Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata, Penasihat DAP itu cuba berlagak pandai walhal dia tidak mampu membezakan bidang kuasa kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri.
![]() |
Datuk Seri Noh Omar |
Menurutnya, Kit Siang sebagai Ahli Parlimen veteran dilihat cuba menangguk di air keruh apabila membuat tuduhan melulu itu.
"Isu JAIS membuat serbuan ke atas premis terbabit biarlah pihak berkuasa agama negeri ini yang selesaikan.
"Kita ada Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan di Kalangan Orang Islam) Selangor 1988, fatwa penggunaan kalimah Allah yang diwartakan pada 27 Januari 2010 dan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang mahukan rakyat negeri ini akur kepada larangan penggunaan Allah oleh bukan Islam," katanya.
Noh berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Pembangunan Negeri Selangor di sini hari ini. Dalam kenyataannya semalam, Kit Siang mengkritik UMNO Selangor kerana menyokong tindakan JAIS merampas 351 naskhah Bible versi bahasa Melayu dan Iban mengandungi kalimah Allah dalam serbuan berkenaan.
Noh menegaskan, jika Kit Siang mahu mempersoalkan tindakan JAIS, Ahli Parlimen Gelang Patah itu sepatutnya berbuat demikian di negeri lain.
Jelasnya, undang-undang kerajaan negeri Selangor tidak sama dengan undang-undang kerajaan negeri-negeri lain.
"Di Selangor khususnya, ada enakmen mengawal pengembangan agama selain Islam. Jika Kit Siang hendak bercakap soal Perkara 11, pergilah ke Pulau Pinang, Sabah, Sarawak atau Wilayah Persekutuan yang tiada peruntukan sedemikian," ujarnya.(Utusan online-politik).Posted by abnmulya /Bakar Ninggal.blogspot.com.at 1.41 am on January 09,2014.
No comments:
Post a Comment