Oleh SUWARNI MOKHTAR
KUALA LUMPUR 10 Jan. - Kes Pengerusi DAP, Karpal Singh yang didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan berhubung Sultan Perak dalam satu sidang akhbar di pejabatnya, hampir enam tahun lalu akan diputuskan pada 21 Februari ini.
Hakim Mahkamah Tinggi di sini, Datuk Azman Abdullah menetapkan tarikh tersebut selepas mendengar pihak pembelaan dan pembelaan pada akhir kes pembelaan.
Karpal, 73, didakwa melakukan perbuatan tersebut di antara pukul 12 dan 12.30 tengah hari, 6 Februari 2009 di pejabatnya, Tetuan Karpal Singh & Co., No.67, Jalan Pudu Lama, Dang Wangi, di sini.
Dakwaan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 yang membawa hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya. - UTUSAN ONLINE-MAHKAMAH ( Posted by abnmulya /Bakar Ninggal.blogspot.com.at 1524 hrs on January 10,2014.
No comments:
Post a Comment