Khairy Jamaluddin Ketu aPemuda Umno |
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, terdapat kajian menunjukkan amalan itu dilakukan oleh syarikat-syarikat milik bukan bumiputera di negara ini.
"Kajian itu menunjukkan mereka menerima gaji yang tidak setimpal dengan kelayakan yang dimiliki,'' katanya ketika menggulung perbahasan pada Perhimpunan Agung UMNO 2013 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini hari ini.
Selain itu, Khairy juga meminta kerajaan menangani pelbagai isu lain yang menjadi kebimbangan golongan muda seperti peningkatan kos sara hidup, perumahan serta ketirisan, pembaziran dan rasuah melibatkan agensi-agensi kerajaan.
Dalam ucapan penggulungan itu, beliau turut menyarankan semua agensi kerajaan menangguhkan sementara kutipan pelbagai bentuk bayaran termasuk pinjaman serta cukai daripada mangsa-mangsa banjir di Pahang, Terengganu, Kelantan dan Johor.
Menurut beliau, langkah itu boleh membantu meringankan beban yang terpaksa ditanggung mangsa-mangsa banjir terbabit.
Beliau turut memuji keprihatinan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal menangguhkan kutipan bayaran balik pinjaman Skim Pembiayaan Ekonomi Desa (SPED) serta Malayan Banking Bhd. (Maybank) yang melakukan perkara serupa terhadap para peminjam.
"Kita tahu penderitaan mangsa-mangsa banjir bukan setakat hari ini tetapi apabila banjir surut, mereka terpaksa berdepan dengan kerosakan harta dan sebagainya," katanya.( Utusan online-UMNO-2013).Posted bya abnmulya /Bakar Ninggal,blogspot.com at 11.53 am on Disember 08,2013.
No comments:
Post a Comment