Tuesday, January 7, 2014

Ini bakal bikin panas...Selangor dokong titah Sultan,akui serbuan JAIS ikut SOP.

SELASA, 07 JANUARI 2014 12:21
(Agenda Daily)
HELME HANAFI 

Di sebalik kisah ADUN-ADUN DAP Selangor yang cuba jadi hero dan salahkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) berikutan serbuan ke atas Persatuan Bible Malaysia di Damasara Kim Khamis lalu dan merampas ratusan Bible Bahasa Melayu, kerajaan negeri Selangor pada Selasa secara jelas kata serbuan itu ikut prosedur (SOP) yang ditetapkan.

Tune yang bertukar nada ini dinyatakan Exco Hal Ehwal Islam, Pemodenan Pertanian dan Pembangunan Desa Kerajaan Negeri Selangor, Sallehin Mukhyi dalam sidang media selepas bertemu Pengarang Herald, Paderi Lawrence Andrew di Bangunan SUK Selangor di Shah Alam.

Beliau sebelum ini antara lain dilihat cuba cari ' jalan selamat' dalam isu itu dengan mengatakan pihaknya tidak diberitahu mengenai serbuan berkenaan. Selain DAP,kalangan pimpinan PAS dan PKR telah mempertikaikan serbuan berkenaan.

Menurut Sallehin, serbuan tersebut dilaksanakan kerana ada aduan orang ramai kepada JAIS mengenai wujudnya penyebaran agama bukan Islam kepada orang Islam.

"Perkara tersebut merupakan satu kesalahan di Selangor berdasarkan Enakmen Agama Bukan Islam Selangor (Kawalan Penyebaran Kepada Umat Islam) Enakmen 1988,"katanya.

Mengenai tindakan lanjut, kata beliau, kerana perkara tersebut telah berlaku, pihak kerajaan negeri menyerahkan kepada JAIS, Polis dan Penasihat Undang-Undang Negeri menanganinya.

Beliau turut mempertahankan titah Sultan Selangor yang melarang penganut agama lain menggunakan kalimah Allah.

"Titah Tuanku adalah supaya penganut-penganut agama di Selangor dapat hidup secara hormoni, supaya tidak ada gangguan atau penghinaan satu agama kepada satu agama yang lain,"ujar beliau selepas pertemuan selasa sejam itu.

Sallehin berkata dalam pertemuan itu, pihaknya telah mencadangkan diwujudkan satu majlis perundingan antara agama untuk menyelesaikan isu-isu berkaitan dengan suasana harmoni.

"Saya juga mengajak MAIS, JAIS untuk sentiasa berunding dengan Tuanku untuk mencari keharmonian... kerana ada beberapa konflik yang terpaksa kita hadapi.

"Saya juga akan minta menteri (kerajaan pusat) penjelasan mengenai keputusan Jemaah Menteri untuk membenarkan import Bible yang berbahasa Melayu, sejauh mana pihak menteri telah memberikan kefahaman kepada semua negeri-negeri dan apakah ianya bertentangan dengan enakmen yang ada diperingkat negeri,"katanya.

Beliau juga menjelaskan, pihak kerajaan negeri dan dirinya sendiri, akan terus berada 'di belakang' Tuanku Sultan untuk melaksakan segala titahnya.

"Masalah agama ini jangan diselesaikan mengenai sentimen politik tetapi duduk semeja untuk selesaikan dalam suasana saling menghormati,"katanya.

Menjawab soalan wartawan, kata Sallehin, pertemuan beliau dan Lawrence tidak mencapai apa-apa keputusan berhubung kalimah Allah. "Pertemuan ini hanya untuk memastikan isu-isu agama diselesaikan secara harmoni,"katanya.-7/1/2014-7/1/2013  ( Posted by abnmuylya /Bakar Ninggal.blogspot.com at 10.47 am on Januarya 08,2014.

No comments: