.jpg)
Oleh Haji Abu Bakar Ninggal
Ahad,September 22,2013 at 3.57 am.
Pepatah Melayu ada mengatakan jika benih yang baik itu jatuh ke daratan? Lambat ataupun cepat, ia akan menjadi gunung.Jika ia jatuh ke lautan, ia akan menjadi pulau.
Begitulah yang terjadi kepada anak muda yang handsome yang bernama Mohd Ezam Mohd Nor ini yang mana liku-liku jalan hidunya sangat menarik dan istimewa telah ditentukn oleh Allah s.w.t. yang Maha Pengasih lagi Maha Penyanyang.
![]() |
Senator Mohd Ezam Mohd Nor |
Penampilannya pula? Sangat menarik dan menjadi tumpuan setiap mata yang memandang ketampanan wajahnya ciptaan Allah s.w.t. yang Maha Berkuasa atas sesuatu.
Ketika beliau sedang berpidato di atas pentas politik? Maka para hadirin yang ada di bawah pentas itu itu dilijhat akan terpukua, terpesona dengan kepetahan beliau melafas dan melontarkankan segala kata-katanya itu.
Cara dan style beliau berpidato sangat hebat.Beliau secara sepontan mampu mengungapkan kata-kata yang dihamburkan itu dengan begitu lancar,berkemampuan menggunakan gaya bahasa, kata-kata bahasa yang amat tinggi dan mengkagumkan setiap pendengarnya.
Beliau merupakan idola penulis,semasa kami sama-sama berjuang di dalam Parti keADILan Rakyat dulu. Jika beliau berpidato dengan cara untuk membangkitkan semangat para pendengarnya di depan pulohan ribu para pendengarnya? Sungguh hebat kesannya.Beliau mampu menguasai minda hadirin yang hadir.
Jika beliau berkata,"Ayuh! mari kita semua bertempur,berjuang dengan jiwa raga kita...demi untuk mempertahan dan memertabatkan agama ,bahasa, bangsa dan negara kita dan sekaligus untuk memertabatkan keadilan dan kedaultan tanahair kita yang tercinta yang kini telah tercabar?"
Sering disaksikan leh penulis sendiri...Sepantas kilat pula, para pendengar di majlis itu terutama pada para pemuda-pemudanya yang beerjiwa jasteria, akan menyambut dengan suara sambutan yang bergemuruh di udara serta dengan sangat juang yang berkobar-kobar,semacam mereka (pemuda-pemuda) itu rela bertempur ketika itu juga,jika diarahkan.oleh Mohd Ezam Mohd Nor.
SIREH PULANG KE GAGGANGNYA.
Sebaik sahaja Ezam telah mengucapkan selamat tinggal kepada parti keADILan Rakyat dan beliau telah mengambil tindakan bak kata pepatah Melayu,"Ibarat sireh pulang ke gagangnya" iaitu ke gaggang parti Umno semula
Mohd Ezam Mohd Nor telah dilantik oleh Kerajaan Umno-BN,pimpina Datuk Seri NajibTun Razak,sebagai salah seorang senator dari Umno ke Dewan Negara.Satu=satu jawatan terhormat yang menjadi idaman setiap tokojh-tokoh politik tanah air yang berselerak di seluruh ceruk rantau Malaysia.
LALUAN KE JAWATAN TIM .KETUA UMNO BAHAGIAN
Penulis memang telah mengetahui bahawa Mohd Ezam Mohd Nor akan bertanding sebagai Timbalan Ketua Umno Bahagian "Kota Raja" pada pemilihan para pemimpin Umno disemua peringkat di seluruh Malaysia pada kali ini.
Penulis mengetahuinya ialah menerusi berita yang telah disiarkan oleh( Utusan online-politik) pada tanggal 12 hb.September 2013.
Menurut berita yang telah tersiar di Utusan Online itu, bahawa Timbalan Ketua Umno Bahaghian "Kota Raja" Encik Kamal Ariffin Kainin,dikatakan memberi laluan kepadanya untuk memegang jawatan itu atas nama perjuangan.
Ujar Ezam,beliau akan mengambil serius pelawaan tersebut memendangkan perjuangan bangsa Melayu memertabatkan Umno sinonim dengan perjuangan memertabatkan maruah agama dan bangsa .
Sebelum Ezam pulang,peminat -peminatnya minta bergambar |
"Walau apa pun sikap dan keputusan yang diambil oleh Ariffin ini menunjukkan beliau seorang yang berjiwa besa.
"Itu juga memberi petanda positif berlakunya arus kebangkitan Umno khususnya di Selangor. Saya juga percaya Umno Selangor akan semakin mantap selepas selesai proses pemilihan parti kali ini," katanya.
Setelah selesai membaca komen Ezam terhadap laluan yang telah diberikan oleh Encik Kamal Ariffin Kainin itu?Penulis rasa gembira sekali disebabkan kawan seperjuangan penulis di arena politik ganah air,dah mula bersinar semula,setapak demi setapak.
Dalam hati kecil penulis berkata,"Alangkah beruntunnya parti Umno,jika banyak tokoh-tokoh yang bertaburan di dalam parti Umno di seluruh ceruk rantau Malaysia ini,mengikut jejak langkah yang telah dilakukan oleh Encik Kamal Ariffin itu kepada Kohd Ezam Mohd Nor, kawan dan sahabat karib penulis yang sama -sama berjuang di arena politik tanah air.
Alangkah bertuah dan beruntungnya Umno itu sendiri. Jika tokoh-tokoh Umno yang dah bergelar golongan vetran yang usianya dah lebih 60an itu? Dan yang kurang ilmu di dadanya dan tidak begitu arif dengan tendang terajang politik?
Dengan suka rela memberi laluan kepada tokoh-tokoh muda yang kini kebanyakannya,dah memiliki Ijazah lulusan Universiti,di berbagai-bagai bidang ilmu, agar diberi peluang, diasuh dan diberi laluan terlibat secara cergas di dalam politik Umno itu sendiri,sebagai golongan pelapis-pelapis muda yang berpotensi untuk terus memperjuangkan nasib agama,bangsa dan negara di masa-masa yang akan mendatang.Kalau tidak dimulakan dari sekarang,bila lagi???
Sekaligus lantas penulis telah melakukan sujud syukur kepada Allah s.w.t. terhadap laluan yang telah dihadihkan oleh seorang yang berjiwa besar kepada Ezam.Syukur Alhamdulillah...Maha besar Allah yang punya alam ini.
HARI BAGI CALON-CALON MENDAFTARKAN NAMA-NAMA MEREKA.
Menurut apa yang telah diumumkan oleh Setiausaha kerja Umno Malaysia,oleh Datuk Abd.Rauf binYusoh,bahawa orang-orang Umno yang hendak menyertai pertandingan pada pemilihan Umno kali ini?
Khususnya di Selangor hendaklah pergi mendaftarkan nama-nama mereka di Ibu Pejabat Umno, di Shah Alam dan tarikh hari pendaftaran itulah pada hari Sabtu,tanggal 21 hb.Sept. 2013,bermula pada jam 8.00 pagi.
Penulis bersama Sdr. Mazlan Lemang dari Umno Bahagian Gombak, tiba di bangunan Ibu Pejabat Umno di Shah Alam itu, kira-kira jam 9.30 pagi dan lantas naik ke tingkat 3 dan tingkat 5. Pendaftaran nama-nama untuk Umno Bahagian Gombak dan Bahagian Kota Raja ialah di tempatkan di tingkat 3.
Wanita-wanita Umno sedang sibuk hendak mendaftarkan nama-nama mereka di pagi Sabtu 21/09/2013 di tingkat 3,di Ibu Pejabat Umno Selangor,diShah Alam. |
Selain penulis dan Mazlan Lemang ingin menemui Senator Ezam ketika beliau tiba untuk mendaftarkan namanya.Kami juga ingin turut sama meraikan calon-calon para pemimpin Umno Gombak,lelaki dan perempuan yang telah mengambil keputusan mereka untuk mendaftarkan nama-nama mereka sebagai calon-calon yang akan bertanding.
Banyak gambart-gambar yang telah penulis ambil terutama gambar-gambar para pemimpin Gombak dan para pengiring masing-masing di pagi tgersebut. Gambar-gambar dan cerita-cerita di pagi pendaftran itu khsusnya tidak dapat penulis siarkan sama di dalam tulisan ini.
Insya Allah! Akan penulis siarkan dalam satu dua hari lagi episod itu. Senator Mohd Ezam tiba di Bangunan Umno di Shah Alam kira-kira jam 1.30 hari,iaitu beberapa minit selepas waktu solat zohor.
Gambar yang disiarkan di atas itu,di ruangan ini,ialah detik-detik sebelum dan sesudah Senator Mohd Ezam Mohd Nor telah mendaftarkan namanya. Insya Allah! Esok atau lusa akan penulis siarkan pula tentang sedikit kisah perjuangan dan biodata Sdr. Badrul Hisham bin Badruddin yang bertugas selaku Setiausaha Kerja Datuk Seri Noh Omar,Pengerusi Badan Perhubugan umno Selangor.
Sdr. Badrul Hisham Badruddin juga confirm akan bertanding sebagai Ketua Umno Bahagian PJ Utara pula.
Jika cukup masa,mungkin juga akan disiarkan kisah-kisah dari calon-calon pemimpin dari Umno Bahagian Gombak pula.Taman Sri Gombak,di Gombak ini,merupakan tempat penulis bermastautin pulohan tahu dah...dan telah mengundi di setiap tiba Pilihan Raya Umum yang telah diadakan.
Penulis amat perihatin dqan begitu peduli terhadap segala bentuk perkembangan terutama di segi politik di Daerah Gombak itu sendiri.(Posted by abnmulya /Bakar NInggal.blogspot.com at 3.57 am on September,2013.
No comments:
Post a Comment