Tuesday, October 8, 2013

Pemilihan UMNO Bahagian Gombak : Kenapa Tiada muka baru (calon alternatif)yang berwibawa,dinamis harus rebut jawatan Ketua Bahagian???

Mereka ini ialah para penyokong Puan Norseha binti Satiman yang mencabar jawatan Ketua Wanita Umno Bahagian Gombak yang sedang disandang oleh Datin Sharifah Salmah


Oleh: Haji Abu Bakar Ninggal
Jumaat,October 11,2013 at 3.56 am.

SEHARUSNYA setiap individu yang menyertai dan menjadi anggota di dalam parti Umno harus faham tentang hakikat yang sebenar bahawa Umno itu hanya merupakan satu wadah, satu alat politik sahaja.

Nama parti Umno itu? Ianya mati,tidak bergerak,tidak hidup dan tidak bernyawa.Ia hanya merupakan satu wadah,satu alat politik yang kaku beku.

Maka anggota-anggota Umno di seluruh Malaysia yang menubuhkan dan kini dah mempunyaui anggota--anggota berjumlah 3.4 juta orang itu, harus memberi nyawa agar nama Umno yang kaku beku itu jadi hidup segar bugar buat selama-lamanya.

Dalam konteks itu? Maka di atas bahu setiap anggota-anggota Umno  itulah yang punya tanggung jawab untuk memikul tugas yang amat berat untuk menghidupkan parti Umno itu agar menjadi sebuah parti yang perkasa dan siap siaga untuk turun ke medan juang.

Siap siaga, pada bila-bila masa sahaja demi kesinambungan parti Umno itu sendiri akan kekal menjadi tunjang bagi menguasai kuasa politik bagi kerajaan Persekutuan Tanah Melayu (kerajaan pusat) dan sekaligus punya  kuasa politik di lain-lain negeri di dalam Malaysia.

Siap siaga untuk bertempur  menentang apa sahaja bentuk petaka dan gejala baru yang mahu mengganggu gugat perjalanan Umno,agar terus mara ke depan demi untuk memperjuangkan cita-cita dan harapan yang paling utama kenapa Umno itu ditubuhkan di arena politik Malaysia?

Datuk Seri Noh Omar,Pengerusi Badan Perhubungan
 Umno Selangor.Beliau berjaya mempertahankan jawatan
 (MP) Tanjung Karang dan (02) Kawasan DUN di kawasan 
Parlimen tersebut pada PRU-13 
Selaku wadah dan selaku sebagai alat untuk ditunggangi sebagai vehicle,agar segala cita-cita dan harapan itu terlaksanan?

Justeru itu,anggota-anggota Umno itu sendiri, dari masa ke masa, harus tetap bersatu padu secara mantap.Bukan cara main-mainan.

Para pemimpin Umno itu sendiri,harus bertenaga menggembeling seluruh kekuatan tenaga yang ada dari seluruh anggota-anggotanya untuk menang di setiap kali,bila Pilihan Raya Umum seluruh Malaysia akan diadakan,hatta untuk jangka waktu untuk seribu tahun yang akan datang.

Kemenangan itu sendiri hendaklah berjaya mencapai sasaran dan target untuk mendapat keputusan dengan suara majoriti di Prengkat Parlimen yang kini berjumlah sebanyak 222 kerusi dan sekaligus dengan suara majoriti di negeri-negeri yang berada di dalam Malaysia itu sendiri.

Dengan keputusan kemenangan yang sifatnya seperti tersebut di atas itu?

Maka barulah layak parti Umno-BN punya kuasa politik untuk memerintah di Perengkat Persekutan Tanah Melayu (kerajaan pusat) dan sekaligus punya kuasa politik untuk memerintah semua negeri-negeri di dalam Malaysia.

Penulis akui,bahawa pada perjuangan di perengkat permulaan untuk mendapatkan kemerdekaan tanah air iaitu, bermula sejak Umno ditubuhkan hingga ke tahun 1957 hingga sebelum PRU ke-12 iatu, sebelum PRU 8 hb.Mac 2008.

Penulis akui bahawa Umno-BN yang berkuasa dengan suara majoriti yang besar di perengkat Parlimen dan negeri-negeri lain di dalam Malaysia, kecuali di Kelantan dikuasai oleh parti PAS.

Ini bererti 51 tahun lamanya para pemimpin Umno-BN disemua perengkat iaitu,dari jawatan Presiden Parti dan ahli-ahlki Majlis Tertinggi,kemudiannya turun ke perengkat Bahagian Umno dan seterusnya ke perengkat cawangan-cawangan.

Mereka ini, boleh dikatakan golongan yang telah menikmati kenikmatan kek kemerdekaan itu, akibat Umno punya kuasa politik dan berkuasa menjadi Kerajaan Pusat dan sekaligus punya kuasa politik di lain-lain negeri di Semenanjung dan juga termasuk Sabah dan Sarawak.

Akibat dari ketenangan politik di Malaysia sejak merdeka pada tahun 1957 hingga sebelum PRU ke-12 pada tahun 2008.Tidak boleh dinafikan banyak di antara para pemimpin UMNO-BN itu sendiri,dilihat telah bertukar wajah.

Mereka dah berjaya jadi jutawan dan billion air akibat kuasa politik berada di tangan mereka. Justeru kemewaha dan kenikmatan hidup yang mereka jalani itu?Jika ditinjau dari segi positifnya?

Penulis sendiri,bila melihat panorama perubahan itu? Secara jujur dan ikhlas,penulis merasa amat bangga sekali.Kalau dulu orang-orang Melayu hanya jadi pekerja saja?

Kini dah jadi big boss besar pula.Dah setaraf walalupun tidak begitu ramai berbanding dengan kaum-kaum lain yang lebih dahulu maju dari kita.

Di segi negatifnya pula? Secara tidak sedar atau pun secara sedar,akibat dari kemewahanp-kemewahan itu? Membuatkan banyak di antara para pemimpimpin Umno-BN itu sendiri menjadi mudah lupa.

Mereka lupa asal usulnya ketika mereka dah berada di puncak gunung kekuasaan. Mereka dah lupa bahawa di hadapan mereka masih banyak lagi tugas-tugas penting yang belum selesai dalam konteks memberi keadilan dan kemakmuran pada bangsanya sendiri walau pun telah merdeka selama 58 tahun lamanya.

Penderitaan dan kepayahan ketika mereka telah menempuh duri dan ranjau,menmpuh bukau dan bukit yang berliku-liku sifatnya, sebelum mereka berjaya berada di puncak gunung kekuasaan itu, langsung terus dilupainya.

Datuk Dr.Rahman Ismail,tanding jawatan
Timbalan Ketua Umno Bahagian Gombak.
Sesunggunya mereka ini tidak tahu bersyukur atas segala nikmat kurniaan dari Allah s.w.t. yang punya alam ini.Banyak di antara mnereka itu telah jadi pemimpin yang munafikkun.Cakap tidak serupa bikin.Janji tidak ditepati.

Mereka asyik menimbunkan kekayaan untuk diri mereka, keluarga dan keroni mererka sahaja. Rakyat miskin yang mengangkat mereka berada di puncak gunung kekuasaaan?

Mereka telah lupakan dari pandangan dan telah lupa pula dari ingatan.

Sikap mereka ini benar-benar telah berubah.Dari seorang pemimpin yang mesra rakyat sebelum berkuasa? Kini bertukar jadi sombong,bongkak,lupa daratan dan lupa diri.Yang paling malang sekali?

Sekaligus mereka ini telah lupa tentang perinsip perjuangan Umno yang paling asas yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.itu sendiri.

Mereka bukannya mahu mendaulatkan ketuanan Melayu secara lebih mantap? Sebaliknya,mereka sendiri yang menodainya, hingga menjadikan perjuanganan Umno itu sendiri berada di dalam situasi caca marba dan simpang perenang jadinya.

Hilang hala tujuannya yang asal.Harapkan pagar? Maka pagar itu sendiri yang memakan padi.

Kesilapan yang paling ketara sekali ialah tentang isu (geo-politik) bangsa Melayu yang dianggap sebagai asas ketuanan bangsa Melayu itu sendiri,sama sekalai tidak dijaga,tidak dipelihara dan tidak dipertahankan dengan sewajarnya?

Akibatnya? Kuasa politik Melayu,jadi terhakis dari masa ke masa dan dari hari ke minggu, setersunya ke bulan,lantaran mahu melakukan pembanguna negara Malaysia terlalu cepat.

Mereka sangka dengan berbuat begitu? Kononnya mereka itu tergolong dari orang-orang yang bijak pandai.Kononnya pandai membangun Malaysia jadi  moden.

Tetapi secara tidak sedar merekalah itu sebenarnya telah lalai dan dah jadi Pak Pandir modan.Menang sorak,tapi kampung tergadai.

Datuk Said Anuar pencabar Ketua  Umno 
Bahagian Gombak
Akibat dari kelalaian para pemimpin Umno itu sendiri yang begitu kelojoh mahu melaksanakan pembangunan negara dan begitu rakus hendak menikmati kenikmatan kek kemerdekaaan dari hasil kuasa politik yang berada di tangan mereka.?

Mereka lantas lupa bahawa segala tindakan mereka itu? Baik yang bersifat wajar atau tidak wajar?Sebenarnya merosak masa depn bangsa Melayu itu sendiri.

Hakikatnya? Ia telah merugikan ketuanan bangsa Melayu itu sendiri di dalam tanah air sendiri.Anak ayam mati kelaparan di dalam kepuk yang penuh dengan hasil tuaian padi.

Mereka menyangka bahawa tindakan mereka yang bersifat gelojoh,tamak itu tidak diperhatikan oleh rakyat dengan teliti dan sekaligus telah diperhatikan oleh yang Maha Berkuasa yang punya alam ini.

Allah s.w.t. Yang Maha Melihat dan segalanya telah dicatit.Tidak tertinggal walau pun sebesar bulu roma,sekecil zaraah pun.Pada bila-bila masa sahaja pembalasan akan ditimpakan ,jika Dia  Yang Maha Berkuasa mahu melakukan?

HUKUMAN DITIMPAKAN SEBAGAI AMARAN

Maka pada Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU-12)yang telah berlangsung pada 8 hb.Mac 2008, Allah SWT telah menghukum para pemimpin Umno-BN dengan hukuman yang sangat berat, tidak pernah diduga-duga oleh orang-orang Umno-BN itu sendiri.

Pada PRU ke-12 itu? Umno-BN telah dilanda tsunami politik yang paling teruk sekali. Kerusi Parlimen yang berjumlah sebanyak 222 kerusi itu?

Umno-BN hanya menang 140 kerusi termasuk kerusi-kerusi parlimen dari Sabah dan Sarawak. Dan yang paling teruk dan lebih malang lagi, Umno-BN hilang kuasa politik di 5 negeri didalam Semeanjung Malaysia.

Negeri-negeri yang berjaya ditawan oleh pakatan pembangkanag dari parti (PKR/DAP/PAS). ialah Negeri Selangor,Perak,Pulau Pinang ,Kedah dan Kelantan.

Para pemimpin Umno-BN terkejut beruk dengan ledakana tsunami politik yang tidak disangka-sangka telah melanda  politik Malaysia. Disebabakan ianya tidak pernah terjadi sebelumnya.

Disanagkan panas hingga ke petang? Rupa-rupanya hujan turun melanda bumi di tengah hari. Kehilangan kuasa politik di Selangor dan Pulau Pinang itu?

Merupakan dua negeri yang paling kaya di antara negeri-negeri di dalam Malaysia,dan sekaligus merupakan satu kerugian yang amat besar pada Umno-BN,khas pada orang-orang Melayu.

Rahim Kamaruddin Penyandang Ketua 
Umno Bahagian Gombak
Kedua-dua negeri itu telah dibangunkan oleh Umno-BN cukup lengkap dengan segala struktur moden yang merupakan sebagai urat nadi ekonomi Malaysia.

Dengan ketentuan Allah s.w.t. Secara tiba-tiba,dalam sekelip mata telah hilang dan dikuasai oleh orang lain.

Umno-BN hilang kuasa politik di kedua negeri itu setelah dibangunkan oleh Umno-BN dengan segala kepayaahan hingga menjadikan Selangor dan Pulau Pinang menjadi begitu lengkap di segala bidang pembangunannya.

Hati insan mana yang tidak rasa sedih dan pilu? Tiada kata seindah bahasa untuk dinyatakan perasaan. Kering kontasng air mata untuk ditangiskan.

Pembangkang datang mengambilnya dengan cara yang sangat senang dan begitu memilukan hati para pemimpin Umno-BN.Siapa yang patut hendak disalahakan tentang kehilangan itu? Para pemimpon Umno-BN-lah yang harus dipersalahkan dan harus bertanggung jawab.

Ketika  kuasa politik ada di tangan Umno-BN? Tetapi tidak berusaha menutup segala lope hole (lubang-lubang) yang boleh di masuki oleh vairus-vairus perosak untuk merosakakannya secara diam-diam.

Umno-BN ketika memerintah Selangor dan Pulau Pinang dan juga di lain-lain negeri seperti di Perak,di lihat langsung tidak menekankan isu (geo-politik) bangsa Melayu itu sendiri.

Ketika membangunkan penempatan baru di bandar-bandar  di selurh Selangor dan Pulau Pinang dan di Perak?

Kaum asing diberi qota membeli rumah kediaman sebesar 70%.Sedangkan pembeli kaum Melayu hanya punya qota 30% sahaja.

Misalanya ,jika di sesuatu kawasan itu dibangunkan rumah-rumah sebanyak 1000 buah rumah?Maka kaum Cina dan India boleh membeli sehingga 700 buah rumah.

Sementara bangsa Melayu hanya diberi qota pembelian hanya 300 buah rumaha sahaja.Kerana qotanya hanya 30%.

Kenapa jadi begitu? Mesin kira-kira jenis apa yang telah digunakan oleh perancang pembangunan Selngor hingga berlaku kesilapajn yang begitu rupa dan begitu besar dan ketara sekali?

Kenapa Mahathir yang sering mendabik dada kononnya beliau  orang yang bijaksana dan arifbillah di seantero Malaysia ini?

Beliau telah berkuasa selama 22 tahun, seantero Malaysia?Kenapa beliau masih boleh terlepas pandang dengan isu (geo-politik) bangsa Melayu itu sendiri di Malaysia?

Khasnya pada Melayu-Melayu di Selangor dan Pulau Pinang? Mahathir pun cakap tidak serupa bikin dah....Cakapa aje berdegar-degar...tapi ekor bergelumang dengan najis..

Tidakkah para pemimpin Umno itu sedar? Jika pada kaum asing dapat membeli rumah 700 buah rumah di kawasan perumahan penempatan baru? Jika di setiap rumah itu, penghuni yang layak mengundi ada 4 orang sahaja?

Maka dikalikan (700 rumah X 4 orang pengundi= jumlahnya ialah 2800 orang pengundi)?

Jadi berapa jumlah pengundi Melayu di kawasa tersebut? Jawabnya ialah (300 rumah X 4 orang pengundi). Maka jumlah orang Melayu yang mengundi di kawasan tersebut ialah sebanyak 1,200 orang pengundi sahaja.

Hanya pada satu kawasan penempatan perumahan baru,maka pengundi melayau telah kalah sebanyak 1,600 orang pengundi, di Parlimen dan juga di kerusi DUN ( Dewan Unangan Negeri).

Sedangkan orang Melayu yang berjumlah di kawasan seperti  tersebut di atas itu hanya berjumlah sebanyak1,200 orang  sahaja.

Malangnya ketika mengundi? Orang Melayu telah berpecah di dalam 3 parti.Iaitu di kawasan itu ada 3 parti Melayu.

Ada yang jadi penyokong Umno.Ada yang jadi penyokong PKR dan ada yang jadi penyokog parti PAS.Sedangkan orang-orang Cina bersatu hati menyokog DAP dan patuh dengan arahan  dari para pucuk pimpinan dari DAP yang perkauman.

Apa pun Umno buat dan janji ketika menempuh Pilihana Raya Umum? Susah Umno hendak menang di kawasan tersebut Kerana Umno telah diseranag penyakit Tsunami pengundi Cina.Pengundi Cina kini sepakat menyokong konsep  politik DAP yang bersifat perkauman Cina.
Datuk Megat Zulkarnain Tan 
Sri Omardin,tanding jawatan 
Timbalan Ketua Umno
 Bahagian Gombak

Sementara DAP pula telah mengarahkan pengundi-pengundi Cina memberi undi pada calon-calon PAS atau PKR yang menjadi kerabat dalam Pakatan Rakyat.

Kenapa kita tiada rasa cemburu langsung terhadap niat sebenar di hati kaum-kaum lain (pendatang ) dalam bermain politik?

Ketika mereka berada dalam bilangan yang masih kecil (minoriti) di antara kita Melayu?Mereka kaum Cina akan menyokong Umno-BN di setiap PRU.
.
Mereka dengan sabar tetap mengundi Umno-BN.Tetapi bila mereka dah buat kira-kira bahawa bilangan kaumnya dah jadi golongan majoriti dari orang-orang Melayu di kawasan tersebut? Mereka secara senyap-senyap pasti akan buat U Turn.

Kenapa kita jadi begitu lurus bendul dan tidak beringat-ingat tentang sikap main kayu tiga ini, sejak kita capai kemerdekaan dulu?Banggang betul orang Melayu ini.Mudah lupa.

Ya orang Melayu sangat baik hati dan mudah lupa? Umno tidak boleh buat apa-apa, jika mengikut amalan demokrasi Umno-BN kalah di setengah-tengah kawasan Parliman akibat (geo-politik) itu telah dinodai oleh Umno itu sendiri. Yang mampu Umno lakukan kini ialah dengan hanya menggigit jari,tidak lebih dari itu.

Berapa ramai Ketua Menteri dan Menteri Besar dari bangsa Melayu pada PRU ke-13 telah kecundanag ketika bertanding di kawasan pengundi Cina jadi penentunya?

Ali Rustam tewas di kawasan Bukit Katil. Kerana pembangunan baru telah di duduki oleh kauam Cina.
Begitu juga dengan Ghani Osman tewas di kawasan Pulai,di Johor Baharu.

Sedangkan kedua-dua tokoh ini,ketika mereka berkuasa telah membangunkan Melaka dan Johor,di mana kaum Cinalah yang banyak dapat faedah dari pembanguna itu.Peniaga-peniaga Cina merupakan anak emas mereka. Peniaga Melayu tidak mereka pandang mata.

Kerana merekalah lebih ramai terlibat di dalam dunia perniagaan bersize besar atau pun kecil di sebabkan mereka punya wang dan punya pengalaman niaga. Dan peninga-peniagan Cin aini pula terkenal sangat pemurah pula.Sanggup memberi apa yang pemimpin-pemimpin besar Melayu ini hajatkan.

Kenapa Lee Kuan Yew di Singapura boleh menghapuskan 10 atau 8 kawasan penduduk majoriti Melayu di Singapura dulu-dulunya  kini bertukar jadai kawasan minoriti Melayu.

Kini tidak ada satu kawasan pun yang orang Melayu yang jadi penghuni sebesar 10 atau 15 % di Singapura. Itulah sebabnya tidak ada parti politik Melayu ditubuhkan di sana.

Kalau ditubuhkan pun tak usah harap akan menang dengan pengundi Melayu di setiap kawasan mengundi hanya ada setakat 15% sahaja.

Di zaman Singapura mendapat kuasa membentuk kerajaan sendiri dulu,ada 8 hingga 10 kawasan di Singapura itu penduduk majoriti Melayu menguasainya. Umno buka cawangan di sana dan turut bertanding pada PRU Singapura.

Puan Norseha Satiman pencabar Ketua 
Wanita Umno Bahagian Gombak
Umno menang 8 kerusi dan Hamid Jumaat dilantik jadi Timbalan Ketua Menteri Singapura atas tiket Umno.Setelah merdeka dan Lee Kuan Yew berkuasa jadi Perdana Menteri Siingapura? Keadaan itu telah berubah secara drastik sekali.

Maka orang-orang Melayu telah dipecah-pecahkannya hingga  menjadi pengundi minoriti di setiap kawasan mengundi. Kenapa Lee Kuan Yew boleh buat begitu?

Tapi pemimpin Umno di Malaysia tidak boleh buat macam Lee Kuan Yew buat di Singapura?Kenapa orang Melayu tidak ada otak ke?

Sedangkan otak Lee Kuan Yew dan otak para pemimpin Umno adalah sama.Cuma cara politik Lee Kuan Yew lain dan para pemnimpin Umno lain pula.

Lee Kuan Yew tetap memelihra (geo-politik) kaum Cina,sedangkan para pemimpin Umno sedia memebri dan berkorban apa saja untuk kaum lain.Pemurah sangat hingga Melayu hapus dan tersingkir di tanah air mereka sendiri.

Lee Kuan Yew  sentiasa jaga (geo-politik) kaumnya. Akan tetapai para pemimpin Umno di Malaysia,sangat baik hati. Berpolitik cara cincai sekali. Kaum Cina boleh tepuk bahu bapak menteri Melayu? Mereka diam aje.

Akan tetapi bila bangsanya sendiri (Melayu)..lupa sebut gelaran Datuk ketika bercakap dengannya? Mereka cepat akan tegur dan bermasam muka. Itulah sifat para pemimpin Melayu yang dah lupa daratan dan usul asalnya.

Dah kalah teruk pada PRU-12 dan PRU-13 barulah datanag menemui rakyaat Melayu dan meminta maaf segala ketirisan yang telah beliau lakukan dulu-dulunya.Kini barulah ada program hendak bina rumah mampu beli pada orang Melayu.

Semasa Khair Toyo jadi Menteri Besar Selangor,habis orang Melayu yang duduk di kawasa setinggan telah dihalau entaha kemana.

Kononya hendak menjadikan Selangor setinggan sifar (o). Datuk Harun Idris bawa para setingan tinggal di kawasan pinggir bandar ialah, untuk mengimbangkan pengundi Melayu dengan kaum lain.Khair Toyo tidak sedar mainaan politik Datuk Harun Idris itu.Betul-betul banggang.Kenapa Mahthir pilih beliau jadi Menteri Berdar Selangor? Apa ada keistimewaannya?

Masalahnya,baru kini hendak bina rumah mampu beli untuk orang-orang Melayu tinggal di tengah-tengah bandar di Selangor?Hendak bina rumah mampu beli di bandar-bandar.Masih adakah tanah-tanah lagi hendak dijadikan tapak perumahan baru itu?

Apakah harganya untuk sebuah rumah yang hendak dibina itu? Kalau dengan kadar harga antara RM200,000-00 dan RM300,000-00 itu seperti yang telah di war-warkan itu? Apakah akan mampu dibeli oleh orang-orang Melayu yang bekerja dengan pendapatan hanya sekitar RM2,000-00 sebulan?

SELANGOR DULU HUTAN RIMBA (kini) DAH JADI BANDAR  YANG INDAH BERTARAF ( METROPOLITAN )TAPI DAH DIKUASAI ORANG LAIN....

Datin Sharifah Salmah penyandang 
Ketua Wanita UMNO Bahagian
 Gombak
Selangor yang dulunya dipenuhi dengan hutan  rimba yang tidak berguna?

Kini dah jadi bandar-bandar besar penuh denmgan factory-factory dan dengan rumah-rumah baru beranika jenis bentuk dan harganya yang telah dibeli oleh kaum Cina dan India yang mempunyaai qota membeli rumah-rumah tersebut berjumlah 70%. dari  jumlah kesemua rumah-rumah yang telah dibina di kawasan tersebut.

Bayangkanlah betapa banyak jumlah pengundi baru dari kaun Cina dan India yang telah menguasai bandar-bandar baru itu?

Dulu mererka menyokong parti M.C.A dan M.I.C. yang menjadi kerabat Umno-BN. Kini mereka itu dah tukar kiblat kerana mereka telah mengetahui bahawa kaum mereka telah mengatasi kaum Melayu dengan adanya kerja sama dengan PAS/PKR.

Kini mereka mengundi DAP.Sementara orang-orang Melayu ada yang jadi penyokong PKR/PAS.Dan bila mengundi mereka mengundi "Pakatan Rakyat",di mana PKR/PAS telah menjadi kerabat di dalam parti "Pakatan Rakyat".

Pada Pilihan Raya Umum ke-13 pula? Umno-BN hanya menang kerusi parlimen termasuk dari Sabah dan Sarawak hanya berjumlah 133 buah kerusi.

Ini bererti sebanyak 7 kerusi lagi telah hilang dari tangan Umno-BN di dalam Parlimen Malaysia berbanding pada PRU -12 dulu itu.Pengaruh politik Umno-BN  dah jadi semakin mengecut sifatnya.

Walaupun Kedah dapat dirampas semula oleh Umno-BN,tetapi tidak setanding dengan Selangor dan Pulau Pinang yang menjadi nadi dan pusat ekonomi bagi Malaysia.Dan perolehan hasil dari dua negeri tersebut sangat besar,masih dipegang oleh parti pembangkang. Tidak berjaya untuk dirampas semula.

Hasil perolehan cukup besar yang telah dapat dimiliki oleh Selangor dan Pulau Pinang disebabakan telah dibangunkan oleh Umno-BN sebegitu rupa dalam masa 51 tahun yang lalu.

DI PARLIMEN GOMBAK UMNO-BN TEWAS  (4-0) PADA PRU-12 DAN (4-0) PADA PRU -13.

Di antara kawsan parlimen di dalam Negeri Selangor,termasuklah kawsan Parlimen Gombak itu sendiri. Walau pun Gombak itu mempunyai para pengundi Melayu sebanyak 74 %.Lain-lain kaum sebanyak 26 % sahaja. Pun bnegitu pada PRU-12 Umno-BN tewas  4-0 di tangan pakatan pembangkang.

Pada PRU-13 pun Umno-BN kalah sekali lagi dengan 4-0 juga.Selangor pada PRU-12 Umno-BN menang 20 kerusi.Malangnya pada PRU-13 Umno-BN menang hanya 12 kerusi sahaja. Hilang lagi 8 kerusi di dalam DUN Selangor.Aapakah akan jadi pada PRU-14 nanti? Hanya Allah swt yang Maha Mengetahuinya.

Puan Rosnah Abdul,pencabar 
Jawatan Naib Ketua Umno 
Bahagian Gombak
Kekalahan ini terjadi? Ia disebabkan undi Melayu berpcah tiga. Satu bahagian kepada PKR.Satu bahagian kepada PAS.Satu bahagian lagi kepada Umno.

Sedangkan undi Cina telah mengundi ke PAS atau kepada calon  PKR. Undi Cina jadi faktor kemenangan PAS/PKR di Selangor.

Parti Umno hanya dapat undi dari orang-orang Melayu yang bersikap patriotik yang tidak sanggup menggadaikan maruah bangsa kepada kaum lain.

Itulah delima politik Malaysia yang mana para penduduknya merupakan penduduk majmuk tinggalan penjajah British ketika hendak memberi kemerdekaan tanah air kepada kita.

Faktor itulah yang menyebabkan Umno-BN tewas di Selangor dan Pulau Pinang.

Disebabakan kawasan-kawasan penempatan baru di bandar-bandar di Selangor dan Pulau Pinang itu sendiri, merupakan kawasan-kawasan penempatan baru penduduk yang dikuasai oleh pengundi Cina dan India lebih banyak berbanding dengan orang-orang Melayu.

Siapa yang telah membangunkan bandar-bandar itu sedemikian jadinya? Bukankah kerajaan Umno-BN yang membangunkannya? Tidakkah itu bererti Umno-BN telah menikam diri mereka sendiri? Bermurah hati tidak tentu fasal. Kenapa begitu banggang jadinya?

Jadi,wajarlah para pemimpin Umno-BN ambil senduk,kemudian pukulkan ke kepala mereka itu sendiri. Sambil mengetuk ke kepala anda itu lantas tanyakan,"Kenapa kami jadi begitu bodoh dan tolol?"

 Malaysia ini menggunakan sistem demokrasi berparlimen di dalam masyarakat majmuk.Siapa yang memiliki suara majoriti di dalam sesuatu Pilihan Raya Umum? Tidak kira mereka itu bumiputra-kah atau bukan bumiputra-kah.Suara majotiri yang menentukan siapakah yang akan berkuasa.

Golongan yang mendapat suara majoriti-lah yang punya (kuasa politik) yang dibolehkan memerintah negeri-negeri tersebut mengikut acuan amalan demokrasi yang tercatit di dalam perlembagaan kita.

Pada PRU -13  Umno-BN masih menguasai parlimen secara simple majoriti.Pembangkang yang sangat kepingin hendak duduk di Putrajaya itu? Kini mereka menggunakan isu undi popular pula.Betapa tidak punya maruah dan sama sekali tidak merasa malu dan mereka begitu tega menggunakan isu undi popular?

Sebenarnya,mereka sangat arif bahawa Malaysia tidak menggunakan cara undi popular.Yang Malaysia amalakan selama ini ialah sistem kawasan Parlimen.Parti mana yang menang banyak kawasan-kawasan parlimen?

Maka parti itulah yang menguasai parlimen dan berkuasa dan punya kuasa politik walaupun secara "simple majoriti".

Mereka sengaja hendak orbitkan isu popular itu agar rakyat yang bodoh dan bangang,tidak faham tentang sistem PRU kita,akan mengiyakan hujah-hujah dangkal mereka itu.

PEMILIHAN UMNO PADA TAHUN INI MERUPAKAN PEMIILIHAN PARA PEMIMPIN UNTUK MEMENANGI (PRU Ke-14) NANTI.

Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) telah pun berlalu pada tanggal 05 hb.Mei 2013 yang lalu.Keputusan yang muktamad telah pun diketahui oleh orang-orang Umno dan rakyat. Di Parlimen Malaysia, Umno-BN hanya mampu menang sebanyak  133 kerusi sahaja termasuk kerusi-kerusi yang dimenangi oleh negeri Sabah dan Sarawak.

Dengan keputusan yang demikian? Ia bererti Umno masih kurang sebanyak 15 kerusi lagi di dalam Parlimen Malaysia untuk mendapat undi (dua per tiga yang berjumlaah 148 kerusi sekurang-kurangnya) untuk melayakan atau pun bagi membolehkan Kerajaan Pusat untuk meminda segala peruntukana undang-undang di dalam Perlembagaan Malaysia yang difikirkan perlu dipinda.

Mohd Naqib bin Datuk Kahar,pencabar 
jawatan Ketua Umno Bahagian Gombak
Segala usaha untuk mengajak PAS untuk menubuhkan Kerajaan Perpaduan,agar suara majoriti ( dua per tiga) di dalam Parlimen Malaysia dapat dijadikan kenyataan?

Nampaknya setakat ini,setakat tulisan ini dibuat? Sudah terang lagi di suloh! Bahawa PAS semacam menolaknya secara mentah-mentah pelawaan itu.

Akibat dari sikap PAS yang hidung tinggi itu? Datuk Seri Najib Tun Razak, selaku Presiden Parti Umno dan sekaligus selaku Perdana Menteri Malaysia,dilihat semacam rasa pening kepala.

Beliau mengharapkan, pada PRU ke-14 iaitu, lebih kurang pada tahun 2018 nanti,Umno-BN akan mendapat suara majoriti ( dua per tiga) pada PRU tersebut.

Dalam konteks itu, Datuk Najib dan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan para pemimpin Umno dalam barisan Majlis Tertinggi (MT) mengharapkan bahawa pemilihan Umno pada kali ini akan berlaku perubahan yang drastik.

Pemilihan pemimpin Umno pada kali ini akan berkesudahan dengan kebijaksanaan para perwakilan yang sebanyak hampir 146,000 orang itu,akan memilih dan akan membuat pilihan yang bijaksana.

Dengan cara memilih tokoh-tokoh politik Umno yang benar-benar komited terhadap cita-cita dan harapan parti Umno.

Para perwakilan yang sebesar hampir 146,000 orang itu,akan memilih para pemimpin Umno yang baru dari jawatan Naib Presiden hingga ke jawatan (MT) pada tokoh-tokoh  Umno yang benar-benar komited dan komitmen mereka pada parti Umno dan bangsa Melayu tidak berbelah bagi.

Bukan kerana niat lain yang tertentu.Bahkan bersedia mengabdikan tenaga mereka terhadap perjuangan Umno itu sendiri agar jadi kuat semula seperti sebelum pada PRU-12 pada tahun 2008.

Sekaligus tokoh-tokoh baru yang akan terpilih pada 19 hb.Oktober 2013 itu nanti, semuanya akan merupakan tokoh-tokoh politik yang berjiwa baru,berjiwa besar, berserta dengan tekad mahu memenangi PRU ke-14 itu nanti dengan mendapat suara besar di Parlimen iaitu,melebihi dari suara ( dua per tiga).

Dengan kata lain, Datuk Seri Najib mengharapkan Umno-BN mendapat kemenangan di Parlimen Malaysia lebih dari 148 suara seperti dulu-dulunya iaitu sebelum PRU ke-12.

Hal ini tidak mustahil akan boleh dicapai. Dengan syarat seluruh para pemimpin tertinggi dan para pemimpin di Bahagian dan di cawangan-cawangan Umno itu sendiri,harus memasang azam dan bertekad kental dan mesti bekerja keras dengan apa cara sahaja, mencari rumusan (formula) macam mana hendak menarik semula hati nurani rakyat.

Terutamanya pada orang-orang Melayu yang dah buat U turn pada parti pembangkanng itu,akan buat U turn semula kepada Umno, disamping terus berusaha untuk mendapatkan sokongan besar jumlahnya dari pengundi muda dari jenarasi Y.

Disamping semua para pemimpin dan anggota-anggota Umno harus bekerja keras secara terus menerus, janganlah lupa mendambakan diri terus-terusan,jangan main-maianan memohon doa restu kepada Allah s.w.t. Yang Maha Berkuasa lagi Maha Pengasih lagi Maha Penyanyang,agar mengkabulkan permohon anda itu.

Bulat-bulat serahkan diri anda kepada Allah s.w.t. dan nyatakan di dalam niat dan permohonan anda itu, sesungguhnya apa yang anda kerjakan dalam Umno itu, semata-mata ikhlas kerana Allah Ta'ala,demi untuk memperjuangkan kedaulatan agama Islam,bangsa Melayu,Raja-Raja Melayu dan negara Malaysia yang kita yang sangat kita cintai.

Kita tidak ada negara kedua,hendak dituju, seperti mana yang ada, pada kaum-kaum lain yang pada mulanya pendatang,kini telah jadi rakyat Malaysia. Insya Allah! Jika niat dan permohonan kita itu benar-benar jujur semata-mata kerana Allah s.w.t. yang punya alam ini.

Insya Allah!Segala doa-doa anda yang disertai dengan kerja kuat dan keras itu, akan dikabulkan oleh Allah S.W.T. Allah swt itu Mah Pemurah.

PEMILIHAN PEMIMPIN BAHAGIAN GOMBAK SUNGGUH MENDUKCITAKAN?

Setelah meneliti tokoh-tokoh Umno Bahagian Gombak yang bertanding untuk menjadi nakhoda kapal Umno di Gombak itu sendiri.Saya termenung agak lama dan di hati kecil penulis mula bertanya-tanya  kenapa tidak ada tokoh-tokoh baru yang lebih dynamic untuk mencabar jawatan Ketua Umno Bahagian Gombak?

Kenapa dibiarkan hanya Rahim Kamaruddin,penyandang dan Said Anwar sahaja yang bertandig untuk merebut jawatan yang begitu penting pada Umno Bahagian Gombak,jika Umno-Gombak mahu oulih semula dan menang pada PRU ke-14 nanti?

Penulis secara pribadi, tidak ada buruk sangka terhadap kedua-dua tokoh ini tentang apa jawatan yang hendak mereka pegangn.Tetapi dari segi dua keputusan yang telah menimpa Umno- Gombak pada PRU ke-12 dan ke-13 itu?

Penulis merasa tersangat malu dan mendapat kesimpulan bahawa kekalahan teruk Umno-BN di Gombak, pada PRU-13 itu dengan kiraan 4-0 sekali lagi itu?

Bertitik tolak dan berpunca dengan prestasi kerja mereka yang tidak (dynamic) dan lemah longlai dan tidak mampu menyatu padu anggota-anggota Umno di Gombak menjadi satu saf barisan yang mantap dan sekaligus mereka tidak mampu untuk mendapatkan sokongan dari para pengundi atas pagar untuk menyokong Umno.

Sedangkan hidup atau mati,kalah atau menang Umno Gombak pada sesuatu PRU itu, adalah menjadi tanggung jawab mereka selaku Panglima Perangnya di medan juang Umno di Gombak.

Sebagai Ketua dan Timbalan parti Umno di Gombak? Jika ketika berada di lautan luas, mereka berdua itu merupakan tokoh penting,selaku nakhoda kapal Umno Gombak,untuk melayari kapal politiknya di tengah-tengah lautan luas yang sentiasa bergelora agar selamat tiba ke distinasinya.

Yang jelas, bahawa kedua-dua tokoh ini, tidak punya  rumusan atau formula politik yang dinamis dan unik untuk digalas sebagai strategi untuk menang pada PRU ke-14 nanti.Jika salah satu di antara mereka menang pada pemilihan itu nanti?

Maka taraf perjuangan Umno Gombak untuk menongkah arus masa yang begitu mencabar di akhir-akhir ini? Tetap macam lama juga.,di takuk itu juga.Tang tu tang tu juga.Tidak akan berubah.Tidak ada reformasi dan tidak akan ada transformasi.

Sebagai contoh? Said Anuar itu sendiri dah bertanding 2 kali. Pada PRU -12 dia bertanding sebagai calon Parlimen Gombak. Beliau kalah di tangan Azmin Ali dari PKR dengan majoriti tujuh ribu lebih.

Pada PRU-13 pula, beliau bertanding sekali lagi sebagai calon DUN di kawasa Gombak Setia. Beliau kalah juga.

Sementara Rahim Kamaruddin pula? Walau pun pada PRU ke-12 pada tahun 2004 Datuk Ahmad Bujang,bertanding di kawasan DUN Hulu Kelang dan kalah ditangan calon PAS.

Kekalahan itu pun boleh juga dikatakan Rahim Kamaruddin,turut terlibat juga kerana ketika itu beliau jadi setiausaha Umno di Bahagian Gombak, bertugas di bawah pimpinan Datuk Ahmad Bujang,sebagai Ketua Bahagian.

Pada PRU-13 pula? Rahim Kamaruddin di angkat oleh pucuk pimpinan pusat Umno bertanding di DUN Hulu Kelang. Dia pun kalah juga.

Berdasarkan dengan keputusan kekalahan 2 kali berturut-turut oleh Said Anuar dan Rahim Kamarudian itu?Sudah terang lagi di suluh,bahawa kedua-dua tokoh Umno Gombak itu tidak ada "blue print" tersendiri bagaimana hendak memertabatkan Umno Gombak jadi dinamis untuk memenangi pilihanraya di kawasan DUN yang mereka wakil atas nama Umno itu.

Penulis telah mengikuti banyak kawasan ketika mereka memberi ceramah-ceramaah politik di kawasan DUN masing-masing ketika kempen pilihanraya(PRU-13) di adakan.

Penulis lihat di dalam ceramah-ceramah politik yang telah di sampaikan oleh mereka berdua,di kawasan masing-masing.Dilihat tidak ada sama sekali tidak visi dan idea politik kepunyaan mereka sendiri yang telah diutarakan oleh mereka kepada pada para pengndi setempat.

Melainkan mereka dilihat telah menggunakan hujah-hujah Datuk Seri Najib dan Tan Seri Muhyiddin Yassin,yang mana isu-isu itu rata-rata telah tersibar luas di kaca TV dan juga di media arus perdana dan sekaligus di blog-blog tempatan yang sudah basi isunya.

Penulis sendiri,selaku sahabaat kepada mereka berdua, sering mengutarakan cadangan-cadangan kepada mereka selaku bakal  Ahli Mesyurat DUN. Anda harus membawa isu-isu setempat dan dijanjikan kepada para pengundi setempat itu.

Misalnya, jika mereka menang pada PRU itu? Apa program atau gagasan baru dari mereka berdua untuk memberi manfaat pada rakyat setempat yang akan diusahakan.

Gagasan dan idea itu pula datangnya dari ideanya sendiri,bersifat asli,setelah mereka membuat kajian yang mendalam yang merupkaan buah fikiran asli (ori) dari mereka itu sendiri untuk diketengahkan dan untuk dimajukan oleh Umno-BN di mana mereka merupakan bakal ahli yang berhormat di DUN Gombak Setia dan juga di DUN Hulu Kelang.

Cadangan-cadangan yang bersifat positif dari penulis itu? Dilihat tidak mendapat respon positif dari mereka berdua dan mereka tetap dengan lagu dan irama lama mereka.Langsung tidak mahu berubah.

Pada PRU-13 Rahim sebagai Ketua Bahagian Umno Gombak.Sementara Said Anuar pula,selaku Timbalan Ketua Bahagian Umno Gombak.Kedua-duanya kalah menonggeng.

HARUS MELETAKKAN JAWATAN MASING-MASING

Lzimnya? Kejayaan atau kekalahan sesuatau Bahagian Umno di dalam satu-satu PRU itu? Ia merupakan tanggung jawab Ketua Bahagian itu sendiri dan sekaligus jadi tanggung jawab Timbalan Ketua Bahagian itu, ketika sedang menempuh Pilihan Raya Umum?

Ketua Bahagian dan Timbalannya merupakan Panglima Perang yang akan memberi arahan kepada tentera-tentera di bawahnya iaitu,pada para petugas mereka yang berada di cawangan-cawangan, menjalankan tektik perang berdasarkan rumusan atau (formula) atau strategi dari Ketua Bahagian dan Timbalannya itu sendiri jika mereka dah menyediakan formulanya untuk menang.

Jika sebagai Ketua Bahagian dan Timbalan Ketua Bahagian?Mereka dilihat tidak ada tektik perang yang khusus harus digalas oleh tentera-tentera bawahannya? Jadi,apakah fungsinya selaku Ketua Bahagian dan Timbalan Ketua Bahagian?

Justeru itu,dari manakah anak buahnya iaitu ketua-ketua cawangan itu akan menerima dan mendapatkan arahan politik untuk digunakan sebagai senjata tempour di medan juang?

Kekalahan yang berulang 2 kali berturut-turut-turut di Parlimen Gombak dengan keputusan 4-0 itu? Tidaklah menghairankan kita. Jelas disebabkan komitmen yang serius dari Ketua Bahagian dan Tim.Ketua Bahagian Umno di Gombak itu sendiri dilihat terlalu passif.

Mungkin kekalahan itu akan berulang lagi, jika sikap sedemikian tidak diubah dengan secara positif pada PRU ke-14 nanti.

Lazimnya,Rahim Kamaruddin dan Said Anuar harus meletakkan jawatan selaku Ketua Bahagian dan Timbalan Ketua Bahagian, akibat kekalahan Umno Bahagian Gombak, dua penggal PRU yang sangat memalukan Umno Gombak.Tapi ia tidak berlaku?

Sebaliknya Rahim Kamaruddin terus hendak mempertahankan jawatan itu,sementara Said Anuar pula bertindak mencabarnya degan memilih jalan berkonfrantasi untuk bertanding merebut jawatan itu dari Rahim pula? Hairan bin ajaib kenapa begitu jadinya?

AMALAN YANG LAZIM

Sebagai contoh, Umno -BN di bawah pimpinan Pak Lah kalah teruk dalam PRU-12 pada tahun 2008 dulu.Dalam parlimen Umno-BN hanya ada 140 kerusi sahaja.Dan kalah di 5 negeri di dalam Malaysia di tangan pembangkang.

Akibat dari kekalahan itu? Akhirnya Pak Lah bertanggung jawab atas kekalahan itu dan kemudiannya beliau berhenti dan meletakkan jawatan dan menyerahkan jawatan Presiden Parti dan Jawatan Perdana Menteri  kepada Datuk Seri Najib Tun Razak.

NOH OMAR HARUS DIPUJI DAN BELIAU ADA RUMUSAN (FORMULA) MENANG DI BAHAGIANNYA ( DI TANJUNG KARANG).

Sebagaimana dengan Bahagian Gombak.Maka kedudukan Parlimen Tanjung Karang juga adalah sama senarionya. Gombak mempunya para pengundi kaum Cina dan India sekitar 26 %,pengundi Melayu sebanyak 74%. Parlimen Tanjung Karang pun begitu juga lebih kurang.

Di Gombak PAS dan PKR pun bertanding.Maka di Tanjung Karang yang ada dua kawasan DUN di tanding oleh parti pembangkang.Berpandukan dengan rumusan  ( formula) yang tersendiri yang ada di tangan Datuk Seri Noh Omar yang dah lama  menjadi Ahli Parlimen di Tanjung Karang.

Maka beliau menang di Parlimen Tanjung Karang sebagai Ahli Partlimen pada PRU-13 itu dan sekaligus Umno-BN menang juga di kedua-dua kerusi DUN yang berada di dalam kawasan Parlimen Tanjung Karang itu sendiri.

Pada Ketua-Ketau Bahagian yang kalah, di lain Bahagian Umno,di Selangor,pada (PRU -13)? Penulis cadangkan di sini,mereka harus mendekati Datuk Seri Noh Omar,dan cuba merisik-risik tentang formula atau pun (ilmu ghaib) yang telah beliau gunakan di Tanjung Karang ketika beliau berdepan dengan PRU -13 itu?

Jangan segan dan jangan malu-malu untuk bertanya, agar anda jangan sesat jalan pada PRU -14 itu nanti.Malas belajar,kita tidak akan dapat menambah ilmu di dada dan malu bertanya kita akan terus sesat jalan untuk sampai ke distinasi yang hendak dituju.

PENGERUSI PERHUBUNGAN UMNO SELANGOR

Maka tepatlah pilihan Datuk Seri Najib Tun Razak,telah mengangkaat Datuk Seri Noh Omar sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor yang baru,sebaik sahaja selesai kerja-kerja PRU-13.sebaik sahaja selesai tugas-tugas politik PRU-13.

Penulis begitu yakin Datuk Seri Noh Omar,akan berjaya menggalas tanggung jawab yang diamanahkan kepada beliau itu.

Tidak diduga,disebalik wajah muka yang sering serius aje itu. Rupa-rupanya terselit banyak pengalaman politik dan sekaligus punya "ilmu gaib" dan pengalaman politik yang unik hingga dapat menampilkan kejayaan yang gilang gemilang pada PRU-13 di kawasan Parlimen Tanjung Karang.

Menang kerusi parlimen dan sekaligus menang juga dua kerusi DUN di kawasan tersebut. Syabas !Datuk Seri Noh Omar.

Parlimen Tanjung Karang dan dua kawasan DUN-nya tetap berada di tangan Umno.Pencapaian gemilang yang dimiliki oleh Datuk Seri Noh Omar di kawasan Parlimen Tanjung Karang itu? Sungguh membanggakan Umno-BN Selangor.

Di ketika politik Malaysia begitu mencabar.Kita harus mengakui bahawa kemenangan Umno-BN dapat mempertahankan maruahnya di Tanjung Karang itu?Bukan semacam bulat datang bergolek dan bujur datang melayang.

Penulis difahamkan bahawa Datuk Seri Noh Omar telah bekerja kuat dua tahun sebelum itu dan dibantu oleh para penyokongnya yang setia yang sayangkan Umno tanpa sempadan.

Pemimpin politik Umno bertaraf semacam inilah harus dicontohi oleh para pemimpin Umno Selangor di Bahagian lainnya. Jika tidak dipecahkan ruyongnya? Bagaimana anda akan mendapat sagunya?

TOKOH-TOKOH UMNO GOMBAK YANG BERTANDING.

KETUA BAHAGIAN GOMBAK.

1.Rahim Kamaruddin (penyandang)
2.Said Anuar (pencabar)

TIMBALAN KETUA BAHAGIAN.

1.Datuk Dr.Rahman Ismail
2.Datuk Megat Zulkarnain bin Tan Sri Omardin
3.Abu Samah Bachik
4.Datuk Amir


KETUA WANITA

1.Datin Sharifah Salmah (penyandang)
2.Puan Norseha Satiman (pencabar)

NAIB KETUA WANITA
1.Rozila binti Zainudin
2.Puan Rosnah binti Abdul (pencabar).

KETUA PEMUDA

1.Eidi Hj.Aris ( penyandang)
2.Mohd Naqib bin Datuk Kahar (pencabar).

Lain-lain jawatan penulis tidak ada laporanya.Justeru itu,penulis dah hubungi setiausaha kerja Bahagian,Sdr Rohaizad.Beliau pun tidak mampu memberi list semua para petanding yang sepenuhnya. Haraf maaf kerana tidak lengkap.

PERINGTAN: Hari mengundi bagi sayap Pemuda/Wanita dan Puteri akan berlangsung pada tanggal 12/10/2013 ini ,bermula pada jam 8.00 pagi,di Dewan K.K.Klub,bertempat di Taman Melawati,Hulu Kelanag,Selangor Darul Ehsan.

KEPUTUSAN  ESOK BOLEH MEMPENGARUHI PEMILIHAN  KETUA BAHAGIAN DAN TIMBALANNYA.

PADA hemat penulis bahawa keputusan pemilihan sayap Ketua Pemuda,Ketua Wanita dan Ketua Puteri Umno yang akan berlangsung pada hari esok itu?

Ianya boleh memberi pengaruh yang positif pada keputusan pemilihan Ketua Bahagian,Timbalan Ketua Bahagian dan Naib-Naib Ketua Bahagian itu sendiri yang akan berlangsung pada 19 hb.Oktober 2013.

Adakah Team A yang diketuai oleh Rahim Kamaruddin akan menang atau Team B yang diketuai oleh Said Anuar akan berjaya? Sama-samalah kita tunggu dan lihat keputuannya itu. Posted by abnmulya / Bakar Ninggal,blogspot.com.at 3.56 am on Oktober 11,2013.

1 comment:

soon said...

Ketua Belia MCA Gombak YIP JIUN HANN,
Berkenaan bapa U (YIP KUM FOOK, MCA GOMBAK) bertiga, Empat Isteri dan kaya, itu hal U sendiri,
Mengapa U cuba Menbangkitkan Nama NABI MUHAMMAD S.A.W. bagi menburukkan nama kebaikannya. U cuba ingat memalukan Muslim?
Yip Jiun Hann, U bukan Muslim kami harap jangan menyetul hal Agama Muslim dan kebaikan NABI MUHAMMAD S.A.W.
Kalau tidak kami akan ajar U seperti perkara yang terjadi di U.S.A

Kami Yang Benar,
RAKYAT GOMBAK