dan PAS kini dilihat anti kebangsaan dan anti agama.Jika sikap begini masih diteruskan oleh PR? Ditakuti PKR/PAS akan ditolak oleh rakyat Malaysia pada PRU ke:13 nanti? Disebabkan rakyat melihat bahawa parti PAS/PKR dari masa kemasa telah tersasar konsep perjunagan.

Kebetulan pula ketika menjelang PRU ke:13 yang akan berlangsung pada 20 hb.Mei 2013.Aapakah PKR/PAS tidak takut rakyat akan menolak mereka di PRU ke :13 ini?

PKR/PAS seharusnya terus mengamalakan konsep politik dari rakyat untuk rakyat seperti yang telah dicanang-canangkan oleh mereka seperti sebelum berlangsung PRU ke:12 pada, 08 hb.March 2008 dulu itu.Kata mesti dikotakan.Janji mesti ditepati.

Barulah rakyat yakin dengan konsep yang telah dijanji-janjikan itu.Bukan sentiasa berubah-ubah dasar pemerintahnya.

PKR akan ditolak oleh rakyat semacam Semangat 46.  Dan PAS pun akan ditolak kerana menggunakan konsep Islam sebagai batu loncatan demi politik gilakan kuasa untuk memerintah aje tapi tidak peduli tentang agama,pelajaran anak-anak Melayu yang beragama Islam yang masih terkebelakangan.

Tidakkah PAS ingin jadi pemerintah semacam di zaman Khalifah Umar Abdul Aziz? Bijaksana dan adil,sehingga ketiak itu tidak langsung rakyat-rakyat yang layak menerima zakat disebabkan semua rakyatnya berada akibat pemerintahan yang bijaksana dan adil.

TOKOH-TOKOH POLITIK UMNO-BN SEDANG TUNGGU ADAKAH AKU DICALONKAN...?

BAGI parti-parti pembangkang,sebaik sahaja Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak telah membubarkan Parlimen. Parti-parti pembangkang boleh dikatakan telah mengumumkan calon-calon Parlimen dan juga calon-calon Dewan Undangan Negeri (DUN) mereka cara berperengkat-perengkat sebelum Pengerusi SPR mengumumkan tarik penamaan calon-calon dan tarikh hari mengundi.

Tapi bagi UMNO-BN pada tengah hari semalam, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak telah menyatakan bahawa nama-anam calon Umno-BN yang berjaya dipilih jadi calon-calon? Akan diumumkan pada minggu ini. Adakah sebelum hari Ahad ini atau pun minggu depan bermula pada hari Isnin?

RAKYAT dah tahu dah...bahawa tokoh-tokoh politik Umno-BN yang telah menghantar nama-nama mereka untuk pertimbangan pucuk pimpinan Umno-BN agar dipilih sebagai sebagai calon-calon?

Mereka ini? Rata-rata sedang mengalami demam disebabkan sedang menunggu-nunggu hari penamaan calon dan hari mengundi telah pun jadi kendur sedikit sebaik sahaja pengumumannya telah pun dibuat  oleh Pengerusi SPR pagi semalam.

Boleh dikatakan suhu demam pialunya kini semacam dah kurang sedikit kerana telah diberi makan ubat anti- demam kepialu.Tetapi demam lain pula kini sedanag melanda mereka lebih teruk lagi.Dan suhu panas naik terlalu tinggi secara mendadak pula.

Kerana mereka ini tidak boleh dinafikan sungguh-sungguh berhasrat untuk jadi calon pada PRU ke:13 terlalu kuat."Apa jadi pun aku mesti nak jadi calon," bisikan hati kecil mereka.

Adakah mereka itu boleh menang atau sebaliknya? Langsung tidak dipedulikannya. Virus gilanya mahu jadi calon pada PRU ke:13 ini? Suhunya terlalu tinggi semacam telah diserang virus selesema burung.

Mereka ini boleh dikatakan akan sanggup berbuat apa sahaja jika tidak dicalonkan jadi calon pada PRU ke:13 ini?

Ada yang tidak boleh tidur siang dan malam dan ada pula yang tidak lalu makan dan minuman disebabkan nafsu minum dan makannya telah tertutup akibat tidak dapat melayan dan menjawab pertanyaan hati nurani mereka sendiri.

"Adakah aku akan dipilih oleh pucuk pimpinan Umno-BN atau sebaliknya?" pertanyaan itulah sering menujah-nujah hati nuraninya itu.

Di saat mereka lemah longlai dan tidak berdaya untuk menjawab pertanyaan-pertanyaannya itu? Maka secara tiba-tiba terbang pula berita yang di bawa oleh angin bayu-bayu yang merupakan berita bersifat gossip yang mengatakan tokoh ini telah dipilih bertanding di DUN ini dan tokoh yang itu telah dipilih bertanding di DUN yang satu lagi itu.

Menakala si polan yang itu pula telah digossip kuat akan dipilih sebagai calon Parlimen pula? Wah duh.... sakitnya hati mereka tidak terkira....sekaligus ikrar sumpahnya didepan Perdana Menteri,Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak,sebelumnya itu bahawa mereka akan menyokong siapa sahaja calon-calon jadi pilihanPucuk Pimpinan Umno-BN?

Serta merta telah dilupakannya...mereka dah jadi gila...dan benar-benar gila tidak mahu menerima hakikat tentang pilihan yang telah dibuat oleh PM dan Timbalan PM. Begitu cepat mereka jadi lupa.Jadi benarlah kata-kata mantan Perdsana Menteri,Tun Dr.Mahathir bahawa Melayu mudah lupa.....

Justeru itu.. mereka ini telah mengambil tindakan gila lagi menggilakan....mereka telah membentangkan beberapa sepanduk dengan tulisan kononnya tokoh itu dan tokoh itu, tidak dapat diterima oleh rakyat tempatan. Kejadian ini telah berlaku di dalam kawasan Daerah Gombak.

Perbuatan gila ini telah berlaku di Daerah Gombak dan pelakunya yang telah memasang sepanduk itu difahamkan petugas-poetugas yang memakai kemeja biru kepunya Umno-BN? Walau bagaimana pun sepanduk yang telah dipamirkan oleh orang-orang gila itu telah selamat diturunkan.

Persoalannya?Adakah kerja-kerja gila ini dilakukan oleh parasit yang terdiri dari orang dalam Umno-BN sendiri? Atau pun pihak lawan sengaja menyamar memakai baju Umno untuk memporak perandakan perpaduan Umno-BN itu? Itu pun satu kemungkinan juga.

Sesunggunya perbuatan sebgini mesti disiasat dan segera dicegah dan mesti dipastikan siapakah dalang-dalang yang berada di belakang perbuatan gila ini? Ia  mesti dibasmi segera hingga ke akar umbi. Mereka telah berikrar akan menyokong siapa sahaja yang dipilih oleh Pucuk Pimpinan UMNO-BN.

Aklan tetapi....ternyata bahawa segala sumpah ikrar yang telah dilafaskan itu rupa-rupanya palsu.Mereka dilihat bukan mahu bersatu padu...untuk merebut semula 4 kerusi yang berada di dalam Parlimen Gombak yang telah dirampas oleh pembangkang pada tahun 8 hb.Mac,2008 dulu itu? Tetapi jadi pengkhianat dalaman "musang berbulu ayam".

Diharap pucuk pimpinan Umno-BN segera menghantar pegawai pemantau khas ke Gombak dengan segera.  Agar musang berbulu ayam ini, dapat segera diserkup dengan jaring dan dihukum dengan sewajarnya.(Posted by abnmulya at 2134 hrs onj April 11,2013.

No comments: