Saturday, June 8, 2013

Pertubuhan Gerakan Siber 1 M buat laporan polis

MOHAMAD Sharom Rahman (dua dari kanan) bersama ahli pertubuhan GS1M menunjukkan laporan polis yang dibuat terhadap kenyataan dua pemilik laman sosial yang menghina Nabi Muhammad dan pihak polis di Balai Polis Bayan Baru, Pulau Pinang, semalam. - MINGGUAN/MALINDA ABDUL MALIK PULAU 

PINANG 8 Jun - Polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) digesa menyiasat tindakan biadab dua orang pengguna laman sosial Facebook yang menghina Nabi Muhammad SAW dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi laman Facebook masing-masing semalam.

Gesaan itu dibuat Pertubuhan Gerakan Siber 1 Malaysia (GS1M) yang diwakili oleh Presidennya, Mohamad Sharom Rahman dan seorang jawatan kuasa GS1M menerusi laporan polis di Balai Polis Bayan Baru di sini kira-kira pukul 3 petang hari ini.

 Mohamad Sharom yang ditemui selepas itu berkata, kenyataan menghina Nabi Muhammad dilakukan eorang pemuda yang dikatakan berasal dari Sarawak dengan menggunakan nama Programmer Calvin Gani di laman Facebooknya.

Katanya, seorang lagi yang menggunakan nama Rakyat Anarki pula menghina polis sebagai anjing dan Tan Sri Khalid Abu Bakar tidak layak menjawat jawatan Ketua Polis Negara.

"Tujuan saya buat laporan ini kerana kita mahu pihak berkuasa mengambil tindakan undang-undang terhadap kedua-dua mereka ini," katanya kepada pemberita hari ini. Menurut Mohamad Sharom, SKMM perlu menggunakan undang-undang sedia ada untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana pemilik laman sosial yang mencetuskan provokasi agama kerana boleh mengganggu-gugat ketenteraman negara. (UTUSAN ONLINE-JENAYAH).Posted  by abnmulya at 12.30 am on June 09,2013.

No comments: