![]() |
| Profesor Dr. Rahinah Ibrahim |
Mahkamah Persekutuan di sini memutuskan tindakan kerajaan AS memasukkan nama Profesor Dr. Rahinah Ibrahim, 49, dalam senarai itu sebagai satu kesilapan.
Hakim William Alsup turut mengarahkan nama Rahinah dikeluarkan daripada senarai tersebut. Rahinah, bekas calon pengajian sarjana di Universiti Stanford ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa San Francisco pada 2005 kerana namanya disenaraikan sebagai salah seorang yang diharamkan masuk ke AS kerana beragama Islam dan status kewarganegaraannya.
Polisi penerbangan AS menetapkan larangan terhadap mana-mana individu menggunakan penerbangan komersial jika disyaki terlibat dalam aktiviti keganasan.
Akibat disenaraihitam oleh kerajaan AS, beliau ditahan selama dua jam di lapangan terbang San Francisco untuk disoal siasat.
Rahinah kemudiannya dibenarkan pulang ke Malaysia, namun visa AS miliknya dibatalkan atas alasan di bawah pemantauan kerana disyaki terlibat dalam aktiviti keganasan. Larangan terbabit pernah dicabar di mahkamah sebanyak beberapa kali sebelum ini dan kes Rahinah dipercayai menjadi yang pertama dibicarakan di mahkamah.
Perbicaraan kes berkenaan berlangsung pada bulan lalu. Rahinah kini merupakan Dekan Fakulti Reka Bentuk dan Seni Bina di Universiti Putra Malaysia.
Sementara itu, Rahinah dalam kenyataannya menyatakan rasa syukur di atas keputusan mahkamah itu dan berharap tidak ada lagi orang lain mengalami masalah yang sama selepas ini.
Beliau juga berhasrat untuk menyambung semula aktiviti akademik dengan rakan-rakan di AS selepas dihalang daripada masuk ke negara itu sejak sembilan tahun lalu.
"Saya berharap UPM boleh memainkan peranan untuk mengukuhkan kerjasama dalam bidang penyelidikan dan pembangunan (R&D) khususnya dengan Universiti Stanford memandangkan saya sendiri pernah belajar di situ," ujarnya. - AGENSI( Utusan online- Luar Negara )..Posted by abnmulya /Bakar Ninggal. blogspot.com ata 12.51 1m on January 16,2014.
.jpg)
No comments:
Post a Comment