KUALA LUMPUR 17 Nov. - Keengganan Pengerusi DAP, Karpal Singh memohon maaf berhubung kenyataan beliau supaya pendaftaran Pas dibatalkan disifatkan sebagai pencabulan semangat setiakawan beliau terhadap parti tersebut.
Naib Ketua Dewan Pemuda Pas, Dr. Raja Ahmad Iskandar Raja Yaacob berkata, Karpal memberi alasan tidak timbul keperluan bagi meminta maaf memandangkan beliau tidak berhutang maaf kepada sesiapa.
Menurut beliau, sikap Karpal itu amat dikesali walaupun jelas Ahli Parlimen Gelugor itu mengeluarkan kenyataan berhubung pendaftaran Pas itu.
"Jelas kepada sesiapa yang membaca petikan ringkas transkrip sidang akhbar Karpal pada 5 November lalu bahawa beliau memang memasukkan Pas ke dalam senarai parti perkauman dan keagamaan yang perlu dibatalkan pendaftarannya," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Raja Ahmad Iskandar membidas kenyataan Karpal sebelum ini yang menafikan beliau meminta pendaftaran parti politik dan badan profesional berdasarkan kaum dan agama termasuk Pas, dibatalkan kerana membahayakan negara.
Beliau menambah, Karpal juga tergamak 'mencurahkan garam ke atas luka Pas' dengan membuat kenyataan yang sangat menghina perjuangan Pas sebagai sebuah parti Islam.
Berikut adalah petikan kenyataan Karpal berhubung perkara itu:
"Mana-mana rakyat dalam negara ini yang dalam fikiran yang betul akan bersetuju dengan saya bahawa tidak harus wujud parti-parti politik yang diasaskan kepada pertimbangan-pertimbangan perkauman dan keagamaan di dalam sebuah masyarakat berbilang kaum dan berbilang agama seperti Malaysia dan bahawa pada akhirnya hendaklah dihapuskan secara mutlak dari medan politiknya parti-parti politik yang diasaskan kepada pertimbangan-pertimbangan perkauman dan keagamaan."(Utusan online-politik).Posted by abnmulya /Bakar Ninggal.blogspot.coam.at 11.25 am on November 18,2013.
No comments:
Post a Comment