Tuesday, May 14, 2013

Bekas Hakim Mahkamah Rayuan :Huraiannya Tentang Perlembagaan Dan Seruan Berjihad Jadi Polimik Hebat Dan Pembangkang Melenting Kepanasan....

 

RABU,MEI 15,2013
AT11.22am.

SESUNGGUHNYA,sama sekali penulis tidak menyangkan bahawa seruan dan huraian berhubung dengan aspek undang-undang dan perlembagaan Malaysia yang dibuat oleh seorang ahli akademik yang pakar dari segi undang-undang dan perlembagaan Malaysia telah dikecam hebat oleh pihak pembangkang,akibat berani membuat huraian tentang peruntukan perlembagaan Malaysia ketika beliau menjadi Panel Wacana Post Mortem Pilihanraya Umum Ke-13 (PRU-13) di Menara Mara, baru- baru ini.

Dalam ceramahnya itu beliau dilihat telah menghuraikan peruntukan undang-undang yang termaktub di dalam Perelmbagana Malaysia, pada pandangan belaiu, masih ada aspek-aspek yang masih lemah(loop -holes)  dan bleh diubah suai.

Datuk Mohd Noor Abdullah
"Justeru itu beliau menyeru orang Melayu supaya berjihad memperkasakan Perlembagaan Persekutun serta Undang-Undang Tubuh negeri bagi memastikan bangsa itu kekal menjadi pentadbir negara dan negeri."

Buah butir ceramah beliau yang punya ilmu dari aspek undang-undang dan perlembagaan itu dilihat sangat penting untuk diketahui dan difahami oleh rakyat Malaysia untuk dijadikan panduan bagi semua rakyat Malaysia terutamanya pada semua rakyat bumiputra khasnya.

Selakau rakyat yang majmuk di Malaysai ini? Agar mereka tahu dan faham dimanakah mereka berada dari segi undang-undang yang termaktub di dalam Perlembagaan negara dan juga bagi negeri-negeri di dalam Malaysia,pada masa kini dan untuk masa hadapan?

Jika Melayu yang sedang memegang kuasa politik pada hari ini tidak mencari jalan untuk memperkasak Perlembagaan Persekutuan serta Undang-Undang Tubuh Negeri bagi memastikan bangsa itu kekal menjadi pentadbir negara dan negeri.

Memandangkan analisa dan huraian yang telah dibuat oleh Bekas Hakim Mahkamah Rayuan ,Datuk Mohd Noor Abdullah itu,dilihat mempunyai nilai ilmu pengetahuan yang amat penting terhadap perlembagaan Malaysia itu sendiri di mana rakyat Maklaysia ini merupakan rakyat yang majmuk sifatnya agar benar-benar memahami isi kandungan Perlembagaan N egara dan negeri?

Maka sangat tepat dan kena pada masanya Utusan Malaysia online dan di saluran Utusan Maalaysia yang lain-lain wajib menyiarkan peruntukan undang-undang yang termaktub di dalam Perlembagaan Malaysia untuk tatapan rakayat Melayu khasnya yang tidak tahu menahu langsung tentang tendang terajang undang-undang yang termaktub di dalam Perlembagaan Malaysia dan undang-undang Tubuh Negeri, bagi memastikan sesuatu bangsa itu kekal menjadi pentadbir negara dan negeri.

Terutama boleh dijadikan panduan bagi Menteri-menteri,ahli-ahli Parlimen dan juga ADUN dan rakyat jelata khasnya yang langsung tidak tahu tentang undang-undang yang diperuntukkan di dalam Perelmbagaan Persekutuan dan lain negeri di dalam Malaysia.

Mantan Tim.Perdana Menteri, Daruk Sri Anwar  Ibrahim
Dalam konteks itu Utusan Malaysia telah menyiarkan isi kadnungan dan buah butir huraian Datuk Mohd Noor Abdullah yang sangat berguna pada seluruh rakyat Malaysia yang jahil dalam aspek undang-undang.

Sekurang-kurangnya membolehkan mereka faham rupa-rupanya tidak begitu susah jika Singapura hendak masuk semula ke Malaysia?  Dan tidak begitu susah jika kaum lain mahu jadi Menteri Besar dan Ketua Menteri di dalam negeri-negeri di Malaysia walaupun di negeri-negrri yang ada Raja.

Dengan menggunakan Akta Parlimen? Maka dengan satu undi majoriti dalam Parlimen yang punya 222 kerusi itu? Jika Pakatan Rakyat (PKR/PAS/DAP) menguasai Parlimen Malaysia dengan kerusi majotiri di dalam Parlimen 112 kerusi sahaja?

Menurut Datuk Mohd Noor Abdullah,tidak perlu persetuajuan majlis raja-raja memeperkenankan. Jika sebulat suara 112 suara yang menguasai Parlimen Malaysia itu bersetuju Singapura masuk Malaysia?

Maka berjayalah Singapura masuk ke dalam Malaysia.Dan begitu juga dengan jawatan Menteri Besar dan Ketua Menteri di dalam setengah negeri di dalam Malaysia.Rupa-rupanya?

Dalam syarat ketiga.Siapa sahaja mendapat majoriti,individu terbabit boleh dilantik sebagai Menteri Besar dan Ketua Menteri.

"Oleh itu kalau DAP dapat majoriti,maka orang Cina boleh jadi Menteri Besar.Macam mana? Kalau kita tidak boleh,maka pindalah Perlembagaan dengan sokongan majoriti di dalam Parlimen. Beritahu di Melaka dan di Pahang yang mendapat majoriti dua per tiga mansuhkan klausa itu," tegasnya.

 "Ini agenda pengkhianatan.Sebaba itu (isu ) kalimah Allah 'dicampakakan' agar orang PAS dan Umno,orang Melayu berpecah dengan matlamat akhirnya untuk menawan hati orang bumiputra Sabah dan Sarawak.Nampak tak telunjuknya ke mana?

Tetapi orang Melayu termakan umpan.Nasib baik orang bumiputra Sabah dan Sarawak masih menyokong kita,"tegasnya.

Yang anihnya! Hairan campur ajaibnya? Orang yang paling lantang membidas huraian yang bersifat akadamik yang dibuat oleh Datuk Mohd Noor Abdullah itu ialah,satu-satunya tokoh pemimpin pembangkang tersohor seantero dunia yang menjadi idola penulis sendiri dulu-dulunya.

Penulis anggap beliau sebagai seorang Nasionalis dan agamis yang ulung yang boleh diharapakn boleh memberi perlindungan tentang kedaulatan bangsa Melayu dari segala aspek kehidupan. Beliau itu tak lain dan tidak bukan  ialah Datuk Sri Anwar Ibrahim, mantan Timbaan Perdana Menteri Malaysia, di era Tun Dr. Mahathir Muhamad.Kini hanya jadi Ketua Pembangkang selepas PRU-12 dulu.

Belum pasti lagi adakah DAP yang telah menang PRU-13 ini sebanyhak 38 kerusi itu akan bersedia bersetuju mengangkat beliau sebagai Ketua Pembangkang? Marilah sama-sama kita tunggu keikhlasan parti-parti yang berada di dalam gabungan Pakatan Rakyat itu.

Tetapi bagaimana parti-parti Pakatan Rakyat hendak berada di dalam Parlimen? Sehingga hari ini,sehingga tulisan ini dibuat? Dilihat Datuk Sri Anwar Ibrahim masih tidak mahu mengakui keputusan PRU-13 yang berlangsung  pada 05 hb.Mei 2013 itu.

Kalau tidak mahu mengakui keputusan PRU-13 itu ? Eertinya,tak perlua hadir di Parlimen untuk angkat sumpah.Penulis rasa segala hiruk pekok yang tak mahu mengakui keputusan PRU-13 itu? Kot-kot hanya di mulut aje,tetapi di hati macam benci tapi sebenarnya rindu yang teramat sangat? Ha! Ha!Ha! Jangan marah ya...!
!

Ketua Pembangkang itu dilihat telah menghentam kuat dan menyelar huraian undang-undang yang bersangkut paut dengan Perlembagaan Malysia yang begitu rupa yang mana huraian telah dibuat oleh Datuk Mohd Noor Abdullah itu,dengan melebalkan Datuk Mohd Noor Abdullah mengatasi kumpulan  kaum Kluk Klan (KKK) melampau di Amerika Syarikat,katanya.

Ucapan rasis Bekas Hakim Mahkamah Rayuan Mohd Noor Abdullah mengatasi Ku Kluk Klan  akan membuatkan (pemimpin Nazi Jerman,Adolf ) Hitler bangga.

Penulis nak tanya Datuk Sri Anwar.Tidak dia tahu bahawa dari hasil pembacaan saya tentang Hitler,bahawa dia sanggup tanda tangan apa sahaja perjanjian demi keselamatan Jerman pada bila-bila masa aje?

Hitler sanggup juga membatalkan apa sahaja perjanjian yang telah dibuatnya dengan sesiapa sahaja pada bila-bila masa aje? Demi Jerman dan rakyat Jermana yang dicintainya.

Datuk Sri Anwar saya lihat hanya sanggup membuat kenyataan dan tanda tangan bersama dengan Hadi Awang,Lim Kit Siang berhubung dengan perkataan Kalimah Allah untuk mendesak Kerajaan Pesekutuan Tanah Melayu agar membenarkan Kalimah Allah itu dicetakkan dalam versi bahasa Melayu di dalam Bible agama Kristian.

Nasib baik Majlis Syura PAS yang mana Datuk Dr.Haron Din,jadi Timbalan Majlis Syura dan AJK yang lain-lain menentangnya? Ujung-ujungnya kata orang Sabah,maka Nik Aziz Nik Mat,pun buat U turn dan buat kona baring. Haji Hadi terpaksa nyap aje......dah malu....dan hingga kini masih tidak menarik semula kenyataan yang menjadi kemarahan dan kebncian umat Islam Malaysia umumnya.

"Berapa lama lagi kita perlu bertolak ansur dengan tindakan meniup kebencian dan mengumpan perkauman dari kerajaan haram (Datuk Seri) Najib (Razak)," katanya dalam satu kenyataan menerusi portal blog Malaysiakini tanggal Mei 13,2013.

Penulis telah membuat banyak wawancara berhubung dengan kenyataan Anwar  yang menghenmam Datuk Mohd Noor Abdullah itu?

Hasilnya? Rata-rata mereka sangat kesal dengan sikap songsang Datuk Sri Anwar itu dan kebanyakan mereka menempelak bahawa kenyataan Anwar itu tidak waras dan amat mendukacitakan.Orang Melayu rata-rata sangat membenci sikap yang diorbitkan oleh Anwar Ibrahim itu.

"Kini bumi mana yang beliau(Anwar) pijak?" rata-rata mereka bertanya begitu.

Anwar yang kononnya sering mendabik dada kononnya tahu arif tentang semua aspek ilmu? Seharusnya cepat mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga atas kesudian Datuk Mohd Noor Abdullah( pakar undangh-undang). memberi huraian tentang peruntukan yang berada di dalam Perlembagaan Persekutuan dan negeri sesuai dengan ilmu akademik yang beliau miliki?

Beliau secara sukarela telah menghuraikan kedudukan sebenar pada kita, orang-orang Melayu di Malaysia yang mana punya penduduk majmuk dan undang-undang yang diperuntukkan di dalam perelmbagaan kita sebegitu rupa.

Banyak loop-holes yang membahayakan orang-orang Melayu, di dalam negeri yang punya penduduk majmuk.Berlainan hati perut.Hati yang baik kurang.Hanya hati yang busuk melebihi dari yang wangi-wangi.

Contohnya depa dah tunjuk kekuatan bersatu-padu di antara mereka, pada PRU-13 atas nama demokrasi.Depa tunjuk sikap Tsunami Cina ketika mengundi.

Penulis sangat faham bahawa Datuk Sri Anwar, dari segi undang-undang dan Perlembagaan? Dilihat tentu tidak berkemampuan untuk menghuraikan segala-galanya dari aspek undang-undang yang termaktub dalam Perlembagan kita.

Ia disebabkan Datuk Sri Anwar sendiri, bukanlah lulusan dari unversiti fakulti undang-undang dalam bidang undang-undang dan perlembagaan. Rakyat tahu jurusan apa ijazah Datuk Sri Anwar miliki dari Universiti.

Justeru itu,janganlan cepat marah tidak tentu hujung pangkal. Besar kemungkinan Datuk Sri Anwar tidak suka Datuk Mohd Noor menghuraikan pada rakyat secara detail tentang aspek undang-undag yang diperuntukan Perlembagan Persekutuan dan juga bagi negeri-negeri lain?

Disebabkan Datuk Sri Anwar tidak mahu anak-anak muda di IPTA/IPTS dan orang-orang bandar dan orang-orang kampung yang tolol-tolol dan buta politik dan tidak tahu langsung "apa itu geo-politik" agar terus boleh dibodoh-bodohkan dan sekaligus jadi kuda  tunggangan buat Datuk Sri Anwar dan regim Datuk Sri Anwar sesuka hati demi kerakusan untuk punya kuasa politik di Putrajaya? 

Jika anak-anak muda dan orang-orang kampung yang tolol dan buta undang-undang ini dah tahu tentang 'loop-holes" pada Perlembagaanm Persekutruan dan negeri-negeri di dalam Malaysia? Penulis yakin,mereka ini tentu akan lari meninggalkan Datuk Sri Anwar terkonting-konting seorang diri.

Mereka terus lari dari menyokong anda disebabakan dari hari ke hari,konsep perjuangan Datuk Sri dilihat telah jadi songsang.Tidak ada jati diri sama sekali.Nak dikatakan nasionalis pun tidak.?Nak kata agamais pun lagi jauh?

Ingatlah! Kita ini semua mahu atau tidak mahu pasti akan mati dan tinggalkan dunia ini.Janganlah disebabkan kita tidak mahu membinakan asas yang kuat untuk jadi kubu pertahanan untuk anak cucu kita? Tetapi kita hentam pula pada orang-orang yang mahu membinanya?

Ditakuti,setelah kita tiada lagi di dunia uanmg fana ini? Kita akan dimaki hamun oleh anak cucu dan cicitkan selaku pengkhinat bangsa.

Akibat Datuk Sri Anwar orang pertama yang menghentam lumat huraian yang bersifat akademik yang dihuraikan oleh Datuk Mohd Noor Abdullah, sesuatu berhubung dengan aspek undang-undang yang diperuntukan dalam Perlebangana kita Malaysia?

Tahukah Datuk Sri Anwar? Berapa banyak lagi orang-orang yang masih ingusan juga turut menghentam Datuk Mohd Noor Abdullah.Diantaranya ialah Naib Presiden PKR Sdr.Surendran menerusi portal Malaysiakini tanggal 12 hb.mei 2013.

Pada Mei 13,2013 pula menerusi portal Malaysiakini juga,Setiausaha Biro Guaman DAP Gobind Singh Deo,menuntut pihak berkuasa mengambil tindakan ke atas Bekas Hakim Mohd Noor Abdullah yang didakwa mengeluarkan kenyataan menghasut dan kononnya menggalakan permusuhan kaum.

Menghuraikan kepada rakyat yang tidak tahu dan tidak faham aspek undang-undang dan isi kandungan undang-undang yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutan dan bagi negeri-negeri di dalam Malaysia dan menyarankan agar melakuan ubah suai demi keselamatan penduduk Melayu dan bumiputra lain ? Itu dianggap menghasut kononnya menggalakan permusuhan kaum?

Banggang sangat alasan ini.Datuk Mohd Noor Abdulah adalah merupakan Prof. yang sedang memberi kuliah tentang isi kandungan Perlembagaan Malaysia dan negeri-negeri pada anak-anak muridnya yang berjumlah lebih 28 juta itu dari aspek undang-undang?

Itu dikatakan salah dan menghasut? Banggang betul alasan ini.Kerana tokoh ilmuan undang-undang lazimnya bukan sahaja dibolehkan memberi kuliah di universiti sahaja?

Dengan kata lain bahawa setiap akademik itu malah dibenarkan oleh undang-undang memberi kuliah kepada seluruh rakyat Malaysia di luar universiti seperti rakyat yang berada di kampung dan di desa-desa dan juga di bandar-bandar agar jangan buta undang-undang dan senang dikotak-katik oleh orang-orang yang rakus nafsunya untuk berkuasa?

Apakah Datuk Sri Anwar tidak insaf! Dengan menyeru anak-anak muda keluar beramai-ramai melakukan DEMONSTRASI JALANAN kononnya hendak menunjuk perasaan kerana tidak mahu mengakui kemenangan  Umno-BN pada PRU-13 yang mana keputusannya telah dimaklumkan oleh (SPR) pada malam 05 hb.Mei 2013 itu tidak membangkitkan kebencian dan perasaan kaum yang tidak terlibat langsung dengan agenda anda itu??

Ratusan ribu rakyat akan menyumpah ranah,memaki hamun Datuk Sri Anwar dan regim Datuk Sri Anwar, akibat jalan raya jam dan sesak berjam-jam lamanya? Ia menyusahkan sahaja kepada ribuan orang-orang lain yang tidak terlibat dengan cita-cita han harapan gila lagi songsang ciptaan Datuk Sri Anwar itu?

Insaflah! Terimalah kenyatan kalau dah kalah itu? Dulu saya anggap Datuk Seri sebagai idola saya walaupun umur saya 10 tahun lebih tua dan lebih banyak makan garam kehidupan dari Datuk Sri Anwar semata-mata
disebabakan oleh iltizam perjuangan Datuk Sri Anwar dulu-dulunya berunsur Nasionalis dan sekaligus dilihat hendak meninggikan syiar agama Islam.

Tetapi kini, saya lihat semuanya itu telah pergi meninggalkan Datuk Sri Anwar dan saya pun terpaksa meninggalkan Datuk Sri Anwar akibat perjuangan politik kita telah jauh berbeza.Datuk Sri dah tidak sayang dan kasih bangsamu sendiri. Tetapi saya? Bangsa saya adalah lebih utama dari si pendatang yang tidak tahu membalas budi ini.

PERHATIAN: Di bawah ini ada penulis sertakan teks penuh huraian yang telah dibuat oleh Datuk Mohd Nopr Abdulah, ketika menjadi panel majlis wawancara itu.Ikutilah lebih jelas lagi.Tulisan itu penulis petik dari Utusan online dan telah disiarkan pada Mei,13,2013 di blog penulis. Harap maklum.(Posted by abnmulya at 11.22 am on Mei,15,2013)


BERJIHAD PERKASAKAN  PERLEMBAGAAN

KUALA LUMPUR 12 Mei - Orang Melayu diseru supaya berjihad memperkasakan Perlembagaan Persekutuan serta Undang-Undang Tubuh Negeri bagi memastikan bangsa itu kekal menjadi pentadbir negara dan negeri.
Datuk Mohd Noor Abdullah

Datuk Mohd Noor Abdullah Bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd. Noor Abdullah (gambar kanan) berkata, hal ini kerana dalam Perlembagaan di peringkat Persekutuan dan negeri, perkara berkaitan pelantikan Melayu Islam sebagai pentadbir boleh dilonggarkan.

"Mengikut Perlembagaan Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong, hendaklah melantik seorang Perdana Menteri yang mendapat majoriti dalam Dewan Rakyat. Itu sahaja dan tidak ada disebut Melayu Islam.

"Tetapi mengikut amalan demokrasi oleh kerana negara ini negara Islam, Yang di-Pertuan Agong apabila melantik Perdana Menteri, bukan sahaja perlu mendapat majoriti itu tetapi hendaklah ia seorang Islam dan Melayu," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi panel Wacana Post Mortem Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13): Bicara Kepimpinan dan Survival Ummah di Menara Mara di sini hari ini.

Menurut Mohd. Noor, bagi peruntukan Perlembagaan negeri pula, raja atau sultan hendaklah melantik Menteri Besar atau Ketua Menteri daripada seorang yang mendapat majoriti dalam Dewan Undangan Negeri (DUN).

"Kedua, dia mestilah orang Melayu Islam dan ketiga, syarat kedua itu, raja atau sultan dengan budi bicara boleh melonggarkan syarat ini bagi menepati syarat pertama," jelas beliau. Katanya, dengan syarat ketiga itu, siapa sahaja mendapat majoriti, individu terbabit boleh dilantik sebagai Menteri Besar atau Ketua Menteri.

"Oleh itu kalau DAP dapat majoriti, maka orang Cina boleh menjadi Menteri Besar. Macam mana? Kalau kita kata tidak boleh, maka pindalah Perlembagaan dengan sokongan majoriti dua pertiga. Beritahu di Melaka dan Pahang yang mendapat majoriti dua pertiga, mansuhkan klausa itu," tegasnya.

Beliau juga memberi bayangan bahawa Singapura boleh dibawa masuk ke dalam Malaysia dengan suara majoriti di Dewan Rakyat.

"Tak perlu persetujuan Majlis Raja-Raja, tetapi nak bawa masuk Singapura ke dalam Malaysia memerlukan hanya Akta Parlimen, Pas dengan satu majoriti maka masuklah Singapura ke Malaysia. Bayangkan akibatnya. Ini agenda pengkhianatan.

"Sebab itu (isu) kalimah Allah 'dicampakkan' agar orang Pas dan UMNO, orang Melayu berpecah dengan matlamat akhirnya untuk menawan hati orang bumiputera Sabah dan Sarawak. Nampak tak telunjuknya ke mana? Tetapi orang Melayu termakan umpan, nasib baik bumiputera Sabah dan Sarawak masih menyokong kita," tegasnya.

Sebab itu jelasnya, pengkhianatan orang Cina terhadap ikatan setia kawan orang Melayu adalah sesuatu perkara yang benar-benar berlaku. Selain persoalan terhadap Perlembagaan, orang Melayu juga perlu berjuang dalam memperkasa dan menambah tanah rizab Melayu yang tertakluk di dalam Perlembagaan.

"Isytiharkan tanah rizab ini di kawasan-kawasan bandar dan dalam erti kata lain, menyusun semula masyarakat. Isytiharkan tanah rizab Melayu untuk berladang dan menternak, cari tanah yang baik untuk Melayu berladang dan berniaga dan kalau ada bukit, beri kepada Melayu buat kuari.

"Kita susun atur tanah ini dan agih-agihkan untuk Melayu. Begitu juga dalam bidang ekonomi yang sehingga kini 20 peratus daripadanya dimiliki orang Melayu. Jadi susunlah strategi supaya dalam tempoh 10 tahun ini, kekayaan Melayu menguasai 67 peratus," katanya.

Beliau turut menasihatkan semua pihak supaya bekerjasama menghapuskan rasuah dalam kalangan orang Melayu iaitu daripada kelompok ahli politik sehingga ke kakitangan kerajaan.(Utusan online-pilihanraya).POSTED BY ABNMULYA 11.22 AM ON MEI 13,2013. Posted by ABNMULYA at 8:29 PM No comments:


No comments: