
Ahad,Mei 12,2013 at 1.23 am
Walupun penulis sudah mengisytiharkan keluar dari parti PKR pada 8 hb.April 2013 dan pengisytiharan itu disaksikan oleh Menteri Pertanian dan Asaa Tani,merangkap sebagai Timbalan Ketua Perhubungan Umno Selamgor,Tan Seri Noh Oamr,di anjung rumah Mazlan Rashid (Lan Lemang) lebih kurang sebulan lebih yang lalu.
Dari segi hubungan saya dengan parti PKR secara langsung memang telah putus perhubungannya. Tetapi atas nama peribadi saya sendiri terhadap Azmin Ali?
Dari segi hubungan persahabatan silaturrahim selaku seorang Islam dengan saudara Islam yang lain mengikuti tuntuan agama Islam saya masih saudara seagamanya.
Masih lagi ujud dan masih berpeluang menghantar ucapan tahniah atau pun tahziah. Hubungan seperti mengeratkan silaturrahim sesama saudara Islam itu memang diharuskan sebagai mematuhi perintah Dinul Islam.
Sebenarnya! Saya ingin mengucapkan tahniah atas kemenangan yang telah dicapai oleh Azim pada PRU-13 ini,yang mana telah menang sebagai Ahli Parlimen Gombak dari PKR (MP) dan sebagai ADUN kawasan Antara Bangsa.
![]() |
Datuk Seri Anwar Ibrahim penasihat ekonomi Selangor |
Gagal disebabkan PKR tidak dapat suara majoriti hasil dari keputusan PRU-13 di Selangor yang telah berlangsung pada 05 hb.Mei 2013.
Kerusi yang dimenangi oleh PKR hanya 14 kerusi sahaja? Dengan jumlah kerusi seperti tersebut? Bolehlah dikatakan bahawa PKR tidak mempunyai bargain power yang kuat dalam komponan PR itu untuk menekan PAS/DAP.
Itulah resikonya bagi parti-parti yang tidak cukup kuat dan terpaksa bergabung dan gabungan itu pula tidak begitu kuat ikatannya.Terlalu londeh sifatnya.
Sekaligus dua parti komponan PR iaitu dari PAS/DAPdifahamkan telah memilih Datuk Khalid Ibrahim memegang jawatan Menteri Besar (PR) bagi penggal keduanya.
![]() |
Tan Seri Khalid Ibrahim,Menteri Besar Selangor bagi penggal ke-2? |
Pada malam tersebut AJK pengasas telah melantik Azmin Ali sebagai Ketua parti keADILan dan saya sebagai Timbalannya.
Mesyuarat pengasaan penubuhan keADILan itu telah berrlangsung di Pejabat Chegu Sham,di mana Chikgu Sham, pada malam itu telah dilantk sebagai salah seorang AJK pengasas.
Sementara Razali Ramli telah dilantik sebagi Setiausaha sementara dan Rahim Kasdi telah dilantik sebagai Ketua Pemuda.Ketua wanita masih belum dilantik disebabkan belum dapat calon yang berpotensi.
Bagi saya secara pribadi masih menganggap Azmin Ali masih merupakan kawan lama dan tidak mahu memutuskan perhubungan silaturrahim sesama Islam,walau pun kini antara saya dan beliau menganuti fahaman politik yang berlainan dan saya harap Azmin juga akan berfirkir demikan?
Selaku seorang kawan lama dan sahabat yang pernah menganuti fahaman politiki yang sama pada suatu masa dulu?
Sesungghnya saya merasa simpati pada Azmin berhubung dengan kemelut politik tentang isu Menteri Besar Selangor,sesudah PRU-13 antara Azmin Ali dengan pucuk pimpinan parti PAS/DAP sekaligus dengan pucuk pimpinan PKR itu sendiri amat menyedihkan,sehingga Azmin terpanggil untuk menulis dalam Twitter-nya.
Menulis dan menyatakan rasa kekeciwaan hatinya lantaran citi-citanya membumbung tinggi itu tdak kecapaian dan cara-cara tokoh-tokoh pemimpin (PR) pula difahamkan mengambil keputusan tidak mengikut lunas-lunas demokrasi yang mana mesti mendahulukan mesyuarah bersama sebelum sesuatu keputusan itu dibuat? .
Saya rasa amat simpati dengan kekecewaan Azmin itu dan saya kenal Azmin memang tokoh politik muda yang berciita-cita tinggi. Sama juga seperti bossnya Anwar Ibrahim, pun seorang yang bercita-cita tinggi tentang kerja jaya yang dipilih oleh mereka.
Anwar Ibrahim dilihat,selagi beliau belum dapat jadi Perdana Menteri Malaysia? Beliau penulis lihat tidak henti-hentinya bekerja kuat mungkin hingga beliau akan mendpatakan apa yang dicita-citakannya itu? Sama-samalah kita lihat apakah kesudahannya nanti? Berjayakah beliau atau pun sebaliknya?
Pun begitu? Saya ingin menasihatkan pada Azmin agar bersabar menempuh ujian itu. Anggapalah apa yag telah menimpa ke atas dirinya itu ia merupakan Qada dan Qadar dari Allah SWT. Ketentuaan dari Allah SWT itu memang ada hikmah disebaliknya?
Hanya kita hamba-Nya yang lemah ini tidak mampu mengetahui hikmahnya seperti kita tidak tahu bilakah ajal kita akan tiba.
Kita asyik mengejar dunia dan benda-benda yang kita kerjar di dunia ini? Lazimnya semakin kita mengejarnya? Maka semakin jauh kehadapan perginya.Tetapi di belakang kita,ada malaikat maut yang ditugaskan khas mengejar kita,kerjanya untuk mengambil nyawa kita untuk mencabut nyawa kita,ajal kita,tidak pun kita mengetahuinyya.Kita lalai mengingatinya.
![]() |
Hj.Hadi Awang dah pilih Tan Seri Khalid Ibrahim,Menteri Besar Selangor? |
Hasil dari keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) bagi negeri Selangor ialah: PKR menang 14 kerusi sahaja.Parti PAS menang 15 kerusi. Sementara DAP dapat 15 kerusi juga.Umno-BN 12 kerusi.
Jumlah semua yang telah dimenangi oleh parti-parti yang bergabung dalam "Pakatan Rakyat" berjumlah 44 kerusi. Dari segi amalan demokrasi? Jika PAS/DAP telah bersetuju iaitu (15 + 15 = 30 kerusi semuanya.
Dari kerusi yang dimenangi oleh PAS/DAP itu dengan sendirinya menyaksikan bahawa antara PAS/DAP merupakan golongan yang punya suara simple majoriti? Sementara PKR hanya ada 14 kerusi aje.Terpaksa jadi Golongan minoriti.
Ertinya tanpa PKR pun DAP/PAS dah punya suara simple majoriti dalam Dewan Undangan Negeri Selangor.Sementara PKR hanya punya suara mionriti dengan 14 kerusi.. Tanpa PKR berada di dalam DUN Selangor pun PAS/DAP dah mampu menubuhkan kerajaan simple majoriti di Selangor Darul Ehsan.
Andainya semua 14 orang ADUN (PKR) itu mahu keluar keluar dari (PR) dan jadi ADUN bebas? Ia tidak memberi kudis bagi PAS/DAP. Dengan 30 kerusi itu? Mereka (PAS/DAP) mampu menubuhkan kerajaan PAS/DAP di Selangor walaupun tidak begitu selesa disebabakan tidak punya suara 2 per 3 di dalam DUN Selangor.
Berdasarkan dengan analisa inilah MUNGKIN menyebabkan Azmin dalam Sidang Akhbarnya semalam,dilihat cepat-cepat nafikan yang beliau dan kawan-kawan ADUN yang lain dari PKR sama sekali tidak ada menyebut perkataan bahawa mereka akan keluar dari gabungan Pakatan Rakyat.
Inilah kerja orang-orang politik hari ini. Dah hentam musuh politiknya sepuas hati mereka,tetapi pada hari esoknya pula cepat-cepat nafikan. Munafik sungguh mereka ini.Suka berbohong pada diri sendiri?
Yang busuk nama ialah orang surat khabar. Dituduh kononnya menulis dan menyiarkan berita fitnah dan sbagainya. Orang-orang politik dulu dilihat begitu telus.
Mereka berfikir sehalus-halusnya sebelum mengeluarkan kata-katanya itu.Tidak ada penafian setelah kata-katanya itu jadi hak orang ramai yang telah membacanya dan mendengaranya.
![]() |
Menerusi Media tempatan Lim Guan Eng dan Hj.Hadi Awang setuju Khalid Ibrahim jadi Menteri Besar Selangor? |
Banyak yang benar berhubung dengan apa yang dikatakannya. Sedangkan orag-orang politik sekarang banyak aouta (temberang) dari yang benarnya.Itulah sebabnya tidak mendapat keberkatan dari segala kerja-kerjanya itu.Suka jadi orang munafikun.Apakah anda tidak takut mendapat laknat dari Allah?
Berhubung dengan PAS/DAP dengan sebulat suara telah memilih dan bersetuju mengangkat Tan Seri Khalid Ibrahim untuk menjadi Menteri Besar Selangor yang baru setelah PRU-13 itu? Dilihat memanagTidak ada cacat celanya.
Beliau telah pun memegang jawatan tersebut hingga tamat tempohnya selama tahun yang telah dimenangi oleh (PR) pada PRU-12 pada 08 hb.Mac 2008 dulu dan dah pun mempunyai pengalaman yang luas selaku Menteri Besar Selangor,dalam masa selama 5 tahun itu.Segala pahit dan maungnya telah beliau rasai.
Selaku Menteri Besar Selangor yang lama? Beliau didapati telah banyak memberi manfaat kepada PKR khasnya dan sekaligus kepada PAS/DAP yang menjadi kerabat dalam gabungan Pakatan Rakyat itu sendiri.
CONTOHNYA? Dengan kata lain? Jika beliau telah diangkat sebagai seorang pegawai CEO pada sesebuah Syarikat besar dan telah berjaya mendapatkan keuntungan yang besar pada syarikat itu?
Maka tidak ada sebab mengapa dia perlu diganti dengan orang lain? Yang belum tentu tahu tentang kebolehannya dan tidak punya pengalaman seperti mana yang telah ditunjukkan oleh Tan Seri Khalid Ibrahim?
Dari segi tugas beliau dilihat punya prestasi yang cemerlang.Kalau ada golongan yang bersungguh-sungguh hendak menolak cadangan bahwa beliau mesti dilantik seterusnya sebagai CEO pada syarikat tersebut?
Sudah tentu penolakan dari setengah para pengarah syaikat tersebut itu? Mempunyai niat yang tidak baik dan jahat dan mungkin golongan yang menolak itu mahukan jawatan CEO itu.
Azmin sendiri belum pun pernah jadi EXCO? Tiba-tiba terus hendak jadi Menteri Besar? Justeru mestilah PAS/DAP merasa ragu-ragu dengan kebolehan Azmin Ali demi menjaga prestasi kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor,agar berjalan dengan lancar.
Hakikat ini hendaklah Azmin Ali dan kawan-kawannya sedar bahawa semua orang akan mendabik dada bahawa dia adalah lebih cerdik,lebih pintar,lebih hebat dari orang lain? Lazimnya? Jika ada orang-orang yang suka merendah-rendahkan kebolehan sesaorang itu?
Sebenarnya,orang itulah lebih jahil dari orang yang ditudunhnya banggang itu. Ketika kita hendak menguji sesaorang itu bijak atau sebaliknya? Hendaklah kita ukur dari apa yang beliau lakukan dan juga dari apa yang beliau cakap.
Kalau cakap mesti serupa bikin? Kalau kata mesti dikotakan.Orang yang macam inilah yang mesti dipilih kerana kebolehannya, kepintarannya,kehebatannya telah diuji.Sudah terang lagi disuluh.
Itulah tandanya orang itu amanah dan bijak bistari. Jika ditugaskan untuk menjadi Menteri Besar yang baru di Selangor sepenggal lagi? Seperti Tan Seri Khalid Ibrahim yang telah dipilih oleh PAS/DAP itu?
Maka pilihan itu adalah merupakan pilihan yang betul,bijaksana dan "The right man on the right place." Tan Seri Khalid Ibrahim telah punya banyak pengalaman selaku Menteri Besar. Sedangkan Azmin Ali,jawatan Exco pun tidak pernah dipegangnya.
Ketika tulisan ini dibuat Datuk Sri Anwar Ibrahim,ada mengeluarkan kenyataan di dalam The Malaysian Insider, bahawa beliau akan cuba selesaikan isu Menteri besar,Selangor ini, dalam tempoh satu dua hari lagi.
Jadi,sama-sama kita tunggu.Berjayakah Azmin ? Atau pun Azmin akan melepas sekali lagi untuk pegang jawatan Menteri Besar, Selangor? Tunggu dan lihat. (Posted bya abnmulya at 1.23 am on Mei 12,2013).
No comments:
Post a Comment