Sunday, January 12, 2014

Usah tolak persempada semula

Oleh ZULKIFLI JALIL dan 
ABDUL YAZID ALIAS pengarang@utusan.com.my 

SHAH ALAM 12 Jan. - Semua pihak termasuk pakatan pembangkang harus berfikir dua kali sebelum terburu-buru menolak cadangan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung kajian persempadanan semula pilihan raya kerana 'mana tahu akan memberi keuntungan' kepada mereka.
Pengerusi SPR,Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, cabaran yang dihadapi pihaknya dalam merangka persempadanan itu ketika ini adalah untuk menambah bilangan kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Katanya, ini kerana buat pertama kali urusan persempadanan kali enam sejak 2003 itu berdepan dalam keadaan kerajaan memerintah tidak memiliki majoriti dua pertiga dalam Dewan Rakyat.

"Namun untuk peringkat negeri, ada DUN yang memiliki dua pertiga dan ada yang tidak ada majoriti dua pertiga.

"Bagi negeri-negeri yang ada majoriti dua pertiga seperti Pulau Pinang, Selangor, Kelantan, Melaka, Johor, Sabah, Sarawak, Perlis ini, dari segi teorinya mereka boleh lulus dan pinda perlembagaan negeri untuk tambah kerusi.

"Maka, sebelum menolak cadangan SPR, sepatutnya mereka kena fikir dua kali kerana ia mungkin menguntungkan kedua-dua pihak (parti pembangkang dan kerajaan)," kata beliau dalam pertemuan eksklusif di kediamannya di Seksyen 7, Shah Alam kelmarin.

Abdul Aziz berkata, pihaknya menjangka membentangkan makluman untuk menjalankan kajian persempadanan semula bahagian pilihan raya itu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada April atau Mei tahun ini sebelum proses itu mesti disiapkan dalam tempoh dua tahun.

"Proses persempadanan semula ini akan dilakukan serentak melibatkan Semenanjung, Sabah dan Sarawak. 

"Insya-Allah, kita nak gunakan ini dalam pilihan raya Dewan Undangan Negeri Sarawak yang dijadual berlangsung pada Jun 2016 (setelah mandat kerajaan negeri berakhir), " kata beliau. (Utusan online-Dalam Negeri0.Posted by abnmulya /Bakar NInggal.blogspot.com.at 15
53 hrs on January 13,2014.

No comments: