Friday, July 12, 2013

Manipulasi harga punca harga ayam naik

Datuk Seri Ismail Yaakob Menteri Perttanian dan Industri Asasa Tani
PUTRAJAYA 12 Julai - Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani tidak menolak kemungkinan berlaku manipulasi harga oleh peruncit yang menyebabkan harga ayam naik secara mendadak sehingga RM9 sekilogram sekarang.

Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ini kerana semakan harga di ladang oleh pihaknya menunjukkan harga tidak banyak berubah iaitu sekitar RM5 sekilogram, manakala bekalan di pasaran pula mencukupi.

"Tapi yang saya dengar harga ayam telah naik sehingga RM8.50 ke RM9 dan saya khuatir ada pihak tertentu mengambil kesempatan menaikkan harga," katanya pada sidang media di sini hari ini. Katanya, harga siling di pasaran yang ditetapkan kementerian masih pada RM7.80 bagi setiap kilogram.

Mutakhir ini harga daging ayam terus naik.Harga ikan,harga sotong,harga udang dan jenis ikan-ikan yang lain pun dah lama naik dan terus naik. Jika kenaikan ini ada hububgan dengan MANIPULASI harga oleh padagang-pedagang ayam ini? Kementerian harus bertindak tanpa kompromi lagi demi untuk membantu mengurangkan beban rakyat yang miskin-miskin yang amat besar bilanganya dari jumlah rakayat Malaysia,terutama di bulan puasa Ramadhan Al-Mubarak ini. (Photo dan caption oleh bloger).
Beliau diminta mengulas kenaikan harga ayam yang dikesan berlaku secara mendadak di kebanyakan negeri dalam tempoh dua minggu ini. Katanya, permintaan terhadap ayam pada hari-hari biasa ialah 1.2 juta ekor namun meningkat kepada 2.2 hingga 2.4 juta ekor sehari pada bulan Ramadan sehingga sambutan Aidilfitri. 

Menurut Ismail Sabri, kerajaan telah membuka permit import ayam bulat bagi menangani isu itu dan secara teorinya lambakan ayam di pasaran akan menurunkan harga barang berkenaan.

Dua bulan lepas memang berlaku peningkatan permintaan terhadap ayam tempatan apabila China menghentikan eksport poltri susulan penularan wabak H7N9, namun wabak telah berakhir dan pengimport kembali membawa masuk ayam dari negara itu, katanya.

Sidang media itu diadakan bagi menghebahkan Tekun Nasional memenangi Anugerah 'Best Innovation in Financial Services' pada satu majlis di Karlsruhe, Jerman. -BERNAMA (uTUSAN ONLINE-DALAM NEGERI).Posted by abnmulya / Bakar Ninggal.blogspot.com.,at 1904 hrs on Jukly 12,2013.

No comments: