![]() |
Datuk Abdul Rahman Othman |
"Tidak munasabah untuk ROS mendedahkan sebarang maklumat selagi siasatan belum berakhir dan kita sudah memberikan kerjasama dalam perkara ini dengan memberikan dokumen yang berkaitan.
"Jadi, kita minta ROS berhenti mendedahkan hasil siasatan dan segera menyelesaikan siasatan yang dijalankan," katanya kepada pemberita di sini hari ini. Khamis lalu,
Ketua Pengarah ROS, Datuk Abdul Rahman Othman memberitahu hasil siasatan yang dijalankan mendapati ramai ahli DAP yang layak menghadiri Kongres Kebangsaan Ke-16 parti itu Disember lalu tidak menerima notis panggilan daripada parti.
![]() |
Karpal Singh |
Karpal dalam pada itu menambah, pihaknya mahu siasatan terhadap DAP yang dijalankan ROS dapat diselesaikan sebelum sidang Dewan Rakyat bermula pada 24 Jun ini.
Selain itu, apabila diminta mengulas sekiranya pendaftaran DAP dibatalkan, tegas beliau, perkara itu tidak menjadi masalah memandangkan DAP boleh didaftarkan semula seperti yang dilakukan UMNO.
"Semua ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) DAP akan tetap menyandang jawatan itu dan menjadi perwakilan bebas, malah di Pulau Pinang juga tidak akan terkesan kerana DAP mempunyai sokongan Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam pakatan pembangkang," katanya.( Utusan online-politik).Posted bya abnmulya at 1334 hrs on June 02,2013.
No comments:
Post a Comment