Oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA
mohdasron.mustapha@utusan.com.my
KUALA LUMPUR 20 Jan. - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak dibenarkan memasuki Jepun dan pihak berkuasa negara matahari terbit itu bertindak meminta beliau pulang semula ke Malaysia.
Sehingga kini belum diketahui punca sebenar mengapa pihak berkuasa Jepun bertindak demikian sebaik sahaja Ketua Pembangkang itu mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita, pagi semalam.
Difahamkan Anwar telah diminta secara elok oleh pihak berkuasa Jepun untuk segera meninggalkan negara tersebut tetapi jika Ketua Pembangkang itu tetap berdegil, beliau akan berdepan dengan tindakan dipaksa pulang.
Ketua pembangkang itu walaupun pada mulanya mempersoal tindakan berkenaan tetapi akhirnya akur dan pulang semula ke Malaysia pada pukul 10.45 pagi hari yang sama.
Dalam pada itu, menerusi kenyataan akhbar yang disiarkan di laman blog rasminya, http:// anwaribrahimblog. com semalam, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) tersebut mengesahkan kejadian berkenaan.
Seperti biasa, Anwar terus menuding jari kepada kerajaan Malaysia dengan mendakwa larangan itu dikuatkuasakan kononnya selepas pihak berkuasa Jepun mendapat aduan terbaharu mengenai beliau daripada pihak Wisma Putra.
Dakwanya, kerajaan telah memberi laporan terbaharu termasuk skandal beliau kepada kerajaan Jepun sehingga memaksa pihak berkuasa Jepun menghalangnya daripada memasuki negara berkenaan.
Anwar yang berang dengan kejadian tersebut juga bertindak mengecam kerajaan Jepun dengan berkata haknya untuk mendapat perjalanan bebas tanpa halangan telah dinafikan sebuah negara demokrasi seperti Jepun.
Apa peranan Wisma Putra sehingga saya diusir? Ketika ditahan pihak berkuasa Jepun, saya minta penjelasan dan mereka beritahu tindakan terpaksa diambil kerana ada laporan terkini," katanya.( utusan online-politik).Posted by abnmulya /Bakar Ninggal.blogspot.com at 12.01 am on January 21,2014.
No comments:
Post a Comment