Tuesday, July 2, 2013

Badan-badan Ngo Gombak: Tetap kuat menyokong Presidennya Datuk Dr. Rahman Ismail

Sebahagian daripada para perwakilan dari badan-badan Ngo Gombak yang telah hadir pada Mesyuarat Agong  yang diadakan oleh Gabungan Ngo-Ngo Gombak,pada jam 9.00 malam,pada tanggal 01 hb.Julai 2013 di Restauran D'Selera Greenwood (di Restauran Ogy Ahmad Daud) di Greenwood, di Daerah Parlimen Gombak,Selangor .
                                                                                                                                                 


Rabu,Julai 03,2013 at 2.38 am

Sesungguhnya Mesyuarat Agong Gabungan Ngo-Ngo Gombak,pimpinan mantan Ahli Parlimen Umno Gombak,Datuk Dr.Rahman Ismail,sebenarnya ia mesti dilakukan pada bulan Mac atau April 2013.

Disebabkan pada bulan-bulan yang tersebut di atas itu,selaku Ketua Umno Cawangan Taman Selayang dan sekaligus selaku Presiden Gabungan Ngo-Ngo Gombak,begitu sibuk melakukan program-program untuk menghadapi PRU ke:13 yang jatuh pada tanggal 5 hb.Mei 2013 yang lalu.
Datuk Dr.Rahman Ismail memberi ucapan pembukaan majlis Mesyuarat Aghong tahun ke-3 Gabungan Ngo-Ngo Gombak,pada jam 9.00 pada tangal 01 hb.Julai 2013 di Restauran D' Selera Greenwood,Gombak.
Maka Mesyuarat Agong Gabungan Ngo-Ngo Gombak itu sendiri terpaksalah ditunda tarikhnya iaitu selepas selesai Pilihan Raya Umum (PRU:13) yang telah berlangsung pada 05 hb.Mei 2013.

Keputusannya PRU ke-13 di Gombak telah pun diketahui semua rakyat Malaysia.Datuk Dr.Rahman Ismail yang bertanding sebagai calon Parlimen Umno Bahagian Gombak kecundang di tangan Azmin Ali dari parti PKR.

Tapi Datuk Dr.Rahman Ismail berjaya mengurangkan majoriti Azmin pada PRU ke-13 ini berbanding pada PRU ke-12 pada tahun 2008 dulu itu ketika Azmin mengalahkan calon Parlimen Umno Gombak,Datuk Said Anuar.

Seperti mana yang telah berlaku pada PRU ke-12 dulu itu? Maka pada PRU ke-13 ini pun,dengan ketentuan Allah SWT Umno-BN Gombak kalah dengan 4-0 juga di tangan parti Pakatan Rakyat.

Dengan keputusan tersebut? Ertinya Umno-BN Gombak tidak cukup bersedia ke medan juang dan gagal mendapatkan sokongan bukan sahaja dari pengundi kaum CINA di Gombak,malah gagal unutk memenangi hati nurani bangsa Melayu yang telah menyokong PKR/PAS.

Dalam konteks kekalahan itu? Tokoh politik Gombak yang bertanggung jawab ialah Ketua Umno Bahgian Gombak dan para pembantunya b oleh dikatakan dilihat telah gagal menarik hati para pengundi memilih calon-calon Umno-BN dan sekaligus telah gagal juga menyatu padukan orang-orang Melayu di Gombak agar kembali terus menyokong Umno-BN.

Jika senario ini berlaku di negara-negara Barat? Dengan cepat kita akan dapat melihat tokoh-tokoh politik yang menjadi  Ketua di sesuatu kawasan itu dan kemudiannya kalah pula pada sesuatu pilihanraya di kawasan yang beliau dan kawan-kawannya menjadi nakhoda kapal pelayarannya?

Mereka sudah tentu akan segera mengundur diri dan segera MELETAKAN jawatan dan memberi peluang pada orang baru,pada orang yang lebih muda,pada orang-orang yang lebih berwibawa dan mampu memimpin Umno-BN Gombak tanpa sebarang dalih-dalih lagi.

Mungkinkah senario ini akan berlaku pada Umno Gombak? Sama-samalah kita lihat dan tunggu.

BERLANGSUNG DENGAN MERIAH DAN SELAMAT.

Syukur Al-Hamdulillah! Dengan izin Allah SWT yang Maha Berkuasa menentukan sesuatu,maka pada jam 9.00 malam,pada tanggal 01 hb.Julai 2013,bertempat di Restauran D'Selera Greenwood iaitu, (Di Restauran Ogy Ahmad Daud) di Greenwood,Gombak,Selangor,maka berlangsunglah sudah majlis Mesyuarat Agong tahun ke :3 Gabungan Ngo-Ngo Gombak yang sangat popular itu.

Tan Seri Datin Paduka Zaleha Ismail
Majlis Mesyuarat Agong Gabungan Ngo-Ngo Gombak, tahun ke:3 itu telah mendapat sambutan yang hebat dari para penyokog Datuk Dr.Rahman  Ismail walaupun pengumuman hanya dibuat secara menghantar SMS sahaja.Dan berita tentang  Mesyuarat Agong tersebut telah disiarkan oleh blog (abnmulya /Bakar Ninggal.blogspot.com) sebanyak 3 kali.

(Dewan Restauran Ogy Ahmad Daud) yang comel dan sederhana itu melempah-ruah dipenuhi oleh para perwakilan dari Badan-badan Ngo-Ngo yang telah bergabung di dalam Gabungan Ngo-Ngo Gombak pimpinan beliau.

Dari kepingan gambar-gambar yang penulis paparkan di ruangan ini,ia menjadi bukti nyata,betapa taat,betapa setia,betapa cinta,dan betapa kasih dan sayanag yang telah dipamirkan oleh para pengikut dari badan-badan Ngo Gombak itu sendiri terhadap pimpinan  Datuk Dr. Rahman Ismail.

Mantan ( MP) Umno Bahagian Gombak yang telah banyak berjasa kepada mereka ketika beliau memegang jawatan sebagai Presiden Gabungan Ngo-Ngo Gombak,dengan cara sering mendekati rakyat dengan bermacam-macam program mendekati dan membantu rakyat yang kurang bernasib baik di dalam kawasan Parlimen Gombak itu sendiri.

Kerja-kerja bakti yang sama juga telah dilakukan oleh Datuk Dr.Rahman Ismail,ketika beliau menjadi (MP) Ahli Parlimen Gombak, pada penggal 2004 hingga 2008 dulu itu, ia boleh dikatakan sentiasa terpahat di hati nurani rakyat di kawasan berkenaan.

Jasa dan budi baik Datuk Dr.Rahman Ismail,di dalam melakukan khidmatnya padfa rakyat di Parlimen Gombak akan diingati dan akan dikenang oleh mereka selagi hayat dikandung badan.Budi baik beliau akan di bawa mati.
Dari kanan : Bewrtudung merah ialah Tan Seri  Paduka Dati Zaleha Ismail,Penasihat Eksekutif Gabungan Ngo-Ngo Gombak.Sebelah beliau Datuk Dr.Rahman Ismail,Presiden Gabungan sedang berkata sesuatu pada Setiausahanya En.Fadzli Mansor.Yang bersongkaok hitam itu ialah Taun Hj.Rashid,Ketua Penerangan Gabungan,sedang membaca laporan penyata tahunan Gabungan Ngo-Ngo Gombak pada Majlis Mesyuarat Agong ke:3 pada malam itu.
Andainya mereka tidak kasih dan tidak sayang pada pimpinan Datuk Dr.Rahman Ismail? Sudah tentu mereka tidak akan hadir secara sukarela di majlis Mesyuarat Agong yang di adakan oleh Gabungan Ngo-Ngo Gombak itu.

Majlis Mesyuarat Agong Gabungan Ngo-Ngo-Gombak yang indah permai itu telah dirasmnikan oleh Ybhg.Tan Seri Datin Paduka Zaleha Ismail,selaku Penasihat Eksekutif  Gabungan Ngo-Ngo Gombak itu sendiri.
Seabahagian lagi para perwaklian badan-badan NGO-NGO yang hadir pada majlis Mesyuarat Agong tersebut.
Berdasarkan dengan pengalaman luasnya di bidang aktibiti-aktibiti NGO di luar dan di dalam negeri. Maka sesungguhnya,Tan Seri Datin Paduka Zaleha Ismail,boleh dikatakan cukup banyak telah menyumbangkan buah fikiran dan tenaga beliau terhadap perkembangan dan kemajuan Gabunga Ngo-Ngo Gombak itu sendiri.

Tan Seri Paduka Zaleha Ismail,wlaupun kini usia beliau telah menjangkau 77 tahun. Namun beliau tetap dilihat segar bugar dan penampilan beliau dilihat semacam wanita yang baru berusia lima pulohan tahun aje.

Penulis dan para pemimpin Gabungan Ngo-Ngo Gombak sentiasa mendoakan agar beliau tetap sihat walafiat dan sentiasa mendapat lindungan dari Allah SWT.
Dari sudut yang lain pula? Ini sebahagian lagi para perwakilan yang memenuhi Dewan  Mesytuarat di Restauran D'Selera Greenwood,di Gombak,Selangor pada malam tgersebut.
Di samping itu,beliau dilihat begitu serasi bekerja sama dengan Datuk Dr.Rahman Ismail.Walau pun bin dan bintinya sama? Tetapi antara mereka bukan adik beradik.Tan Seri Zaleha orang Selangor,dan sementara Datuk Dr.Rahman Ismail,adalah orang dari Daerah Alor Gajah,Melaka,satu negeri dengan penulis sendiri yang berasal dari Kamung Umbai,Melaka.

Jika kita mahu membuat ukuran dari segi aktibiti-aktibiti badan Ngo-Ngo di Selangor? Maka ia tidak boleh dinafikan bahawa Gabungan Ngo-Ngo Gombak merupakan Gabungan Ngo-Ngo yang berada dan tumbuh subur di Selangor yang paling aktif sekali.

Segala aktibiti-aktibiti memmbantu masyarakat di Daerah Gombak yang telah dilakuan oleh Gabungan Ngo-Ngo Gombak sejak ditubuhkan hingga kini? Tiada taranya.Sekalai dah berbakti pada masyakat? Ia akan terus dijalankan.
Di sudut ini pula ialah para perwakilan lelaki yang sedang memenuhi di sudut yang lain pula di dalam Dewan Mesyuarat di Restauran D'Selera Greenwod,Gombak,pada malam itu.
Untuk pengetahuan para pembaca semua.Bahawa hidup dan matinya Pergerakan Gabungan Ngo-Ngo Gombak itu sendiri? Adalah di ongkosi oleh Datuk Dr.Rahman Ismail,dengan wang poketnya sendiri.Kami tidak pernah dapat bantuan dari pihak berkuasa Malaysia.

Di masa-masa yang akan mendatanag? Andainya dapat bantuan dari pihak yang berkuasa di Malaysia? Sudah pasti aktibiti program-program Gabungan Ngo-Ngo Gombak, akan jadi  lebih luas skopnya, sekaligus sudah pasti akan menelurkan hasil-hasil yang lebih positif yang akan memberi banyak lagi manfaat pada rakyat di Daerah Gombak itu sendiri khasnya.

PADA (PRU KE:13) DATUK DR.RAHMAN ISMAIL DIPILIH SEBAGAI CALON PARLIMEN GOMBAK SEKALI LAGI.

Berdasarkan dengan pengalaman yang pernah menjadi (MP) Ahli Parlimen UMNO Gombak,pada penggal (PRU ke:11) pada tahun 2004 hingga 2008.

Pada pertarungan pada PRU ke-13 yang baru berlalu, Datuk Dr.Rahman Ismail telah dipilih sekali lagi untuk bertanding selaku calon Umno Gombnak, di Parlimen Daerah Gombak,oleh Pucuk Pimpinan Umno Pusat di bawah pimpina  Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ini merupakan satu penghormatan yang amat besar terhadap perjuangan Gabungan Ngo-Ngo Gombak, disebabkan Presiden mereka telah mendapat perhatian yang besar dari Datuk Seri Najib Tun Razak,selaku Presiden Umno Malaysia.

Sedangkan dalam Umno Bahagian Gombak,Datuk Dr.Rahman Ismail,merupakan sebagai Ketua Cawangan Umno,di Taman Selayang,di Batu Caves,Selangor.

Sebelum Mesyuarat Agong dimulakan sebahagian AJK Gabungan Ngo-Ngo Gombak duduk bersantai sambil minum kopi di luar dewan restauran itu
Dalam kontek pemilihan itu? Banyak pengulas-pengulas politik tanah air yang tidak menyebelahi sebarang parti?Dilihat telah membuat ulasan yang positif. Mereka rata-rata menyatakan bahawa pemilihan itu memang tidak ada cacat celanya. The right man on the right place.

Pemilihan yang telah dilakukan oleh Pucuk Pimpinan Pusat Umno itu? Bolehlah ditakrifkan sebagai satu-satunya pilihan yang tepat dan tidak ada cacat celanya yang telah dilakukan oleh pucuk pimpinan Umno Pusat,di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak dalam konteks untuk menghadapi PRU ke:13.

Setekah selesai Mesyuarat Agong,sebelum pulang ke rumah masing-masing mereka mengabadikan  kenagan indah di  luar dewan Restauran D'Selera Greenwood,Gombak.
Datuk Dr.Rahman bukan sahaja telah punya pengalaman selaku Ahli Parlimemn sejak tahun 2004 hingga 2008? Malah beliau juga punya kelulusan akedamik yang tinggi (doktor pakar) dan kedudukan ekonomi yang sudah begitu mantap,selaku seorang koprat muda yang (bertaraf jutawan).

Dengan kata lain penampilan beliau selaku calon Parlimen Gombak setanding dengan penampilan calon-calon dari parti pembangkang di Parlimen Gombak.Pihak pembangkang tidak boleh merendah-rendahkan calon Parlimen Umno di Gombak,dari segi kelulusan akedamik dan kedudukan ekonominya.

Malah ia bolehlah Datuk Dr.Rahman Ismail kita sebut dengan bidalan calon Umno-BN yang bertaraf ,"Jika berdiri sama tinggi dan ketika duduk sama rendah" dengan calon-calon dari Pakatan Rakyat yang bertanding di Parlimen Gombak seperti Azmin Ali,Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat.

Pada pertanding tersebut walaupun Datuk dr.Rahman tewas akibat tsunami politik kaum Cina? Namun Datuk Dr.Rahman Ismail telah berjaya mengurangkan majoriti yang diperolehi oleh Azmin Ali,tokoh dari Parti Pakatan Rakyat.Ini merupakan satu kejayaan yang besar bagi Datuk Dr.Rahman Ismail dan Umno Gombak itu sendiri.

Malahan beliau juga dilihat sejak tahun 2010 hingga ke tahun 2013 secara cergas telah melakukan program-program mendekati rakyat dengan cara melakukan kerja-kerja kebajikan untuk rakyat di kawasa Parlimen Gombak itu sendiri.

Beliau dilihat tidak henti-hentinya atas nama Gabungan Ngo-Ngo Gombak yang pro-Umno -BN pada setiap minggu akan mengadakan program-program kemasyarakatan dalam usaha membantu dan memberi penerangan kepada rakyat dan rakyat di Daerah Giombak dilihat begitu gembira dengan segala sumbangan yang telah dilakukan oleh Gabungan Ngo-Ngo Gombak itu oimpinan Datuk Dr.Rahman Ismail itu.
Sebahagian lagi para perwaklian lelaki dan perempuan yang telah hadir di Majlis Mesyuarat Agong Gabungan Ngo-Ngo Gombak pada malam itu.

Tidak kira masa dan hari.Kadang-kadang pada hari Sabtu dan Ahad,beliau dijemput hadir ke program-program mendekati rakyat hingga 3 dan 4 program-program sehari , pada waktu siang hari dan malam hari. Tiada langsung hari-hari untuk keluarganya.
Penulis selakau penulis blog telah diajak oleh beliau ke mana-mana sahja beliau pergi ketika beliau akan melakukan program-program kebajikan mendeakti rakyat di seluruh kawasan Parlimen di Daerah Gombak.

Lebih 300 aktibiti-aktibiti kemasyarakatan yang telah dilakukan oleh Datuk Dr.Rahman Ismail,atas nama Gabungan Ngo-Ngo Gombak  telah penulis tulis dan telah disiarkan di blog penulis  yang berjodol  (abnmulya / Bakar Ninggal.blogspot.Com).

Justeru apa sahaja yang penulis tulis dan paparkan di sini, ia merupakah kisah-kisah benar.Bukan reka-rekaan.Bukan main-mainan dan bukan tipu-tipuan.Ini adalah kisah benar dan nyata.

Beliau pernah bertanding dan telah pun menang sebagai Ahli Parlimen Umno,di Parlimen Gombak,pada PRU ke:11 pada penggal 2004 hingga 2008 dan ketika itu beliau telah berjaya mendapatkan majoriti undi yang besar iaitu lebih tiga belas ribu undi mengalahkan calon PAS Dr.Hatta Ramli.

Datuk Dr.Rahman Ismail menunjukan surat "tauliah"rasmi bahawa telah diangkat sebagai calon Umno Gombak,di Parlimen Gombak, pada (PRU ke:13)yang baru sahaja disampaikan oleh Presiden Parti Umno,Datuk Seri Najib Tun Razak,di Tingkat 9 di Ibu Pejabat Umno Selangor,di Shah Alam.
Sebenarnya! Bila bermula gossip-gossip PRU ke:13 telah diperkatakan oleh semua tokoh-tokoh politik oleh parti-parti yang ada di dalam Malaysia ini? Maka boleh dikatakan tokoh-tokoh politik Umno diseluruh Bahagian Umno di dalam Malaysia,masing-masing telah berangan-angan mahu jadi calon Parlimen dan jika menanag akan bergelar dengan title Yang Berhormat (YB).

Datuk Dr.Rahman Ismail dikalongkan bunga malai oleh penyokong-penyokong dari kaum India,sebaik sahaja selesai acara Pendaftaran calon Parlimen Gombak dan juga 3 orang calon-calon DUN di dalam Parlimen Gombak, di Sekolah Men.Sungai Pusu,Gombak.
Terutamanya pada tokoh-tokoh Umno                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                  yang sedang jadi Ketua Bahagian Umno di seluruh Malaysia dilihat begitu berminat untuk bertandig dan dipilih oleh pucuk pimpinan parti Umno agar jadi calon Parlimen dan masing-amsing mulahlah melobi menerusi saluran-saluran masing-masing.

Dalam konteks ini Umno Bahagian Gombak itu sendiri tidak terkecuali. Walau pun lebih awal lagi, Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak telah membayangkan menerusi kenyataan-kenyataan politiknya menerusi media arus perdana,bahawa tidak semestinya Ketua Bahaghian Umno,Timbalannya dan jawatan lain dalam parti Umno Bahagian,akan dipilih untuk bertanding sebagai calon Parlimen  atau calon-calon DUN pada PRU ke:13.Kenyataan Presiden Parti Umno itu cukup jelas untuk difahami.

Inilah tokoh-tokoh Umno Bahaghian Gombak yang bernasib baik telah diangkata oleh pucuk pimpinan parti Umno bertanding pada (PRU ke:13) di dalam Parlimen Gombak. Dari kiri: Datuk Said Anuar,Timbalan Ketua Umno Bahaghian Gombak, bertanding di DUN Gombak Setia.Datuk Dr. Rahman Ismail,Ketua Umno Cawang Taman Selayang,calon Parlimen Gombak.Sebelahnya ialah Tuan Hj.Rahim Kamaruddin,Ketua Umno Bahagian Gombak,jadi calon DUN Hulu Kelang.Sementara sebelahnya ialah  En.Ravi dari MIC bertanding di DUN Batu Caves. Semua ke empat-empatnya kalah.
Pun begitu? Boleh dikatakan tokoh-tokoh Bahagian Umno ini,dilihat semacam tidak peduli dengan kenyataan-kenyataan Pucuk Pimpinan Parti Umno itu.Mereka masih berfikir cara politik lama di dalam Umno.

Laazimnya setiap tokoh-tokoh Umno di Bahagian-Bahagian Umno pasti akan diangkat jadi calon pada setiap PRU sejak MERDEKA hingga kini. Mereka dilihat tidak begitu setuju jika TREND itu mahu di ubah.

Mereka terus syok sendiri dan terus berusaha melobi menerusi saluran masing-masing yang mereka yakini akan mampu menolong mereka melobi pucuk pimpinan pusat parti agar memilih mereka dan diberi peluang agar dapat bertanding jadi calon-calon terutama calon Parlimen,jika mereka ketika itu sedanag memegang jawatan Ketua Bahagian Umno misalnya.

TERKEJUT BERUK

Setelah secara rasmi diketahui bahawa Datuk Dr.Rahman Ismail telah diangkat sebagai calon Umno di Parlimen Gombak,?

Ekoran dari itu sudah pasti mengakibatkan ada golongan dalam Umno Gombak itu yang terkejut beruk dan sekaligus merasa tidak puas hati kerana seorang Ketua Cawangan sahaja telah diangkat jadi calon Parlimen Gombak.

Maka ujudlah golongan musuh di dalam selimut dan kempen memburuk-burukkan sesama sendiri dalam Umno bermulalah sudah.

Senario ini bukan sahaja ujud pada Umno di Bahagian Gombak.Malah ia ujud di serata Bahagian Umno di seluruh Malaysia.Ini merupakan satu DILEMA pada Umno.Mereka bukan mahu fikir-fikirkan untuk menang dan kerja kuat untuk menguatkan parti dengan menambahkan lagi pengundi dan penyokong pada Umno?

Kebanyakan dari mereka pentingkan peluang dan jawatan sahaja. Dilema inilah yang membuatkan Umno-BN hilang kuasa majoriti di dalam Parlimen pada PRU ke-12 dan berulang lagi pada PRU ke-13 pula.

Pada PRU ke-12 dulu Umno-BN menang sebanyak 140 kerusi Parlimen.Tetapi kali ini hanya mampu menang hanya 133 kerusi sahaja di dalam Parlimen Malaysia.

Errtinya? Pada PRU ke-13 ini Umno-BN hilang lagi sebanyak 7 kerusi di Parlimen. Anihnya? Malapetaka ini langsung tidak dikisahkan oleh sebahagian besar tokoh-tokoh politik di dalam Umno itu sendiri.

Mereka hanya sibuk mahu jadi calon yang belum tentu akan menang,tapi kalahnya sudah pasti..Kekalahan teruk Umno-BN pada PRU ke-12 dulu itu langsung tidak difikir-fikirkankan oleh mereka.Kenapa jadi begitu? Apabila tidak dapat jadi calon yang diangan-angannya itu?

Mereka mula terpeleot(kecewa yang amat sangat).Mulalah hatinya jadi  hasad dan dengki.Anihnya? Jika di depan para Pucuk Piminan Pusat Parti? Mereka sanggup BERSUMPAH SETIA kononya akan menyokog sebulat hati pada calon-calon pilihan pucuk pimpinan pusat itu.

Akan tetapi bila di belakang Pucuk Pimpinan Parti di Pusat? Mereka terus mungkir.Mereka ini,mula berkempen secara cergas,tetapi menentang secara bisik-bisik,lantas mengarahkan para penyokong mereka yang buta politik, agar berkempen dan mengarahkan pengundi-pengundi tegar dan kawan-kawan mereka tidak mengundi Datuk Dr.Rahman Ismail,walaupun kedua-dua tokoh ini adalah orang Umno juga.

Mereka tidak bersedia rugi sedikit,tetapi bersedia rugi lebih besar.Mereka bersedia berputih mata demi memenuhi perasaan hasad dengkinya sesama sendiri.Biar putih mata,asalkan jangan puith tulang.

Mereka sanggup kalah asalkan musuh politiknya pun turut kalah juga.Mereka penting diri sendiri,bukan pentingkan parti Umno.Manusia jenis apakah mereja ini? Perlukah Umno masih beri tempat orang-orang seperti ini di dalam Umno?

Mereka ini harus cepat-cepat ditendang dari Umno.Adsanya mereka di dalam Umno hanya menjadi "duri dalam daging",tidak menguntungkan langsung,malah merugikan Umno itu sendiri.

Mereka beranggapan dengan berbuat begitu? Maka musuh politiknya atau pun  hanya Datuk Dr.Rahman Ismail seorang sahaja yang akan kalah dan mereka akan menang di kawasan yang mereka bertanding itu.?Mereka  tidak pernah terfikir bahawa dengan cara berkempen sedemikian rupa?

Maka para pengundi TEGAR yang menyokong tokoh-tokoh lain ataupun penyokong tegar Datuk Dr.Rahman Ismail pun tidak akan mengundi mereka dan memberi undi mereka kepada pihak lawan Umno.

Teory ini telah dinyatakan oleh Tan Seri Zaleha Ismail berdasarkan penyelidikan yang telah beliau lakukan selepas PRU ke-13 dan menyaksikan Umno-BN Gombak kalah 4-0 buat kali yang ke-2. Malu dan sungguh memalukan.Salah saipa? Ia adalah kesalhan,kelalaian para pemimpin Umno di Gombak itu sendiri.

Menurut Tan Seri Zaleha Ismail,bila ada action maka sudah tentu ada re-action.

" Jika anda benci dan tidak suka pada seseorang itu,katakanlah jika anda tidak suka saya? Lantas menghasut penyokong anda tidak menyokong dan tidak mengundi saya?

Maka penyhong tegar saya sudah tentu tidak akan menyokong anda pula.Mungkin ada orang-orang lain yang benci pada sikap anda secara terang-terangan bergaduh sama sendiri itu? Pun tidak akan menyokoing anda.

Lantas tidak menyokong anda juga.Bila ada action? Maka sudah tentu akan ada re-action. Akhir-akhirnya orang yang anda tidak suka itu jadi mangsa kekalahan dan anda sendiri juga jadi mangsa kekalahan akibat perasaan hasad dengki anda sesama sendiri di dalam parti yang sama." tegasnya.

"Inilah yang terjadi pada PRU di Parlimen Gombakpada PRU ke-13 yang baru belalu.Akibat dengki mendengki sesama semndiri di dalam Umno.Ujung-ujungnya Umno-BN kalah 4-0 sekali lagi.

Anda tidak bersedia rugi sedikit agar menyokong kawan anda menang? Akhirnya anda telah rugi semua. Sungguh dikesalkan dan sungguh memalukan sikap bodoh yang telah diamalkan oleh orang-orang Umno itu sendiri," ujuarnya dengan perasaan sedih.

Banyak bilik gerakan Umno di 3 kawasan DUN di Gombak didapati tidak menggantung poster-poster Datuk Dr.Rahman Ismail.,Kenapa begitu jadinya?
Menurut Tan Seri Datin Zaleha Ismail,bahawa orang-orang Umno KETIKA menempuh PRU ke:13 itu?Seharusnya orang-orang Umno di Gombak ini, mesti bekerja kuat dan bahu membahu dalam menghadapi PRU ke:13 semacam kerja-kerja yang dilakukan dalam satu famili iaitu di dalam satu keluarga.

Jika kita bekerja selaku satu famili,satu keluarga? Sudah pasti kita tidak sanggup mengkhianati sesiapa pun di dalam keluarga kita itu.Jika semua orang di dalam Umno sanggup berbuat demikian? Sudah pasti kita dapat rampas semual 4 kerusi yang kita kalah pada PRU ke:12 itu dan kita boleh menang 4.-0 dari pihak lawan kita pada PRU ke-13.

Akibat dari kita tidak sanggup bekerja sebagai satu famili? Hasilnya Umno-BN tewas 4-0 sekali lagi pada PRU ke:13 yang berlangsung pada 05 hb.Mei 2013.Nasi telah menjadi bubur.Tidak boleh buat apa-apa lagi. Kesal kemudian tiadak ada guna lagi.Tunggulah hingga 5 tahun lagi pada PRU ke-14.

"Ini merupakan satu kesilapan yang amat besar yang telah kita  lakukan akibat tidak mahu bekerja sebagai satu famili ketika kita menentang pihak lawan pada PRU ke":13 di Parlimen Gombak."katanya.

"Ujung-ujungnya kita kalah teruk sekali lagi dengan  4-0 juga seperti yang telah kita alami pada pada PRU ke-12 pada tahu 2008 dulu. Sesungguhnya,saya merasa amat sedih dan semacam rasa terpukul dengan kuatnya" ujarnya.

"Kita hanya sanggup bergaduh sesama sendiri.Kita masih masih mengamalkan perasaan hasad dengki sesama sendiri yang amat melampau tanpa memmikirkan akibatnya yang boleh merugikan diri kita sendiri," keluhnya .

BANGGA DAPAT MENGURANGKAN MAJORITI KEMENANGAN AZMIN.

Pada perlawan antara Datuk Dr.Rahman Ismail dengan Azmin Ali,pada PRU ke-13 ini? Walau pun kalah tapi kita bangga dapat mengurangkan jumlah undi majoriti Azmin Ali. Pada PRU ke-12 pada tahun (2008) dulu,Azmin menang dengan majoriti hampir tujuh ribu undi di Parlimen Gombak.

Tetapi pada kali ini iaitu pada PRU ke-13 ini? Azmin mendapat undi 54,827 undi .Sementara Datuk Dr.Rahman Ismail mendapat 50,093 undi.

Pada malam terkahir begitu ramai para penyokong Umno di kawasan Pinggiran Batu Caves hadir mendengar ceramah oleh Datuk Dr.Rahman Ismail dan para penceramah politik yang lain./
Ertinya Datuk Dr.Rahman kalah hanya dengan  4734 undi sahaja.Kekalahan Datuk Dr.Rahman Ismail disebakan undi Cina di Parlimen Gombak yang menyokong kita didapati tidak sampai 2 % dari jumlah undi Cina di Parlimen Gombak berjumlah sebanyak 29,000 orang lebih.

Tan Seri Zaleha berkata,Kita sedar banyak kelemahan-kelemahan pada Gabungan Ngo-Ngo Gombak pada PRU ke-13 dulu.Jadi marilah sama-sama kita baiki untuk menempuh PRU yang ke:14 mulai dari sekarang juga.

Dari jumlah 153 badan-badan Ngo yang bergabung dalam Gabugan Ngo-Ngo Gombak? Jumlah ahlinya berjumlah sebanyak 115,000 orang. Dari jumlah itu sebanyak 35,000 orang lebih telah didaftarkan sebagai pengundi yang sah.

Datuk Dr.Rahman kita adaikan telah mendapat sokongan dari ahli-ahli NGO lebih kurang 30 ribu orang.Baki undi 20 ribu lagi itu Datuk Dr.Rahman mendapat sokongan dari pengundi-pengundi atas pagar yang berwibawa tentang nasib bangsanya,agamanya dan negaranya.

Justeru itu,mulai dari sekarang marilah kita daftarkan baki ahli-ahli Gabungan Ngo-Ngo Gombak yang masih belum didaftarkan sebagi pengundi .Sekaligus dalam perjalnan untuk tiba pada PRU ke-14,maka sudah pasti begitu banyak anak-anak muda yang sudah berusia 21 tahun yang perlu kita daftarkan.

Datin Zaleha berkata,kepada mereka ini kita harus didik,harus kita beri penerangan agar tidak diresapi oleh vairus-vairus yang akan ditanamkan oleh pihak lawan yang munafikin.

Kita mesti bekerja kuat dan terus bekerja kuat demi survival bangsa kita,agama kita,negara kita dan ketuanan kita sebagai peribumi yang mutlak di Malaysia ini. Inilah satu-satu negara yang kita ada.Kita mesti pertahankan dengan apa cara sahaja..(Postyed by abnmulya /Haji Abu Bakar Ninggal.blogspot.com at 2.38 am on Julai 03,2013).



No comments: