Monday, June 10, 2013

Kesabaran ada hadnya-Erdogan

Seorang penunjuk perasaan yang cedera dipukul, dibantu orang ramai dalam satu bantahan antikerajaan di Dataran Kizilay, Ankara, Turki, kelmarin. - AFP 

ANKARA 10 Jun - Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan, semalam memberi amaran bahawa kesabaran beliau 'ada batasnya' ketika negara ini berdepan tunjuk perasaan antikerajaan besar-besaran membantah kepemimpinannya yang berlandaskan Islam.

Amaran itu dikeluarkan ketika beribu-ribu penunjuk perasaan berhimpun di Istanbul, Ankara dan bandar Izmir masuk hari ke-10, semalam.

Erdogan turut melancarkan perhimpunannya sendiri di tiga bandar itu untuk meningkatkan semangat penyokong setia kepada parti pimpinannya, Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP).

 "Setakat ini kami masih bersabar, tetapi kesabaran kami ada batasnya. "Mereka yang tidak menghormati kerajaan akan menerima padah," kata Erdogan kepada beribu-ribu penyokong AKP di Ankara.


Sementara itu, ketika beliau berucap, polis menggunakan gas pemedih mata dan meriam air bagi menyuraikan beribu-ribu penunjuk perasaan antikerajaan yang berhimpun di Dataran Kizilay di pusat bandar raya itu.

Tunjuk perasaan di Turki bermula pada 31 Mei lalu selepas polis menggunakan kekerasan ke atas penunjuk perasaan yang berkempen untuk menyelamatkan Taman Gezi di Istanbul daripada dimusnahkan.

Tunjuk perasaan itu bagaimanapun merebak kepada penentangan terhadap kepemimpinan Erdogan dan parti pimpinan beliau yang didakwa semakin bersifat autoritarian. - AFP(Utusan online=-luar negara).Posted by abnmulya at 10.31 am on June 11,201.

1 comment:

hisemudinkasim.blogspot.com said...

Pergolakan di Turki kini adalah hasil ledakan hati rakyat terutamanya golongan sekular yang telah terhimpit dengan dasar-dasar oleh Parti AKP pimpinan Recep Tayyip Erdogan. Maka ini adalah masa yang sesuai bagi mereka untuk meluahkan ketidakpuasan hati terhadap kerajaan. Dengan sumbu ledakan atas alasan menentang cadangan untuk mengubah landskap Gezi Park untuk menjadi replika berek tentera pada era Uthmaniyyah, maka para penunjukkan perasaan yang bermula dengan aman kemudian berindak ganas.

Ikutilah ulasan saya dalam, "Turki & Erdogan : Legasi bumi Uthmaniyyah kini bergolak"
http://hisemudinkasim.blogspot.com/2013/06/turki-erdogan-legasi-bumi-uthmaniyyah.html