Friday, June 14, 2013

Nilai Ronaldo RM 419 juta.



Cristiano Ronaldo,pemain bola sepak Real Madrid
LONDON - Monaco bersedia untuk membuat bidaan rekod dunia sebanyak 85 juta pound (RM419 juta) bagi mendapatkan pemain Real Madrid, Cristiano Ronaldo.

Ronaldo hanya mempunyai baki kontrak dua tahun bersama Madrid dan dia sememangnya diketahui kecewa dengan kehidupannya di Santiago Bernabeu. Kelab Ligue 1 itu yang dibiayai jutawan Rusia, Dmitry Rybolovlev, telah pun membelanjakan lebih 110 juta pound (RM543 juta) untuk membeli pemain Atletico Madrid, Radamel Falcao dan James Rodriguez serta pemain Porto, Joao Moutinho.

Kini Monaco bersedia untuk membuat tawaran terbesar, dengan mengambil kesempatan daripada kekecewaan Ronaldo di Madrid yang menyebabkan pemain itu belum lagi menandatangani kontrak baru. 

Monaco sanggup menjadikan Ronaldo pemain bola sepak yang menerima gaji paling tinggi di dunia iaitu 17 juta pound (RM83 juta) setahun.

Monaco akan memantau rapi perbincangan Ronaldo dengan Real Madrid mengenai lanjutan kontrak dan jika tiada sebarang perjanjian dimeterai pada penghujung Julai atau Ogos, kelab itu akan membuat bidaan rasmi.

Memang wujud perbincangan di antara Monaco dan pihak pengurusan Ronaldo sejak 18 bulan lalu dan kedua-dua belah pihak bertemu pada awal tahun ini.

Ronaldo merasakan tidak begitu dihargai di Madrid dan percaya dia sepatutnya menerima bayaran yang lebih tinggi.

Dia mahu menerima pendapatan lebih daripada pesaingnya di Barcelona, Lionel Messi. Februari lalu, Messi menandatangani kontrak baru sehingga 2018 dengan Barcelona, perjanjian yang disertakan dengan pelbagai insentif dengan gaji pokok bermula 12 juta euro (RM50.2 juta) setahun dan tambahan pendapatan dari segi bonus dan hak penyiaran imej.

Monaco akan menawarkan Ronaldo gaji tahunan berjumlah 20 juta euro (RM83.7 juta), atau hampir 330,000 pound (RM1.62 juta) seminggu Monaco tidak mengenakan cukai pendapatan kepada penduduk bakal menjadikan Ronaldo pemain bola sepak menerima gaji paling tinggi di dunia. - AGENSI (Utusan online-Sukan bola sepak).Posted by abnmulya at 1.27 am on JUNE 15,2013.

No comments: