Sunday, December 8, 2013

Jika Umno mahu menang besar pada PRU-14? Umno mesti mengatur 'strategi politik' secara revolusi...bukan cara biasa-biasa sahaja...

Para perwakilan Umno berdiri dan mengangkat tangan dengan penuh semangat sambil melaungkan
'Hidup Mel;ayu" pada Perhimpunan Agung Umno 2013 di Pusat Dagangan Dunia Putra.Kuala Lumpur, baru-baru ini.


Oleh Hj.Abu Bakjar NInggal
Disember 09,2013. at 11.09am

Akibat tsunami pengundi Cina membuat U turn dengan mengundi parti "Pakatan Rakyat" pada PRU-12 pada tahun 2008 dulu dan perubahan landskape politik yang telah melanda Malaysia pada PRU tersebut ia sungguh memeranjatkan pucuk pimpina Umno-BN.

Berpandukan dengan sebab-sebab kekalahan itu? Maka pada PRU-13 Umno dilihat telah mengatur strategi politiknya agak cergas juga.

Ia dilakukan dengan harapan agar dapat merampas semula negeri-negeri yang telah jatuh di tangan pembangkang.

Terutamanya Selangor dan sekaligus mengharapkan akan dapat menambah bilangan kerusi di dalam Parlimen yang hanya dimenangi oleh Umno-BN sebanyak 144 kerusi pada PRU-12.

Setelah PRU-13 selesai dan hasilnya?  Umno dilihat telah gagal mencapai cita-cita dan harapan mereka berasasakan strategi yang telah mereka sususn itu.

Justeru itu, barulah Umno sedar bahawa strategi politik yang telah mereka atur selama lebih kurang 5 tahun lamanya,semasa di dalam perjalanan menuju ke hari pengundian pada PRU -13 yang jatuh pada  05 hb.Mei 2013 itu pun tidak mencapai sasarannya.


GAGAL untuk menggamit hati nurani pengundi dan sekaligus strategi politik susunan Umno-BN itu dilihat gagal mencapai sasarannya dan tidak dapat mengalahkan strategi politik yang telah diatur oleh parti-parti pembangkang.

Jelas,segala kerja-kerja itu ternyata tidak releven dan "landskape politik" yang telah dicipta oleh pihak pembangkang yang diketuai oleh Anwar Ibrahim,bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan kini sebagai Ketua parti Pembangkang pula,dilihat telah berjaya dengan strategi politiknya walau pun gagal berada di Putrajaya.

Pada PRU-13 Umno-BN hanya menang sebanyak 133 kerusi di dalam Parlimen.Ertinya kurang 11 kerusi berbanding pencapain politik Umno-BN pada PRU-12.

Walaupun pada PRU-13 Umno-BN berjaya merampas semula negeri Kedah,dengan kemenangan simple majoriti dan berjaya mempertahankan kuasa politik Umno-BN di Perak dengan kerusi simple majoriti juga,tetapi tidak berjaya merampas semula Selangor,Pulau Pinang dan Kelantan.

Yang paling menyedihkana ialah pada nasib yang telah menimpa Umno-BN di Selangor.Pada PRU-12 dulu Umno-BN menang 20 kerusi DUN Selangor dan parti pembangkang menang sebanyak 36 kerusi.
Ketua Pemuda
 Khairy Jamaluddin Abu Bakar

Malangnya,pada PRU-13 parti-parti pembangkang telah menambah kemenangan kerusi DUN Selangor sebanyak 8 kerusi lagi dan jumlah semua kemenangan mereka pada PRU-13 dah jadi 44 kerusi DUN di Selangor.

Kedudukan politik Pakatan Rakyat,dilihat dah jadi semakin teguh di Selangor.

Kekalahan teruk Umno-BN di Selangor, ianya memberi kesan yang amat parah pada Umno-BN dan sangat memeranjatkan Pucuk Pimpinan Umno pusat dan juga para pimpinan Umno-BN di Selangor itu sendiri khasnya.

Mahu atau tidak mahu,suka atau pun tidak suka? Umno-BN Selangor mesti mengakui bahawa kekalahan yang mereka derita di Selangor itu, adalah bertitik tolak dari kesalahan mereka sendiri

Kesalahan mereka sendiri disebabakan tidak mahu berkerja bersungguh-sungguh mencari punca kekalahan yang telah dialami pada PRU-12 dulu itu?

Kemudiannya dengan cara bersungguh -sungguh berusaha mengatasi kelemahan pada PRU-12 agar jangan lagi berlaku pada PRU-13.

Dalam konteks itu? Umno-BN sepautnya harus mendaftarkan seramai-ramai pengundi baru Melayu sebelum tiba PRU-13? Terutama di Bahagian-Bahagian Umno-BN kalah pada PRU-12.

Malangnya, ianya tidak dilakukan oleh Umno-BN secara revolusi dalam kuantiti yang besar dan  sekaligus mempastikana bahawa mereka itu benar-benar akan menyokong Umno-BN pada PRU-13 itu.

Ini kesilapan Umno-BN yang paling ketara yang menyebabkan Umno-BN kalah teruk di Selangor  kepada parti-parti pembangkang.Landskape politik Malaysia yang telah bertukar wajah itu tidak dapat disedari olehg Umno-BN secara mendalam.

Berbanding dengan parti-parti pembangkang dari Pakatan Rakyat. Sebaik sahaja telah melakar kemenangan pada PRU-12 pada tahaun 2008.

Tanpa membuang masa mereka secara besar-besaran telah mendaftarkan pengundi-pengundi baru mereka dalam kuantiti yang besar sekaligus telah disaring kiblatnya akan pasti menyokong mereka tanpa berbelah bahagi lagi sebaik sahaja tiba tarikhnya hari mengundi pada PRU-13.

Dengan  kata lain.Dalam perjalanan untuk tiba ke hari mengunundi pada PRU-13 itu,maka parti-parti pembangkang di Selangor,dengan sedaya upaya terus menjaga dan membelai bakal-bakal para penyokong mereka dengan belaian kasih sayang yang sangat istimewa dengan berbagai-bagi cara walaupun terpkasa menaburkan persepsi yang merupakan fitnah semataa-mata terhadap Umno.

Mereka sebarkan persepti yang berupa fitnah ini,di semua blog-blog,facebook dan di twiter mereka secara besar-besaran sehingga persepsi fitanh itu kononya jadi benar.

Ketua Wanita Datuk Seri Sharizat
Abdul Jalail
Terutamanya DAP yang telah memfokuskan belaian kasih sayang mereka khasnya kepada penyokong-penyokong kaum Cina menerusi "media sosial" secara revolusi.

Tanapa segan silu dan takut? Mereka terus membakar fahaman sentimen ke Cinaan dengan berbagai-bagai cara terutama di dalam media soaial di dalam bahasa Cina secara terus menerus.

Justeru itu,etnik Cina jadi begitu benci pada parti M.C.A.dan menukar kiblatnya sokongan mereka dan lantas mengundi DAP dan calaon-calon parti yang jadi gabungan Pakatan Rakyat dari PAS dan PKR.

Para mud mudi Cina telah mempampirkan kerja sama yang begitu erat dengan Melayu PAS.Muda mudu etnik Cina sanggup memakai T shirt PAS dan melilit ke badan mereka bendera bulan bintang PAS ketika berkempen memujuk pengundi Melayu di hari pengundian pada PRU-13 itu.

Strategi pembangkang yang begitu radikal itu,dilihat tidak diikuti oleh Umno-BN dengan serius dan cara radikal juga,malah Umno-BN masih beranggapan bahawa strategi-strategi yang dipamirkan oleh pembangkang itu merupakan soal biasa sahaja.Tidak perlu dilayani.Kononnya tidak menjadi kudis bagi Umno-BN.

Tidak perlu di jawab dengan segera kononnya pada tafsiran Umno-BN bahawa senario itu tidak memberi kesan mendalam dan kononnya tidak membahayakan politik Umno-BN.

Justeru Umno-BN telah menanganinya dengan cara biasa-biasa sahaja.

Inilah kelemahan politik Umno-BN yang amat ketara.Tidak dapat menyediakan ubat-ubat yang boleh menyembuhkan penyakit-penyakit politik yang telah dideritainya bermula pada PRU-12 lagi. Umno-BN di cawangan-cawangan dan di bahagian-bahagian dilihat masih dilamun mimpi-mimpi indah di siang hari.

Umno-BN dilihat masih menyangkan bahawa warna-warni pelangi di kaki langit itu kononnya hanya anugerah dari Tuhan untuk mereka dan mereka berpendapat begitu senang untuk digapai?

UMNO-BN MESTI MENGATUR STRATEGI SECARA REVOLUSI PADA (PRU-14).

Kini PRU-13 telah berlalu dan keputusannya telah meninggalkan kesan yang amat pahit pada Umno-BN.Kerusi Umno-BN di dalam Parlimen jadi semakin berkurang.Dari 144 kerusi ianya jadi kurang 11 kerusi lagi.Hanya tinggal 133 kerusi sahaja.

Suka atau tidak suka, bila habis tempoh usia Parlimen 5 tahun nanti? Maka pada tahun 2018 PRU-14 mesti akan diadakan.Maka ketika itu? Pengundi-pengundi baru golongan Y INI ditaksirkan akan bertambah lagi sebanyak 6 juta orang.

PRU-14 mesti akan diadakan.Pada PRU-14 itu nanti dijangkan sebanyjka 6 juta pengundi-pengundi baru Mereka (pengundi jenerasi Y) akan mempunyai hak untuk mengundi dan mereka inilah golongan yang akan menetukan kerajaan yang mereka suka dan akan mereka pilih?

Jika Umno-BN mahu menang pada PRU-14 itu nanti?Mulai dari sekarang Umno-BN harus mendekati golongan jenarasi Y ini dalam kuantiti yang sebanyak-banyaknya.

Cara-cara mendekati mereka itu mesti dilakukan cara revolusi dan penuh berhemah,bukan dengan cara biasa-biasa sahaja. Pengundi -pengundi baru dari golongan ( jenarasi Y) ini, mulai dari serkarang dengan apa cara pun mesti didekati dan dipujuk rayu oleh Umno dan sekaligus dijagai kepentingan mereka hingga tiba hari mengundi pada PRU-14.

Untuk itu? Umno-BN mesti sanggup bekerja sama dengan semua golongan rakyat yang pro-Umno terutama golongan Ngo-Ngo yang besar bilangannya di Selangor dan di seluruh Malaysia itu sendiri.
Ketua Puteri 
Mas Ermieyati Samsudin

Pengakuan Pemuda dan puteri yang telah memberi pengakua akan mendaftarkan( jenarasi Y) ini sebgagai penyokiong dan sebagai pengundi pada Umno sebanyak-banyknya?

Mesti jadi kenyataan yang hakiki. Bukan hanya dimulut sahaja.Bukan sebagai retorik seamata-mata.

Pengakuan di atas pentas Perhimpunan Agung Umno di Dewan Niaga dunia Putra yang bermula pada  02 hb.Disember hingga 07hb.Disember  2013 itu mesti disertai dengan tindakkan yang positif dan secara revolusi sifat kerjanya.

Umno harus dengan cara yang tulus ikhlas mesti sanggup bekerja sama dengan semua golongan  yang pro-Umno serapat-rapatnya demi untuk mengumpulkan tenaga kerja yang bersatu padu,mengumpulkan kekuatan yang kental untuk keluar berjuang dan bertempur dengan parti-parti pembangkang pada PRU-14 yang akan tiba nanti.

Sayap pemuda ,wanita dan puiteri Umno dan dibantu oleh golongan Ngo-Ngo tanah air,mulai dari sekarang mesti bekerja keras mendaftarkan pengundi-pengundi baru terutamanya pengundi-pengundi Melayu yang tua mahu pun yang muda-muda seperti jenerasi Y secara revolusi.

Kerja-kerja yang begini sudah tentu memerlukan ongkos wang ringgit yang besar. Jika  Kerajaan Pusat sanggup mengagih-agihkan wang skim BRIM hingga berbillion ringgit banyaknya,tetapi hasilnya diragukan?Adalah lebih baik wang skim BRIM itu digunakan untuk kebajikana para pengundi baru yang boleh menjamin kemenangan Umno.

Jika cara ini tidak mamapu dan gagal dilakukan oleh Umno-BN? Berkemungkinan pada PRU-14 itu nanti akan berakhir dengan suasana yang negatif ,suasana (gelap gulita)bagi Umno.Percayalah bulat itu tidak akan datang bergolek.Tiada kerja? Maka tiadalah mendapat gaji dan bonus.

Tidakkah orang-orang Umno faham bahaw nada keluh kesah yang telah ditegaskan oleh Perdana Menteri kita, Datuk Seri Najib Tun Razak, dalam Perhimpunan  Agung Umno baru-baru ini yang ada menegaskan:

"Jika Umno masih berkuasa,maka orang-orang lain di Malaysia,pasti akan mendapat keadilan,tetapi jika orang lain yang menguasai politik kerajaan pusat Malaysia?

Jangan harap akan ada keadilan bagi orang-orang Melayu.Buktinya selama  56 tahun lebih sejak merdeka?Boleh dikatakan apa sahaja polisi yang bersangkutan dengan dasar-dasar ekonomi di kenalkan diMalaysia oleh kerajaana Umno-BN.Yang telah mendapat kepentingan besar ialah kau lain.

Buktinya?Cuba lihat di setip tahun berapa ramai kaum asing yang telah di listkan jadi billionair baru di Malaysia?

Kaum Melayu kita lihat hanya Syed Mokhtar sahaja.Itupun dilihat begitu ramai kaum asing yang telah sakit mata,sakit gigi,sakit perut dan sakit jiwa kononnya hanya Syed Mokhtar yang dapat faedah.Benarkah itu? (Posted by abnmulya./ Bakar Ninggal.blogspot.com.at 11.05am on Disember 14,2013.

No comments: