![]() |
| Datuk Seri Mustapa Mohamed |
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, kerjasama antara kedua-dua pihak sebenarnya telah terjalin sebelum ini, namun kehendak rakyat selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) mahukan hubungan itu dipertingkatkan lagi.
"Insya-Allah, ini merupakan kehendak akar umbi. Saya telah berjumpa beberapa pihak, saya sendiri berhasrat supaya ditingkatkan kerjasama itu.
"Sebelum ini telah ada kerjasama, cuma hasrat akar umbi supaya ditingkatkan lagi dan begitu juga dengan titah Tuanku mahu kerjasama," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Istiadat Pembukaan Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan Ke-13 di sini hari ini.
Istiadat pembukaan itu disempurnakan oleh Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V. Turut mengiringi baginda ialah Tengku Mahkota Kelantan, Dr. Tengku Muhammad Fa-iz Petra dan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob.
Dalam titahnya, Sultan Muhammad menyarankan agar kerajaan negeri bekerjasama dengan Kerajaan Pusat dalam menyediakan kemudahan infrastruktur dan utiliti di negeri ini untuk kesejahteraan rakyat.(UTUSAN ONLINE-POLITIK).POSTED BY ABNMULYA AT 1824 HRS ON JUNE 17,2013.
.jpg)
No comments:
Post a Comment