SHAH ALAM 15 Jan. - Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor mempertahankan Seksyen 9 Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan di Kalangan Orang Islam) Selangor 1988 yang antara lainnya melarang penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam di negeri itu.
Menteri Besarnya, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, selagi enakmen itu tidak dipinda, kerajaan negeri akan terus menguatkuasakan enakmen tersebut dan meminta semua pihak mematuhinya.
Menurutnya, kerajaan negeri juga tidak bercadang meminda enakmen tersebut tetapi jika ada usaha untuk memindanya, mereka akan melakukannya dengan berhati-hati.
"Saya juga ingatkan semua pihak yang mahu meminda enakmen itu supaya berhati-hati kerana ini adalah isu agama," katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini hari ini.
Dalam perkembangan berkaitan, Abdul Khalid menjelaskan, resolusi penyelesaian 10 perkara berkaitan penganut Kristian yang diputuskan oleh Kerajaan Pusat sebelum ini tidak relevan dengan Selangor.
Katanya, terdapat beberapa perkara dalam resolusi itu yang bertentangan dengan enakmen tersebut dan tidak boleh mengatasi enakmen agama yang telah lama diguna pakai di negeri itu.
"Kerajaan Persekutuan mengeluarkan resolusi itu dengan mengambil kira semua negeri di Malaysia, termasuk Sabah dan Sarawak yang membenarkan penggunaan kalimah Allah," ujarnya.(Utusan online-politik0.Posted by abnmulya /Bakar Ninggal.blogspot.com.at 12.15 am on Januarfy 16,2014.
No comments:
Post a Comment