Wednesday, June 12, 2013

DAP beri amaran kepada Er Teck Hwa

RABU, 12 JUN 2013 12:14
Oleh  ROSLAN BIAN

KEMASKINI Hanya amaran keras yang diberikan oleh DAP terhadap Ahli Parlimen Bakri Er Teck Hwa ekoran tindakannya menghadiri taklimat parlimen semalam, yang dianggap "telah melanggari displin parti". 

Ketua Whip DAP Anthony Loke menegaskan kepimpinan parti memandang serius perkara tersebut dan telah mengeluarkan surat tunjuk sebab supaya beliau memberi penjelasan semalam.

Bagaimanapun, Anthony yang juga ahli parlimen Seremban berkata Er telah memberikan penjelasan secara bertulis dan memohon maaf di atas tindakan beliau itu.

 "Setelah berbincang dengan Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang, saya selaku Whip DAP akan memberikan satu surat amaran keras kepada Er Teck Hwa supaya tidak mengulangi kesilapan tersebut.

 "Namun, memandangkan beliau telah mengakui kesilapannya dan memohon maaf secara terbuka, saya mengambil keputusan untuk tidak merujuk beliau ke Jawatankuasa Disiplin DAP," kata Anthony dalam satu kenyataan hari ini.

Anthony berkata amaran itu perlu dijadikan satu pengajaran kepada Er termasuk semua ahli parlimen DAP supaya sentiasa bertindak secara kolektif dan mematuhi keputusan pucuk pimpinan parti dalam menjalankan tugas sebagai ahli parlimen DAP.-12/6/2013

Beranikah DAP pecat Er Teck Hwa kerana hadir taklimat di Parlimen? Kehadiran Ahli Parlimen Bakri, Er Teck Hwa ketika pembangkang bertindak memboikot majlis taklimat untuk ahli-ahli Parlimen pada Selasa memang menarik tumpuan wakil-wakil rakyat lain termasuk media.

Bahkan, Speaker Tan Sri Pandikir Amin Mulia dalam ucapan aluan memuji Er kerana hanya beliau daripada 89 ahli parlimen pembangkang yang hadir ke majlis tersebut.

Er – ahli parlimen penggal kedua sendiri nampak seronok ‘dirai’ oleh rakan-rakan daripada BN malah beliau melambai-lambai tangan serta mengangkat ibu jari setiap kali disapa.

Beliau kemudian duduk bersebelahan ahli parlimen Ayer Hitam, Datuk Wee Ka Sing mendengar taklimat sehingga majlis selesai.

Ahli Parlimen DAP itu juga begitu teruja apabila petugas media terlebih dahulu mengerumuninya bagi mendapatkan komen kehadirannya.

 Menjawab pertanyaan, Er menjelaskan beliau hadir pada taklimat tersebut kerana ianya penting untuk mendengar peraturan-peraturan yang akan digunapakai pada sidang Dewan Rakyat kali ini.

Bila ditanya kenapa rakan-rakan beliau yang lain tidak hadir, kata Er, terpulanglah kepada mereka. Bohonglah jika Er mendakwa tidak tahu arahan memboikot majlis itu kerana berdasarkan jawaban-jawaban kepada soalan media, nyata beliau tahu arahan yang dikeluarkan bukan sahaja oleh DAP tetapi PKR dan PAS bagi memboikot majlis tersebut.

Agendadaily sendiri bertanya apakah beliau bersedia dikenakan tindakan kerana menghadiri majlis tersebut. Menurut Er, beliau tidak mahu fikir perkara itu.

Sebenarnya, seperti diduga, DAP kini merancang mengambil tindakan disiplin terhadap Er yang engkar arahan parti untuk memboikot majlis berkenaan.

Setiausaha Publisiti, Anthony Loke Siew Fook berkata, DAP akan memanggil Er untuk memberi keterangan berhubungan kehadirannya pada taklimat pagi Selasa.

 "Kita akan paggil dia secepat mungkin, dalam tempoh dua tiga hari ini. "Dia telah langgar disiplin, kita akan rujuk kepada Jawatankuasa Disiplin parti," katanya.

Ekoran itu, Er memohon maaf kerana menghadiri majlis taklimat tersebut sedangkan ianya dipulaukan oleh ahli parlimen pembangkang.

Beliau mendakwa tidak menerima apa-apa arahan rasmi untuk tidak menghadiri majlis berkenaan, walau mengetahui mengenai perkara itu melalui laporan media. Er berkata, arahan seperti itu biasanya dihantar melalui SMS dan emel dari jawatankuasa pusat partinya, DAP.

 Beliau tidak menganggap pemulauan tersebut sebagai arahan rasmi kerana tidak menerima maklumat melalui saluran tersebut, katanya dalam satu kenyataan petang ini. Bagi petugas media yang menebual Er tahu, apa yang dikatakan ahli parlimen itu bohong atau benar.

 Namun, tumpuan kini adalah untuk melihat sama ada DAP berani mengambil tindakan tegas terhadapnya. Ambil kira DAP yang sedang ‘kemaruk’ memecat ahli-ahli parti terutama yang menentang parti ketika PRU 13 lalu, tindakan sama wajar dikenakan terhadap Er.

Ini kerana kehadiran Er ke majlis taklimat boleh dianggap kesalahan besar kerana engkar keputusan dan arahan parti. Namun, beranikah DAP memecat Er?

Mustahil DAP mahu berbuat demikian kerana itu hanya akan merugikan mereka dan menyosotkan bilangan kerusi Parlimen yang dimenangi pada PRU 13 lalu.

Bukan pelik kerana DAP selalu ‘double standard’ dalam tindakannya. Atau mungkin, Er memang diarah hadir ke majlis itu sebagai ‘mata dan telinga’ pembangkang. – 12/6/2013 OLEH ROSLAN BIAN( Dari Agenda Daily).Posted by abnmulya at 3.07 am on June 13,2013.

No comments: