Monday, November 11, 2013

Cukup sekalai digunakan,jangan ulangi kesilapan

KOTA KINABALU 10 Nov. - Bumiputera Sabah terutama etnik Kadazandusun Murut (KDM) yang menyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) perlu sedar bahawa mereka dipergunakan oleh parti itu bagi memenuhi agenda peribadi pimpinan, bukannya untuk dibela nasib mereka seperti yang dicanangkan sebelum ini.

Bekas Naib Presiden PKR, Datin Saidatul Badru Tun Mohd. Said berkata, hakikat itu bukannya lagi rahsia tetapi disokong oleh pendedahan beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PKR itu yang bertindak keluar parti kerana kecewa apabila kepentingan etnik tersebut disisihkan walaupun mereka merupakan majoriti dalam jumlah kerusi yang dimenangi dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

"“Cuba bayangkan apa yang berlaku sekiranya PKR atau pembangkang menang besar di Sabah. Selepas kalah pun mereka tetap sisihkan, jika menang?" katanya ketika dihubungi di sini.

Beliau mengulas tentang tindakan ADUN Matunggong, Datuk Jelani Hamdan, merangkap bekas Naib Pengerusi 1 Majlis Pimpinan Negeri PKR Sabah yang meletak jawatan itu berkuat kuasa serta-merta semalam.

Sebelum itu, pada 4 November lalu, ADUN Kadamaian, Jeremmy Malajad mengumumkan keluar parti dan menjadi wakil rakyat Bebas.

Difahamkan dalam masa terdekat ini, beberapa lagi pemimpin PKR negeri akan melakukan kejutan besar. 

Saidatul Badru menasihatkan seluruh rakyat terutama di Sabah yang menyokong PKR perlu bijak menilai antara intan dengan kaca, sekali terkena jangan pula membiarkan dipergunakan sekali lagi kerana yang akan mendapat akibatnya adalah generasi akan datang.(Utusan online-politik).Posted by abnmulya /Bakar NIngal.blogspot.com.at 8.37 am on November 12,2013.

No comments: