Para pengundi mesti menyerahkan Kad Pengenalan mereka pada kakit tangan SPR yang menyemak nama-nama mereka dan kemudian mengeluarkan nombor salauran bagai mereka boleh membuang undi mereka. |

Mei 06,2013at 11.39 am
Pada era Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru dua tiga hari telah dipecat oleh Tun Dr.Mahathir dari jawatan Timbalan Perdana Menteri,dari Menteri Kewangan dan sekaligus dipecat dari keahlian Umno?
Maka beliau segera menyusun langkah menentang Tun Dr.Mahathir dan kerajaan Umno-BN secara aktif menerusi ceramah-ceramah politiknya di serta Malaysia sebelum beliau ditangkap oleh polis pada suatu malam di rumahnya.
Bermula di rumah lamanya, di Jalan Damansara dan di ceramah-ceramahnya di sekitar Wilayah Persekutuan dan di Selamngor dan di hari terakhirnya di anjung Masjid Negara.
Boleh dikatakan beliau selalu berkata: "Manusia hanya merancang? Tetapi perancangan dari Allah SWT itu lebih hebat lagi."
Tetapi setelah keputusan PRU-12 pada 8 hb.Mac 2008 itu diketahui dan diikuti pula dengan PRU-13 yang telah diadakan oleh SPR pada 05 hb.Mei,2013 yang mana baru saja selesai hanya beberapa hari sahaja dan menyaksikan keputusannya didapati tidak menyebelahi parti PKR/PAS/DAP?
Tak ada apa-apa pun boleh dibanggakan oleh PKR/PAS.Hanya DAP yang bertambah kerusi Parlimennya. Sementara PKR/PAS jadi merosot kerusi yang dimenanginya pada PRU-13 ini berbanding dengan keputusan yang mereka miliki pada PRU-12 dulu.
Pada PRU-13 ini ternyata DAP telah mengaut keuntungan besar hasil dari gabungan yang bernama Pakatan Rakyat hanya dalam jangka pendek sahaja.
PKR menang kerusi Parlimen 33 kerusi.PAS 24.Tapi pada kali ini PAS menang kerusi Perlimen 21 kerusi dan PKR hany 30 kerusi.Sementara DAP 38 kerusi.Mungkin yang akan jadi Ketua Pembangkang ialah tokoh dari DAP iaitu LimKit Siang atau anaknya Lim Guang Eng?
Ini menunjukkan kerjasama yang tidak berdaftar di ROS antara PKR/PAS/DAP itu,pihak yang mendapat keuntungan besar ialah DAP. Sementara PKR/PAS merosot pengaruhnya terhadap rakyat.PAS pula hilang kuasa politik di Kedah dan Umno-BN telah menambah kerusi DUN di Kelantan.
(PR) dilihat semacam sudah begitu pasti dengan kejayan mereka pada PRU-13 ini.Kata-kata yang telah dihamburkan dilihat sungguh riak,mereka cakap apa sahaja yang mereka suka, tidak beralas sema sekali dan menjadi takbur pula sifatnya.
Kadang-kadang ramalan yang telah dibuat oleh (PR) itu dilihat semacam menentang dan mendahului kekuasaan Allah SWT dan dilihat sangat beranai meramalkan (PR) pasti akan dapat menukar kerajaan di Putrajaya dan kononnya akan punya kuasa politik di Putrajaya.
Justeru itu,hati mana yang tidak marah dan perasaan mana yang tidak rasa amat kecewa tentang apa yang telah diramalkan dan dianggan-angankan selama ini dah terbalik dan songsang pula kedudukannya?
Alah hai...kesian pada mereka itu. Lain yang diangan-angankan? Maka lain pula yang didapti.Malang sungguh nasib mereka dan dimanakah hendak letakkan muka hidungnya?Malu sungguh memalukan.Cakap berdegar-degar...tapi ekor bergelumangan dengan najis.
Malu dan sungguh memalukan akibat takbur dan keriakam mereka itu sendiri.Ujung-ujungnya kepunan. Itulah sebabnya Nabi SAW telah berpesan pada umatnya bahwa segala-galanya hendaklah dilakukan secara sederhana( wasatiyah).Baik ketika bercakap mahupun ketika melakukan sesuatu.
Dengan ketentuan Allah SWT Yang Maha Berkuasa atas sesutau.Maka angan-angan mereka itu tidak mencapai sasarannya dan tidak menjelma jadi kenyataan? Angan-angan kosong belaka.
Sedangkan untuk menempuh PRU-13 itu? Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang jadi salah satu dari komponan (PR) itu sendiri? Dalam masa 5 tahun yang lalu? Telah bekerja sangat kuat demi untuk mencapai matlamatnya.
Parti PKR dan komponan parti yang lain iaitu, PAS/DAP dilihat telah menyusun berbagai-bagai strategi dan telah menjalankan kerja-kerja yang kuat yang mana telah melibatkan tenaga yang banyak dan wang ringgit yang telah dibelanjakan sudah tentu sudah cukup besar jumlahnya?
Perjalanannya sungguh sukar.Terpaksa menempuh duri dan ranjau.Mendaki gunung dan ganang.Menuruni paya dan lurah yang sangat bahaya.Sekaligus terpaksa pula menempuh begitu banyak tool demi tool yang telah didirikan di situ begitu kukuh,gagah dan perkasa sifatnya.
Jika hendak kesana hanya dengan berpandukan senjata pada keputusan PRU-12 dulu yang mana (PR) dah pun berjaya berkuasa di 4 negeri di dalam Malaysia dan pada anggapan mereka kononnya tidaklah mustahil pada PRU-13 ini (PR) akan berjaya dengan mudah pula untuk berkuasa di Putrajaya dengan sokongan rakyat?
Sesungguhnya (PR) telah melakukan kesilapan besar jika beranggapan sedemikian rupa.Antara angan-angan dan realitinya sangat berbeza sekali.Yang Maha Mengetahui hanya Allah yang punya alam ini yang Dia Zat yang Maha Mengetahui.
Tanpa keizianNya?Segala angan-angan itu tidak boleh jadi nyata. Tinggal semacam angan-angan Mat Jenin belaka.
Petua orang-orang tua zaman dahulu kala sering mengatakan. Lain hulu,maka lainlah paranganya.Lain dulu dan lain pula sekarang?Keputusan dan sambutan rakyat pada (PR) pada PRU-12 itu?
Harus difahami bahawa ia tidak boleh dijadikan kenyataan yang bersifat hakiki,ia pasti akan berubah-ubah.Mood rakyat yang menyokong (PR) pada PRU-12 dulu itu?
Sesungguhnya tidak boleh disamakan dengan mood rakyat pada PRU-13.Insaflah! Berapa banyak teman-teman rapat Datuk Sri Anwar telah meninggalkan PKR sejak tahun 1999 hingga kini?Berapa orangkah jumlahnya?
Tidak boleh dikira dengan jari-jari tangan.Mesti menggunakan mesin calculator yang canggih dan besar sizenya barulah boleh. Datuk Sri Anwar harus sedar bahawa tiap -tiap yang baru itu? Suka atau tidak suka ia pasti akan berubah-ubah.Tidak statik. Sifat yang Baqa' saja yang kekal abadi.Kerana Baqa' itu ertinya kekal.
Kerana hari ini dengan hari esok itu tidak sama. Segala kejadian yang telah berlaku pada hari semalam dengan hari ini? Sifatnya berbeza-beza dan tidak pernah sama? Sentiasa berubah-ubah.Ada kalanya baik. Tetapi ada kalanya akan terjadi lebih buruk dari apa yang telah terjadi di hari semalam.
Kalau ianya di samakan? Maka akan memakan diri sendiri? Padahnya? Jika hendak ke Putrajaya? Anda sudah tentu akan kepunan disebabkan tidak berjaya sampai ke Putrajaya.Hanya mampu memandang dan menikmati keindahannya bumbung ISTANA bangunan Perdana Menteri, di Putrajaya itu hanya dari jauh sahaja.Dapat dipandang tapi tidak dapat dipegang.Tidak lebih dari itu?
Polis yang jaga keamanan di situ pun tidak akan tangkap.Undang-undang pun tidak melarangnya jika dilakukan secara aman.Bukan dengan cara demonstrasi jalanan.
Jadi, tataplah sepuas hati.Jemputlah rakan-rakan seperjuang di dalam (PR) seramai yang boleh untuk melihat bumbung istana kediaman Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menghilangkan rasa kepunan untuk berkuasa di Putrajaya tidak kecapaian itu.
KEPUTUSAN RASMI YANG MENGHAMPAKAN (PR)
Top-top! Bila keputusan rasmi yang telah diumumkan oleh Suruhan Jaya Piliharaya (SPR) dan keputusan rasmi itu pula mengkecewakan? Keputusannya dilihat jauh bezanya dari apa yang dirancang dan dari apa yang telah diangan-angankan selama 5 tahun lamanya.
Sebenarnya? Sebelum itu, Parti Pakatan Rakyat semacam berfirasat bahawa pada PRU-13 ini,kononnya Pakatan Rakyat, sudah tentu akan berjaya ke Putrajaya sebagai Pemerintahan Kerajaan Pusat yang baru?
Majlis angkat sumpah secara tidak rasmi sebagai Perdana Menteri yang baru dari parti (PR) telah pun dilakukan beberapa hari sebelumnya tibanya hari mengundi, pada 05 hb.Mei 2013.Wah doh! Begitu hebat angan-angan mereka.
Sebelum tiba ke tarikh hari mengundi yang jatuh pada 05 hb.Mei 2013 itu? Iaitu di ketika dalam perjalnan untuk tiba di hari mengundi yang telah diumumnkan oleh SPR berhubung dengan PRU-13.
Boleh dikatakan sebelum tarikh mengundi diketahui,dilihat telah pun begitu banyak "perang urat saraf" telah dilontarkan oleh (PR)yang berupa ucapan dan tulisan di mass media dan di media sosial yang pro-pada mereka dengan berbagai-bagai kata-kata nista yang dilihat begitu riak sekali sifatnya.
Ada yang berani mengatakan pada PRU -13 ini undurlah...dah lama dah.... kononnya 9 negeri akan jatuh ke ribaan (PR)dan berbagai-bagai lagi kata-kata yang berupa perang saikologi telah dilontarkan oleh para pemimpin dari parti yang berdasarkan konsep politik Islam.
Mereka itu semacam tidak faham bahawa dakwaan yang berupa RIAK yang melampau itu di larang oleh agama Islam.Demi untuk m,encapai matlamat politik mereka yang rakus? Mereka tidak peduli...mereka hentam keromo aje.
Tidak setakat tulisan dan ucapan telah dihamburkan? Bahkan banyak nyanyian telah dinyanyikan yang berunsur perli dan hinaan terhadap Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan regimnya di dalam Umno-BN.
Diantara ucapan dan tulisan dan nyanyian itu berbunyhi seperti berikut: "Selamat jalan telah diucapkan, nyanyian dan tulisan yang bersifat menghina, pada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan regimnya, melalui pentas ceramah-ceramah politik, akhbar tabloid dan melalui portal bloger-bloger yang pro-Pakatan Rakyat dan sebagainya.
Pendek kata berbagai-bagai jenis kata-nista yang memperli Datuk Seri Najib Tun Razak dan rtegim pemerintahannya. Ada pula kata-kata yang berbunyi bersedialah jadi Ketua Pembangkang di dalam Parlimen selepas selesai PRU-13 nanti.
Berbagai-bagai lagi kata-kata yang sifatnya menghina telah dilontarkan ke arah Datuk Seri Najib dan regimnya di dalam Umno-BN. Segala kerja-kerja transformasi yang telah dilakunkan oleh Datuk Seri Najib langsung tidak disebut.
Bahkan segala yang buruk-buruk belaka difitnahkan dan diorbitkan semahu-mahunya.Macam orang-orang gila sifat pihak pembangkang ini.
Pada hemat penulis bahawa kata-kata sedemikian rupa itu? Logiknya,tidak seharusnya keluar dari tokoh-tokoh politik dari parti-parti pembangkang dari PKR/PAS/DAP yang sering mendabik dada kononnya mereka itu merupakan tokoh-tokoh pemimpin politik yang berhemah tinggi dan berwibawa belaka yang melakukan pembahruan pada rakyat.
Sebaliknya dari apa yang telah dicakapkan dan telah dilakukan oleh mereka itu menyaksikan betapa rendah mertabatnya,jika diukur dari ajaran agama dan dari segi tatasusila budi dan budaya insan-insan yang bertamadun.
Sungguh menyedihkan disebabkan cita-cita politik yang begitu rakus ingin berkuasa? Budi dan daya,sopan dan santun telah dipijak-pijak sesuka hati.Mencari dosa kering yang tidak akan diampun oleh Allah.Kecuali orang-orang yang kena fitnah itu mengampunkannya.
SETELAH KEPUTUSAN PRU-13 DI UMUMKAN?
Pada tanggal 05 hb.Mei 2013? Pengundian umum telah dimulakan sejak jam 8.00 pagi hingga jam 5.00 petang.
Setelah Pengerusi Suruhan Jaya Pilihanraya Tan Seri Abdul Aziz Yusuf membuat pengumuman secara rasmi
pada hampir jam 2.00 pagi,pada 05 hb.Mei 2013 bahawa pada PRU-13 ini, Umno-BN telah mendapat kemenangan "Simple Majoriti" iaitu sebanyak 112 kerusi.
Kira-kira pada hampir jam 5 pagi,pada tanggal 06 hb.Mei 2013 dan hingga esok paginya, secara rasmi menerusi TV-TV tempatan bahawa Umno-BN telah menang sebanyak 133 kerusi dalam Parlimen Malaysia yang berjumlah semua ialah 222 kerusi.
Sementara pihak Pakatan Rakyat hanya mendapat kerusi kemenangan dalam Parlimen hanya 89 kerusi sahaja.Dengan pecahannya seperti berikut:- PKR dapat 30 kerusi.Pas dapat 21 kerusi dan DAP dapat 38 kerusi.
Ekoran dari itu? Maka pada tanggal 6 hb.Mei 2013 Utusan Online telah menyiarkan berita yang berbunyi: PRU-13: Pembangkang kecewa, enggan terima hakikat kekalahan itu.Berita itu yang ditulis oleh Azman Ibrahim.
Berita lengkapnya adalah seperti berikut: Kuala Lumpur 6 Mei- Beberapa pemimpin pembangkang hari ini ternyata tidak dapat menerima hakikat kekalahan dalam Piliharaya Raya Umum ke-13 (PRU-13) dengan menyatakan kekecewaan masing-masing menerusi laman media sosial.
Ketua Pembangkang Datuk Sri Anwar Ibrahim sendiri melalui laman twiternya berkata,beliau berada sendirian di pejabat hari ini dengan berpakaian serba hitam ."Hari yang muram untuk demokrasi," katanya.
NB:Cara beliau berpakain serba hitam itu? Sama semacam dengan cara orang-orang beragama Kristian berkabung di hari kematian sanak saudaranya dan pakain itu juga dipakai hingga ke tanah perkuburan ketika menghantar mayat si mati.(Pengarang).
Anak perempuannya, Nurul Izah yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang memenangi kerusi Parlimen Lembah Pantai,juga dalam laman twiternya berkata: "Kemenangan moral milik kita berkat usaha rakyat lawan tetap lawan."
Manakala twiter milik ibunya,Datin Seri Dr.Wan Azizah Wan Ismail,tidak menyatakan sebarang komen.
Sementara itu, penasihat DAP, Lim Kit Siang,dalam blognya, blog Limkitsiang.com mengkeritik kenyataan Barisan Nasional (BN) bahawa kemenangan DAP hasil tsunami Cina yang dianggapnya tidak tepat.
Malah Kit Siang menganggap hal itu sebagai tsunami Malaysia memeperlihatkan peningkatan kerusi Parlimen pakatan pembangkang daripada 82 kerusi pada PRU-12 kepada 89 pada PRU-13. Manakala kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) daripada 197 buah kerusi pada 2008 kepada 230 pada 2013.
Komen Datuk Sri Anwar Ibrahim yang berbunyai "Hari yang muram untuk demokrasi" itu sungguh mendukacitakan kepada seluruh umat Islam di Malaysia.
Datuk Sri Anwar dilihat semacam tidak dapat menerima keputusan itu dan beliau semcam telah melupakan kata-kata yang sering beliau sendiri lafaskan, sejak beliau dipecat oleh Tun Dr.Mahathir pada tahun 1998 dulu itu.
Pada ceramah-ceramah politiknya beliau? Selalu beliau menegaskan tentang kekuasan Allah Swt dengan firman Allah yang berbunyi; " Manusia merancang,tetapi perancangan Allah Swt lebih hebat lagi." Dengan berpandukan firman Allah Swt itu?
Tidakkah Datuk Sri Anwar sedar dan menginsafi bahawa dalam perjalanan Datuk Sri Anwar untuk menempuh PRU-13 yang mana hari mengundinya telah ditetapkan oleh SPR pada 05 hb.Mei 2013.
Dalam konteks itu iaitu sebelum tiba hari pengundian pada hari yang terebut di atas, bahawa Datuk Sri Anwar khasnya dan termasuk juga oleh tokoh-tokoh politik dari parti-parti yang menjadi kerabat komponan Pakatan Rakyat itu sendiri iaitu dari PAS/DAPdilihat telah bekerja kuat.
Dengan segala tenaga yang ada telah merancang itu dan ini, seluas-luasnya dan kemudiannya telah bekerja kuat untuk mencapai kemenangan besar. Kalau dizikan Oleh Allah hendak menguasai Putrajaya .
Sementara Umno-BN pula pun telah merancang itu dan ini dan telah bekerja habis-habisan juga sematap-mata untuk mempertahankan kedudukan mereka di Putrajaya.
Sekaligus mengharapkan akan dapat suara majoriti (dua per tiga) di dalam Parlimen pada PRU-13 ini, atau pun lebih daripada itu dan sekaligus berharap akan dapat merampas 4 buah negeri yang telah dikuasai oleh Pakatan Rakyat pada PRU-12 dulu.Kedua-dua belaha pihak masing-masing mengharapkan?
Dengan ketentuan dari Allah Swt, maka Umno-BN mendapat kemenangan sebanyak 133 kerusi di dalam parlimen. Sekaligus hanya berjaya merampas semula kuasa politik di Kedah dari PAS dan berjaya menambah banyak kerusi DUN di Kelantan berbanding dengan pencapaian pada PRU-12 dulu di Kelantan. Sementara parti-parti (PR) menang hanya 89 kerusi Parlimen.
Keputusan dan kejayaan yang dimiliki oleh Umno-BN dan Paktan Rakyat pada PRU-13 ini? Selaku umat Islam yang beragama Islam, seharusnya anda melakukan sujud syukur pada Allah Swt yang mana telah mengkurniakan hadiah-hadiah itu,bukanya denga membuat komen-komen yang bernada tidak mensyukuri rahmat Allah itu?
Anggaplah apa sahaja keputusan yang telah dipamirkan oleh Allah Swt itu? Ianya mengandungi hikmah-hikmah yang tersembuyi di sebaliknya.Bersikap syukurlah dengan rahmat Allah dan menerima ketentuanNya dengan segala keredhan hati.
Allah Swt itu Maha Adil dan Maha Mengetahui segala-galanya. Kita sebagai uamt Islam di Malysia ini,janganlah terikut-ikut dengan cara berfikir orang-orang kafir walau pun mereka itu menjadi kerabat anda di dalam parti-parti politik di Malaysia.
Selaku hambaNya yang lemah? Manusia hanya mampu merancang itu dan ini,tetapi perancangan Allah Swt itu lebih hebat dari perancangan kita selaku hambaNya yang lemah ini.Menang dan kalah, pada satu-satu perjunagan adalah merupakan isu biasa sahaja. Kerana itu adalah merupakan ketentuan dari Allah Yang Maha Berkuasa.
Jika pada PRU-13ini? Keputusan rasminya parti-parti (PR) hanya mendapat 89 kerusi Parlimen aje? Ertinya anda dah kalah lah tu....majoriti rakyat Malaysia tidak terima parti-parti anda berada di Putrajaya.Ertinya anda dah gagal pada PRU-13ini? Maka kepunanlah anda untuk bertakhta di sana.
Jadi,bila anda dah kepunan nak berada di Putrajaya? Maka janganlah membuat komen macam orang tua-tua yang dah nyayuk aje lagaknya? Anda sekalian dilihat masih muda lela dan masih segar bugar dan masih bertenaga kuat.
Cubalah nasib anda pada 5 tahun lagi yang akan tiba iaitu pada PRU-14 nanti pada tahun 2018.Jika ada rezeki diberi oleh Tuhan anda akan menang agaknya?
Insya Allah! Akan termakbul angan-angan dan hajat anda itu...anda diminta banyak bersabar...jika anda tidak bersabar...maka akan dikatakan oleh orang-orang anda dilihat sangat kemaruk hendak berkuasa di PUTRAJAYA.
Ingatlah kita di Malaysia ini mengamalkan demokrasi "West Minister?" Ertinya? Jika anda hendak berkuasa di Putrajaya? Anda mesti menang kerusi Parlimen sekurang-kurangnya "simple majoriti" iaitu dengan jumlah kerusi sekurang-kurangnya 112 kerusi dari jumlah besar 222 kerusi.
Amalan ini telah diguna pakai di Malaysia ini, dah 55 tahun lamanya.Masihkah anda tidak faham ? Kalau tidak faham juga?Sudah pasti akan memalukan nama parti anda sahaja dan juga tokoh-tokoh politik yang menjadi nakhodanya.?
Di Malaysia ini undi popular tidak pakai dah... disebabkan tidak tercatit di dalam perlembagan Malaysia. Kenapa banggang sangat ni? Orang banggang macam ni? Mana boleh layak memerintah dan mana layak hendak beri kemakmoran,keadilan,kemajuan pada rakyat Malaysia yang lebih 28 juta ni.....? (Posted by abnmulya at 11.39 am on Mei 08,2013).
No comments:
Post a Comment