![]() |
YDPR Tan Sri Pandikar Amin Mulia |
Perkara itu ditegaskan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia merujuk sikap pembangkang khususnya wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang mempertimbang memboikot majlis angkat sumpah tersebut sebagai bantahan terhadap keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13.
Menyifatkan tindakan tidak hadir dalam majlis angkat sumpah dengan sengaja itu sebagai penghinaan kepada Yang di-Pertuan Agong, negara, Parlimen dan semua institusi berkenaan, Pandikar Amin berkata, Parlimen juga akan menentukan tindakan lain bersabit kesalahan tersebut.
"Jika tidak datang hari pertama, bukankah itu satu penghinaan kepada sistem Parlimen. Mengapa pula mahu angkat sumpah hari lain?
Kalau buat begitu, saya sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat juga boleh memboikot hari mereka mahu angkat sumpah.
Mungkin Timbalan-timbalan saya juga akan boikot sama. "Sewenang-wenang mahu angkat sumpah hari berbeza, apa guna kita ada sistem kalau tidak dipatuhi?
Apakah Yang Dipertua kena menyediakan masa khas untuk mereka angkat sumpah?
Peraturan mesyuarat mana itu?
Janganlah semuanya mahu dipolitikkan. Nasihat saya, semua Ahli Parlimen harus angkat sumpah pada hari pertama sidang berdasarkan Perlembagaan dan Peraturan Masyuarat," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan majlis taklimat kepada Ahli-ahli Dewan Rakyat, Majlis Parlimen ke-13 di bangunan Parlimen di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE(posted by abnmulya at 1828 hrs on June 11,2013.
No comments:
Post a Comment