JUMAAT, 08 NOVEMBER 2013 02:01
Gara-gara nak tutup malu kerana kalah dalam pilihanraya umum ke 13 setelah pukul canang boleh menang,pembangkang terus menerus meroyan pasal ' undi popular'.
Sidang Dewan Rakyat sekali lagi kena melayan soalan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat mengenainya pagi Khamis.
Apa yang membuat ramai pihak tertawa melihat gelagat pembangkang ialah pada ketika yang sama kini membisu seribu bahasa kerana tidak dapat membuktikan dakwaan mengenai pembohongan besar mereka tentang 40,000 pengundi hantu warga Bangladesh.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim nampaknya faham sangat taktik pembangkang yang hendak terus menghidupkan persepsi kononya merekalah yang menang PRU13 sekalipun sistem undi popular tidak digunapakai di Malaysia.
Cara beliau ' bersilat' menjawab nyata mematikan langkah mereka.Perbahasan mengenai isu ini berbangkit semasa sesi soal jawab.
Ini ekoran soalan Dr Mohd Hatta Ramli (PAS-Kuala Krai) yang ingin tahu sama ada kerajaan sedia menerima cadangan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Berhubung Penambahbaikan Proses Pilihan Raya bagi mengkaji pelaksanaan sistem 'Proportionate Representation' bagi menggantikan sistem 'First Past the Post' dalam proses pilihan raya di negara ini.
Shahidan berkata sistem 'First Past the Post' sudah digunapakai sejak dulu dan selagi ia tidak ditukar soal undi popular tidak wajar dibangkitkan.
Malah untuk menguatkan hujahnya menteri itu memberi contoh mengenai pemilihan UMNO baru-baru ini dimana beliau sendiri mendapat undi popular lebih banyak bagi jawatan Majlis Tertinggi UMNO berbanding pemenang nombor 8 dan 9.
Beliau tetap berada di nombor 10 dalam barisan yang menang.Ini,katanya kerana bilangan bahagian yang mengundi pemenang nombor 8 dan 9 adalah lebih darinya.
Menurut beliau hal sama berlaku dalam jawatan Naib Presiden UMNO yang melibatkan Datuk Seri Hishamuddin Hussein dan Datuk Mukhriz Mahathir.
Mukhriz dapat undi popular yang lebih tetapi tewas undi bahagian pada Hishamuddin.
"Sistem ini kita kena ubah baru boleh bercakap.Kita tidak boleh bercakap berdasarkan sistem berlainan yang ada,Kalau sistem ini kita ambil dari gua batu tak apa tapi sistem ini dipakai dari Merdeka sampai sekarang,"katanya
Shahidan berkata sistem 'First Past the Post' atau majoriti mudah dalam proses pilihan raya adalah yang terbaik dan sesuai diamalkan di negara ini.
Menurut beliau sistem ini sesuai dipraktikkan di negara yang mempunyai masyarakat berbilang kaum dan mudah difahami oleh kebanyakan rakyat di negara ini.
"Sistem ini (First Past the Post) terbukti dapat menyatupadukan masyarakat berbilang kaum sejak diamalkan selepas kemerdekaan.
"Kerajaan belum bersedia untuk menerima sistem 'Proportionate Representation' yang mana mengambil kira undi popular kerana sistem yang sedia ada masih relevan untuk diamalkan dalam pilihan raya," katanya..
Shahidan berkata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) masih mengkaji kesesuaian sistem 'Proportionate Representation' sebelum keputusan muktamad diumumkan.
Sementara itu, menjawab soalan tambahan Dr Mohd Hatta mengenai pengalaman pelaksanaan sistem 'First Past the Post' pada pilihan raya lepas yang tidak berpihak kepada Pakatan Rakyat yang mendapat undi popular terbanyak, Shahidan berkata setakat ini kebanyakan negara Komanwel telah melaksanakan sistem itu dan terbukti berkesan dan disokong oleh rakyatnya.
"Jika sistem 'popular vote' belum dilaksanakan maka kamu semua belum boleh komen lagi, setakat ini sistem 'First Past the Post' telah terbukti kerelevanannya dan kami merasakan sesuai kerana ia telah dilaksanakan selepas zaman kemerdekaan lagi. ]
"Sistem baharu jika mahu dilaksanakan perlu dikaji dahulu, sekarang jawatankuasa khas parlimen telah mencadangkan 22 perkara untuk penambahbaikan proses pilihan raya dan kami telah melaksanakan lapan daripadanya, setakat ini guna pakai sistem ini dulu," katanya.
Shahidan juga mengingatkan bahawa BN menang PRU13 atas satu parti gabungan yang sah manakala di pihak pembangkang pula lain-lain parti.
"Kalau kita hendak pergi pilihanraya...masa pilihanraya lepas BN dia satu parti tapi parti lain dia tidak boleh kata ini gabungan.Dia bertanding atas parti sendiri.PAS bendera sendiri,DAP bendera sendiri ,PKR bendera sendiri.Kalau dari segi peratusan dia tak boleh campur peratusan,"katanya.
"Kalau kita nak bertanding biar diatas parti. Saya nak bagi contoh berdasarkan pilihanraya lepas kalau parti ke parti mereka tak sampai ke tahap tersebut.Nak campur tak boleh.
"PAS dengan DAP dah bergaduh sekarang (isu kenyataan Karpal Singh) .Silap-silap PAS dia masuk belah UMNO.Kalau PAS masuk belah UMNO habislah...(maknanya) dua pertiga majoriti,"kata Shahidan menyindir pembangkang.
Keadaan menjadi lebih panas bila Azmin Ali (PKR-Gombak) bangun mencelah mempersoalkan mengapa permohonan mereka sejak tiga tahun lalu untuk mendaftarkan nama Pakatan Rakyat belum diluluskan.
Ini mendorong Datuk Seri Noh Omar (BN-Tanjong Karang) bangun tibai Azmin dengan membangkitkan isu parti pembangkang bertanding sesama sendiri di beberapa kawasan masa PRU13.
Merujuk kepada dua sistem yang diamalkan sekarang yakni 'Proportionate Representation' dan 'First Past the Post',beliau berkata sepatutnya semua pihak berpegang kepada peribahasa ' lain padang lain belalang...lain tempat lain caranya."
"Tadi saya dengar pembangkang begitu megah kata mereka dapat majoriti lebih, tetapi di United Kingdom...kalau kita tengok (Parti) Konservatif dapat majoriti lebih tetapi tidak cukup nak tubuh kerajaan...dia kena buat kerajaan campuran.
"Mengikut 'Proportionate Representation' memanglah satu parti mesti bertanding ikut kerusi masing-masing tetapi tadi saya dengar Gombak (Azmin) salahkan kerajaan tidak terima pendaftaran Pakatan Rakyat.
"Tapi setuju tidak dalam pilihanraya lepas di tempat-tempat tertentu mereka bertanding sesama sendiri.Jadi kalau mereka sendiri tanding sesama sendiri macam mana nak nak amalkan sistem 'Proportionate Representation'.
"Dia nak letak kerusi pun tak boleh berkompromi...dia sendiri tak boleh nak selesai...macam mana nak cadang kepada kerajaan ( terima 'Proportionate Representation').",kata Noh-7/11/2013(Posted by abnmulya /Bakar Ninggal.blogspot.com at.8.03 am on November 08,2013.

No comments:
Post a Comment